Salam ceria..salam 1Agama..Salam 1Malaysia semua...
Moga merdekanya negara kita dari sebarang bentuk penjajahan fizikal, peperangan & rusuhan seperti yang kita tengOk kat kaca tv yg blaku kat Pakistan & lain2 negara berkekalan hendakNya. Syukur rasanya dilahirkan dalam keadaan yang ana kira aman sejahtera sampailah saat nie. Syukur...syukur sangat2.
Golongan generasi muda kita patut berterima kasih kepada pejuang2 negara & agama seperti Tok Janggut, Dato Bahaman,Datuk Kelana, Haji Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi pejuang2 berani mati yang sanggup bertarung nyawa semata-mata demi kemerdekaan negara kita MALAYSIA. Walaupun kita lihat kebanyakkan gerakan kemerdekaan nie gagal kerana kekurangan senjata & pelbagai masalah lain, namun gerakan awal penentangan nie telah membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan membawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan negara (teringat mata pelajaran Sejarah fOrm4 & fOrm5, cikgu Kadir & Cikgu Faridah ngajar sangat2 best lagi mantap!! two thumbs up to both of them)
Kita (termasuklah insan kerdil nie) melihat dunia dalam keadaan negara kita sudahpun mengecap keamanan. Dah takde lagi keganasan & rusuhan masa kita dilahirkan. Senang kan. Kita tak terlibat pun dalam perang untuk membebaskan bangsa kita daripada cengkaman penjajah. Terima kasih pejuang2 negara...!! kerana bertukus lumus & bersusah payah demi agama & negara kita. Sehinggalah kami semua dapat merasai keamanan kini.(^__^) Alhamdulillah..
Seperti mana yang kita tahu & tengOk, Hari Kebangsaan negara kita disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak tahun 1511 lagi bila Portugis mula2 bertapak di Melaka. Dah jadi adat, sambutan kemerdekaan disambut secara besar-besaran dengan segala macam acara. Yang selalu kita tengOk macam perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas yang kadang2 memang gila2 jugak, pertandingan melukis jalur gemilang dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang dah ditetapkan setiap tahun.
meriah sungguhhh sambutan kemerdekaan berbanding sambutan-sambutan keagamaan kita macam Maulid Nabi, Nuzul Quran, Sambutan Kedatangan Ramadhan dll kan? Kenapa tidak kita panjatkan kesyuran pada ALLAH yang telah memberi peluang merasai keamanan negara? Bukankah Dia yang memberi? Kenapa tidak kita ucapkan syukur atas nikmatNya? Lalainya kita...Lupa dengan pemberian ALLAH..Ampunkan kami Ya Rahimmm... Dan pada hari nie, seluruh rakyat Malaysia dah pun mengecap kemerdekaan untuk kali yang ke-53. Wahhh....hebat! Tapi adakah kemerdekaan itu bererti pada sebilangan masyarakat kita? Merdeka sekadar di mulut yang mengucapkan kata2 "MERDEKA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!! Tapi secara tak sedar, diri kita masih dijajah sebenarnya. Diri kita masih dihujani peluru "Perang Saraf" daripada musuh-musuh ISLAM Laknatullah 'Alaihim..!!
Fikiran kita masih tertutup dek dikaburi keindahan perhiasan dunia. Dunia semata. Kita bercakap soal merdeka, tapi adakah jiwa kita benar2 merdeka? Kita masih terikat kuat dengan dokongan nafsu yang melonjak2 nakkan hiburan yang melampau, nakkan kesenangan dunia tanpa bekalan Akhirat dan pelbagai lagi.
Pemuda Pemudi harapan bangsa....
Sedarkah kita bahawa kita sedang dijajah oleh mereka yang nakkan kehancuran ISLAM? Mereka rOsakkan pemikiran kita dengan video2 porno, mereka rOsakkan akhlak kita dengan menggalakkan berlakunya seks bebas. Kesannya? Berlakulah zina & lahirlah zuriat luar nikah hasil hubungan HARAM tue.....!!
Masyarakat kita masih terjajah....MasyaALLAH..
Mudahnya melafazkan MERDEKA...!! tapi susahnya MEMERDEKAKAN diri kita sendiri..
Jika kita meletakkan diri kita di tempat anak-anak bangsa Palestin, Afghanistan & seumpamanya, pasti kita menOlak..sebab kita boleh merasai keperitan hidup yang mereka tanggung. Mereka dijajah bukan sahaja dalam bentuk fizikal dengan segala macam benruk keganasan, rampasan hak juga pencabulan tetapi juga terjajah secara batiniah. Mereka dilarang bertudung, disekat daripada meneruskan pengajian, yang gadis2 suntinya dirogol untuk merOsakkan keturunan BANGSA ISLAM dan pelbagai lagi bentuk penjajah terhadap mereka. Apa kita peduli dengan nasib bangsa seAGAMA kita di sana?
Bersyukurlah kerana masih berpeluang mengecap kemerdekaan secara fizikalnya, tetapi apakah harus kita biarkan diri kita & masyarakat kita terus dibelenggu penjajahan BATIN yang semakin tidak dapat dibendung dewasa ini?
p/s: Ayuh kita renungkan sejenak & mula bertindak menuntut kemerdekaan jiwa!! Allahu Akbar...!!!xxx
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)