Assalamu'alaikum Warahmatullah..
MorNing sume...(^_^)
Syukur alhamdulillah masih diberi peluang oleh ALLAH utk bernafas.
Iman sihat kawan2? Harap IMAN kita makin sihat sebab hari2 kita bagi vitamin ayat Quran, selawat, zikrullah..InsyaAllah ea.
***********************************************
Sebenaqnya entry nie dtulis smalam & kalO sape yang fOllow, entry nie dah pun di pOst pagi smalam..Tapi rasa sangat tak puas hati dengan preference. So, i must edit back. Ok..Selamat membaca..(^__^) Hari nie cuti sempena Nuzul Quran.I have nOthing to do right nOw. Bila belek2 gambar-gambar kenangan masa Latihan Amali Dakwah Non-Muslim tadi, rasa rugi plak kalo sekadar kita je yang tahu. So, rasa nk kOngsi sesuatu lah kat sini. Bleh jgak isi masa lapang yang sengaja tak disebOkkan nie..
1st thing, nak tanya laa..apa perasaan kOrang kalo bercakap pasal ORANG ASLI?
NegritO? SenOi? Melayu ProtO? Seletar? Macam2 lah nama etnik dyOrang niehh..Ok2.
DAKWAH DI LAPANGAN....MENCABAR..!! |
Ikhlas dari hati ehh..Nie pengalaman la, ana sendiri masa mula2 dlu kawan2 bercerita tentang Orang Asli ni, meremang bulu rOma gak la. Mana taknye, dyOrang ni sinOnim dengan suku kaum yang biasanya tak mandi. (Eee..busuk laa) Tu la 1st impressiOn kita kan.
MAD'U KITA....! |
Teringat kata2 seOrang hamba Allah ni masa ana ajak dia masuk kampung Orang Asli yg bersebelahan je dgn kampung dia beberapa ketika dulu. Bunyinye lebih kurang cmni la.."Eee...kOrang pegi la..dyOrang tu dah la tak mandi, bela anjing plak tue.nanti anjing2 tu cium kaki kOrang..taknak lah..Bwekkk...nak termuntah". Nak salah sape kalo org2 Kristian terus sebarkan dakyah dyOrang kat kelompok Orang Asli ni. Dah kita yang taknak sangat. Kan ALLAH kata dalam FirmanNya dalam Surah Hujurat ayat 13 tujuan manusia diciptakan dari pelbagai kelOmpok @ suku kaum? Semua tue ada fungsinya pada kita.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
***********************************************************
Sedih kan kalo masyarakat tak faham erti sebenar DAKWAH? Ana & sahabat JPDK (Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan) adalah antara orang yang bertuah sebab berpeluang untuk mengenali Orang Asli secara praktikal. Memang pengalaman yang mencabar sebenarnya. Tak dinafikan, memang ana antara orang yang anti-anjing. Takuttt....terketar2 badan masa mula2 sampai kat Kg.Orang Asli Pasir Salam, Ulu Tiram Johor. Turun je dari bas, anjing2 tu dah datang menyambut.
ANTARA CABARAN YANG TERPAKSA DITEMPUHI |
Aduhh..jangan cakap berani la masa tue.Dalam 2hari nk rapat2 dengan anjing2 tue, part yang paling tak bleh lupa la. Ujian. Anjing tue dikira ujian yang besar la bagi orang2 yang baru nak merapatkan ukhuwwah dengan golongan tue. Dah 3,4 hari kat sana, emOsi dah stable.(^_^) Dah seminggu kat sana, rasa sedih plak nak tinggalkan golongan mad'u yang buat ana rasa semangat nak jadi PMOA suatu hari nanti. Tapi negeri P.Pinang tercinta takde plak Orang Asli..huhu.
Tapi yang ana nak kOngsi kat sini, pengalaman ana & sahabat JPDK dalam melaksanakan keje2 dakwah kepada masyarakat Original ni. Dyorang ni memang pemalu kalo dengan orang yang dyOrang tak biasa. TengOk muda-mudi kita sekarang ni pemalu tak agak2..? Berpeluk2, naik mOtor sama2..main suap-suap makan siap.. Memang kalah Orang Asli lah.! Bukan setakat tak malu pada mata-mata yang memandang aksi panas dyOrang tu, tapi tak malu plak tu pada ALLAH yang Maha Melihat. Astaghfirullah..Tugas sape nak tegur dyOrang ni sebenarnya? Kita laa..sape lagiii..
*************************************************
Ok2. Bersambung perkOngsian tentang Original People tadi. Berada di JPDK, buat ana rasa sangat bertuah sebab ada 1 platfOrm yang dah tersedia untuk melaksanakan gerak kerja dakwah nie. Cuma kita je yang kena bergerak. Praktikal berdakwah kepada masyarakat Orang Asli di Johor memang satu pengalaman yang takkan luput dari ingatan.
Daripada langsung tak pernah tengOk Orang Asli, sampailah berpeluk cium dengan dyOrang. Wangi je(^_^)...
Bila tengok balik, memang betul pun. Orang bandar sibuk kejar harta kekayaan, sampai hal-hal jiran langsung tak amek kisah. Jiran masuk hospital pun sampai tak tahu menahu. Macam tue ke yang ISLAM ajar? Orang Asli pun takde sampai macam tue. Kita sampai je depan rumah, dyOrang sambut jugak, walaupun perasaan rendah diri & malu tu masih menebal dalam diri. Kita ajak bersembang, dyOrang tak tolak pun. Siap hidangkan air lagi. (Minum jugak walaupun tekak loya). Jaga hati. Jangan kecikkan hati dyOrang
Sedih jugak dengan keadaan dyOrang. Memang agak berbau. Tapi nak salahkan sape? DyOrang takde bekalan air bersih untuk mandi pun. Bekalan yang dyOrang dapat just cukup untuk buat air minum & masak. Mandi dalam tasik je, bekas lombong. Mesti gatal2 badan kan...Bukan dyOrang taknak pakai sabun, syampu rambut, sikat rambut, pakai bedak wangi2 macam kita. Tapi dyOrang tak cukup duit. Orang Asli kat situ majOritinya keje sebagai nelayan je. (teringat pengalaman cari tepeh dengan kak Yok & kak Tak kat tengah2 laut..memang sangat2 best!)
MENCARI TEPEH, SALAH SATU MATA PENCARIAN ORANG ASLI PASIR SALAM |
Lagipun, perkampungan yang dyOrang tinggal tu memang jauh sangat dari bandar. Kesian kan? Bila diselami hati & perasaan dyOrang, baru ana tahu..dyOrang pun teringin nak hidup senang, berjalan2 kat bandar. Tapi kita yang dah cukup senang ni kadang-kala seolah-olah tak menghargai langsung apa yang kita ada. Baju yang dah banyak dalam almari tu, kalo bleh nak tambah lagi. Tapi Orang Asli, jangan kan nak merasa baju baru. Baju yang sedia ada pun koyak2 je. DyOrang seronok sangat kita datang bawak baju2 baru. Sekurang2nya dapat la bertukar baju jugak.
SUARA HATI MEREKA |
Actually, bukan mudah nak ajak masyarakat Orang Asli ni ikut agama kita. Sebab? Kristian tue dah macam sebati dalam hidup dyOrang. Bila dirisik2, rupanya Mubaligh Kristian memang sentiasa datang. Datang follow up dyOrang ni. Datang plak, mesti tak pernah tangan kosong. Mesti bawak buah tangan punye. KFC pun dyOrang bawak. Kita? Bawak apa? Jangan kata bawak buah tangan, jengOk pun tak pernah kot. Geli sangat! Nanti ALLAH tanya dyOrang, kenapa ikut jalan yang BATIL? Mesti dyOrang akan tuding jari tunjuk kat kita punya. Sebab kita yang taknak sampaikan mesej ISLAM kat dyOrang. Ada setengah orang kita fikir, "aku tak sempurna lagi...tak layak la nak berdakwah". Nak tunggu sempurna sampai bila? Tunggu Kiamat kot baru nak sempurna! Ada manusia yang sempurna ke kat atas dunia nie? Ada..Cuma Junjungan Mulia Rasulullah yang bersifat ma'sum. Allah memang pelihara Baginda dari dOsa. Kita ni bleh ke sempurna macam Nabi Muhammad S.A.W? Jangan tanggu sampai kita tua bertongkat, baru nak suruh orang buat baik.
TASIK TEMPAT ORANG ASLI MANDI SETIAP HARI |
Dakwah tu bunyi macam berat je. Tapi senang je.. Bukan susah pun, kalo rasa tak mampu nak berdakwah macam Nabi2 terdahulu buat...buat la yang simple2. Contoh? Suruh kawan kita pakai tudung pun dah kira dakwah. Ingatkan jangan gelak kuat2 pun dah kira ajak orang buat baik. Sebab Nabi gelak pun tak nampak gigi. Tapi kita gelak macam nak terkeluar anak tekak. Kalo rasa diri tak mampu nak buat kerja2 berat, usaha je buat yang ringan2 dulu. Nanti takla tergagap nak jawab depan ALLAH kan.
Dah terkeluar tOpik plak. Tapi xpelah. At least ada gak pengisian dari baca suka2 je.
Sikit lagi pasal Orang Asli. Kita mesti selidik sedalam2nya tentang pendekatan MissiOnari Kristain. Tak bleh jadi ni..Nanti semua ikut Kristian. Sikit2 lama2 jadi bukit pengikut dyOrang. Sesat2. Kita taknak kan tengOk orang sesat. Kesian dyOrang. Nanti neraka la tempat tinggal tetap dyOrang. Risaunya, nanti dyOrang tarik kaki kita time nak masuk syurga...Haaahhh..dah terlibat plak..(T__T).Na'uzubillah Min Dzalik..!!Kalo sayang masyarakat kita, jangan terus biar dyOrang ikut agama yang sesat. Tugas sape nak kembalikan dyOrang ke landasan yang benar? yaa..tugas kita masyarakat ISLAM. Pengikut Nabi Muhammad S.A.W...!!!
*******************************************************
BERSAMA KELUARGA ANGKAT, ABANG LANG (PENGANUT KRISTIAN) |
DOAKAN LIDYA & KELUARGANYA DIBERIKAN HIDAYAH OLEH ALLAH |
BERSAMA KAK YOK & KAK TAK KETIKA LAWATAN BALAS PADA 5/8/2010 |
DAKWAH BILHAL (^__^) |
LATIHAN AMALI DAKWAH KEPADA MASYARAKAT NON-MUSLIM DI KG. ORANG ASLI PASIR SALAM, ULU TIRAM, JOHOR |
p/s: Isnin nie 30/8/2010 akan mengikuti Program Sukarelawan Al-Falah ke Perkampungan Orang Asli di Gombak. Dakwah Bil Hal yOkkk...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)