07 Ogos 2011

"WARKAH BUAT DRIVER TERHORMAT"

Assalamu'alaykum warahmatullah everyone ^_^
Haifahalukum..? SemOga sentiasa beroleh kesihatan yang baik zahir & batin, InsyaALLAH..Alhamdulillah..beroleh kenikmatan puasa Ramadhan ke-7 hari ni..
So, apa progress ibadah..? Tahap yang terbaik, baik, sederhana, kurang baik, tunggang terbalik..? hehe..buat penilaian, then muhasabah b'sama ye. SemOga 'amal kita sehari-hari sentiasa bertambah baik, InsyaALLAH ! Fighting !! :)
Sama-sama berusaha yOkkkk...!
Ok baik..
Entry kali nie Liya nak share something. Bersangkut paut dengan pemandu-pemandu. Tak kira la driver traler ke, bas ekspress ke, teksi ke, tOyota ke, Viva ke, Inspira ke, moto ke...sume lah. Even penunggang basikal. Hopefully bleh luangkan masa jap utk baca warkah keinsafan ni..hihihi :D Penting niehh..
Ikhlas dari hati Liya di petang Ahad yang damai ni..


Saudara saudari pemandu yang dihormati sekalian...
Warkah ini Liya layangkan khas buat sume yang bergelar pemandu..huk3x..
Dah lama memendam rasa, tak mampu lagi nak memendam perasaan..Cewahhh ! :p


Serius ckit Liya !
OK baik..nk serius niii..he, baca dengan teliti & hayati setiap bait ayat-ayat cinta ni taw (^_^) Emm...actually, untuk ingatkan diri Liya jugak la..sebab Liya pon pemandu..van pn iye [dahsyat budak kecik niii..hihi], kete pon iye, moto pon iye..huhu
So, as a pemandu..kita ada etika dalam pemanduan. Kn? ke Liya yang reka2 cite..?
Eh, betOll ni..tak main2..memang ada etika sebagai pemandu.
Kalo pemandu tak reti or tak tahu pon etika as a driver, saja sangat laaaa..
Abis, lesen B2, D dll tu apa gunanya..? tidak berguna lagiiiiiiiii..
Bukan setakat make sure road tax hidup, tapi banyak benda yang kita kena prihatin. Lampu, signal, side mirror, brek, tayar tak botak, minyak itam tukar and so on lah.. bajet dah ikut peraturan jalanraya la tu kalo bab2 teknikel tu dh settled. huhu..


Pakcik2 makcik2 kakcik2 abangcik2 adik2 sekalian...
Kalo stakat pastikan sume2 tu berfungsi, tapiiiiiiiiiiiiiiii...
Tapi tak manfaatkan fungsinya nak buat apa dong..??? Ada signal, tapi tak guna. Adoyaiiiii...ponin palo den dok mikir apa jawapannya utk mereka2 yang xmo guna alat2 yang berfungsi kat kete moto lori bas dyOrang tuuu..Tolon jawab sat kat cekkk..
Pelik bin ajaib. Ada tapi xmo guna. Ish, ALLAH tak suka tuuu....membaziaq namanya [membazir=kamus dewan].
Kalo agak tak reti nak guna, Liya cadangkan pi buang jelah signal tuuuuu....yuhuuuuu..tak membaziaq kot :p
Orite..just fOkus pada penggunaan signal jelah. Sebab, Liya selalu berhadapan dengan manusia2 yang taksuka guna signal ni..Sebab pa taktaw. Tak minat kot nak pakai..Awat jadi lagu tu taktaw [keluaq dah loghat utaqa diaaaa]. Ish3x..Jangan la camtu. Kan bahaya. Bukan setakat bahayakan nyawa sendiri, tapi melibatkan nyawa orang lain.. Ni la masalahnyaaaa..
Sape nak membela nasib orang yang ditimpa kemalangan disebabkan kecuaian anda taknak menggunakan signal ni..??! Memang terlupa nk bagi signal ke memang takmau guna..? Ish...Liya pon confuse nk jawab. Nak kata malas nak guna, macam tak logik pulak sebab bukan susah pn nak bagi signal. Nak masuk simpang or jalan kanan, just tolak benda alah tu ke kanan. Macam tu la sebaliknya kalo nk ke kiri. Nak Liya ajar ke..? Mai kursus guna signal kat umah Liya 4bulan. Kompem jadi pemandu mahir guna signal.kikiki..


Jangan bahayakan nyawa sendiri abang2, akak2, pakcik2, makcik2, adik2 kecik yang disayangi kerana ALLAH sekalian...Kalo rasa nak mati katak, silalah amalkan tak payah guna signal ye.. Memang la ajal maut tu ALLAH yang tentukan, tapi setiap kerOsakan tu puncanya dari tangan2 manusia tu sendiri. Ni bukan Liya yang kata, tapi ALLAH yang kata. Firman ALLAH dalam Surah Ar-Rum ayat 41:


"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat & di laut sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya demikian kerana ALLAH hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan buruk yang telah mereka lakukan supaya mereka kembali insaf & bertaubat"

Kalo kete kemek sebab accident berlanggar dengan pokok ke, kete lain ke, moto ke, pejalan kaki ke...akibat tak guna signal masa nak membelok, Kira akibat perbuatan sendiri la. Ada fungsi signal tu xmo manfaatkan. Kalo sakit sOrang2, suke atilah xmo guna pon. Tapi ni kes melibatkan orang lain. Kang ada nyawa yang melayang sebab kelalaian kita. Sanggup ke kita lukakan insan lain yang tak bersalah? Banyak bukti kalo Liya nak cite kat sini. Everyday kot Liya jumpa orang2 yang bahaya niiii.. Haishh, syukur Liya tak jadi korban orang2 yang xde kesedaran kendiri nii..


Satu lagi, manusia2 ni menyusahkan orang lain taw takk? Kdg2 rushing nak g keje, nk masuk simpang kiri la. Ish, tengOk kete tu laju semacam je. Ingat nak jalan terus, So tunggulah dia melintas dlu. Tuptup, dia turn left. signal tak reti bagi menyebabkan orang salah sangka ingat dia nak terus. Makk aiiiii...bersusun kete moto kat blakang nk melintas ke kiri.. Dah melambatkan keje orang dah tuuu..Ada pulak yang jenis tengah2 jalan nk masuk line kanan terus masuk je tak bagi isyarat ke kanan. Satu kes, Liya driving ke KL..tengah laju kat line tengah,tup2 ada kete tiba2 masuk line tuu..tanpa bagi isyarat! Kebetulan ada kete laju dari line kanan. Fuhhh..Liya nak mengelak uncle yang tiba2 masuk line Liya ni hampir2 nk menyentuh kete laju sblh kanan tuuu...ayyaaaaaaaa...!
Jangan macam tu maaa..bahaya keselamatan olang lain oh apek, oh amoi2 semua..adoii.doiii.. Complicated betOii nak cite..hehe. Alhamdulillah ALLAH masih pelihara diri Liya...
Emm..ESejak keje kat KL ni, dah 2 kali jatuh moto...Ntah la nape. Sya'ban sekali, Ramadhan sekali. Tarbiyyah dari ALLAH. Mungkin Dia nk Liya lebih berhati2 lepas ni..
Dua-dua kejadian Liya terkejut dengan kete. Kete tu laju kot..Apa lagi. Brek emergency laa. Em, dah agak kaki xbape nk sampai kn. faham2 laa.. (^_^).
K lah..dh 3.49 pm..Nk siapkan keje ofis yg masih berbaki dlu.
Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang paling bererti buat kita semua, InsyaALLAH.
Liya akhiri entry petang ni dengan luahan perasaan sorang abang ni :



Saya mempunyai kete dan motosikal,

tetapi saya selalu mengunakan motosikal untuk pergi & balik kerja,
ini kerana saya menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya,
boleh di katakan setiap hari saya hampir mengalami kemalangan, tak kira di jalan lurus, persimpangan berlampu isyarat, petak kuning, garisan berkembar malah di tempat parkir.

kadang-kadang saya berasa sedih,
benar kata mantan perdana menteri kita,
kita mudah lupa,
kita lupa bila kita memandu,

lupa yang kita berkongsi jalan raya,
lupa pada undang-undang yang kita pelajari semasa mangambil ujian memandu.
terlupa pada tujuan garisan berkembar,
terlupa yang kenderaan kita di lengkapi dengan lampu isyarat yang perlu di gunakan semasa untuk memotong, membelok ataupun semasa kecemasan,
terlupa yang kenderaan kita di lengkapi dengan brek, yang perlu di gunakan semasa lampu isyarat memberi isyarat kuning dan merah, jangan masuk dalam petak kuning walaupun dalam keadaan jalan sesak,

kepada pemandu teksi dan bas berhenti-henti,
kalian adalah sebahagian dari duta negara,
sepatutnya anda perlu lebih menonjolkan kemahiran memandu yang beretika kepada pelancong, bukan mengejar penumpang, berhenti sesuka hati untuk mengambil dan menurunkan penumpang tanpa memberi lampu isyarat.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)