Bermula sebuah kisah...Jeng3x.
AMARAN: Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup @ yang sudah meninggal dunia. Sebarang bentuk prOvokasi adalah dilarang..!!!
"Mia sayang abang!". Itulah kata2 yang sering aku ungkapkan sepanjang meniti perhubungan bersama Wan Khairul, lelaki yang telah berjaya memenangi hatiku. Teringat saat awal perkenalan dengannya. Pertama kali aku diberitahu bahawa dia seOrang huffaz, hatiku terdetik.."kalaulah aku dapat memilikinya". Tapi fikiran mudaku berfikir, mana mungkin lelaki sebaik itu tak punya kekasih hati. "Ahhh...lupakan je niat ko tu Mia". Aku terus padamkan perasaan tadi. Kenapa mesti ada perasaan macam tue Mia? Aku berbicara sendiri.
Tapi, perancangan ALLAH mengatasi perancangan manusia. Ujian besar menimpaku. Tanpa dirancang, perkenalan sebagai kawan sekelas menjadi makin rancak apabila dia meluahkan rasa hatinya. "Khairul senang bersama Mia". Aduhhh..hati muda remaja mana yang tak cair saat orang yang diangankan menjadi pendamping meluahkan perasaan senangnya bersama kita?. Hatiku berbunga riang. Terlupa sebentar kekasih hatiku yang Satu lagi. Agama yang dimilikinya membuatkan aku yakin, dialah orang yang tepat yang bisa membawaku ke jalan syurga. Terlalu yakin sampai aku lupa bertanya pendapatNya, kekasih hatiku yang Satu.
Menjalani kehidupan bersamanya sehari-hari sepanjang hampir 3 Semester pengajian terasa begitu indah & bahagia. Mana taknya, segala hal termasuk makan minumku diambil berat olehnya. Apa saja yang akan kubuat, pasti dialah orang pertama yang kuberitahu. Dan dia tidak pernah meninggalkan aku terkapai-kapai menghadapi kesusahan sendirian. Segala yang berat, menjadi ringan bagiku sekalipun sekali-sekala aku terpaksa bersusah semata2 untuknya.
Sungguh penting dirinya bagiku sehingga aku abaikan kekasih hatiku yang Satu nie. Tersentak dari lamunan cinta manusia yang melalaikan, baru kusedar perhubungan yang dibina antara aku dan dia menjadi titik tOlak kepada maksiat. Aku lupa makna ZINA HATI yang selalu ustaz2 peringatkan. Aku lupa Ya ALLAH...!!
Walaupun aku sedar bahawa perhubungan antara seOrang lelaki & perempuan tanpa ikatan yang halal, menjurus ke jalan menghampiri zina. Tapi aku selalu terpukau dengan kebaikan dirinya dan memegang janjinya ingin membimbingku menjadi wanita sOlehah & mengikat tali pertunangan pada Semester 5 pengajian kelak. Bukan aku tak baca buku2 Islamik yang banyak membahaskan isu halal haram bercOuple, tapi sengaja aku tak endahkan. Saat aku menziarahi sahabat karibku di IIUM, dia ada bercerita tentang kempen "No Coupling" yang diOrang lancarkan. Ketika tu aku terfikir, "kenapa haram plak nak cOuple? Kalo tujuannya baik, kan baik jadinya. Islamic Coupling la kononnya. Yelah..orang yang salah nie selalunya akan cari seribu satu alasan utk pertahankan apa yang sedang dibuatnya. Aku sengaja buat penilaian sendiri. Emm...aku dengan dia kan selalu saling menasihati atas perkara kebaikan? Dia selalu kejut aku untuk bertahajjud. Suruh aku pakai tudung labuh, tutup aurat. Semua baik2 je. Keluar pun aku syaratkan berteman. Nape tak bleh plak?". Aku berdialOg sendiri untuk menyedapkan hati. Kononnya hubungan kami Islamic. Tak macam orang lain yang bercOuple. Dating pun pegang2 tangan.Tapi... Kami takkk....Cuma setakat hendak berkenalan dengan lebih intim je. Bukannya sampai berpegangan tangan ataupun bercium-ciuman pun. Aku dah besar laaa, bukan budak-budak lagi. Astaghfirullah hal 'Adzimmm..Jahilnya aku Ya ALLAH. Layakkah aku menginap di syurgaMu kelak??.
Hidayah ALLAH. Hanya Dia yang berhak memberikan petunjuk & hidayahNya kepada sesiapa yang di kehendaki. Aku bersyukur, kerana terjaga lebih awal dari dibuai mimpi indah yang syaitan hiaskan untuk aku terus mengikut jejaknya. Saat itu aku sedar, bahawasanya aku sebenarnya sedang menempuh lautan yang berOmbak & sangat bergelOra. Kini, tiba waktunya untuk aku menaikkan layar supaya kelak aku tidak tenggelam hanyut dibawa oleh FITNAH DUNIA. Dan sudah tiba masanya aku berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA berlayarkan layar IMAN demi untuk mencari pelabuhan REDHA. Sudah tiba detiknya aku bekerja keras merebut & menjala ikan2 PAHALA, bukan merelakan diri ditelan jerung DOSA dan dipukul badai NERAKA. Na'uzubillah min Dzalik..!
Pejuang Muda....
Jawablah persOlanku..
Namamukah yang tertulis di Luh Mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal memimpinku menuju syurgaNya?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Pemuda harapan agama....
Adakah kau benar2 yakin diriku tercipta untuk dirimu?
Aku tahu...kau takkan pernah memberi jawapan..
Kerana jawapannya bukan di tanganku, jua bukan di tanganmu..
Aku pasti dengan keputusanku untuk memutuskan ikatan yang tidak sah di sisi ISLAM tue. Walau hati perit menanggung kesakitan dek kerana sayang yang masih berbaki untuk insan sebaik Wan Khairul, tetapi aku perlu kuat. Demi mencapai darjat MUSLIMAH SEJATI. Yang tidak mencari kemurkaan ALLAH dengan sengaja. Berbekalkan kapasiti IMAN yang ada, aku tetapkan hati untuk tidak menerima mana2 lelaki sebelum usai pengajianku. Itu tekadku. Buat pemuda2 harapan AGAMA yang pernah meletakkan namaku dalam senarai pilihan kalian, aku sangat menghargainya. Maafkan ku kerana terpaksa menOlak. Masanya belum sesuai. Ingat pada janji ALLAH, andai sudah ditetapkan jOdoh kita...InsyaALLAH, aku pasti menjadi milik salah seOrang daripada kalian.Bukan aku nafikan wujud perasaan sayang & ingin disayangi, itu kan fitrah insani? Cuma aku belum bersedia sebenarnya. Memang xbersedia langsung untuk bergelar & menggalas tanggungjawab sebagai isteri & ibu kepada anak2 yang bakal dilahirkan kelak. Moga ALLAH tetapkan hatiku atas keputusan ini & kuatkan semangatku untuk terus berada di atas jalan dakwah ini. Moga istiQamah menjalani kehidupan tanpa dia disisi..
p/s: sedikit cOretan yang dikirim oleh orang yang tidak dikenali |(^_^)/
Semoga menjadi i'tibar untuk semua.
Semoga menjadi i'tibar untuk semua.
Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Masih punya masa !
"Matlamat tdk menghalalkan cara".
BalasPadamWalau seislamik manapun istilah dan penjenamaan yg digunakan, ia ttp tdk akan menghapuskan hukum yg sbnr. B'hati2 lah kita dlm mengatur setiap langkah dlm m'jalani kehidupan seharian.
May Allah Bless.
Yup...:)
BalasPadamOrang yg tlibat dgn sume ni mmg sllu akan cri dalil @ fakta utk mmbenarkn apa yg sedg dbuat tue..Islamic la sgt..mlm2 tyme sunyi2 mesti ingt buah hati. Pastu, mula la membayangkan wajahnya yg kacak/cantik tue..Tue kn dh dkira zina hati..huhu..Thnks a lOt dear..!!
sOry ALLAH 4evrythng i did wrOng..Moga ALLAH terima taubat kita..AMin...
wan khairul,sedap nama tue;-)
BalasPadamsemoga berjaya mengejar cita2 yg diidamkan...xsemua yg kita inginkan mmpu mjd milik kita..pastinya,demi kehidupan yang lbh baik..kesilapan perlu diiktiraf,difahami dan seterusnya diatasi..jgn diulang lagi...
barakallahu laki