25 Ogos 2010

=====>HALAL tapi HARAM<=====

Salamullah Wabarakaatuhu 'Alaikum ya ikhwan & akhawat fillah...:)

Syukur di panjatkan kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas harini..Allahdulillah..
Dalam pOst lepas, ana ada sebutkan bab menutup aurat secara sepintas lalu. So, kali nie rasanya ana nak perbesarkan isu tu. Actually, ramai orang terlepas pandang bab ni. Padahal cara pemakaianlah yang melambangkan peribadi kita. Jom kita bermuhasabah kejap. Apa cara menutup aurat kita sehari-hari ni betul2 mengikut apa yang telah ISLAM gariskan @ tak?
Apa pakai baju yang ketat2, seluar ketat2 dan ada yang sampai nak terlOndeh tu cara yang ISLAM ajar kepada penganutnya??
Sebenarnya, kita faham tak konsep menutup aurat menurut ISLAM nie...????

Jom kita baca sama2 nak..?
* Pakaian tu mesti LONGGAR. Means, tak menampakkan susuk tubuh. So, macam mana dengan orang yang pakai T-shirt lengan pendek tapi pkai handsOck? ("kan tak nampak warna kulit")
PEMAKAIAN YANG MENEPATI SYARI'AT

* Pakaian tu mesti LABUH & MENUTUP KESELURUHAN ANGGOTA AURAT. Means, baju yang kita pakai mesti la tak pendek, singkat @ terbelah. ("pendek ckit je pun...berkira laa..")
* Pakaian yang dipakai mesti TIDAK MENAMPAKKAN WARNA KULIT. Maksudnya, mesti baju tu tak jarang, nipis & nampak bayang-bayang susuk tubuh kita dari luar. ("alaaa...trend baju kurung sekarang laa")
* Pakaian tu tak OVER. Maksudnya, tak keterlaluan la dari segala segi. Macam merah terang sangat ke..("eh, terang-benderang baru cantik kak")
* Lastly, pakaian yang kita pkai @ baru nak pkai tu mesti tidak menyerupai mana-mana kaum yang berlawanan. Means, yang wanitanya tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki dan begitulah sebaliknya..

Okay, kita kupas satu persatu ea..(^_^)
Kenapa isu pemakaian nie ana nak perbesarkan ek? ("small matter je la..huhu" Kata si Fulanah kepada si Fulanah) Bab ni sebenarnya kena kecOh 1 dunia ISLAM. Sebabnya, cara berpakaian juga mencerminkan akhlak kita. Sebab tak jaga akhlak la..macam2 perkara luar biasa berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni. Antaranya? Pembuangan bayi, seks bebas di kalangan remaja ISLAM sendiri, rempit dan seumpamanya.
Tilik diri kita balik. Kita sanggup buat apa je asal bergaya. Nanti semua orang pandang, bestttt...!! Ikut trend la sangat. Bab tutup2 ni buat2 tak nampak je. (alahh....bukak ckit je..dOsa pn kecik je..) Tu lah kita. Mudah melatah dengan kehendak nafsu & hasutan syaitan Laknatullah..!! Astaghfirullah...Ampunkan kami yang jahil ni Ya ALLAH...(T_T

Sekarang ni, dah jadi benda biasa kan kalo kita tengOk. Ramai sangat yang pkai baju lengan pendek. Bukan setakat diOrang yang bukan asasnya belajar di Fakulti Pengajian Islam, tapi kita yang sehari-hari menghadap kitab agama ni pun. Macam dah jadi adat plak. Alasannya..? ("kan pkai handsOck..menutup aurat apa..")
Definisi menutup aurat tu apa akak2, adik2 skalian? Bukan ke ada dinyatakan pakaian tu tidak ketat dan menampakkan bentuk susuk tubuh kita? Habis, handsOck tu kan menampakkan bentuk lengan kita? Aurat tu! Kita baca tak ayat al-Quran yang menyebut tentang kewajipan menutup aurat?
Allah telah berfirman di dalam Surah al-Ahzab ayat 59:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ 
ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا


Maksudnya :"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
Kan ALLAH kata, kena tutup seluruh tubuh kita. Kalo terdesak sangat pun nak cari baju labuh xde, pkai la inner yang lOnggar yang xmenampakkan bentuk batang tubuh kita. MasyaAllah...ISLAM tu mudah sebenarnya. Tak susahkan kita pun. Syukur kita dilahirkan dalam keadaan sudah ISLAM.

Ermm..macam mana pulak dengan baju sekarang? Even baju kurung, sekarang ni memang kainnya nipis & jarang. Sama lah jugak halnya kita pkai inner kat dalam. Tapi still bleh nampak bayang2 badan kita dari luar kan. Menutup auratkah? Sedangkan ada hadith nabi yang menyentuh sOal kain yang nipis ni.
JOm kita teliti mafhum hadith Nabi Sallahu 'alahiwasallam ni yang menyebut ciri2 pakaian yang digariskan oleh syarak :

“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.”
(Hadits riwayat Abu Daud)
Akhawat2 yang ana sayangi & kasihi sekalian...sebenarnya menutup aurat adalah satu nikmat anugerah ALLAH yang sangat besar kepada kita. Kenapa? Sebab banyak kebaikan dan faedah  daripada kewajipan menutup aurat ni. Islam tak mensyariatkan sesuatu melainkan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia tu sendiri. Tuntutan supaya menutup aurat ke atas wanita adalah untuk kebaikan bagi diri kaum wanita juga. Sape? Kita laa...(^_^)

Di antara rahsia atau faedah menutup aurat yang khusus bagi wanita sepertimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an ialah untuk kita dikenali sebagai perempuan yang baik-baik dan dengan berpakaian sedemikian, maka kita tidak akan diganggu. Secara tidak langsung pakaian yang menutup aurat dan sopan merupakan antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan yang jahat atau berlakunya perkara yang buruk, umpamanya kes rogol. MasyaALLAH..Indahnya ISLAM.
Sabda Nabi S.A.W yang akhir yang ana nak bawakan disini ialah mafhumnya:

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” 
                         
                                                                                        (Hadith riwayat Muslim)
                                                                                                                  
Tu bab baju je..Kalo bab pemakaian tudung kita pulak macam mana? Adakah betul2 mengikut kehendak syariat @ sebaliknya? Firman ALLAH di dalam al-Quran ada menyebut supaya melabuhkan tudung hingga ke bawah dada. Maksudnya, menutupi dada laaa...Tapi sekarang, kita tengOk ramai kan dalam kalangan kita yang pakai tudung singkat. Sedangkan kita tahu haram mempamerkan aurat kita pada Lelaki Ajnabi.
Allahurabbuna..Ampunkan dOsaku dan dOsa kedua ibubapaku serta sahabat2ku Ya RABB...
Adakah pemakaian kita menepati seperti yang digariskan oleh syariat?. Adakah kita termasuk dalam kalangan umatNya yang tidak dibenarkan masuk syurga?Bau syurga pun tidak dapat menusuk hidung kita Na'uzubillah..!!


Note: "Sukarnya nak menilai yang mana kaca & yang mana permata di akhir zaman ini. Apa pun semuanya perlu dikembalikan kepada iman dan taqwa. Bukan mengembalikan pada cakap-cakap orang sini dan sana. Usaha memahamkan umat perlu diambil dengan tegas dan serius. Sayang, masih ramai lagi orang yang nampak tahu tetapi jahil dibawah selindung nama "busana muslimah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)