20 November 2012

TUMPANG GUMBIRA

Bismillah.
Alhamdulillah. Masih ada iman di hati. Masih berpeluang mengecap nikmat udara, air, cahaya...Semuanya free of charge hadiah Allah buat semua makhluknya.

Bersyukur sebab dalam tempoh beberapa bulan nie, banyak benda baik yang berlaku =)
Banyak juga bola yang masuk goal.hehe. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur hanya buatMu ya Allah.
Semuanya Allah aturkan secara tersusun. 

10 November 2012

Majis akad nikah yang insyaAllah didoakan semoga ada keberkatannya antara my dearest sister, Along bersama pilihan hati selepas mengikat pertunangan hampir 11bulan. 
Walimah 17 November sebelah Along & 18 November sebelah Abang Long.
Selesai semuanya. Semoga Allah redha. Aku sebagai adik, hanya mendoakan yang terbaik buat Along & suami.


Along & Angah. Kami berbeza :)
Family sebelah mak. Eh, mana mak?

Nie gambaq sebelum bergelar Puan Siti Munira =)

Cool OK :)
Muka bangga dah galas tanggungjawab as a WIFE ;)
Sweet ! Outdoor kat Tasik Mengkuang.
Credit : Angah (Penghargaan untuk diri sendiri..haha)
Dengan mak mentua beliau.


Kalau Along baca entry nie, nie pesan adik :

* Jadi isteri solehah. Ta'at setiap suruhan suami selagi tak menjerumuskan diri kepada maksiat.
* Tutut 'aurat sesempurna mungkin. Ok?
* Perkara wajib JANGAN tinggal.
* Belajaq masak dengan sedap..hehe (Jangan marah)
* Belajaq uruskan diri, masa, suami & rumahtangga dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
* Walaupun ada suami, tanggungjawab untuk mak abah & adik2 jangan lupa sebagai anak sulung (Boleh camtu? :)
* Walaupun kena sayang suami dengan sepenuh hati, kasih sayang untuk mak abah & adik2 jangan lupa.

Ok, setakat tu dulu untuk Along.

Untuk Abg Long, nie pesan Angah :

* Jadi suami soleh yang tak pernah jemu mendidik & membimbing isteri mengikut telunjuk syari'at.
* Berlembut untuk perkara yang perlu. Berkeras juga pada perkara yang tak boleh ambil mudah.
* Nafkah untuk Along jangan abaikan.
* Suami adalah nakhota bahtera rumahtangga. So, jangan lupa tingkatkan ilmu pengetahuan dalam segala aspek.
* Jaga Along sebaik mungkin!
* Kasih sayang untuk keluarga sendiri & keluarga mentua jangan abaikan.

Ok, tu dulu untuk setakat nie.
Konon Along & Abg Long lalu sangat la nak baca entry aku nieh..haha.

Majlis resepsi kat umah ceq..
Kek 4 tingkat yang creatif !
Kawan-kawan Along yang masih bujang lapuk..

Aku pun tumpang bahagia dengan perkahwinan Along.
Satu yang aku perasan, mak and abah sangat happy menerima kehadiran orang baru dalam family kami. Alhamdulillah. Bertambah besaq la family ceq. Sekurang-kurangnya, cik Liya ada la jugak abang kan. Kakak ada. Abang ada. Adik-adik pun ada. SEMPURNA!

Eh, belum cukup sempurna tanpa kehadiran suami disisi. Erk??
InsyaAllah. Semuanya akan sempurna dengan izin Allah. Bila? Hmm.. Not really sure the actual date. Soon biidznillah =) Semoga Allah permudahkan semuanyaaaa.. Amin ya rabb!

Ok, tamat cerita gumbira aku bersama family.
Semoga keluarga besaq ceq akan bertambah besaq dengan kehadiran cucu pertama mak & abah. hehe. 


Sejambak Penghargaan

Penghargaan khusus aku buat mak & abah yang banyak berusaha untuk walimah nie (eh, macam walimah aku pulak..hihi).
Abah yang walaupun sibuk uruskan Adik Muhammad yang accident kat hospital. Sempat lagi bertukang buat renovation rumah. Walaupun tak sempat siap, tapi aku rasa cukup untuk sekadar yang mampu je. Aku yang tengok peluh abah menitik-nitik nie lagi penat walaupun aku tak tolong angkat bata walau seketul pun. Mak pun penat jugak nak fikir keperluan walimah, persiapan, mengurus itu ini. Buat dua orang adik yang turut berpeluh tolong abah buat rumah. Abang Chik & Shakir =) Tolong layan karenah kak yang macam-macam..hehe. Terima kasih adik-adikku semua.

Tak lupa penghargaan buat semua mak & bapak sedara yang sangat banyak membantu sebelum, semasa & selepas majlis. Nak sebut sorang-sorang? Boleh.
Jap nak karang.

Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Njang, Pak Njang, Pak Ndak, Mak Ndak, Pak Lang, Mak Lang, Abah Chaq, Mak Long Sham, Pak Njang Tah, Pak Ngah Pie. Sepupu sepapat yang juga banyak membantu terutama Kak Ema, Kak Eni, Kak Tshah, Kak Zai, Abg Wairi, Sherah, Tikah dll. Tok menakan. Tok Ndak, Tok Tam, Tok Long semua ada. 

Jiran tetangga yang juga banyak membantu. Tukang masak semua. Kawan-kawan abah, adik Shakir & Abg Chik yang banyak membantu jugak. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran selayakNya.

Kesian maksu & paksu yang tak dapat balik :(
Kalau ada, mesti best!

Oklah, dah penat mengarang. Sorry untuk nama yang tak disebut.  Kita tutup entry nie dengan tasbih kafarah & surah Al-Asr.
Wassalamu'alaykum warahmatullah.

21 September 2012

Pelam Putik

Assalamu'alaikum :)
Al kisahnya cik Liya pegi ke pasar malam semalam.
Ikut daya memang dah tak larat sangat. Tapi disebabkan ikut hati nak sangat makan benda masam tu..
sampai jugaklah akhirnya =)

Biasalah. Kalau namanya PEREMPUAN, asal nak beli satu barang akan 5,6 barang lah pengakhirannya. First thing first. Mesti la cari kehendak utama yang menyebabkan cik Liya singgah kat pasar tue.
Cari punya cari..Hmmm..macam dah kecewa dah sebab tak nampak langsung batang idung pelam epal. huhu. Rasa nak tanya lah pakcik yang jual buah tu.

SEKILO RM5 je :)

Dialog kat pasar semalam..haha.

PL: Pakcik, mangga masam ada tak?
Pcik yg kebetulan kat situ : Org cari mangga manis, awak cari mangga masam pulak.
Pcik si penjual buah : Xpe...saya faham dah kalau tanya mangga masam tuu..sambil tunjuk gerai yg ada jual buah yg PL nak..
PL : (Senyum ketat sambil berlalu pergi...)


Erkkk......ada rupa macam orang da kwen ke pokcik? LOL.

Alhamdulillah. Dapat jugak pelam putik (Pelam = buah mangga) + (Putik = belum masak).
Kenapa pelam putik? Entahlah...itulah makanan kegemaran Liya kalau demam. Kenapa pelam putik sinonim dengan orang pregnant yang mengidam? Entahlah...jawab la sendiri kenapa. haha.

Ok, dah maghrib. Jom solat ! =)

20 September 2012

Kembali Menjenguk =)

Bismillah.
Puhh...puhhh...berabuk sakan dah belog cik Liya nie.
Dah berbulan tak update. Bukan xde isu, tapi xde kesempatan nk menaip.

Bila diteliti sepanjang Julai-Sept nie, terlalu banyak perkara berlaku. Masam, manis, masin, pahit, tawaq hebiaq semua ada. Sweet kan hidup nie? Allah tak bagi kita rasa happy je sepanjang masa. Ada kalanya kita perlu menangis supaya kita sedar & tahu hidup nie bukan sekadar untuk ketawa. Perkara yang menggumbirakan kita tu, anugerah Allah buat kita. Tapi sedalam mana rasa syukur kita hadiahkan buatNya?

Semalam, seharian terbaring kat umah. Lagaknya macam dah ready nak pegi ofis la konon. Lepas Subuh terus memasak. Siap aje lunch pack untuk housemate, pengsan. Hilang tenaga semua. Tempias saki baki demam abah agaknya. Dekat umah lagi dah rasa tempiasnya. Cadangan abah suruh amek MC xmo terima. Yelaa..Khamis & Jumaat dah apply cuti utk program di Kedah. Takkan seminggu dua hari je keje..huhu.
Padan muka. Sampai KL, MC jugak semalam. Sedih lagi tambah sebab xde orang jaga. huaaaaa.. -_-

Nasib dah siap masak untuk lunch. Terjaga je dari tido, perut dah berdondang sayang mintak diisi. Kali nie demam, lalu pulak makannya. Tapi setakat sekali isi jela..Then, tido lagi. Tido lebih 15 jam sehari. Huh. Lemahnyaaa... Time sakit sangat tak best sebenarnya sebab banyak benda tak boleh buat. Tak larat! Dan time kesihatan tak ok lah, ada macam2 perasaan. Rindu lah. Nak dengar suara orang ni lah. Nak call orang tu lah. Haihh. Nasib baik iman masih kuat. Kalo tak, dah lama terjun gaung maksiat. Na'uzubillahi min dzalik!

Harini gagah jugak masuk ofis sebab ada appointment dengan klien. Asalnya kena hantar klien tu ke Siti Noraini Nursing Home, memandangkan pakcik tu lelaki & aku perempuan, my manager offer nak take up tanggungjawab tu sebab aku sibuk dok mencari sape la yang sudi temankan..huhu. Tenkiu soo much pakcik Zun! Selesai satu masalah.

Hmmmm..Settlekan satu dua hal, dah xleh dah. Badan & otak mintak waktu untuk rehat lagi. So, idea jenguk belog nie datang sebab otak tak banyak fikir harini. Sekian. Badan dah panas balik. =_=
Ok, nak balik rehat. Tata..!

# Get well soon Cik Liya! 

27 Jun 2012

The Right Track

Bismillah.
Alhamdulillah. Allah temukan dengan Sis Grace atau nama Islamnya Nur Alisha Loh malam ni. Kakak saya nie masih sangat baru dalam Islam=) Segala puji hanya bagi Allah. Dengan izin dan kehendakNya, beliau melafazkan syahadah pada tanggal 10 Mei tahun ini di Hidayah Centre.

أشهد أن لا إله إلّا الله وأشهد أنّ محمد الرّسول الله

Alhamdulillah. Dilafazkan dengan penuh penghayatan akan penyaksiannya bahawa hanya Allah tuhan yang layak disembah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sah lah Sis Grace sebagai seorang Muslim. Allah menjadi saksi akan lafaz yang diucapkannya petang itu.
Bermakna, sudah hampir sebulan setengah Sis Grace dalam agama fitrah ini. Alhamdulillah. Dalam tempoh tu kami keep in touch bertanya khabar. Ada masanya dia akan tanya soalan-soalan asas dalam Islam. Apa je yang tak difahami. Mujur masih punya bekalan ilmu di dada. Terima kasih ustaz ustazah atas ilmu yang telah dicurahkan !
Sangat-sangat hargainya. 


Betul kata adik,
"You already in the right track akak. 
Just keep moving and stay strong".


Aku berada di landasan yang betul. Terpilih bukan? So, bukankah aku patut hargai peluang yang Allah bagi untuk dimanfaatkan sebaiknya. Tajdid niat sayang ! Kerja itu satu IBADAH. Ikhlaskan niat & pasti, aku akan mampu teruskannya ! =)


Btw, pertemuan singkat tadi amat bermakna. Apa yang aku kagumi, Sis Grace nie tak segan silu usung buku 'Panduan Lengkap Solat' ke mana saja dia pegi. Sempat juga tasmi' bacaan Al-Fatihah dia tadi. Mantop. Dah hafaz pun ^_^ 
Alhamdulillah thummaalhamdulillah !


# Aku sentiasa doakan agar Allah kekalkan mereka dalam Islam dan merahmati setiap perjalanan hidup mereka. Teguhkan iman mereka dan memberi kemudahan dalam setiap urusan mereka. Amin ya Rahmann..


# InsyaAllah, 5 Julai nie adik Lin pulak akan melafazkan syahadahnya di Hidayah Centre.
Allahu Allah. Kau tetapkanlah pendiriannya untuk kembali kepada Islam dan doronglah hatinya untuk terus memperbaiki diri & mengislah ummah. Allahumma aamin.

25 Jun 2012

Garden of Ukhuwwah !

Bismillah.
Alhamdulillah. Indahnya ukhuwwah kerana Allah.


Sabtu, 23 Jun 2012- 7 buah kereta bergerak awal pagi dari Pusat Perubatan UKM dengan membawa muatan penuh penumpang manuju ke Taman Botani, Putrajaya. Yeay ! Habib dapat jalanjalan lagi (^_^)/
Bersama akhawat senior, sebaya & adik2 dalam 'garden of ukhuwwah'. Medic & Nursing students. Seriously best! Ini kali ke-4 bersama akhawat K-PPUKM dalam program. Before this..Rehearsal Ramadhan, Santuni Mereka & Syahadatul Haq. Alhamdulillah, dapat manfaatkan masa bersama. Sweet sangat ! =)
Bermula dengan perkongsian from Prof.Asma' & Dr.Rabbani, ta'aruf, breakfast jama'ei and last agenda dengan berbasikal. Jap, tapi agenda melakar kenangan satu kemestian. Ok, senyum. Satu...dua...tiga..SNAP! Okeh. Cantek (:

Terima kasih Allah atas nikmatMu ini..
RAKAN SEBAYA : NADIA, AIMI, HAJAR & ALYA TANPA SHIQIN BERSAMA..huk2


GARDEN OF UKHUWWAH !
Lepas bergumbira bersama, kami pun bergerak pulang dengan hati yang riang..hehe.
Thanks a lot my dear, habib. Sebab sentiasa ada temankan Liya pegi manamana. U are always in my heart. Luv u sooo much!


# Sayang akhawat jugakkk ! ^_^

19 Jun 2012

Ukhuwwah Kerana Allah



Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah. Allah aturkan pertemuan yang cukup bermakna petang nie.
My coursemate di Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan UKM merangkap housemate di rumah akhawat Darussakeenah (DS) datang ziarah! Yeayy! \(^_^)/
Kak wan yang sangat aku kagumi ilmunya dtg ziarah aku kat pejabat, happy sekejap =) Jazakillah bi ahsanil jaza' kak wan. Very appreciate it! After 3x plan nak datang ziarah kat umah tak jadi. Finally, Allah izinkan jugak.


Since aku pindah ke Melawati nie, dah jarang jumpa kak wan & akhawat UKM lain. Ada jugak aku pegi ziarah ke Bangi. Cuma, lately dah kurang sikit. Banyak bergerak di sini. Menunggu honeymoon & reunion DS yang tak jadijadi lagi..hehe.


Kira-kira dah masuk 11 bulan aku di Hidayah Centre. Cepat sangat masa berlalu ! 
Dalam masa tu jugak, ada masa yang aku rasa down. Rasa nak cabut lari sume ada. haha. Time aku happy + seronok nak lompat aku tatau plak nk cite ngan sape. Dulu kat UKM, aku selalu curhat kat kak wan. hehe. Kak wan adalah orang terbaik untuk berkongsi suka + sedih. Tu dulu. Skrang da jauh ngan kak wan. Aaaaaaaa...Kak wan, jangan balikkkk.! Banyak benda nak share ngan kak wan. Kite nak cite kat kak wan improvement kite kat sini. huhu. Macam nak nanges je time kak wan nak balik tadi. Sob..sob...sob.
Last sms kak wan tadi sangat terkesan di hati. Thanks a lot kak wan ! Aku kena terus bergerak walau dalam apa jua cara..Move forward!

Teruslah bergerak hingga KELELAHAN itu LELAH mengikutmu,
Teruslah berlari hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu,
Teruslah berjalan hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu,
Teruslah bertahan hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu,
Teruslah berjaga hingga KELESUAN itu LESU menemanimu


Ahaa. tu lah aku. Susah sangat nak lepaskan orang yang aku rasa dekat dihati.
Ingat lagi. Pertemuan pertama dengan classmate aku lepas kitorang lost contact hampir 7 taun. Happy bagai nak rak. Tup tup dia nak balik je, tiba2 ayaq mata keluaq. aha. Rasa nak jerit 'don't leave meeeee...!' T_T


Hah. Sudah. Mula la nak mengenang kawan-kawan rapat di UKM Imah, kak Yunie, kak Fiqa, kak Efa, My bestfriends forever & ever Iffa & Taqiah ! Kak hajar, kinah, kak fizah...Rindu sumuaaa...!


Dalam perjalanan hidup kita, masing2 ada hala tuju. Ada haluan sendiri. Dan bila berjauhan, apa yang sangat penting adalah keterikatan hati. Walau jauh beribu batu bata pun jarak yang memisahkan, kita masih terasa kehangatan ukhuwwah. Kerana apa? Kerana ukhuwwah yang terjalin adalah kerana Allah =)
Sebab tu aku sayang sangat setiap ukhuwwah yang terbina dengan ikatan hati ! Sebab ikatan tu sukar aku padamkan. Akan sentiasa tersimpan kukuh dalam hati. Cewaahhh.


"Dan Dialah (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kami menginfaqkan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana"
                                                                                                 [Al-Anfaal 8: 63]




Terima kasih kepada semua !
Uhibbukum fillah ! =)

18 Jun 2012

Allah Lebih Tahu

Bismillah.
Kembali menjeguk belog kesayangan setelah hampir 2minggu tak merajinkan diri buat perkongsian kat sini.
Terlalu banyak yang nak dikongsikan. Tapi ada kekangan yang tak mengizinkan.


Bila kita berhadapan dengan lebih daripada satu benda, kita MESTI BUAT PILIHAN. Mana satu yang lebih aula. Antara tuntutan & kehendak, mestilah tuntutan yang jadi pilihan. =)


Minggu lepas, aku berhadapan dengan kegagalan. Gagal untuk satu tanggungjawab yang mudah pada dasarnya tapi jadi susah dalam usaha pelaksanaan & pengakhir jalannnya. Taw apa? Last Thursday, sepatutnya aku kena bawak sorang saudara baru ke IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) untuk slot 'ISLAM AGAMAKU' jam 5.10 ptg.
Dari segi perancangan, da cukup bagus da rasanya. Siap tanya ummiroses jalan nak pegi IKIM dari ofis. Bukan tak penah pegi, tapi tu lah kelemahan aku. Kalau setakat pegi ikut orang, tak drive sendiri...memang aku tak alert sangat lah jalan2 tu sume. Tambah pulak, sedang syiokkk bercerita dlm kete. hehe.


Dah plan mintak SB tu dtg ofis, sbb banyak keje kena langsaikan before kuar..So rancangnya aku akan bawak pegi IKIM dari ofis la. Siap google map nak confirm jalan lagi. Sebab pandai sangat kan, kunun nak short cut. Amek kau. Ummi bagi plan ikut DUKE, aku pegi ikut Jalan Tun Razak sampai pusing balik ke Cheras. Pusing punya pusing, aikkk...sampai pulak kat PWTC. Kak Yati Paradi da call 2,3x tanya kat mana. LOST. Jam 5.30 ptg aku masih tak jumpa Langgak Tunku. K.Yati pulak yang mintak maaf kat aku. Adeh. Satu kegagalan sebab kegagalan aku sendiri tak taw jalan. Oh. Tolonglah. Aku rasa aku manusia yang paling gagal pada hari tersebut OK.
Makcik Hidayah pulak yang cool. 'Xpe...ada hikmah semua nie'.


Yup ! Betul. Allah dah aturnya plan yang lagi baik disebalik kegagalan petang tu. =)
Kebetulan dapat invitation utk join pengisian + iftar program Rehearsal Ramadhan di Surau Ar-Razi, PPUKM.
So, Makcik Hidayah dapat berkongsi pengalaman dalam Islam dengan akhawat PPUKM directly. Tak payah dengar radio pun. Allah hantar terus depan dyorang. Allhamdulillah. Aku menjadi penyebabnya dengan izin Allah. See. Allah aturkan yang terbaik untuk kita. Buat aku berfikir dan bermuhasabah dengan hikmah yang Allah titipkan hari tue. Ibrahnya, jangan mudah kita kalah dengan GAGAL. Sebaliknya, bersangka baik dengan Allah. Sebab Allah tahu apa yang kita fikirkan, yang terselindung dalam hati & yang lebih jelas apa yang kita kerjakan. Yakin, kegagalan tu adalah pengajaran daripada Allah untuk kita lebih berhati2, tingkat usaha & keupayaan dll. Gagal sekali tak semestinya gagal untuk kali seterusnya ^_^




# Percaya atau tidak, Allah titipkan perkenalan dengan akhawat PPUKM yang sungguh tidak dijangka !
Sudahlah Dia buat kejutan tadi, Dia kirimkan pula hadiah ukhuwwah buat kami.


# Belajar daripada pengalaman. So, lepas nie kena banyak belajar kenal jalan ye Cik Liya !




Allah Maha Besar !
Aku bersyukur atas segala nikmat & pemberianMu ya Rahimm.
Thank you Allah atas hadiah istimewa ini.

05 Jun 2012

Kembali Menemui Pencipta: AL-FATIHAH

Bismillah.
Rasa agak lama tak update kat belog nie. Sepi !


Last saturday, jadi fasi utk Mukhayyam Intensif Siswa Siswi IKRAM (MISI '12). Asal plannya nak balik Penang. Tapi sebab Jumaat ada interview, tak jadilah nak amek cuti that day. Maaf mak abah ! K.Ngah balik minggu nie insyaAllah. Rindu sangat sebenarnya !


Sape tak rindu family kalau peluk cium 2,3 bulan sekali je =(
Untungla sape duduk dekat dengan family kan. Dapat kasih sayang harihari. Jeles !


Tapi ada hikmah besar disebalik tak diizinkan oleh Allah untuk balik kampung.
Lepas sehari berprogram dengan adik2 di Kem Rimba Tamu, Batang Kali. Pagi Ahad (3 Jun 2012) dapat sms "Atuk telah kembali ke rahmatullah sejam tadi". Allah. Tangan yang baru nak suap nasi lemak ke mulut terus jatuh. Hilang selera serta merta. Allah... Terkilan ! Hajat atuk nak dengar aku baca al-Quran tepi dia tak tertunai. Terus sebakk. Maafkan alya tuk..
Kenangan bawak atuk bagi makan ikan kat taman, PPUM.
Nenek, atuk & Dr. Hanafi
Ingat lagi time nenek call hari Khamis (31 Mei 2012) "Alya, atuk mintak ngaji kat atuk sebelum atuk meninggal". Kekangan masa buat aku terpaksa dahulukan keje mencari rumah sewa. Sibuk pulak time-time cenggini nak cari rumah bagai. Khamis-Jumaat tulah nak pegi tengok rumah. Sri Gombak la, Casamaria la, Ukay Perdana la. Sume tu menuntut lebih masa & tak sempat nak pegi ziarah atuk kat Subang. Cadangnya nak pegi petang Ahad lepas program MISI'12. TAPI...dah terlambat Alya ! Atuk dah pegi tinggalkan dunia pagi tu lagi :'( Sedih sangat. Bukan susah pun nak tunaikan hajat atuk. Ngaji je ! Last atuk dengar aku ngaji hari Jumaat minggu lepas sblm discharge. Malam sabtu tu atuk sendiri yg call jemput pegi umah. Beriya sangat. Atuk nak buat kenduri doa selamat sikit. "datang la awal tlg2 ye". Kira tu lah last dengar suara atuk. Ahad tu atuk da tak cakap langsung. Suddenly takde suara. 


Dari Batang Kali terus ke KL Sentral. Adik amek & bawak ke PPUM. Then gerak ke Kerinchi (umah lama atuk). Sampai lebih kurang kul11. Masuk je dlm surau, mama cakap "Liya..atuk da takde". Ape lagi aku. Adeh. Terkilan sangat. Pegi cari nenek kat luar. Jumpe je makteh, makteh terus peluk aku & cakap "Atuk nak sangat jumpe kamu". Allah. Sebak gile. Aku rasa bersalah sangatsangat !


Masa tu jenazah atuk dah siap mandi, kafan & solat di PPUM. Solat kedua kat Kerinchi. Lepas solat, terus je dapat tengok muka atuk. Bersih. Dalam hati aku berbisik 'Alya ngaji kat atuk ye'. Ah...air mata aku laju je. Yooi pulak datang kat aku cakap "Kak, atuk nak dengar akak ngaji". Ya Allah. Kenapa la takde sape bagitaw akak Yooi... yang atuk masuk wad balik Sabtu tu. :( Sedih lagi !


Kesian tengok anak2 atuk sume. Makteh la paling kesian. Sepanjang atuk sakit, dia la yang jaga makan minum kencing berak atuk. Besar pengorbanan makteh. Daripada keje, sampailah berhenti sebab nk jaga atuk. Buat aku termotivasi untuk berkorban demi mak abah yang kian menjangkau usia awal 50-an nun jauh di utara sana.



Jenazah atuk selamat dikebumikan usai solat jenazah kali ke-3 lepas Zohor di Tanah Perkuburan Bukit Kiara (kalo tak salah). 


Aku abadikan kenangan bersama atuk dalam belog kesayangan aku nie. Kenangan sangat penting OK. Nanti da kawen..aku nak cite kat anak-anak, 'Ummi penah ada atuk angkat yang sangat baik layan ummi even ummi bukan ada hubungan darah' =) Jazakallah atuk. Semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang soleh & beriman. Aminnn.


# Semoga nenek, mama, cik Miza, Alang, Angah, Pak Ucu semua anak menentu cucu cicit atuk diberikan kesabaran & ketabahan atas kehilangan orang tersayang.


"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"

(Surah Al-Mulk, 67: 2)

20 Mei 2012

Syafakallah Atuk !

Bismillah.
Alhamdulillah. Semalam dapat isi masa dengan sebaiknya. Tahniah cik Liya ~! (^_^)/


Dapat juga jumpa Ummi Umairah & Walid Anuar. 
Luangkan masa sekejap bersama mereka.


Pegi ziarah atuk buat kali ke-4 semalam =) Atuk tengah berlawan dengan sakit. Kanser paru-paru. Syafakallah atuk !


Dan setiap kali aku pegi, aku dapat tengok perubahan pada atuk. First time pegi ziarah 2minggu lepas, atuk tido je. Lama aku tunggu. Sepanjang tu lah atuk tido. Cuma selang 20 minit terkejut bangun, then tido balik. 
Tapi semalam & 2 days before, lalu betul atuk makan. Alhamdulillah. Perubahan yang baik. 2 hari lepas atuk nak makan tosei. Semalam nak minum teh tarik taknak gula + banyak buih. hehe. Selagi atuk bole makan, bagi je. 


Mari kita doakan atuk kuat lawan penyakit tu ~!
Fighting tuk ! =) 


Btw, aku bukan dalam kalangan family atuk pon. Saja nak menyebok. Ahaaa.. Xpe kan tuk? \(^_^)/ hihi. 

Sepanjang atuk warded, nenek la yang setia temankan atuk. LOVING COUPLE ! Tulah bukti cinta sejati. Sentiasa ada saat senang & susah. Salute lah kat nenek !


Nenek pun berbeza masa 1st time jumpe. Nenek nampak sangat lesu + lemah. Tapi sekarang, nenek nampak sangat gagah + tabah. Mungkin dapat power daripada anak-anak nenek yang sentiasa ada di wad. Seriously aku sangat kagum dengan mereka :)
Sebahagian anak cucu atuk yang sentiasa ada :)


Dyorang sentiasa ada temankan atuk + nenek. Even doc da bgtaw yang atuk actually dah takde harapan untuk sembuh. Tapi dyorang tak tunjukkan pun kesedihan tu depan atuk. Lagak seolah-olah atuk akan kembali sihat. Kata cucu kesayangan atuk + nenek, kanser dah merebak hampir keseluruhan paru-paru. And dah sampai ke otak. Allah ! Janganlah bagi atuk rasa kesakitan tu. Aku yang masih muda + bertenaga ni pun tak sanggup rasa sakit. Nie pulak atuk yang dah beransur tua. Biar atuk rasa happy sekarang. 


Semalam ramai giler sedara atuk datang. Penuh sesak bilik tu. So, aku pon kuar la kejap. Bagi ruang untuk orang lain bertanya khabar atuk. Adik ajak pegi ziarah sorang Makcik kat Wad Onkologi tu jugak. Baru lepas kimotheraphy. Breast cancer. Terlupa nak tanya nama Makcik tu. hehe. Teruk betul. Makcik tu nampak sihat je. Happy :) Mungkin dia redha dengan ujian sakit yg Allah nak bagi. Sempat jugak bertanya khabar dgn uncle sbelah katil Makcik tu. Wife dia pun breast cancer. Terlantar sakit atas katil. Sembang2, doakan & bagi semangat sikit. Kami pun mintak diri. 


Rasa macam nak je pegi ziarah sume patients kat situ. Best ! Aku pun pusing2 nak mencari siapa mad'u seterusnya. Jeng2. Jumpa aunty nie pulak =) Macam biasa, aku akan snap gambaq sekeping dua buat kenangan..hehe
Aunty Bhalvinderjit. Seorang cikgu Sejarah di SJK Cina di Miri. Pengidap kanser tulang. Aunty Bhal nie pun sorang lagi pesakit kanser yang nampak sangat kuat. Macam orang normal yg sihat. Cuma rambut je da gugur. Aunty Bhal ade cite pasal pengalaman die mngajar di Sekolah Agama. Beza katanya dengan budak2 skolah Cina. Budak2 sekolah agama takde masalah. Baik. Senang nak mengajar. Itulah pandangan seorang penganut agama Sikh. Aunty & Uncle nie open minded. Sempat jugak adik selak2 buku Q & A tentang agama Sikh. Kitorang discuss tentang agama. OK je =) Aunty Bhal nafikan 'Islam are Terrorist'. "Islam bukan Terrorist. Jangan salahkan agama. Semua agama suruh buat baik. Contoh : Islam tuntut penganutnya pakai tudung. Tapi ada je yang tak ikut tuntutan tu. So, takkan nak salahkan agama? "

Seronok bercakap dengan orang yang bersifat terbuka macam Aunty Bhal & uncle. Uncle nie accountant kat Miri. So now, amek cuti sebab nak jaga aunty. Sweet kan? (:


Itulah serba sikit catatan pengalaman yang aku timba semalaman di Wad Onkologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Adik selalu kata 'Kesian akak, mesti penat kan'. Setiap kali aku pegi ziarah atuk kot. Sehari tu berkali-kali. Hmmm. Mana ada penat. Aku suka dengan keje kemasyarakatan. Jumpa orang. Berkenalan. Bina hubungan. BEST ! So, bila aku buat perkara yg aku suka, memang tak terasa penat langsung. Enjoy lah dik ! =)
Akak kan COMEL atuk :p hehe.

13 Mei 2012

Mengejar Sempurna

Bismillah.
Mengejar sempurna?
Ada ke yang sempurna? 
Tanya diri sendiri 'aku sempurna sangat ke?'

"Andai kau mencari yang sempurna.
Pasti kau merana sengsara.
Carilah yang tidak mencela.
Dan mampu menerima seadanya.
Yang berkongsi saat gembira.
Dan sentiasa bersama walau berduka".


# Setiap dari kita punya kekuatan & kelemahan tersendiri. Belajar menerima hakikat yang takde sape yang sempurna kat dunia nie ya (:

10 MUWASOFAT TARBIYYAH

Alhamdulillah. Jiwa Terisi.
Minggu yang amat bermakna buat aku :)


Usrah-Daurah-Ziarah-Rehlah.
Oh ! Lazatnya.


Penah dulu. Jiwa aku ZERO. Kosong takde isi ! Even hari-hari aku dapat ilmu directly dalam kuliah kat U. Nak apa, semua ada. Syariah? Usuluddin? Aqidah? Fiqh Jinayat? Fiqh Muamalat? Fiqh Sirah? Qiraat? Ulum Quran? Metod Dakwah? Tafsir? Semua ada. Tapi tak sama isi yang aku dapat dalam halaqah. Ilmu nak, cari je buku-buku kat library. Kau akan dapat. Tapi, fikrah yang dibina dalam halaqah kau tak bole dapat melalui cara tu. Usrah bukan untuk ilmu je, tapi untuk bina fikrah Islam. Berapa ramai yang belajar pengkhususan dalam bidang Pengajian Islam dan benar-benar faham?. Opsss... Cukup setakat itu =). Last but not least, tarbiyyah bukan hanya dalam halaqah, tapi kena tampung lubang-lubang yang ada dengan ikut program2 tarbiyyah lain. Like daurah, katibah, ziarah etc.


Mari kita penuhi MUWASOFAT TARBIYYAH ini bersama-sama yokk (:





# Akhlak yang mantap !
Jaga akhlak dengan semua. Kena belajaq untuk sopan ya :)


# Sihat tubuh badan.
Makan healthy food. Bersenam.

# Menjaga masa !
On time.


# Tersusun dalam urusan.
Tengah menyusun jadual hidup. Daily ^^


# Mampu berdikari.
Alhamdulillah. Sedang berdiri atas kaki sendiri ^_^


Cuba taw ! Penuhi 10 ciri2 di atas.




Salamullah 'alaykum.
* Wait ! Jangan lupa taw. Esok Rehlah Family IKRAM Ampang Jaya @Sg. Congkak, Hulu Langat (^_^)/

12 Mei 2012

PERKAHWINAN : Bukan Suatu yang Mudah

Bismillah.
Mengisi ruang yang ada malam ni dengan sesuatu yang mungkin bermanfaat =)


 “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu merasa tenteram dan cenderung kepadanya. Dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". 
                                                                                                                                   
(Al-Quran, Ar-Ruum 30: 21)

Malamalam camni nak jiwang ke hape Liya ni? hehe. Jangan pikir lain pulak. Think POSITIF. Cuma rasa nak mengungkap sesuatu disini. Tadi after Maghrib, dihubungi oleh seorang pengantin baru dengan nada suara yang sedih. Ya, bercerita sambil nangis kat aku tadi. Oh Allah. Apa dah jadi? Baru je melangsungkan perkahwinan tak sampai 10 hari. Wife inche husband yang call aku tu baru 17 tahun. Muda sangat lagi. Masih mentah mungkin?
Actually, sangat bersimpati dengan situasi yang jadi tu. Yela. Pengantin baru kot. Baru hidup bersama tak sampai 2 minggu. Suddenly, macam gaduh pulak. Tak best la. Aku yang belum kawen ni pun dapat rasa betapa tak bestnya jadi camtu. 
Cuba mendengar luahan & bagi nasihat apa yang sepatutnya jela. Mula la nak cari gali ilmu Psikologi & Kaunseling Keluarga yang blaja kat universiti dulu kan :) Realitinya, aku kena praktikkan ilmu yang ada. Aku rasa, keje kat Hidayah Centre sekarang ni adalah satu anugerah Allah untuk aku. Sepatutnya aku bersyukur sebab ilmu dakwah yang dulu aku belajar secara teori, aku dapat praktikkan kat sini. Hampir kesemuanya digunakan ! Alhamdulillah. Cuma, aku masih rasa kekurangan & ada lompong yang perlu aku tampal untuk pastikan aku dapat manfaatkan keseluruhan ilmu dalam bilik kuliah untuk ummah.


Bercakap pasal kes tadi, aku mula rasa betapa pentingnya persediaan mental + fizikal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Bukan mudah nak hidup dengan orang asing yang kita tak penah kenal sebelum nikah. Perlu masa untuk berkenalan lebih rapat. Perlu masa untuk sesuaikan diri. Perlu masa untuk bina keserasian. Kadang-kadang, kes2 macam tadi buat aku rasa gerun untuk itu. Takut kalau-kalau persediaan mental tak cukup.


Bagi aku, perkahwinan tu adalah satu 'learning process'. Kena belajar banyak benda untuk capai apa yang kita impikan bersama (Sila buka mata and pandang jauhjauh k). Mungkin aku bukan insan selayaknya nak bercakap isu ni, tapi aku ungkapkan berdasarkan pengalaman orang orang sekeliling & sepanjang pemerhatian aku terhadap baitulmuslim ikhwah akhawat kat luar sana. Challenging !


So, lepas aku selidik apa sebenarnya yang berlaku antara pasangan muda suami isteri ni, aku pun cari la ayat yang sesuai untuk dyorang. Kena banyak bersabar. Give and take kena ada. Tak bole la sebelah pihak je memberi, and sebelah pihak lagi asyik menerima je. Kena fair. Pihak A memberi, pihak B menerima. Pihak B memberi pulak, pihak A pulak yang menerima. Sweet kan? =) 
Lagi pun, dyorang baru je sangat hidup as a husband & wife. Still dalam proses ta'aruf (berkenalan). Sebab tu kena buka hati kita untuk menerima orang baru dalam hidup. Once kita dah setuju untuk sehidup semati dengan orang tu, kita kena la berlapang dada menerima segala kebaikan, keburukan, kekuatan, kelemahan dan segala benda yang ada pada pasangan kita. Everything. Jangan kita expect pasangan kita tu PERFECT! Takde cacat cela langsung. Oh man, NOBODY PERFECT! Takde sape yang sempurna kat dunia ni melainkan kekasih Allah. Thats why, aku tekankan kena saling memberi dan menerima. Orang bagi cinta, kita balas kasih sayang. Jangan orang bagi sayang, kau balas curang. Na'uzubillah min dzalik !


Satu lagi, inche suami kena bersabar dalam kuantiti yang BANYAK if wife dia tu muda remaja lagi. Masih mentah. Macam kanak-kanak ribena lagi. hehe.
Budak-budak, faham sendiri la. Tambahtambah usia remaja lingkungan belasan tahun macam wife die. Jiwa tersangat muda. Nak petik buah mangga muda, kena la tahan masam kan =) Lelaki kena faham, perkahwinan akan mematangkan seseorang wanita. Betul !. Wanita, once dah memakai title 'isteri' akan ada banyakkkkkk benda yang dia kena belajar. Banyak sangat !
Macam mana dulu, hidup single makan pakai tak berapa nak terurus sangat. Suke ati je nak masak ke tak, nak basuh baju 4,5 hari sekali ke. Takde masalah pon. Tapi bila dah kawen, dia kena ubah kitaran hidup jadi lebih tersusun. So, sangat perlukan masa untuk mematangkan dia. You kena banyak sabar man ! Sabar dalam erti kata cuba memahami si isteri dan bagi dia masa untuk fikir secara matang tanggungjawabnya sebagai seorang amanah bagi suaminya ^__^


Apa yang beza sangat? Yela. Da kwen, bangun subuh kejutkan inche suami (lagi bagus inche suami dapat kejutkan qiamullail:). Siapkan pakaian solat & solat jamaah. Sweetnya.he. :) Selesai Mathurat, da kena siapkan sarapan untuk suami terchenta. Sambil basuh baju (kalo pakai anak dara Jepun la, pakai tangan kena ada masa khusus nak basuh baju). MULTI-TASKING. Then, iron baju untuk ke ofis (Kalo suami keje pejabat lah. Kalo doc, pegi hospital lah). Bayangkan aku yang keje ofis ni. Aku pun kena siap2 nak pegi pejabat jugak. Pegi keje. Selesaikan amanah dengan majikan. 5.30 ptg, bergegas balik umah. Kemaskan diri & siapkan dinner untuk suami. Mengemas membasuh pinggan mangkuk segala. Masa antara petang till after Isya' tu lah rasanya sibuk kot. Tu tak masuk task melipat baju yang dah dibasuh pagi tadi. huhu. Lepas tu, baru la boleh rehat2 sambil bersama dalam sesi CurHat dengan si dia. Orang perempuan pulak, sangat perlukan perhatian inche suami. Banyak benda nak cite ni. haha. So, sebagai seorang ikhwah yang COOL, kena la pandai amek hati & layan isteri. Senang je nak handle perempuan sebenaqnye.. Pandai jaga, amek hati. InsyaAllah, mudah lah segalanya. Orang perempuan sangat sinonim dengan sikap 'beremosi'. So, orang laki kena dahulukan akal & rasional la pulak ^^. Itu life biasa je. Tak termasuk masa-masa yang perlu diperuntukkan untuk usrah & mutarobbi/ah lagi. Week days, sekali dua tu biasa lah. Kena bagi perhatian untuk pembinaan & pengislahan jugak. Hujung minggu program lagi. Daurah? Mabit? Rehlah? UG etc. Boleh uruskan inche suami & puan isteri? Nak susun semua ni kena kerjasama duabelahpihak OK. Jangan sampai tercicir dalam sistem suda la. Allah.
Aku harap, solusi yang aku bagi untuk insan tadi membuka jalan keluar terbaik untuk mereka :) Mari kita perhebatkan ilmu rumahtangga sebelum menghadapi realitinya yang mungkin sukar? Mari buat persediaan mental + fizikal !


Semoga baitulmuslim yang kita bina nanti dipermudahkan untuk kita hadapinya. Dijauhkan daripada kesukaran membina keserasian. Dan diberkati binaannya atas dasar Islam yang sebenar. Allahumma Aaaminn !



11 Mei 2012

Nasyid Minggu Ini :)

Assalamu'alaikum.
Salam Juma'at semua =)
Sayyidul ayyam. Jumaat yang barakah. Penghulu segala hari.

Ok, mari kita hayati alunan lagu yang best ni. hehe.
Artis jemputan : Sharafudin, Malik, Azmeer & Syaheer.
From Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.
Muka baru yang berbakat besar dalam seni suara.

Mai dengaq sat...........!
Enjoy....

Actually, cik Liya ni da jatuh cinta dengan dunia nasyid ni since sekolah lagi. hehe. Dulu MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) skolah pegang Timb. Pengerusi Lajnah Kesenian & Kebudayaan Islam. Setiap minggu anjurkan Muhadhoroh. Best ! Nasyid, Sajak, Pentomen. Macammacam ada ! hehe. So, kira dah agak lama jugak la berkecimpung dengan orang seni neh nak habaq mai. hehe.

So, sangat teruja lah bila dengaq adik2 KTSN nie nasyid kan. Lagi pun, nasyid ni lebih sinonom dengan budak2 skolah agama. (Betoi ke). Habaq nasyid je, mesti terbayang budak2 yang biasanya sekolah aliran agama. Tapi yang bestnya, adik2 ni budak2 sains. Means that, anggapan tadi tu totally wrong la !
Ingat budak skolah agama je bole nasyid? hehe. Mereka telah membuktikannya kepada cik Liya =)

Syabas adik2 akak !
Akak suke lagu korang. Best. Setanding nasyid group lain. Seriously! hehe.
Akak cadangkan korang masuk la Akademi Nasyid ke or ape je pertandingan nasyid untuk kembangkan bakat korang yang sedia ada tu.
Akak peminat pertama yang SOKONG :p

06 Mei 2012

La Tahzan !

Bismillah.
Astaghfirullah.
kuekkk.....kueeekkkkk....kueeeekkkk 

Nak nangis kuat-kuat bole....!? OK, cepat nangis puaspuas.
 Apakah la cik adik ni. Nak nangis pon cite kat orang. 
Eh, sape cite kat kau? Aku cite kat belog ni dengan penuh pengharapan taw semoga kesedihan ini cepat berlalu :( Haishhhh...Sibok aje la !

Hmmm...Sometimes, aku rasa jatuh terduduk kerana tak mampu nak tahan OH!
Kenapa da tak tahan? Da tak sabar ye? 
Aishh. "Jangan la tunjuk sangat awak tu lemah". Someone said.
Wait wait ! Jangan ingat sume orang yang nangis tu LEMAH OK.
Aku masih kuat disini. Stand up stand up.




Sebab aku dah bertahan terlalu lama, so biaq la ayaq mata ni nak keluaq melimpah limpah sebaldi dua. Buat bekal masa depan. Ahaaaaaaa.


Nah aku bagi KELEBIHAN & KEBAIKAN MENANGIS.
Godekgodek la cari fakta ya! And then ce baca.


Rupanya bagus jugak sekali sekali dua kali dua kala menangis ni. Cuci mata dari habuk. Mau tak bersinar-sinar mata kau. Ahaa.
Patut la dulu ada hamba Allah ni penah kata 'Saya suka tenok mata awak..jernih. Macam cermin !' Wekkkk... kembang sat ! Alhamdulillah. semuanya Allah pinjamkan la awak. Not mine :)


Huhhh..Lepas nangis, rasa hilang segala masalah. Serius ! Tak caya, try la nangis semalam dua. haha. 



02 Mei 2012

BERSIH 3.0 : Pengalaman Pertama yang Mengujakan!



Bismillah walhamdulillah.
Masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas sehingga ke saat ini.


Just nak share my first experience sertai demo.
Tarikh keramat 28 April akan sentiasa segar dalam ingatan. Cewah ! BERSIH 3.0 membawa aku bersama ratusan ribu umat Muhammad berkumpul bersama di tengah bandaraya Kuala Lumpur bagi menuntut pilihanraya yang 'adil & telus.


Bukan apa, aku takmo la pengalaman pertama menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi taun ni jadi KOTOR sebab sistem pengendaliannya penuh penipuan + pecah amanah + rasuah dan sebagainya lagi. 
Setiap apa yang kita perjuangkan mesti ada matlamat yang jelas. So, aku nak gariskan 8 tuntutan yang aku nak supaya dibuat perubahan : 

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Mula melangkah meninggalkan ruang rumah yang selesa ke LRT Setiawangsa lebih kurang jam 10 pagi. Bersama ikhawah akhawat IKRAM Ampang Jaya dan adik2 UIA Kuantan. Ramai. Diketuai oleh Akh Urwah Saari =). Ah, debor pulak. hehe. Almaklumlah pengalaman pertama.
Bergerak dalam kumpulan kecil 10 orang ++. Dalam tren jumpa uncle2 Chinese yang siap berbaju kuning BERSIH 3.0. Terbaekkkkkk ! 
Sampai je LRT Masjid Jamek, orang dah berasak-asak. Penuh dengan permandangan kuning ! Cantik ! Nampak kesatuan kat situ. Tak kira kau bangsa Melayu ke, Cina ke, India ke. Sume nampak sekata. Yang best tu, aku jumpa orang kampung. Kawan abah. Teruja la sat sebab orang Penang sanggup turun KL semata-mata untuk menuntut keadilan. Salute abis lah ! Aku dan delegasi menapak ke Masjid India. 

Makcik makcik yang sentiasa bersemangat. CHAIYOK !
UNIT AMAL MALAYSIA yang banyak membantu !
Antara yang aku jumpa, Timah Bolat. Schoolmate aku kat SMAYK dlu. Nun jauh dari Baling, Kedah mai sini. Respect lah ! Satu family mai.
PERJUANGAN YANG MENEMUKAN....
Masa sampai tu tak ramai sangat macam kat Masjid Jamek. Setiap minit lepas tu makin bertambah-tambah sampai full ruang yang ada. Da nak masuk Zohor, sume masuk masjid untuk tunaikan tanggungjawab dengan ALLAH. Aku suka suasana macam ni ~! Hak Allah tetap diutamankan. Usai solat, masing-masing mula berasak keluar. Suara pimpinan melaungkan katakata semangat mula kedengaran. Ahh....dah rasa bahangnyaaa. Tapi, ni first pengalaman aku. So, aku relaks saja. hehe. 


After that, pergerakan bermula ke Dataran Merdeka. On the road, aku nampak banner ini :

What? Perhimpunan dibatalkan di saat akhir kah? hehe. Arahan tidak berasas semata-mata. Apa masalahnya pun tatau. Rakyat nak berkumpul untuk menuntut apa yang haq. Bukan nak buat rusuhan. Adeh. Takpahambetoi.

Stuck la sekejap sebab orang ramai da penuh kat ruang nak masuk DM tu. Tepi jalan aku lalu tu aku tengok jualan masyukkkk..! Angkut bertintin ayaq. Almaklumlah, perniagaan maju 5 kali ganda hari biasa. Lagi masyukk bila orang da ta kesah harga ayaq tu. 1 tin RM 2.50 OK.

Ini buktinya :
Semangat berkobarkobar bila dapat arahan ketua untuk ke depan. Ternanti-nanti jugak la apa agaknya kat depan aku tu. hehe. Jalan punya jalan sampailah kat tengah-tengah asakan manusia berhadapan betul-betul2 dengan pimpinan berucap. Tapi aku takde la nampak sangat kan. Terginjat ginjat jugak la nak tengok apa ada kat depan tu. Nampak belon-belon kuning yang besar je. 
Jap, aku sempat say 'semangat uncle!' kat sorang uncle Indian ni. Ini dia :hehe


Orang laung, aku pun bangkit laungkan benda yang sama. "Hidup hidup, hidup rakyat. Bangkit bangkit, bangkit keadilan"


Sampailah seruan "BUKA BUKA" berulang-ulang kali. Semua orang perjuangkan benda yang sama. Dan aku paling teruja sebab ramainya anak-anak muda rakan sebaya aku yang turun. Ramaiii. Dan dalam ribuan orang kat tengah-tengah jalan tu, ada rakan-rakan peserta yang take over tugas DBKL hari tu. Dyorang kutip sampah masuk dalam plastic bag ! Terbaekk lah korang ! Nah, aku snap beberapa gambaq anakmuda yang baek ni.

Perkerjaan TERPUJI ! النظافة من الإيمان

 Aku ditengah-tengah ini :

Hmmmm.. Lepas sorakan demi sorakan, tetiba semua orang di depan aku cakap "berundur...berundur".
Haih, siap berasakan la ke belakang. Aku yang takde pengalaman ni masih selamba. Cuma mengikut arus tolakan ke belakang perlahan-lahan. Dalam hati terdetik "Apesal dyorang tolaktolak ni. Bersungguh benor". Aku nampak ada yang gelabah lari lajulaju ke belakang. Tertanya-tanya sebentar. Hmmm..???.


Sekejap lepas tu, terdengar satu suara yang agak keras dari belakang "bagi laluan...bagi laluan". Ambiga lalu tepi aku!. Dan dalam masa kurang seminit, dunia aku kabur dek kepulan asap pemedih mata dari canister yang jatuh betul-betul depan aku. Seriously aku tak expect langsung situasi yang kejam macam tu ! Pedih! Nafas aku rasa sesak sampai hilang nafas untuk beberapa ketika. Semua orang bertempiaran lari. Aku? Tatau. Tak nampak pape. Pilihan untuk aku rebah kat situ atau jalan tanpa mata. Ya Allah. Aku rasa macam nak mati. Sesak. Tak bole bernafas pun ! Masa tu jugak lah aku terbayang mak abah. SERIOUS ! Aku rasa mungkin aku akan mati dalam kesesakan tu. Hanya mampu menyebut nama Allah dalam hati.


 بسم الله الّذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السّميع العليم

Hanya itu yang termampu. Tak leh gambarkan camne keadaan tu. Hanya orang yang merasai SAHAJA tahu betapa sukarnya situasi tersebut. hehe. Masa tengah lari ikut mata hati tu lah, ada sorang pakcik hulurkan garam dalam genggaman dia pada aku. Terus amek & makan. Bersyukur ada yang memberi !
Tapi tindak balas lambat sebab aku dah sedut asap canister tu terlalu banyak + dalam tempoh yang lama. Tangan + kaki semua panas dan pedih. Hidung jangan cakap la. Berair sume siap. Masa tu jugaklah rasa nak muntahkan segala benda. Terduduk atas jalan tar dek tak tahan, xde nafas !

Dalam kesukaran tu, tetiba ada seorang hamba Allah yang rangkul bahu & pimpin aku. Berlari ! Sambil tangan tutup  mulut + hidung aku dengan baju yang dia bawak. Tak de kekuatan. Aku dah rasa sesak gile xleh bernafas. "Makan garam ni". Dia sumbat je garam dalam genggaman dia tu. Huhu. "Can i get some water for her?" Dalam pada tu jugaklah adik yang tolong aku tu mintak ihsan 2-3 orang belia Chinese bagi sikit air untuk aku. Alhamdulillah. Dapat minum seteguk. Sepanjang larian tu, 3-4 orang brader jugakla yang hulurkan garam. "Makan garam ni..buka mulut. Letak bawah lidah". Amek kau. Dyorang suap aku. Masin ! Sorang pakcik ni sapu muka aku dengan ayaq garam. Berserah sajalah. Tak mampu dah. After that, keadaan dah stable sikit. Pedih hidung + sesak nafas still terasa. Cuma batuk kuat yang ta bole tahan. Adik tu tinggalkan aku duduk tepi jalan, then dia pegi basahkan baju yang dia pegang dengan air. Sapu muka. Hahhhh..Lega sikit. Alhamdulillah.

Trauma? Oh. Terkesima sekejap merasai pengalaman itu ! Macam ni rupanya rasa asap pemedih mata. Rasa nak matiiiiiiii. Sesak gile. Keadaan da stable. Sedar-sedar aku dah berlari sampai depan SOGO. Group members yang lain? Takde pon. Rupanya dyorang ikut simpang ke Masjid India. Aku je yang terlepas kat situ. Takde sape pon aku kenal kat situ rasanya. Adik yang tolong aku tu setia sampai aku kata OK. Ops. Nama adik tu Haris. Student lagi. Baru umur 20 taun. Jazakallahu khayran katsira dik! Katanya "walaupun saya belum layak mengundi, tapi saya tetap perjuangkan keadilan". Bagus semangat tu diik !

Lepas tu, bertalu-talu call masuk. Mana taknya. Aku tak sms lapor diri ke bilik gerakan. Selamat ke tak dyorang tak maklum. huhu.Takde line phone b4 tu. Disekat? 

Alhamdulillah. ada ikhwah yang datang jemput aku dari situ menuju LRT Dang Wangi. Satu group lagi di Masjid Jamek. Sume da berkumpul, gerak balik. 

Di LRT Setiawangsa, terjumpa IM Azhar ! Alone.
IM Ghazali..? erkkkkk...confuse nama bapak. hehe. Sorry.
Sempat borak kejap.
Snap gambaq sekeping dua buat bukti Imam Muda pun sokong BERSIH 3.0 :)


 Dalam masa dok tunggu sorang sahabat aku yang stuck kat Masjid Jamek, pakcik-pakcik yang lalu tepi tangga aku duduk tu pulak dok semangat angkat tangan kat aku sambil kata "ya....BERSIH 3.0!". Ada yang snap gambaq aku pon. Semangat orang muda kata sorang pakcik nie. Hmmm. Pape jela pakcik...


Malam tu, jumpa schoolmate aku sorang lagi. Hafiz Salleh. Stuck kat Sentul dari kul7 sampai nak dekat kul12 malam. Kesian giler. Pegi jemput dia & hantar ke Taman Melewar. Dengaqnya rmai jugak budak2 skolah aku yang turun. Terbaekkkk lah!
Kita menyokong apa yang haq. Kan? Hmm. Dok membelek-belek gambaq BERSIH 3.0 yang bersepah kat FB, ternampak kelibat cikgucikgu sekolahku. hehe. Ramai rupanyaa..

# Serba sedikit catatan pengalaman BERSIH 3.0.
BERSIH 3.0 yang mengujakan ~!

# Hanya orang yang pegi, merasai manisnya perjuangan ! hehe.

OK, jumpa lagi di next entry insyaAllah.
Assalamu'alaykum.