28 April 2012

PENCINTA HAIWAN- Aunty Umairah & uncle :)



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah.

Hari nie, berpeluang jumpa dua orang insan pencinta binatang, Aunty Umairah & Uncle buat kali ke-2.
Sikap ramah & mesra membuatkan aku rasa selesa bila bersama mereka. Tapi sayang. Aku tak snap even 1 pic aunty & uncle. Menyesal!.

First time jumpa aunty & uncle 25 April 2012. Pegi hantar COMEL dengan Sis Zahrah & Asrul untuk aunty jaga. Kenal aunty pun through Asrul. Asrul pulak kenal melalui Sis Zahrah. Eh, betul ke? haha. Katanya aunty boleh tolong jagakan COMEL. Sayang sangat nak kasi, tapi takut menzalimi pulak. Fitrah anak perlukan mamanya. Masa masuk umah aunty mula-mula tu, mak aiii. Meriah giler dengan kucing. Banyakkkkkkkkk...! 60 ekor sumenye yang aunty & uncle bela. Ya Rabb. Besarnya ganjaran disisi Allah sebab mengasihi binatang yang juga makhlukNya. Mostly stray cats. Orang buang, jumpa kat pasar, jumpa tepi jalan. Setiap ekor kucing kat umah aunty punya kisah sendiri. Teruja sangat dengan kebaikan both of them !
COMEL tido (^_^)/
COMEL tido dengan baik sepanjang perjalanan

Masa sampai tu COMEL tido lagi. Kebetulan, memang ada 2 ibu kucing tengah menyusu anak baru lahir. Aunty Umairah amek COMEL and gosokkan pada badan ibu kucing tu. Dari kepala sampai ke bawah perut sume bagi kena sambil aunty cakap pada ibu kucing tu "Boleh ya sayang...?". Kejap je, ibu kucing tu dah cium + jilat COMEL macam anak sendiri. Alhamdulillah. COMEL da dapat ibu & adik beradik angkat :) Terus je COMEL caricari sumber susu. Huaaa. Sebak pun ada tengok COMEL dapat minum susu asli daripada ibu angkat dia. Seriously rasa nak nangess. Sedih dalam kesyukuran lah katanya :p
Keluarga angkat COMEL =)

Alhamdulillah. Dapat dengar pengalaman yang sangat banyak from Aunty & Uncle. Antara kucing yang aku masih ingat nama banyak juga. Fluffy yang sangat gemok + cantik, Ucik, Puteri, Baby, Ucu, Along & Whitey. Yang lain ta ingat nama da. Banyak sangattttt...Bayangkan, aunty bole ingat nama satusatu. Uihh. 





 1/4 kucingkucing Aunty Umairah & Uncle

Harinie kebetulan Aunty & Uncle pegi PJ amek kucing, so dapatla jumpa dyorang kat Selayang tadi petang. Makan-makan sambil bercerita. Terlalu banyak cite yang kami kongsikan. Cite pencintapencinta binatang lain. Baru tadi kenal nama 'Kittun Kennel' & 'Papa Hero'. Tu pun Aunty yang citekan. hehe.

Aku sangat kagum dengan Aunty Umairah & Uncle sebab sifat perikemanusiaan yang sangat tinggi dalam diri dyorang. Membela nasib kucing-kucing terbiar, memastikan keberlangsungan sumber makanan anjing tak bertuan & banyakkk lagii. Tapi jangan silap. Aunty & uncle orang berpelajaran OK! Aunty belajar kat UK, uncle kat UM. Pesara KAGAT lagi. Walaupun Allah tak kurniakan anak, tapi Allah bagi kebahagiaan buat mereka dengan kehadiran puluhan ekor kucing di dalam satu rumah. Subhanallah ! Penuh ruang tamu rumah dengan kucing. Memang mengujakan ! 

Aku dapat simpulkan kat sini, pekerjaan Aunty Umairah & Uncle sangat terpuji disisi Allah. Semoga 'amal kebaikan yang Aunty & Uncle buat dikira sebagai 'amal soleh yang diterima olehNya. Allahumma Aamin.
Gambar kenangan dengan COMEL sebelum diserahkan...sob3x

Kelakar pulak teringat entry belog Aunty 'Dr.Asrol & Ustazah Aliah'. Asrul NOT Asrol. Alya NOT Aliah..Ya Uncle...:) hehe.InsyaAllah Aunty & Uncle, kami akan ziarah COMEL and both of u bila berkelapangan nanti. Jutaan terima kasih & penghargaan buat Aunty & Uncle sebab tolong jaga and tengokkan COMEL...!

Semoga Allah permudahkan urusan antuma berdakwah melalui qudwah.
Uhibbukum fillah !

PESANAN PENAJA ;

# To all peminat kucing @pencinta binatang, aku suggestkan korang add FB Aunty Umairah kat sini : AUNTY UMAIRAH atau AUNTY UMAIRAH FAN CLUB

# Korang juga bole baca belog beliau kat sini : THE VOICE OF AUNTY UMAIRAH.

Ok, tata.
Nak rehat. Esok nak pegi BERSIH 3.0 ~! 
Salamullahi 'alaykum.

1 ulasan:

  1. Assalamua'laikum Aliya ....terutama terimakasih kerana sudi bertemu dengan uncle dan aunty tempoh hari. Alhamdulillah banyak ilmu serta pengalaman dapat dicurahkan semoga dapat kita jadikan panduan bersama. Maaf mengenai ejaan nama Aliya dan Asrol....terlupa pulak nak bertanya ejaan sebenar ...main teka sahaja.:) Uncle dan aunty hanya insan biasa yang membantu sekadar yang termampu buat haiwan-haiwan terbiar dan jalanan terutama kucing dan anjing. Di luar sana terdapat lebih ramai insan yang berhati mulia seperti kami cuma tidak diketahui umum. Untuk pengetahuan Aliya,Comel, alhamdulillah sihat sejahtera bersama ibu angkatnya...nanti ada masa terluang insyaAllah kita bertemu lagi ya. Semoga Aliya dan kami dapat meneruskan amal kebaikan dengan cara tersendiri. Take care.

    BalasPadam

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)