06 Ogos 2011

LEMBARAN BARU

Salamullah 'alaykum..
Terasa lama benar Liya tak mencoret pape kat blog ni ye..
Nk buat 1 entry sebulan pun susah..Bukan cari alasan nk menyampaikan, cuma tu lah hakikat masa yang ada. Masa study dulu boleh jugak blogging, jogging ptg2 kat blog orang..
tapi tu dulu..Sekarang kena pandai susun masa sendiri.
Alhamdulillah...melalui hari2 penuh barakah dalam bulan Ramadhan yang pasti menjadi bulan yang dinanti2kan...!
Hari ni dah masuk 6 hari berpuasa. Kejap je masa b'lalu.
Tapi, apa yang kita capai sepanjang 6 Ramadhan tahun ni..? Penat & dahaga semata-mata atau sebaliknya..? Sama2 muhasabah. kang sia2 je kot menahan lapar, tapi natijahnya..? zeroo.. na'uzubillahi min dzalik..


Alhamdulillah..Ramadhan kali ni dalam posisi sebagai seorang pekerja. Haaa..bila keje ni, faham2 sendiri lah. Bukan goyang kaki je. Itu nak buat, ini nk kena buat.. Kadang2 tu stress jugak dgn keje. tapi tu kan amanah :) Kena pikul sebaiknya taw.
Jangan banyak mengeluh, tp cuba cari solution. 
Situasi alam pekerjaan sangat2 lain dengan campus life. Bagi liya, totally diffrent. Zaman U, kita yang pilih masa untuk kuliah. Let say hari Khamis nak rest, so pandai2 la pilih masa tutorial yang sesuai. Fleksibel kan..? Tapi lain bila dalam dunia kerjaya ni. Masa kita majikan yang aturkan. Masuk ofis kul 9, balik kul 6. Everyday.
So, amacam..? Dah ready nk terjun dunia kerjaya..? Even Liya yang mmg dh mula keje masa zaman U lagi, tapi still xboleh sesuaikan diri kot..
First week, tunggang langgang...! huhu~


Tapi jangan nk ngada2 manjakan diri tak bertempat. 1st week, badan rasa nk rehat lebih. Confirm la pengurusan diri xbape berul sgt kan.. Hihi. Normal la tuu..
But, cuba la urus dgn baik.. Kalo lagi lama kita biarkan, then benda tu akan jadi tabiat..Kn susah :)


Emm..keje ni kadang2 menuntut kita banyak bersabar. Betul ! Kalo tak sabar, rasanya Liya dh quit masa 2nd week lagi kot. "Fasobrun Jamil".  Kan ALLAH suka orang2 yang bersabar. So, bersabarlah ! hehe..


And kadang2, keje ni menuntut lebih banyak masa kita di ofis. Yelaa, kalo nk siapkan satu2 benda tu..kena stay ofis. Sometimes sampai lewat malam. Tu tak masuk meeting sampai tengah2 malam lagi. Tapi sume tu tarbiyyah. Nak ajar kita berkorban bukan untuk kepentingan diri sendiri. Tapi untuk kecemerlangan organisasi. Dan Alhamdulillah..Liya dalam proses memahami gerak kerja dakwah yang menuntut pengorbanan. Bila kita buat keje kerana ALLAH, InyaALLAH sume keje xberlaku dengan sia2. Semoga ada ganjaranNya. 


Lagi...dalam kita cuba sesuaikan diri dengan persekitaran, orang2 sekeliling..Kita akan diuji dengan pelbagai cubaan & ujian. Jangan sangka, kita dah berada d' zon selesa. Sume tu cabaran taw. So, kita sendiri la kena aware laa. Kang tetiba kena tengking depan sume staf, nangis. hihihi. Kita tak boleh expect sume orang baik macam malaikat ye anak2. Tapi, pesan brother Jo..Be positif (^_^). Kita cuba pandang sesuatu yang berlaku tu dari kaca mata seorang ISLAM. Mungkin orang yang marah kita tu tengah bulan mengambang. Tak pon baru lepas kena belasah dengan isteri dia. So, cara melepaskan kemarahan..? Orang lain yang jadi mangsa lah. Mungkin jugak orang tu tengah tension. Banyak keje berlonggok2. So, dia pun cepat naik angin.


So, apa tindakan kita..?


"Seorang Mukmin tu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya, ujian sebagai TARBIYYAH dari ALLAH. Tanda kasih sayangNya, jua penghapus dosa". 

Liya suka bait2 indah ni. Mengubat kelukaan waktu sedih ke, kecewa ke...
Tindakan bijak, dengan pujuk diri sendiri. Buat macam Liya. hehe.
Kalo sedih tu, rasa nak nangis. Liya akan nangis puas2 sambil istighfar. Semoga ALLAH bagi kesabaran & kekuatan m'hadapi orang2 macam tu. Mohon doa jugak, semOga mereka2 tu sedar kesilapan sendiri. Jangan kita doa untuk kebaikan diri sendiri je, tapi mohon jugak untuk kebaikan orang2 sekeliling kita. Sebab apa..?
Bagi Liya, kita tak mampu capai kebahagiaan if kita je yang cuba harmonikan keadaan..Liya nak persekitaran yang membantu. So, Liya kena usaha wujudkan kesedaran tu dalam diri individu sekeliling Liya laaa. Kn..? l(^_^)/

Baru natijahnya GOOD!

Satu lagi. Bila kita terjun dalam satu bidang baru, kita memang kena banyak belajar. Jangan buat2 pandai sudaahhh. Even Liya dalam jurusan Dakwah & Kepimpinan, tapi bila berada d' lapangan dakwah, rasa kekok nk bergerak. Tu la lainnya masa belajar & keje.
So, kena banyak belajar. Tanya. Analisis. Cari penyelesaian.
Ada jugak orang yang usaha sendiri nak archieve sesuatu tu. Tapi xboleh samakan sume orang camtu. Lain orang, lain la kemampuannya kan..? Macam Liya, Liya jenis belajar dengan orang. Pengalaman keje di Medical Interest Group (MIG) last 2 month, sis Fatimah la yang coach. Dari Liya tak tahu pape pasal akaun, sampai la tahu laa. Step by step la kan proses belajar. Nk uruskan cek laa, saham laa, nk berurusan dengan orang2 besar la, doktor2 laa..sume tu kena belajar. And, Liya ni jenis suka b'tanya. Contoh tak tahu camne nk uruskan cheque, just shout for help. Senang kan..? Bersyukur jugak Liya dapat coach yang suka m'bantu.
Tu la realiti belajar. Orang yang kita nk tanya tu mesti willing to help la. Tak patut la nk samakan dengan orang yang blaja sendiri kn. Kemampuan orang tak sama. Then, bila kita yang selalu ditolong ni jangan nk ngada lebih2 pulak. USAHA. Jangan tunggu ketuk baru nak jalan. Peringatan untuk Liya jugakkk...hehehe.
Usaha dlu, pastu tak tahu baru tanya. Yakin la kita mampu buat k. Sebab ALLAH sendiri sebut dalam firmanNya

 "ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" 
(al-Quran, Surah al-Baqarah 2 :286)


Tu sume tarbiyyah dari ALLAH. Dia jadikan sesuatu sebagai perantara untuk mendidik kita. Contohnya, kita tengok kucing mati kena lenyek dengan lori. So, apa ibrahnya...? ALLAH jadikan situasi tu untuk kita selalu ingat mati. Mungkin? Bila fikir2, memang mati tak kira sape kita, bape umo kita, tak kira masa & tempat. Tu sume ketetapan ALLAH. Emm..cakap pasal mati ni, jom perbanyakkan persiapan menuju alam barzakh !
Berlumba2 kejar sebanyak mungkin bekalan. Tambah2 bulan Ramadhan Kareem ni. Berlipat kali ganda ganjaran yang Dia janjikan untuk hamba2Nya.


Ok lah, dh azan zohor. Jom solat ! :)
Semoga berjumpa lagi di lain waktu, InsyaALLAH.


Doakan Liya terus tsabat atas jalan yang Liya dah pilih ni ye  L(^_^)/ !~~~
Salam sayang :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)