23 September 2010

JENAYAH membawa PADAH

Assalamua'laikum & selamat pagi sume...(^_^) Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya buat kita.semOga syawal yang dirai merupakan kemenangan setelah kita berjihad di medan Ramadhan lepas. Sama2 lah kita berdOa kepadaNya mOga diberikan kesempatan & peluang untuk kita mengecap barakah Ramadhan tahun hadapan, InsyaALLAH Ta'ala..
Emmm...dh lama rsnya tak update blOg..maklumlah mOod raya tak abis lagi. Tak sempat2 nak update.
Tadi bjalan2 kat alam maya, singgah jap kat Bharian online. Jadi bacalah kisah seOrang manusia nie...

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya. “Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa. 
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Mohd Fazli Azri Jamil, 28 selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari, 4 (gambar kecil), di Batang Kali, 25 Februari lalu.

Dahsyat kan dunia skarang..? bunuh-membunuh nie dah jadi macam perkara biasa plak. Boleh dikatakan, hari-hari ade je kes bunuh @ cubaan mencederakan orang. Nie baru kes bunuh kanak-kanak, tak cite lagi kes pembunuhan kejam jutawan kOsmetik yang juga ikon usahawan wanita baru2 nie. Dahsyat gile la manusia zaman canggih nie. Dah tak takut undang2 negara, apa lagi nak kira takut dengan undang2 ALLAH. Apa la nak jadi dalam jangka masa 5-10 tahun akan datang? Cuba bayangkan. Dengan perkembangan & kemajuan dari pelbagai aspek, mana mungkin kita menOlak kehadiran perkara2 baru yang canggih lagi terkini kan?. Tu lah realiti perubahan zaman yang juga telah merubah masyarakat kita. Sayang sekali, banyak pulak perkara negatif yang diambil dari perkara yang pOsitif. Bunuh-membunuh dah macam main tembak2 pistOl air pulak. Nak keluar rumah pun takut, mana tak nya...jenayah makin menggila. Rogol, bunuh, ragut, penculikan kanak-kanak, peras ugut..macam2 lah..kalO nak senaraikan kat sini memang tak habis.

Berbalik pada keratan akhbar yang ana bawakkan td... "sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim". MasyaALLAH...dah la nak kena gantung dalam  masa terdekat tu, sempat lagi nak buat maksiat kepada ALLAH. Macam la isteri dia pulak nak cium pompuan tu. Realiti..realiti..Kita kena hadapi perkara-perkara yang sangat pelik yang langsung tidak di ajar dalam ajaran Agama kita. Tapi manusia zaman canggih mana nak heran dah kalO kita cakap. Bila kita tegur ckit je dah melenting. Ada plak yang cakap, "macam la awak tu baik sangat ustazah Oiiiii". Sampai macam tu la realiti masyarakat kita. Susah la nak wat keje kalO macam ni rupanye. Kita xla nak nafikan kadang2 terbuat jugak salah tu. Yelah..nama pun manusia. Hadith Nabi pun ada sebut "manusia itu tidak terlepas dari buat salah & lupa". Lebih kurang mcam tu mafhumnya. Tapi takde alasan untuk kita biarkan je kucar-kacir yang berlaku dalam kalangan masyarakat ISLAM kita sendiri. Kalau takde orang yang mainkan peranan untuk membawa mereka-mereka ini ke jalan yang lurus, kita akan lihat kehancuran umat tak lama lagi..!! Percaya atau tidak, itulah yang mesti dihadapi. Pahit atau manis, kita jua yang merasai. Kalau manis, kita akan merasai kemanisannya bersama. Tetaapi.. kalau pahit, kita juga yang akan merasai kepahitannya bersama-sama kelak. Na'uzubillah min Dzalik..

p/s: Beringat2 sebelum ALLAH turunkan balaNya. Berpesanlah sesama kita..>_<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)