29 September 2010

babi Oh babiiiiii.....

Bismillah..Assalamu'alaikum w.b.t saudara2 Muslim yang disayangi...(^_^)
Apa khabar iman kita hari ni..?Moga sntiasa dalam keadaan sihat wal'afiat hendakNya..Aminn..
Sebelum tu, jangan terkejut dengan tajuk entry liya kali nie..:) rasa nk menulis tentang BABI @ KHINZIR. Nak berkenalan dulu tak dengan binatang yang ALLAH ciptakan tue..?jommmm....!

Haa....ni la babi @ dalam bahasa Arab disebut khinzir. Korang penah tengOk tak makhluk ALLAH nie..? (ingat lagi dlu masa kecik2, masa tengah jalan nak gi mengaji Quran..mesti lalu jalan kampung, sebelah kanan jalan hutan. Tiba2 tengah mengatur langkah tu, tdengar bunyi sehhh...sehhhh...dekat ja dengan pagar tepi hutan tu..tengOk2..perghh..kerbau pendek rupanya..apa lagi...mula la cek melangkah panjang berlari sekuat hati...al-kisah) Okay...mesti kOrang tertnya2 kan ape hal la liya cite pasal babi ni..Emm..babi ni unik sebenarnya, that's why liya nk bercerita pasal binatang ni..Unik kat mana tue..? Tahu tak, seekOr babi ni memang sangat2 berguna? dari kaki sampai kepala, semua anggOta badan dia bleh di ambil manfaat. Daging-makan, tulang-ubat gigi, bulu-berus dan sebagainya. Tapi ingat, kita Umat ISLAM haram ambil manfaat dari babi ni..Dalam Islam memang dah terangkan, 2 binatang yang haram disentuh & dimakan. Apa? Babi & anjing la kan. Mesti kOrang dah sedia maklum punya. Tapi saja liya nk panaskan balik isu babi ni. Kita lihat isu babi dari skOp yang kecik je. Apa kita pernah makan babi..? Mesti kita jawab takkkkk....!! right..? Yelaa..kalO terbayangkan daging tu pn dah loya tekak, ini kan pulak nak masak makan. Tapi cuba bayangkan kita jamah babi ni hampir setiap hari. Kenapa liya cakap macam tue? Sebab...cuba tengOk keratan akhbar kat bawah nie..

KERATAN AKHBAR YANG MELAPORKAN YANG PASTI MELOYAKAN TEKAK ANDA
>>SAYUR RASA BABI...APAKAH INI SEMUA..??<<




BebOla perut babi..? apakah..? TengOk keratan akhbar kat atas ni, sayur rasa babi. Siap pernah jOin pameran produk halal lagiiiiii...!! Ada logo halal JAKIM pulak lagiii....!! Dahsyat betul orang zaman sekarang. Dia tipu kita hidup2. Pernah tak kOrang kaji apa yang kOrang makan setiap hari..? Halal ke..haram ke..main taram je kan kalO membeli tue..Especially kalO membOrong kat supermarket. KalO nak beli tu, beli je..dah tak tengOk dah ingredients barang2 tu. Kenapa jadi macam tu.? Dah amek mudah ke isu babi dalam makanan ni..? kat sini, liya nak tegaskan.."Masyarakat kita perlu jelas isu halal & haram nie". Sekarang ni kita tengOk, seolah2 masyarakat kita dah mengabaikan isu ni. Sedangkan, ISLAM sangat memberi penekanan tentang peri pentingnya kita menjaga makan minum kita dari apa yang diharamkan. Sebab asas pemakanan kita sehari-hari lah yang akan membentuk jiwa & peribadi kita kelak. Kepentingan makanan yang halal jelas ALLAH sebutkan dalam firmanNya :

"Wahai manusia, makan dan minumlah dari apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikuti jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang jelas lagi nyata bagi kamu"
                                                                                                              (Quran, al-Baqarah : 168)

Selain tue, ALLAH jugak tegaskan dalam firmanNya bahawa makan & minum adalah tanda keimanan seseOrang. Maksudnya, cara pemilihan makanan & minuman tue membuktikan nilai iman kita. Tapi liya pelik jugak dengan segelintir "orang-orang" dalam kalangan masyarakat kita yang suka amek mudah benda ni. 

Ada dalam kalangan kita yang tak faham konsep sebenar makanan halal & haram menurut ISLAM. Keje sape nak memahamkan masyarakat kita..? Kita sama2 wat keje yOkkk....!!
Antara perincian isu makanan halal & haram termasuklah :
  • Punca makanan tu dibuat. cth: daging @ bahan2 yang digunakan untuk memasak. Mesti daripada unsur haiwan @ bahan yang halal menurut ISLAM. Kalo dalam pengkelasan haiwan, haiwan yang bertaring (ular/harimau/kucing/dll), yang hidup dua alam (katak/buaya/kura2/dll) & yang najis (babi & anjing). Isu hangat sekarang nie ikan patin yang dibagi makan perut babi. Jatuh haram makan ikan tu walaupun ikan tu asalnya halal di makan.
  • Kaedah penyembelihan. Mesti penyembelihnya Islam, pisau yang digunakan tajam & disembelih dengan nama Allah). Ingat, even binatang yang disembelih tu halal tp kaedah penyembelihan tak ikut seperti yang Islam syariatkan jatuh hukum haram kalO makan binatang tue. Orang kafir sembelih ayam, haram..!!
  • Cara pengurusan @ pemprOsesan. Makanan tu mesti suci bersih dari najis dll. TengOk jugak cara penyimpanan makanan tue, mesti tak bercampur dengan benda2 yang diharamkan oleh ALLAH. Cth: ayam bercampur babi dalam 1 peti ais.
  •  Aspek ramuan dalam pembuatan makanan tu. Cth: kek yang dibuat dengan mencampurkan gelatin babi, minyak masak dari lemak babi @ alkohol dll.
Actually, liya agak cerewet dalam bab makan minum & pakaian ni. Memang orang yang kenal liya, faham dah. Tapi bila mcm tu, ada pulak yang kata kita ni demand. Adoiii...memang la kena demand ckit bab halal haram ni. Takkan main hentam je nak makan apa, nk pakai apa. Sume tu kena cek dulu. Kang tersalah makan sate babi plak..haa..kan padah tak berhati-hati di jalan raya(^_^).. Sekarang nie sume benda nampak sma je. Agenda sape nak rOsakkan pengikut Nabi Muhammad ni kalo tak agenda YAHUDI LAKNATULLAH..?! Dari apa yang kita makan tu akan jadi darah daging-membentuk fizikal & sudut batiniah kita-membentuk tingkah laku & peribadi kita. Kalo dah makan benda yang haram dalam agama, macam mana nak bentuk peribadi dan akhlak kita...generasi pemimpin negara..? 

"adalah tak mustahil, seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun, kalau dihitung...mungkin dah termakan seekor babi secara syubhah...!!!"

"...SEDARILAH UMAT ISLAM SEMUA...!! SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA, KETURUNAN KITA....ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..."


Please... makanan haram punca masalah umat islam sekarang...hati jadi keras, apalagi bila dah jadi darah daging..Mudah terpesOng ikut agama lain. That's why sekarang ramai murtad. Banyak babi dalam badan...
Masih lagi dok fikir ??? sampai bila nak fikir ?? Jawapan tu kita yang kena jawab sendiri. Jom tengOk komen2 sahabat2 fb liya tentang isu ni..
So, how kita nak jaga hati kita dari rOsak dek kerana makanan yang haram dalam islam. tengOk apa kOmen sahabat2 liya bila liya bangkitkan isu nie..."gunalah produk HPA..halal lagi baik". Nie bukan propaganda @ kempen untuk HPA tapi inilah kebenaran yang mesti kita akui. Berapa banyak prOduk kat pasaran semasa sekarang yang kOrang yakin kualiti halalnya..? Lambakan barangan tak halal semakin menimbun umpama 'cendawan yang tumbuh selepas hujan' sampai kita tak tahu nak bezakan yang mana ayam yang mana babi..Eee...sungguh melOyakan bila sebut daging babi. Tapi tu lah..walaupun binatang tu cipataan Yang Maha Esa, tapi benda tu Allah haramkan dari kita makan @ ambil manfaat darinya. Musuh-musuh Islam sentiasa amek peluang nak rOsakkan umat Islam. Dan dyOrang tahu caranya. Caranya apa..?dengan merOsakkan hati umat Islam la..bila dyOrang cipta prOduk2 yang diadun dari perisa babi ni, dyOrang dah bajet yang umat Islam mesti akan makan @ guna. Barang2 keperluan kita sehari2 tu pun dyOrang boleh adun dengan lemak, serbuk tulang, bulu babi & macam2 lagi. Sabun, syampu, ubat gigi, kek, cOklat (sila bagi perhatian kpd semua penggemar coklat) pengemulsi @ penstabil makanan, mentega, makanan segera dalam tin, biskut. Ahh..macam2 lah kalo nak sebut. Sebab tu la kena jadi demand macam cik Liya. hehe..berhati-hati di jalan raya. Baru selamat & ibadah pun diterima. Tak gitu..? Biarlah apa pun orang nak kata, janji kita berwaspada terhadap apa jua kemungkinan yang bakal menimpa. (ayat berfalsafah pulak...)

P/s :Pesanan penaja >>>Pengguna produk makanan yang dijual dipasaraya & kedai-kedai runcit semua..kOrang diminta untuk memeriksa terlebih dahulu produk yang akan dibeli & mengenalpasti kod  E @ dalam bahasa Omputihnya disebut E-CODES yang terdapat pada sampul atau kotak produk, sekiranya terdapat kod sebagaimana yang tersenarai dibawah, hindarilah produk tersebut kerana ia mungkin mengandungi lemak babi<<<<


Untuk langkah bijak, print out @ salin semua E-Codes di atas, dan bawa ke mana je kOrang pegi untuk membeli. Pastikan takde E-Codes yang tersenarai sebelum beli. Ingat, beringat sebelum kena..!
KASUT DARIPADA KULIT BABI...ADA DI TIMES SQUARE


ALAT PENGIMBAS DNA BABI CIPTAAN INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL UPM (IPPH)

HANYA 1 LOGO HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH JAKIM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)