25 November 2011

Shaye Nak jadi SUPER HERO...!

Assalamu'alaikum adik2.
Temui kak Liya pada episod kali ini dengan misi menjadi SUPER DUPER HERO ! Yaaaa...sapa mau ikot..? Just follow....! ^__^
Korang mesti penah tengok cite SUPERMAN kn..? EH, tapi kak Liya xmau jadi superman sebab dia boy. Hehe. Kak Liya tukaq jadi SUPERWOMAN..Woww! Meletoppp..


OK, pada episod kali ni..Kak Liya nak mewar2kan satu misi yang akan dilaksanakan sempena cuti sekOlah ini..Yeayyy ! Kak Liya suke berPROGRAM. How about u all? 
Ish...Kalo nak listkan kat sini kompem episod kali ni jadi 3 jam. Hehe. Dulu zaman sekolah memang suke sgt ikot program outdoor. Otak bagi sihat sikit tengok alam ciptaan ALLAH. Dh letih 5hari belajar, hari cuti ikot program. Macam-macam ada.. Jungle tracking, Explorace, River tracking, lepaking & banyakkkk lagii..!
Tambah2 suasana kampung kat Yayasan Khairiah dlu. Aman damai. Jauh dari kebisingan kota. Tak macam kat KL ni. Bising + panas + ramai orang selfish. Tapi kenapa kak Liya pilih dok kat KL ek dah kata camtu..? Pelik. Emm. Kak Liya pilih untuk dduk jauh sikit daripada family. Tapi bukan bermaksud kak L:iya nak lari dari TANGGUNGJAWAB. Kak Liya nak belajar BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI. Kena belajar jadi KUAT + GAGAH + GIGIH + PERKASA = LUAR BIASA ^__^
Orait, jom tengOk video promo ni sat =)





Bayangkan kalo kita kena dduk jauh dari pa & ma (Kak Liya pggil mak abah), camne nak survive. Bajet Kak Liya bagus sangat la..? Haha. Xde la dik. Kak Liya bukan soh pilih jalan macam akak. Cuma nak tegaskan "KITA KENA JADI HERO". So, umoq muda2 macam kOrang ni dah kena tanam BAJA. Biaq pokok yang membesaq tu SIHAT. Kena ada ketahanan mental + fizikal. Kalo tak..Kak Liya yakin kOrang boleh jatuh anytime je. Angin tiup sikit je mesti terbalik. So, akak tegaskan lagi "KORANG KENA JADI ORANG HEBAT". Jadi hebat bukan setakat badan je berketul-ketul (bajet badan sasa..haha), tapi kena HEBAT DALAM SEMUA ASPEK !. Hebat dalam IBADAH, hebat dalam AKADEMIK, hebat dalam KEPIMPINAN, hebat dalam PENGURUSAN (diri, keluarga, kewangan, harta benda etc.), hebat dalam MEMPERTAHANKAN HARGA & MARUAH DIRI, hebat dalam mempertahankan PENDIRIAN & macam2 lagi. Baru Kak Liya boleh masyhurkan korang sebagai REMAJA SUPER ! :)

Mantop TAK abang-abang ni kat atas ni..? Brother Jo, Brother AO, Brother Syamil & Brother Fairuz. Whoaaa..! Kak Liya tabik spring lah kat dyOrang. Trainer ANDA BIJAK JAUHI ZINA. Rugi Oh kalo kOrang xjoin dyOrang. Kalo kak Liya umoq antara 13-17 taun, mesti punyalah kak Liya join. Tengok kat sblah. PERKONGSIAN SUPER bsama Dr.Har, Ummiroses & ABJZ's TRAINER. Korang kan kanak2 lagi, so kena banyak blaja daripada SENIORsenior. Sebab senior makan garam awal dari korang budak2 JUNIOR. hehe. Jangan maraaa... :D

OK adik2. Kita dah sampai ke penghujung episod hari ini. Masa begitu mencemburui kita kan..? Baru nak berkasihsayang :p
Hihi..Baca entry Kak Liya xleh bosan2. Kena hepy go Harimau Malaya ! 
Ok...da penat nak taip. Nak melipat baju pulak. Haa, utk adik2 perempuan kesayangan akak, kOrang kena tambah super bab-bab pengurusan rumahtangga taw ! Sebab korang nak jadi isteri orang. hehe. Tambah 2,3 gelas super. Super memasak, super mengemas, super rajin & macam2 (Sila tambah super sendiri ikot kemahuan korang).

K lah, nak minum susu super jap. Nak tambah kekuatan otot utk lipat baju yang bergunung ni (orang keje...almaklumlah kan. Sibok :)hehe. Sila jangan ikot tabiat buruk OK. Amik yg positif SAHAJA :)

Boboiiii...tata titi tutuuuu...! Salamullahi 'alaykum Warahmatuhu Wabarakaatuh.

24 November 2011

OH..SHUSHI KING TAK HALAL BEB !!

Assalamu'alaikum.
Kaifahalukum..? GoOd morning ye anak-anak :p SemOga hari ni lebih baik dari semalam.
Pagi ni Liya nak share sOmething spesel untuk tatapan kOrang sume !
Jeng...jeng...jeng.
Nah baca kat bawah =)

Berikut adalah petikan dari email, persoalan dari Abdul Rahman Omar (seorang pengguna) kepada pihak pentadbiran Sushi King sendiri mengenai status halal atau tidak restaurant tersebut.

Question:
Dear Marilyn,
Another element of halal is on the use of alcohol in food preparation / cooking or the presence of alcohol in the ingredient use such as sauces etc.

Can you tell me whether Sushi 
King use alcohol or use materials
(such as sauces) that content alcohol?

Answer:
Dear Mr. Abdul Rahman Omar,
Thank you for your email. For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free. All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.
Sushi King is not certified ‘Halal’. This is due to some of our food contains ‘Mirin’.
Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.

KORANG PENAH MAKANG NI TAK...? HOHO
Following are products that contains Mirin:

1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura
On top of that, some of our restaurants do sell beer

However, our meat materials such as chicken, beef and seafood are from Halal Certified source.
Hope this clarifies your concern.
Thank you.

Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext: 283

Dah la takyah nak makan Sushi bagai. Poyo tul korang ni. Makan nasik je la. Melayu buat cara melayu.. ^__^

P/s: Share artikel ini di FB
Jika anda merasakan entri ini amat kool untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbshare kat bawah ni..

 

17 November 2011

Hamza Young American Convert to ISLAM Crying When Performing Hajj

Assalamu'alaikum.
Oh, tersentuh hati saat tengOk video ni..
Subhanallah..! Hidayah adalah milikNya yang mutlak !

04 November 2011

SALAM 'EIDUL ADHA DARI HAMBA

Assalamu'alaikum..
Holaa.. Kabare iman..? Bape page baca QURAN hari ini kOrang..? Haa..? Tak sempat tengok kulit Quran pon..? Mak aiii..Sibuk bebenOr nampOknye. Jangan le begitu upenye kengkawan. Sibuk mane pon kite, ce la baca sepotong dua pon. OK apa daripada TAK BACA LANGSUNG kan. (^_^)/


He..ni curi-curi tulang ikan je update belOg ni. Seminit dua yang MESTI dimanfaatkan sebaiknya. Malam nie tolong menolong membanting tulang memberas membereskan keje2 Projek QURBAN KASIH UMMAH anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) and Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Mantop habis la sekretariat projek ni. Dengan izin ALLAH dan usaha gigih semua, kutipan mencecah RM1 juta. Alhamdulillah..
Tapi jangan salah PAHAM ok, ni bukan projek Fund Raising. Tapi projek Qurban dan Akikah yang diadakan di negera-negara yang lebih memerlukan. Sat nak boh gambaq list negara terlibat. kalo tak nampak, pendek umoq ;p


17 buah negara terlibat. Woww..banyak tuu.. So, sekarang ni tengah buat grouping bahagian2 qurban ikut negara2 ni la. Palestin ada, Filipina, Indonesia, Thailand, Malaysia, Vietnam, Lubnan, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Myanmar, Pakistan, Sudan, Kemboja, Indonesia, Iraq, Papua New Guine sume ada. Teruja kot !
Besar PENGORBANAN rakyat Malaysia yang berkorban harta sempena EIDUL ADHA Ahad nie. Alhamdulillah..thumma Alhamdulillah..
Kutipan RM 1 juta ++ tulah buktinya. Sume daripada penglibatan rakyat negaraku ini dalam projek QURBAN KASIH UMMAH 1432H this year.
Satu bahagian COW RM350, Satu bahagian COW khas Palestin RM 1,000, satu bahagian MBEKK RM500. 
Ada yang terus buat 7 bahagian untuk satu nama. Terbaik lah !. Semoga pengorbanan kalian bererti dan dinilai oleh ALLAH dengan nilaian ibadah yang IKHLAS keranaNya. InsyaAllah. Amin.


Jam 3.34 am.
MASING RIANG RIA LAYAN KEJE EVEN DAH PAGI BUTA
Wah...internet buat hal la pulakk. Orang nak buat keje lajulaju ni. :( 
Sementara tunggu tenet datang balik, menaip kat sini jap. Ada gak benda nak buat. Sambil2 dengar lagu arab. Memang terbaekk..! Orait. Bercerita tentang ibadah QURBAN ni kan, kita muhasabah la kejap jom. Berapa banyak dah pengorbanan yang kita dah buat KERANA ALLAH..? Kerana Dia OK! Bukan sebab2 lain. Nak menunjuk kat orang yang memandang kita, konon kitalah manusia paling MULIA tu tak masuk list ek. Tu KERANA MANUSIA/ DUNIA. Sila buang jauh2 tabiat suka menunjuk-nunjuk ibadah yang dilakukan tu. Allah LANGSUNG TAK PANDANG kot ibadah tak ikhlas tuuu. Sia-sia sahaja. 


7.16 pm (4 Nov 2011)
Dup dap dup dap...satgi dah nak gerak ke UIAM. Naik bas balik kampung dari sana. Encik teksi datang jemput jam 8.30 nie. Tak sabaqnya nak jumpa mak abah & adik2ku 5 jejaka tu..
Ada siket masa lagi nak membantu Sekretariat QKU.
Ok lah, dah Maghrib pon. Nak pegi menghadap ALLAH menadah tangan memohon ampun untuk dOsa2 yang barangkali tak disedari telah dibuat hari nie.


Lastly, salam Eidul Adha ikhlas daripada Liya dan suami bakal suami & anak2 ^_^ 
SemOga pengorbanan kita bererti. Tahniah kepada Kak Jun & wartawan Sinar Harian yang dah pun bertolak ke Thailand semalam untuk misi QKU dan bencana banjir di sana. Juga untuk Akh Iqbal dan Pcik Zukri yang dah bertolak ke Kemboja tengahari tadi untuk misi yang sama. Juga kepada sume wakil2 Sekretariat & AJK pelaksana QKU yang ke Papua New Guine, Palestin, Vietnam dan lain2 negara. Mabruk 'laikum !


Okai..dh 8.20 pm. Nak siap2 untuk sOlat Isya'. Tata Titi Tutuuu...!
Sehingga bertemu lagi di lain hari, insyaAllah.


P/s : Entry paling pening. Sambung2 edit dalam masa 1 hari sampai jadi 1 entry. Daaa..!
Assalamu'alaikum Warahmatullah. SemOga terus tabah adik2 akak Zaty, Asma' & Farah ! Fighting !!


~ Salam Sayang ~









03 November 2011

RINDUuuu.....!

Assalamu'alaikum..
Toing...toing...tOing..!xx
Rasa nak melompat bila malam ni berpeluang menjenguk istana kayangan tempat meluah perasaan hamba ini.
Huhhh...Berkurun kot tak sapu sawang yang bergantungan kat sini. Kesian3x (versi Upin Ipin) :)


Cewaahh..konon bizi sangat la tu kan. Hehe. Actually, memang pon ! Saja membizikan diri. Tapi sumpah, rindu kot nak mencorat coret kat sini. Rinduuuu...! 


Rindu nak update belog kesayangan Liya ni. Sambil menaip sambil makan pisang. Ni pisang atau omputih panggil BANANA. Baguih makan pisang ni. Kaya dengan manfaat ! Tak caya..? Ce makan tengOk..Bole tambah tenaga. Terima kasih ALLAH kerana telah menciptakan pisang sebagai buah yang lazat lagi berkhasiat !. 


Hari ni dah masuk November ! Woww..cepatnya masa berlalu.. Lagi sebulan lebih je da nak masuk taun 2012. Subhanallah..! MasyaAllah...! Baraakallah...!
Lagi bertambah la usia kita kan..? Rasa dah makin  tua  matang pulak..hehe. Matang ke matured ke. sama je OK ! Tapi camne ek nak ukur tahap kematangan seseOrang..? Oh, saya tanok (versi AO) bincang pasal kematangan. Save dulu tajuk tu untuk dibincangkan di entry akan datang eh. 


Korang-korang...Korang ada idea tak camne nak kembangkan idea..? Faham soalan tak..? Tatau camne nak kuarkan idea-idea yang kreatif, bernas, bijaksana dan sebagainya. Tolon laa korang..Tolong Liya nie. Buntu. Rasa tak kreatif nak create idea-idea yang BEST. Ya Allah..kurniakan kepadaku ilham para Nabi serta ilmu para Malaikat dengan rahmatMu ya Allah. OK, sat na. Nak doa mintak Allah kasi idea sat. ^_^


Eh korang, jom la LIKE fanpage Hidayah Centre. Ni lalinknya HIDAYAH CENTRE. Kalo nak taw Hidayah Centre tu apa, sila LIKE dan terjah apa yang ada dalam tu. hehe. Hidayah Centre lagi senang disebut HC je ni adalah sebuah badan Bukan KERAjaan. Means NGO la. Pusat Sokongan Saudara Baru. So, senang2 la risik2 apa yang HC buat kan. Sebagai seorang MUSLIM, kita tak boleh harapkan 100% orang buat keje. Kalo tak, camne ISLAM nak berkembang. Kena ada perasaan & semangat untuk bersama-sama orang yang buat keje dakwah buat keje2 ISLAM taw !. Bukan hidup untuk makan + tido + main dan seumpamanya je. So, jom la bersama Liya (^_^)/
Korang...korang nak jadi penyebab orang lain terbuka hati menerima ISLAM tak ? Ha, klik link ni ISLAM PILIHANKU. If korang ada kengkawan atau kenalan atau sape2 je saudara baru atau istilah lain disebut Muallaf, kOrang suggestkan la kat dyOrang untuk join group ni. Besar Benua Asia harapan Liya taw supaya ruang ni dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Apa motif nak taw tak..?
Sini Liya listkan antara objektif UTAMA Liya as an Executive di Hidayah Centre create group ni.



Objektif Utama :
* Mengumpulkan seramai mungkin saudara baru dalam Islam.
* Menjadi saluran berkongsi pengalaman sebelum, semasa atau selepas memeluk Islam.
* Menjadi medan perkongsian ilmu & sebagainya.
* Mengeratkan Ukhuwwah Islamiyyah antara sesama Muslim.


Liya nak jadikan FB group ni digunakan sebagai saluran percambahan ilmu, idea dan pandangan khusus untuk saudara baru. Sebab kita sendiri boleh belajar daripada dyOrang tips dakwah kepada golongan belum Islam or whatever la kan. Jom la sama-sama buat keje dakwah ! BEST GILER kot ! hehe. Sedap hingga menjilat jariiii...!


OK lah korang, Liya da nak merehatkan diri. Letih bangat nihh.
Esok nak sambung cari ideaidea bernas untuk sebarkan salam, sebarkan keindahan ISLAM.
If kOrang berminat, contact la Liya. Nanti Liya bagi jalan terbaeekkk untuk melibatkan diri dalam keje2 ISLAM ni. hehe.


Wait ! before tido..Jom maafkan segala salah silap orang2 disekeliling kita yokk..!
Semoga ALLAH juga mengampuni dosa2 kita yang mungkin dilakukan secara sedar dan nyata atau secara tak sedarkan diri.


"Allahummaghfirlana dzunubana Ya Allah..."


Ok, dah maafkan ^_^
Tenang suda hatiku... 
"Bismikallahumma Ahya Wa Amut"
Nyte sume..Semoga ALLAH panjangkan usia kita. Berjumpa lagi di next entry insyaALLAH.


Assalamu'alaikum Warahmatullah.

07 Ogos 2011

"WARKAH BUAT DRIVER TERHORMAT"

Assalamu'alaykum warahmatullah everyone ^_^
Haifahalukum..? SemOga sentiasa beroleh kesihatan yang baik zahir & batin, InsyaALLAH..Alhamdulillah..beroleh kenikmatan puasa Ramadhan ke-7 hari ni..
So, apa progress ibadah..? Tahap yang terbaik, baik, sederhana, kurang baik, tunggang terbalik..? hehe..buat penilaian, then muhasabah b'sama ye. SemOga 'amal kita sehari-hari sentiasa bertambah baik, InsyaALLAH ! Fighting !! :)
Sama-sama berusaha yOkkkk...!
Ok baik..
Entry kali nie Liya nak share something. Bersangkut paut dengan pemandu-pemandu. Tak kira la driver traler ke, bas ekspress ke, teksi ke, tOyota ke, Viva ke, Inspira ke, moto ke...sume lah. Even penunggang basikal. Hopefully bleh luangkan masa jap utk baca warkah keinsafan ni..hihihi :D Penting niehh..
Ikhlas dari hati Liya di petang Ahad yang damai ni..


Saudara saudari pemandu yang dihormati sekalian...
Warkah ini Liya layangkan khas buat sume yang bergelar pemandu..huk3x..
Dah lama memendam rasa, tak mampu lagi nak memendam perasaan..Cewahhh ! :p


Serius ckit Liya !
OK baik..nk serius niii..he, baca dengan teliti & hayati setiap bait ayat-ayat cinta ni taw (^_^) Emm...actually, untuk ingatkan diri Liya jugak la..sebab Liya pon pemandu..van pn iye [dahsyat budak kecik niii..hihi], kete pon iye, moto pon iye..huhu
So, as a pemandu..kita ada etika dalam pemanduan. Kn? ke Liya yang reka2 cite..?
Eh, betOll ni..tak main2..memang ada etika sebagai pemandu.
Kalo pemandu tak reti or tak tahu pon etika as a driver, saja sangat laaaa..
Abis, lesen B2, D dll tu apa gunanya..? tidak berguna lagiiiiiiiii..
Bukan setakat make sure road tax hidup, tapi banyak benda yang kita kena prihatin. Lampu, signal, side mirror, brek, tayar tak botak, minyak itam tukar and so on lah.. bajet dah ikut peraturan jalanraya la tu kalo bab2 teknikel tu dh settled. huhu..


Pakcik2 makcik2 kakcik2 abangcik2 adik2 sekalian...
Kalo stakat pastikan sume2 tu berfungsi, tapiiiiiiiiiiiiiiii...
Tapi tak manfaatkan fungsinya nak buat apa dong..??? Ada signal, tapi tak guna. Adoyaiiiii...ponin palo den dok mikir apa jawapannya utk mereka2 yang xmo guna alat2 yang berfungsi kat kete moto lori bas dyOrang tuuu..Tolon jawab sat kat cekkk..
Pelik bin ajaib. Ada tapi xmo guna. Ish, ALLAH tak suka tuuu....membaziaq namanya [membazir=kamus dewan].
Kalo agak tak reti nak guna, Liya cadangkan pi buang jelah signal tuuuuu....yuhuuuuu..tak membaziaq kot :p
Orite..just fOkus pada penggunaan signal jelah. Sebab, Liya selalu berhadapan dengan manusia2 yang taksuka guna signal ni..Sebab pa taktaw. Tak minat kot nak pakai..Awat jadi lagu tu taktaw [keluaq dah loghat utaqa diaaaa]. Ish3x..Jangan la camtu. Kan bahaya. Bukan setakat bahayakan nyawa sendiri, tapi melibatkan nyawa orang lain.. Ni la masalahnyaaaa..
Sape nak membela nasib orang yang ditimpa kemalangan disebabkan kecuaian anda taknak menggunakan signal ni..??! Memang terlupa nk bagi signal ke memang takmau guna..? Ish...Liya pon confuse nk jawab. Nak kata malas nak guna, macam tak logik pulak sebab bukan susah pn nak bagi signal. Nak masuk simpang or jalan kanan, just tolak benda alah tu ke kanan. Macam tu la sebaliknya kalo nk ke kiri. Nak Liya ajar ke..? Mai kursus guna signal kat umah Liya 4bulan. Kompem jadi pemandu mahir guna signal.kikiki..


Jangan bahayakan nyawa sendiri abang2, akak2, pakcik2, makcik2, adik2 kecik yang disayangi kerana ALLAH sekalian...Kalo rasa nak mati katak, silalah amalkan tak payah guna signal ye.. Memang la ajal maut tu ALLAH yang tentukan, tapi setiap kerOsakan tu puncanya dari tangan2 manusia tu sendiri. Ni bukan Liya yang kata, tapi ALLAH yang kata. Firman ALLAH dalam Surah Ar-Rum ayat 41:


"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat & di laut sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya demikian kerana ALLAH hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan buruk yang telah mereka lakukan supaya mereka kembali insaf & bertaubat"

Kalo kete kemek sebab accident berlanggar dengan pokok ke, kete lain ke, moto ke, pejalan kaki ke...akibat tak guna signal masa nak membelok, Kira akibat perbuatan sendiri la. Ada fungsi signal tu xmo manfaatkan. Kalo sakit sOrang2, suke atilah xmo guna pon. Tapi ni kes melibatkan orang lain. Kang ada nyawa yang melayang sebab kelalaian kita. Sanggup ke kita lukakan insan lain yang tak bersalah? Banyak bukti kalo Liya nak cite kat sini. Everyday kot Liya jumpa orang2 yang bahaya niiii.. Haishh, syukur Liya tak jadi korban orang2 yang xde kesedaran kendiri nii..


Satu lagi, manusia2 ni menyusahkan orang lain taw takk? Kdg2 rushing nak g keje, nk masuk simpang kiri la. Ish, tengOk kete tu laju semacam je. Ingat nak jalan terus, So tunggulah dia melintas dlu. Tuptup, dia turn left. signal tak reti bagi menyebabkan orang salah sangka ingat dia nak terus. Makk aiiiii...bersusun kete moto kat blakang nk melintas ke kiri.. Dah melambatkan keje orang dah tuuu..Ada pulak yang jenis tengah2 jalan nk masuk line kanan terus masuk je tak bagi isyarat ke kanan. Satu kes, Liya driving ke KL..tengah laju kat line tengah,tup2 ada kete tiba2 masuk line tuu..tanpa bagi isyarat! Kebetulan ada kete laju dari line kanan. Fuhhh..Liya nak mengelak uncle yang tiba2 masuk line Liya ni hampir2 nk menyentuh kete laju sblh kanan tuuu...ayyaaaaaaaa...!
Jangan macam tu maaa..bahaya keselamatan olang lain oh apek, oh amoi2 semua..adoii.doiii.. Complicated betOii nak cite..hehe. Alhamdulillah ALLAH masih pelihara diri Liya...
Emm..ESejak keje kat KL ni, dah 2 kali jatuh moto...Ntah la nape. Sya'ban sekali, Ramadhan sekali. Tarbiyyah dari ALLAH. Mungkin Dia nk Liya lebih berhati2 lepas ni..
Dua-dua kejadian Liya terkejut dengan kete. Kete tu laju kot..Apa lagi. Brek emergency laa. Em, dah agak kaki xbape nk sampai kn. faham2 laa.. (^_^).
K lah..dh 3.49 pm..Nk siapkan keje ofis yg masih berbaki dlu.
Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang paling bererti buat kita semua, InsyaALLAH.
Liya akhiri entry petang ni dengan luahan perasaan sorang abang ni :



Saya mempunyai kete dan motosikal,

tetapi saya selalu mengunakan motosikal untuk pergi & balik kerja,
ini kerana saya menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya,
boleh di katakan setiap hari saya hampir mengalami kemalangan, tak kira di jalan lurus, persimpangan berlampu isyarat, petak kuning, garisan berkembar malah di tempat parkir.

kadang-kadang saya berasa sedih,
benar kata mantan perdana menteri kita,
kita mudah lupa,
kita lupa bila kita memandu,

lupa yang kita berkongsi jalan raya,
lupa pada undang-undang yang kita pelajari semasa mangambil ujian memandu.
terlupa pada tujuan garisan berkembar,
terlupa yang kenderaan kita di lengkapi dengan lampu isyarat yang perlu di gunakan semasa untuk memotong, membelok ataupun semasa kecemasan,
terlupa yang kenderaan kita di lengkapi dengan brek, yang perlu di gunakan semasa lampu isyarat memberi isyarat kuning dan merah, jangan masuk dalam petak kuning walaupun dalam keadaan jalan sesak,

kepada pemandu teksi dan bas berhenti-henti,
kalian adalah sebahagian dari duta negara,
sepatutnya anda perlu lebih menonjolkan kemahiran memandu yang beretika kepada pelancong, bukan mengejar penumpang, berhenti sesuka hati untuk mengambil dan menurunkan penumpang tanpa memberi lampu isyarat.














06 Ogos 2011

LEMBARAN BARU

Salamullah 'alaykum..
Terasa lama benar Liya tak mencoret pape kat blog ni ye..
Nk buat 1 entry sebulan pun susah..Bukan cari alasan nk menyampaikan, cuma tu lah hakikat masa yang ada. Masa study dulu boleh jugak blogging, jogging ptg2 kat blog orang..
tapi tu dulu..Sekarang kena pandai susun masa sendiri.
Alhamdulillah...melalui hari2 penuh barakah dalam bulan Ramadhan yang pasti menjadi bulan yang dinanti2kan...!
Hari ni dah masuk 6 hari berpuasa. Kejap je masa b'lalu.
Tapi, apa yang kita capai sepanjang 6 Ramadhan tahun ni..? Penat & dahaga semata-mata atau sebaliknya..? Sama2 muhasabah. kang sia2 je kot menahan lapar, tapi natijahnya..? zeroo.. na'uzubillahi min dzalik..


Alhamdulillah..Ramadhan kali ni dalam posisi sebagai seorang pekerja. Haaa..bila keje ni, faham2 sendiri lah. Bukan goyang kaki je. Itu nak buat, ini nk kena buat.. Kadang2 tu stress jugak dgn keje. tapi tu kan amanah :) Kena pikul sebaiknya taw.
Jangan banyak mengeluh, tp cuba cari solution. 
Situasi alam pekerjaan sangat2 lain dengan campus life. Bagi liya, totally diffrent. Zaman U, kita yang pilih masa untuk kuliah. Let say hari Khamis nak rest, so pandai2 la pilih masa tutorial yang sesuai. Fleksibel kan..? Tapi lain bila dalam dunia kerjaya ni. Masa kita majikan yang aturkan. Masuk ofis kul 9, balik kul 6. Everyday.
So, amacam..? Dah ready nk terjun dunia kerjaya..? Even Liya yang mmg dh mula keje masa zaman U lagi, tapi still xboleh sesuaikan diri kot..
First week, tunggang langgang...! huhu~


Tapi jangan nk ngada2 manjakan diri tak bertempat. 1st week, badan rasa nk rehat lebih. Confirm la pengurusan diri xbape berul sgt kan.. Hihi. Normal la tuu..
But, cuba la urus dgn baik.. Kalo lagi lama kita biarkan, then benda tu akan jadi tabiat..Kn susah :)


Emm..keje ni kadang2 menuntut kita banyak bersabar. Betul ! Kalo tak sabar, rasanya Liya dh quit masa 2nd week lagi kot. "Fasobrun Jamil".  Kan ALLAH suka orang2 yang bersabar. So, bersabarlah ! hehe..


And kadang2, keje ni menuntut lebih banyak masa kita di ofis. Yelaa, kalo nk siapkan satu2 benda tu..kena stay ofis. Sometimes sampai lewat malam. Tu tak masuk meeting sampai tengah2 malam lagi. Tapi sume tu tarbiyyah. Nak ajar kita berkorban bukan untuk kepentingan diri sendiri. Tapi untuk kecemerlangan organisasi. Dan Alhamdulillah..Liya dalam proses memahami gerak kerja dakwah yang menuntut pengorbanan. Bila kita buat keje kerana ALLAH, InyaALLAH sume keje xberlaku dengan sia2. Semoga ada ganjaranNya. 


Lagi...dalam kita cuba sesuaikan diri dengan persekitaran, orang2 sekeliling..Kita akan diuji dengan pelbagai cubaan & ujian. Jangan sangka, kita dah berada d' zon selesa. Sume tu cabaran taw. So, kita sendiri la kena aware laa. Kang tetiba kena tengking depan sume staf, nangis. hihihi. Kita tak boleh expect sume orang baik macam malaikat ye anak2. Tapi, pesan brother Jo..Be positif (^_^). Kita cuba pandang sesuatu yang berlaku tu dari kaca mata seorang ISLAM. Mungkin orang yang marah kita tu tengah bulan mengambang. Tak pon baru lepas kena belasah dengan isteri dia. So, cara melepaskan kemarahan..? Orang lain yang jadi mangsa lah. Mungkin jugak orang tu tengah tension. Banyak keje berlonggok2. So, dia pun cepat naik angin.


So, apa tindakan kita..?


"Seorang Mukmin tu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya, ujian sebagai TARBIYYAH dari ALLAH. Tanda kasih sayangNya, jua penghapus dosa". 

Liya suka bait2 indah ni. Mengubat kelukaan waktu sedih ke, kecewa ke...
Tindakan bijak, dengan pujuk diri sendiri. Buat macam Liya. hehe.
Kalo sedih tu, rasa nak nangis. Liya akan nangis puas2 sambil istighfar. Semoga ALLAH bagi kesabaran & kekuatan m'hadapi orang2 macam tu. Mohon doa jugak, semOga mereka2 tu sedar kesilapan sendiri. Jangan kita doa untuk kebaikan diri sendiri je, tapi mohon jugak untuk kebaikan orang2 sekeliling kita. Sebab apa..?
Bagi Liya, kita tak mampu capai kebahagiaan if kita je yang cuba harmonikan keadaan..Liya nak persekitaran yang membantu. So, Liya kena usaha wujudkan kesedaran tu dalam diri individu sekeliling Liya laaa. Kn..? l(^_^)/

Baru natijahnya GOOD!

Satu lagi. Bila kita terjun dalam satu bidang baru, kita memang kena banyak belajar. Jangan buat2 pandai sudaahhh. Even Liya dalam jurusan Dakwah & Kepimpinan, tapi bila berada d' lapangan dakwah, rasa kekok nk bergerak. Tu la lainnya masa belajar & keje.
So, kena banyak belajar. Tanya. Analisis. Cari penyelesaian.
Ada jugak orang yang usaha sendiri nak archieve sesuatu tu. Tapi xboleh samakan sume orang camtu. Lain orang, lain la kemampuannya kan..? Macam Liya, Liya jenis belajar dengan orang. Pengalaman keje di Medical Interest Group (MIG) last 2 month, sis Fatimah la yang coach. Dari Liya tak tahu pape pasal akaun, sampai la tahu laa. Step by step la kan proses belajar. Nk uruskan cek laa, saham laa, nk berurusan dengan orang2 besar la, doktor2 laa..sume tu kena belajar. And, Liya ni jenis suka b'tanya. Contoh tak tahu camne nk uruskan cheque, just shout for help. Senang kan..? Bersyukur jugak Liya dapat coach yang suka m'bantu.
Tu la realiti belajar. Orang yang kita nk tanya tu mesti willing to help la. Tak patut la nk samakan dengan orang yang blaja sendiri kn. Kemampuan orang tak sama. Then, bila kita yang selalu ditolong ni jangan nk ngada lebih2 pulak. USAHA. Jangan tunggu ketuk baru nak jalan. Peringatan untuk Liya jugakkk...hehehe.
Usaha dlu, pastu tak tahu baru tanya. Yakin la kita mampu buat k. Sebab ALLAH sendiri sebut dalam firmanNya

 "ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" 
(al-Quran, Surah al-Baqarah 2 :286)


Tu sume tarbiyyah dari ALLAH. Dia jadikan sesuatu sebagai perantara untuk mendidik kita. Contohnya, kita tengok kucing mati kena lenyek dengan lori. So, apa ibrahnya...? ALLAH jadikan situasi tu untuk kita selalu ingat mati. Mungkin? Bila fikir2, memang mati tak kira sape kita, bape umo kita, tak kira masa & tempat. Tu sume ketetapan ALLAH. Emm..cakap pasal mati ni, jom perbanyakkan persiapan menuju alam barzakh !
Berlumba2 kejar sebanyak mungkin bekalan. Tambah2 bulan Ramadhan Kareem ni. Berlipat kali ganda ganjaran yang Dia janjikan untuk hamba2Nya.


Ok lah, dh azan zohor. Jom solat ! :)
Semoga berjumpa lagi di lain waktu, InsyaALLAH.


Doakan Liya terus tsabat atas jalan yang Liya dah pilih ni ye  L(^_^)/ !~~~
Salam sayang :)

08 Julai 2011

SILENCE IS NOT AN OPTION !

Salamullah 'alaykum..
Liya kOngsikan untuk sume...
EsOk jangan lupa naa..hehe. Jumpa Liya di sana..!! L(^_^)/
Apa nak takut..? Bukan kita nk buat hura hara kacau bilau dalam negara sendiri. Sekadar menyatakan sokOngan untuk menuntut pilihanraya BERSIH & ADIL sebagaimana yang ISLAM anjurkan. Bukan sebaliknya.
Oleh itu.....
Jangan sangka anda keseorangan esok...SELURUH DUNIA BANGKIT BERSAMA KITA!
Ayuh Bangkit!




TUNTUTAN BERSIH 2.0 
1. Pemurnian senarai pemilih melalui pendaftaran automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara
2. Pembaikan sistem undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. 21 hari had masa kempen minimum
5. Akses kepada media yang adil
6. Pengukuhan institusi awam supaya bebas dan tidak memihak
7. Toleransi sifar terhadap rasuah
8. Pembenterasan politik kotor



YOU ARE NOT ALONE...! Berdiam diri bukanlah satu tindakan yang bijak. 
LOKASI PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 DI SELURUH DUNIA....! Boleh klik link2 dibawah ye..


UTC + 12 - New Zealand - http://on.fb.me/jMlCwc
UTC + 10 - Canberra, Australia - http://on.fb.me/kBLI2H
UTC + 10 - Sydney, Australia - http://on.fb.me/j0RzYt
UTC + 10 - Melbourne, Australia - http://on.fb.me/j0rDf1
UTC + 10 - Hobart, Australia - http://on.fb.me/jP0MWL
UTC + 10 - Adelaide, Australia - http://on.fb.me/klaDdS
UTC + 10 - Brisbane, Australia - http://on.fb.me/imhKwv
UTC + 09 - Osaka, Japan - http://on.fb.me/mUGxvB
UTC + 09 - Seoul, Korea - http://on.fb.me/lgB4oQ
UTC + 08 - Manila, Philippines - URL pending
UTC + 08 - Perth, Australia - http://on.fb.me/lihTnU
UTC + 08 - Taipei, Taiwan - http://on.fb.me/mIEOGW
UTC + 08 - Hong Kong - http://on.fb.me/lxYT2E
UTC + 08 - Singapore - http://on.fb.me/l87wNS
UTC + 07 - Bangkok, Thailand - http://on.fb.me/mmyiWc
UTC + 09 - Jakarta, Indonesia - URL pending
UTC + 02 - Egypt - http://on.fb.me/r4fvC2
UTC + 02 - Switzerland - http://on.fb.me/lQq8qB
UTC + 02 - Stockholm, Sweden - http://on.fb.me/kfrxAK
UTC + 01 - Austria - http://on.fb.me/kH9gBn
UTC + 01 - Paris, France - http://on.fb.me/joKlVQ
UTC + 00 - United Kingdom - http://on.fb.me/kQ9fsQ
UTC + 00 - Scotland - http://on.fb.me/kAefYr
UTC + 00 - Ireland - http://on.fb.me/pvu7iJ
UTC - 04 - Ottawa, Canada - http://on.fb.me/kb5OY4
UTC - 04 - New York City - http://on.fb.me/lWrJ8l
UTC - 04 - Washington DC, USA - http://on.fb.me/l9XgH0
UTC - 06 - Chicago, USA - http://on.fb.me/rjGpaq
UTC - 07 - San Francisco, USA - http://on.fb.me/jehClH
UTC - 07 - Los Angeles, USA - http://on.fb.me/iBJgM3



Makluman jugak, beberapa jalan akan ditutup ESOK dalam rangka menghalang kesatuan rakyat Malaysia yang sedar untuk menyatakan KEBENARAN dalam perhimpunan HALAL yang dijangka akan berjalan sebagaimana yang dirancang ESOK. SemOga ALLAH bersama kita dengan bantuan tenteraNya bersama, InsyaALLAH !


Semua LRT, bas & taxi dari luar KL ke pusat bandar esok akan di tamatkan setakat stesen-stesen dibawah sahaja:

1) Stesen LRT Dato Keramat dari timur
2) Stesen monorail Titiwangsa dari utara
3) Stesen LRT Maluri dari selatan
4) Stesen KL Sentral dari barat


P/s : Sama2 berdoa semOga kita semua sentiasa dilindungi daripada sebarang bahaya &  petaka. Amin. Sapa takmo BERSIH, sila like KOTOR ..hik3x..

19 Jun 2011

Noah's Ark

Assalamu'alaykum Warahmatullah...
Selamat pagi sume.. (^_^)//
SemOga hari nie lebih baik dari semalam, InsyaALLAH..

Liya nak kOngsikan sikit lah hari nie tentang SIRAH NABI. Kita nie umat Muhammad SAW, tapi dah abis khatam sejarah perjuangan Baginda belum..? Sejarah nabi-nabi sebelum Baginda plak camne..? 
Actually. sirah Anbiya' sangat2 lah penting untuk kita teliti, fahami then amek sebanyak mungkin pengajaran dari kisah-kisah yang diceritakan. Sebab apa yang terjadi, YAKIN & PASTI mempunyai hikmah yang tersembunyi..
Xpe, kita go through satu-satu kisah ye..
Pagi ni kita terjah sejarah da'wah Nabi NUH 'alaihissalam..OK? Haa...kat bawah ni Liya kongsikan filem Noah's Ark untuk sape yang takpenah tengOk lagi.. Masa tengOk tu, cuba teliti sambil relate kan dengan kisah real sebagaimana yang ALLAH firmankan dalam al-Quran. Buka al-Quran Surah Hud then baca dari ayat 25-49. Tadabbur ayat2 tu..Memang secara jelasnya ALLAH dah ceritakan dalam kitab suci al-Quran tentang kisah-kisah da'wah Nabi Nuh 'alaihissalam.




Bila fahami & hayati, mesti akan terkesan di hati. Sejarah da'wah mencatatkan kisah-kisah perjuangan para Anbiya' dalam menegakkan kebenaran dengan menyeru umat manusia mengesakan ALLAH SWT. Kalo nak taw, penyembahan berhala yang semakin giat berlaku sekarang ni bermula pada zaman nie lah, zaman Nabi Nuh. Maksudnya, before ni takde lagi penyembahan berhala/patung ni dikalangan manusia.

Ibnu Jarir dalam tafsirnya at-Tabari berkata :
AKHIRNYA JADI SEMBAHAN
"Mereka adalah orang-orang soleh yang hidup antara waktu Adam dan Nuh..." Sape dyorang tu..? Dalam buku Qisasul Anbiya' Ibratun Li Ulil Albab tercatat 5 nama orang2 soleh dari kaum Nabi Nuh a.s. (Wadd, Suwaa', Yaghuts, Ya'uuq & Nasr). Menurut sumber, lepas 5 orang ni meninggal, orang2 yang mengkamui kesolehan dyOrang ni bermusyawarah [meeting/bincang] macam mana cara untuk ingati org2 soleh ni. So, last2 amek keputusan untuk bina mcam tugu peringatan atas nama 5 orang tu. ASALnya, tujuan bina patung tu macam sebagai motivation la. TengOk patung orang2 soleh, terus naikkan semangat untuk beribadah. Tapi lepas tu apa jadi after generasi pertama yang bina patung2 tu meninggal..? Generasi selepas2 tu bukan taw pun tujuan/kisah sebenar disebalik pembinaan tugu peringatan tu. Dengan bisikan syaitan laknatullah yang sengaja nak menyesatkan keturunan Adam a.s, akhirnya tugu/patung tu disembah pulak. Tu la jadi bila ikut sesuatu tu tanpa ilmu. Main hentam jaaa...tak taw hujung pangkal. So, sampai hari ni kita bleh tengOk ada ja manusia2 kat tokong2 tu dok tunduk sembah kononnya tuhan depa. Siap bagi limau lagi kat patung tu..Last2 orang yang makan...hihihiii.. [fikir logik, patung bleh makan ke..? ]

Ok, tu cite asal macam mana manusia bleh pi sembah patung2 yang tak bernyawa tu..So, kaum Nabi Nuh dah sesat dengan sembah patung2 yang asalnya sebagai tanda ingatan kesolehan 5 orang tu..Nabi Nuh diutus oleh ALLAH dalam kalangan kaummnya sendiri untuk menyedarkan dyorang tentang kesesatan yang nyata berlaku. Tapi, ada dyOrang kisah..?? Taw tak, selama hampir 950 taun Nabi Nuh berda'wah..! MasyaALLAH..! Lamanyaa..perjuangan yang tak pernah berhenti. Kalo kita la kan, agaknya mesti give up kalo kita ajak orang buat baik 10x takmo ikut jugak. Tapi bayangkan laa..sembilan ratus lima puluh tahun berda'wah. Berapa ramai yang ikut baginda..? 10 000 orang..? Takkkk...catatan tertulis antara 70-80 orang je yang terima da'wah Nabi Nuh 'alaihissalam. Tabahnya la kan?.Tu habis guna macam2 cara, siang & malam tuu..Dalam hidup kita sehari-hari, bape minit je kita fikir masalah UMMAH..?. Masalah agama?.Muhasabah untuk Liya jugak.. SemOga kisah perjuangan ni menyuntik semangat untuk kita sama2 perjuangkan agama ALLAH di atas muka bumi ni, InsyaALLAH.

Lepas 950 taun tu, rasanya memang kaum Nabi Nuh ni dah tutup rapat2 pintu hati untuk dengar penjelasan da'wah Baginda. Akhirnya, baru lah Nabi Nuh mintak ALLAH berikan pengajaran kepada dyOrang. Dah la degil taknak tinggalkan adat penyembahan nenek moyang dyOrang, pastu cabar Nabi Nuh untuk buktikan amaran yang diberikan oleh ALLAH. Sesungguhnnya hidayah tu milikNya kan. Akhirnya, turun arahan ALLAH kepada Nabi Nuh untuk bina sebuah bahtera sebagai persiapan menghadapi sebuah banjir besar yang akan terjadi. Sebagai bukti kebenaran amaran kepada kaumnya. Bila turun arahan tu, Nabi Nuh pun diperintahkan supaya tak bicarakan perihal umatnya yang sesat. Sebab, Nabi Nuh a.s penuh dengan sifat belas kasihan. Takut Baginda tak sanggup tengOk kaumnya dimusnahkan depan mata oleh ALLAH. Perkara ni jelas dalam Surah Hud ayat 37:

"Dan kamu jangan mengajak berbicara dengan-Ku perihal orang-orang yang zalim. Kerana mereka itulah orang-orang yang akan ditenggelamkan".

SISA BAHTERA NABI NUH DI BUKIT JUDIY

TAPAK BAHTERA YANG DIJUMPAI
Ukuran bahtera Nuh ada banyak pendapat tentang panjang & lebar. Menurut Ibnu Abbas, panjang bahtera tu mencapai 1100 hasta (550 meter) & lebar 600 hasta (sekitar 300 meter). Subhanallah...! Besarnyaaaaaa...Ukuran tinggi plak, sume bersepakat iaitu mencapai 30 hasta (sekitar 15 meter). Kalo tengOk gambar kat atas tu, kita boleh anggarkan sendiri la betapa besarnya kapal yang dibina. Dengan 3 tingkat lagi tu..Setiap tingkat berukuran tinggi 10 hasta (sekitar 5 meter). Bahagian dek kapal, ditempatkan sume binatang2. TengOk Surah al-Mukminun ayat 26-27. Ada ALLAH nyatakan kat situ supaya Nabi Nuh bawak segala jenis binatang secara berpasangan. Dengan kapal yang besar tu, muat la segala jenis binatang yang ada kat bumi ni. Dari sebesar-besar gajah sampai la sekecil-kecil semut. Sume ada dalam bahtera Nuh. Hebat kan segala perancangan ALLAH..? Allahuakbar !

IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI...
Kenapa..? Sebab tak boleh laa.. Anak Nabi Nuh sendiri pun tak ikut seruan ayahnya. So, maksudnya..Sehebat mana pun ayah/mak nya dalam da'wah, tak bermakna kehebatan itu akan diwarisi secara semulajadi. No..no..Sume berlaku dengan usaha, kesungguhan & iltizam kita untuk bergerak maju dalam memperjuangkan agenda da'wah..Ibrahnya, jangan terlalu merasa kerdil andai ayah/mak kita bukanlah orang yang hebat berkata2 dengan da'wah & sebagainya. Why not kita yang menjadi tunggaknya..? Yakin & pasti, hidayah hanya milikNya. Semoga ALLAH bagi kita kekuatan untuk menggerakkan usaha da'wah yang takde noktahnya. OK, sambung sirah tadi. Menurut catatan Ibnu Katsir, lepas siap sume persiapan..ALLAH telah mengotakan janjinya untuk menghancurkan umat Nuh yang sesat. Akhirnya, keluarlah air membuak-buak dari punca mata air & sekaligus ALLAH turunkan hujan yang sangat lebat. Seluruh air tu bersatu utk menyelesaikan urusan yang telah diputuskan oleh ALLAH (Surah al-Qamar: 10-13). Banjir berlaku selama 40 hari 40 malam. Then, ALLAH perintahkan bumi supaya telan balik air yang keluar & perintah supaya langit berhenti mencurahkan airnya. Surah Hud: 44 menjelaskan :

"Dan dikatakan: Hai bumi, telanlah kembali airmu. Dan dikatakan kepada langit: Hentikanlah curahan airmu!. Urusan telah selesai. Dan kapal itu berlabuh diatas gunung Judiy. Dikatakan pula: Hancurlah orang-orang yang zalim itu".

Finally, bahtera Nuh telah berlabuh di Bukit Judiy. So, after that Nabi Nuh, keluarga, orang2 beriman & seluruh keluarga binatang yang ikut Baginda memulakan kehidupan baru di tempat yang baru. Alhamdulillah, bersama mereka yang membenarkan perjuangannya.

P/s: SemOga menjadi pengajaran untuk kita semua. Setiap janji ALLAH pasti berlaku. Tu baru kisah banjir besar yang menimpa kaum Nuh. Macam mana pulak gambaran QIAMAT yang pasti akan menziarahi kita. Cuma bila kita tak taw. Jom kumpul bekalan untuk ke sana..!!
Mari beramal (^_^)//

Rujukan: Kisah Para Nabi, Teladan Bagi Orang Berakal (Ibnu Katsir) & Kaum-kaum yang Pupus (Harun Yahya)..
Sekian dulu dari hamba ^_^
Sebarang komen & cadangan/pembetulan fakta sangat dialukan.