YA ALLAH....
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseOrang yang melabuhkan cintanya kepadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
YA RAHIM....
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseOrang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar aku tidak tergelincir lalu terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu
Jika aku jatuh hati YA ALLAH.....
Engkau peliharalah hatiku agar tidak aku berpaling dari landasan syariatMu
YA RAHMAN....
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseOrang yang merindui perjuangan Islam &
syahid di jalanMu..
PEMILIK NYAWAKU....
Tatkala aku patah hati dengan cinta manusia yang sia-sia,
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian,
Kerana aku tahu,
Sesungguhnya apa yang telah Kau takdirkan,
Adalah yang terbaik buat diriku,
Kerana Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu
dan YA RABBI.....
Kurniakanlah disisiku pendamping beriman,
Yang sanggup mati dalam menegakkan syariatMu,
Yang tidak pernah gentar dalam perjuangan,
Agar aku & dia sama-sama dapat membina usrah sakinah,
Saling membantu dalam perjuangan Islam,
ke jalan yang Engkau redhai,
Tatkala aku menikmati cinta kekasih pilihanku kelak,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malamMU
Amin Ya Rabbal 'Alamin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)