18 Jun 2011

BERSIH 2.0

Assalamu’alaykum Warahmatullah…
Alhamdulillah...diberi kelapangan masa untuk menaip sesuatu kat sini ^_^
Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi atas 2 nikmat yg sangat besar iaitu nikmat IMAN & ISLAM sehingga ke saat ni..Syukur atas segala nikmat kurniaanNya kepada kita..Jom Sujud syukur yOkk..! Tanda syukur kita kepada ALLAH yang Maha Pemurah..

OK rite, 
Sekarang nie tengah panas isu BERSIH 2.0..Haa, jangan cakap tak taw plak..
Apo bondo eh jang BERSIH 2.0 tu..? BERSIH 2.0 tu stand for Gabungan Pilihanraya BERSIH & ADIL..Tapi sape yang lead BERSIH 2.0 nie yek..? Kalo nak taw, BERSIH 2.0 nie adalah gabungan 63 NGO yang menyedari & nak tuntut pelaksanaan sistem demokrasi & pilihanraya yang bebas dan adil di MALAYSIA. So, xmo la ade kes-kes rasuah ke, pengundi hantu raya ke, suara rakyat disekat ke...macam2 la kan. Normal la, bila pelaksanaan undang/hukum tak ikut telunjuk al-Quran..Manusia confirm akan lupa diri apa sebenarnya yang ALLAH perintah untuk dilaksanakan. KeADILan pun disepak ke tepi jalan. BetOi ke salah? TengOk sendiri la apa yang berlaku kat tanah air sendiri ni haa. 

Oleh itu, menyedari hakikat pemerintahan yang agak kucar kacir sekarang ni..Liya rasa terpanggil untuk sama2 mempromosikan BERSIH 2.0 kepada sume yang mungkin ada sOrang dua yang masih tak maklum tentang perhimpunan tu nanti. Hehe..agak je. Kalo da taw pun xpe, just reminder :) 

PROMOSI

Liya sebagai salah seOrang penuntut demokrasi & pilihanraya yang SUCI BERSIH menyeru kepada sume untuk sama-sama menghadiri Majlis Pelancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 esOk [19 June 2011]. By doing so, kita boleh sama-sama meluahkan & bagi pandangan tentang apa je yang berkaitan. Sape nk pi angkat tangan...! ^_^
maklumat lanjut, as per attached kat sebelah ni..

P/s : Tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 mempromosikan demokrasi yang telus & dinamik. So, semua warganegara yang mengaku Malaysia nie negara terchinta tak kira la parti pOlitik UMNO ke, PAS ke, Roket ke, PKR ke whatever la yang ada pendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demOkrasi yang telus sepatutnya MENYOKONG. Sebaliknya, bukan MENGECAM tuntutan-tuntutan tersebut. Harap maklum ^__^

Sebagai seOrang pemimpin yang adil, suara rakyat tak boleh diletak tepi sebab sebuah negara tu takkan bangun kalo tanpa kehadiran rakyat. Sape nak buat keje bertukang, berkebun etc..? Sape nak membanting tulang membangunkan ekonomi negara..? Sape kalo bukan rakyat yang korbankan tenaga & usaha..? Lu pikir la sendiri !

Hopefully, tuntutan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 July nanti bakal memberikan natijah yang baik untuk kita semua. Bersama menuntut hak kita untuk melihat pelaksanaan sistem pemerintahan & pilihanraya yang adil dan saksama berjaya direalisasikan. Itu harapan Liya dan Liya percaya sume orang mengharapkan perkara yang sama. InsyaALLAH, semOga usaha kita diperkukuhkan lagi dengan bantuan ALLAH SWT..

Semangat pulak cik Liya nie..he.
Bukan apa..makin menjadi2 pulak sistem yang tidak melihat kewajipan berlaku ADIL yang blaku skrang ni. Kalo media tu, hanya khusus untuk pihak kerajaan. jadi saluran mengutuk orang lain la pulak.. Dunia2x..bukan media je, banyak lagi yang terang benderang kita boleh perhatikan. Apa nak jadi kalo dibiarkan berterusan tanpa ada pihak yang bangkit menyatakan kebenaran..? Semoga segala kejahatan akan lenyap dengan bantuan tentera ALLAH SWT. Biidznillah..
SemOga one day Malaysia akan tertegak dengan meletakkan tuntutan ISLAM dihadapan...Amin..
Allahuakbar..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)