Assalamu'alaykum Warahmatullah...
Selamat pagi sume.. (^_^)//
SemOga hari nie lebih baik dari semalam, InsyaALLAH..
Liya nak kOngsikan sikit lah hari nie tentang SIRAH NABI. Kita nie umat Muhammad SAW, tapi dah abis khatam sejarah perjuangan Baginda belum..? Sejarah nabi-nabi sebelum Baginda plak camne..?
Actually. sirah Anbiya' sangat2 lah penting untuk kita teliti, fahami then amek sebanyak mungkin pengajaran dari kisah-kisah yang diceritakan. Sebab apa yang terjadi, YAKIN & PASTI mempunyai hikmah yang tersembunyi..
Xpe, kita go through satu-satu kisah ye..
Pagi ni kita terjah sejarah da'wah Nabi NUH 'alaihissalam..OK? Haa...kat bawah ni Liya kongsikan filem Noah's Ark untuk sape yang takpenah tengOk lagi.. Masa tengOk tu, cuba teliti sambil relate kan dengan kisah real sebagaimana yang ALLAH firmankan dalam al-Quran. Buka al-Quran Surah Hud then baca dari ayat 25-49. Tadabbur ayat2 tu..Memang secara jelasnya ALLAH dah ceritakan dalam kitab suci al-Quran tentang kisah-kisah da'wah Nabi Nuh 'alaihissalam.
Bila fahami & hayati, mesti akan terkesan di hati. Sejarah da'wah mencatatkan kisah-kisah perjuangan para Anbiya' dalam menegakkan kebenaran dengan menyeru umat manusia mengesakan ALLAH SWT. Kalo nak taw, penyembahan berhala yang semakin giat berlaku sekarang ni bermula pada zaman nie lah, zaman Nabi Nuh. Maksudnya, before ni takde lagi penyembahan berhala/patung ni dikalangan manusia.
Ibnu Jarir dalam tafsirnya at-Tabari berkata :
AKHIRNYA JADI SEMBAHAN |
Ok, tu cite asal macam mana manusia bleh pi sembah patung2 yang tak bernyawa tu..So, kaum Nabi Nuh dah sesat dengan sembah patung2 yang asalnya sebagai tanda ingatan kesolehan 5 orang tu..Nabi Nuh diutus oleh ALLAH dalam kalangan kaummnya sendiri untuk menyedarkan dyorang tentang kesesatan yang nyata berlaku. Tapi, ada dyOrang kisah..?? Taw tak, selama hampir 950 taun Nabi Nuh berda'wah..! MasyaALLAH..! Lamanyaa..perjuangan yang tak pernah berhenti. Kalo kita la kan, agaknya mesti give up kalo kita ajak orang buat baik 10x takmo ikut jugak. Tapi bayangkan laa..sembilan ratus lima puluh tahun berda'wah. Berapa ramai yang ikut baginda..? 10 000 orang..? Takkkk...catatan tertulis antara 70-80 orang je yang terima da'wah Nabi Nuh 'alaihissalam. Tabahnya la kan?.Tu habis guna macam2 cara, siang & malam tuu..Dalam hidup kita sehari-hari, bape minit je kita fikir masalah UMMAH..?. Masalah agama?.Muhasabah untuk Liya jugak.. SemOga kisah perjuangan ni menyuntik semangat untuk kita sama2 perjuangkan agama ALLAH di atas muka bumi ni, InsyaALLAH.
Lepas 950 taun tu, rasanya memang kaum Nabi Nuh ni dah tutup rapat2 pintu hati untuk dengar penjelasan da'wah Baginda. Akhirnya, baru lah Nabi Nuh mintak ALLAH berikan pengajaran kepada dyOrang. Dah la degil taknak tinggalkan adat penyembahan nenek moyang dyOrang, pastu cabar Nabi Nuh untuk buktikan amaran yang diberikan oleh ALLAH. Sesungguhnnya hidayah tu milikNya kan. Akhirnya, turun arahan ALLAH kepada Nabi Nuh untuk bina sebuah bahtera sebagai persiapan menghadapi sebuah banjir besar yang akan terjadi. Sebagai bukti kebenaran amaran kepada kaumnya. Bila turun arahan tu, Nabi Nuh pun diperintahkan supaya tak bicarakan perihal umatnya yang sesat. Sebab, Nabi Nuh a.s penuh dengan sifat belas kasihan. Takut Baginda tak sanggup tengOk kaumnya dimusnahkan depan mata oleh ALLAH. Perkara ni jelas dalam Surah Hud ayat 37:
"Dan kamu jangan mengajak berbicara dengan-Ku perihal orang-orang yang zalim. Kerana mereka itulah orang-orang yang akan ditenggelamkan".
SISA BAHTERA NABI NUH DI BUKIT JUDIY |
TAPAK BAHTERA YANG DIJUMPAI |
IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI...
Kenapa..? Sebab tak boleh laa.. Anak Nabi Nuh sendiri pun tak ikut seruan ayahnya. So, maksudnya..Sehebat mana pun ayah/mak nya dalam da'wah, tak bermakna kehebatan itu akan diwarisi secara semulajadi. No..no..Sume berlaku dengan usaha, kesungguhan & iltizam kita untuk bergerak maju dalam memperjuangkan agenda da'wah..Ibrahnya, jangan terlalu merasa kerdil andai ayah/mak kita bukanlah orang yang hebat berkata2 dengan da'wah & sebagainya. Why not kita yang menjadi tunggaknya..? Yakin & pasti, hidayah hanya milikNya. Semoga ALLAH bagi kita kekuatan untuk menggerakkan usaha da'wah yang takde noktahnya. OK, sambung sirah tadi. Menurut catatan Ibnu Katsir, lepas siap sume persiapan..ALLAH telah mengotakan janjinya untuk menghancurkan umat Nuh yang sesat. Akhirnya, keluarlah air membuak-buak dari punca mata air & sekaligus ALLAH turunkan hujan yang sangat lebat. Seluruh air tu bersatu utk menyelesaikan urusan yang telah diputuskan oleh ALLAH (Surah al-Qamar: 10-13). Banjir berlaku selama 40 hari 40 malam. Then, ALLAH perintahkan bumi supaya telan balik air yang keluar & perintah supaya langit berhenti mencurahkan airnya. Surah Hud: 44 menjelaskan :
"Dan dikatakan: Hai bumi, telanlah kembali airmu. Dan dikatakan kepada langit: Hentikanlah curahan airmu!. Urusan telah selesai. Dan kapal itu berlabuh diatas gunung Judiy. Dikatakan pula: Hancurlah orang-orang yang zalim itu".
Finally, bahtera Nuh telah berlabuh di Bukit Judiy. So, after that Nabi Nuh, keluarga, orang2 beriman & seluruh keluarga binatang yang ikut Baginda memulakan kehidupan baru di tempat yang baru. Alhamdulillah, bersama mereka yang membenarkan perjuangannya.
P/s: SemOga menjadi pengajaran untuk kita semua. Setiap janji ALLAH pasti berlaku. Tu baru kisah banjir besar yang menimpa kaum Nuh. Macam mana pulak gambaran QIAMAT yang pasti akan menziarahi kita. Cuma bila kita tak taw. Jom kumpul bekalan untuk ke sana..!!
Mari beramal (^_^)//
Rujukan: Kisah Para Nabi, Teladan Bagi Orang Berakal (Ibnu Katsir) & Kaum-kaum yang Pupus (Harun Yahya)..
Sekian dulu dari hamba ^_^
Sebarang komen & cadangan/pembetulan fakta sangat dialukan.
Assalamu'alaikum.
BalasPadamPerkongsian yang menarik, disempurnakan lagi dengan gambar-gambar. Semoga istiqamah menyampaikan dakwah, walau dengan cara apa sekalipun. Pengajaran daripada kisah Nabi Nuh, menyampaikan dakwah tanpa rasa jemu, siang malam, dengan bermacam-macam kaedah.Teruskan perkongsian yang bermanfaat utk ummah!. Nanti share kisah nabi Hud pulak ye...