24 Ogos 2010

Kamu Saudara Syaitan....!!! Aku..???


Assalamua'laikum semua...(^_^)
Salam Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah...syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi..dengan izinNya kita masih berpeluang bernyawa dan menikmati 2 nikmat yang sangat besar iaitu nikmat IMAN & ISLAM di bulan yang penuh rahmat & barakah nie..
Haa...hari ni da brapa hari ye kita tunaikan rukun Islam yang ke-3 ni? Sedar tak sedar dah masuk 14 hari kita puasa kan. So, cmne IMAN? Sihat ke?? Jom kita scan balik, apa amalan kita tahun ni makin bertambah ke makin berkurang. Ke masih di takuk yang lama? Actually, Ramadhan lah bulan yang paling best untuk kita cas balik bateri IMAN yang dah low tue dek kerana terlampau sibuk dengan aktiviti-aktiviti kampus & seumpamanya. Berbicara pasal Ramadhan nie, ana terfikir untuk menulis tentang fenOmena yang berlaku dalam kalangan kawan-kawan dan masyarakat kita sendiri. Nak tahu ape? TengOk jela kat bazaar Ramadhan (kalo pegi la..hehe). Penuh dengan manusia. Bila di survey, hampir 99.9% adalah masyarakat kita. Melayu. Islam. Sebab apa ana kata Islam? Sebab tengOk dari segi pemakainnya. Bertudung, berkOpiah, tapi ade jugak yang tak bertudung pun. Yang terunanya ada yang berseluar pendek, berpimpin tangan dengan si dara yang bertudung. Suami isteri kot..(husnudzhan)

Tapi, bukan itu isunya yang ana nak buka disini. Bersambung kisah bazaar yang penuh sesak dengan manusia td, sesekali pandang la apa yang ada di tangan mereka-mereka yang membeli tu.. Mesti tak menang tangan punya. Yelah, sebelum puasa makan nasi ayam sebungkus pun dah cukup. Tapi sekarang kan bulan puasa. ("Perut kosong tau sebab tak jamah pape sepanjang siang", kata si fulan kepada si fulan) Nafsu kita memang tinggi kan? Sebelum pegi bazaar, dah siap listkan dah apa yang tekak rasa nk jamah. ("emmm..bubur lambuk untuk intrO...nasi kerabu..pastu jagung bakar..cendol..!!lupa plak.donut pun nak lah!"). Macam tu la gelagatnya manusia. Tak pernah cukup. Last-last, apa yang dibeli banyak-banyak tu xhabis makan pun. Haa...kan dah membazir..!!! Hampir tiap hari kita baca al-Quran, tapi kita teliti tak maksud Firman Allah dalam Surah al-Isra' ayat 27 yang berbunyi :

إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا 
 Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya" 

Jika kita teliti maksud ayat tersebut,  kita akan faham bahawa sifat membazir tu sangat dibenci oleh Allah sehingga Dia mempersaudarakan orang yang membazir dengan syaitan. Allah telah melabelkan orang yang membazir tu sebagai saudara syaitan. Ini merupakan label yang sangat menghinakan, di mana Allah telah mengadik-beradikkan makhluk ciptaanNya yang paling mulia di atas muka bumi nie dengan makhluk yang paling di murkaiNya..!!
Bulan Ramadhan boleh di umpamakan sebagai kurungan atau kandang nafsu. Pada bulan inilah nafsu kita dikurung dalam kandang puasa. Jika kita relatekan nafsu kita yang dikurung dengan puasa dengan seekor harimau yang sangat buas yang dikurung di dalam kandang besi. Sama kan? Harimau yang buas tu kalau sekadar dikurung tanpa dijinakkan dengan benda-benda yang boleh menjinakkannya, sudah pasti ia tetap dengan buasnya. Samalah juga dengan nafsu kita. Sekalipun ia dikurung dengan kandang puasa, tetapi jika kita tidak cuba menjinakkannya dengan amala-amalan seperti membaca al-Quran, memperbanyakkan zikir, berselawat serta menahan diri dari perkara-perkara maksiat & yang mensiakan, sangat pasti dan tidak syak lagi..Selepas sebulan dilepaskan, nafsu yang tidak dijinakkan tadi akan kembali seperti keadaanya yang asal. Jadi, apa tindakan kita? Nak terus biarkan nafsu kita liar & buas tanpa perlu dijinakkan? Jika ya, teruskan membazir..!!
Kita ni tergolong dalam adik-beradik syaitan ke? Jawapannya ada pada kita sahabat-sahabat, tepuk dada tanya IMAN masing-masing..(^_^)  
Na'uzubillah...jauhkanlah aku, keluarga serta sahabat-sahabatku dari tergolOng dari kalangan saudara syaitan Ya ALLAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)