08 Julai 2011

SILENCE IS NOT AN OPTION !

Salamullah 'alaykum..
Liya kOngsikan untuk sume...
EsOk jangan lupa naa..hehe. Jumpa Liya di sana..!! L(^_^)/
Apa nak takut..? Bukan kita nk buat hura hara kacau bilau dalam negara sendiri. Sekadar menyatakan sokOngan untuk menuntut pilihanraya BERSIH & ADIL sebagaimana yang ISLAM anjurkan. Bukan sebaliknya.
Oleh itu.....
Jangan sangka anda keseorangan esok...SELURUH DUNIA BANGKIT BERSAMA KITA!
Ayuh Bangkit!




TUNTUTAN BERSIH 2.0 
1. Pemurnian senarai pemilih melalui pendaftaran automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara
2. Pembaikan sistem undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. 21 hari had masa kempen minimum
5. Akses kepada media yang adil
6. Pengukuhan institusi awam supaya bebas dan tidak memihak
7. Toleransi sifar terhadap rasuah
8. Pembenterasan politik kotor



YOU ARE NOT ALONE...! Berdiam diri bukanlah satu tindakan yang bijak. 
LOKASI PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 DI SELURUH DUNIA....! Boleh klik link2 dibawah ye..


UTC + 12 - New Zealand - http://on.fb.me/jMlCwc
UTC + 10 - Canberra, Australia - http://on.fb.me/kBLI2H
UTC + 10 - Sydney, Australia - http://on.fb.me/j0RzYt
UTC + 10 - Melbourne, Australia - http://on.fb.me/j0rDf1
UTC + 10 - Hobart, Australia - http://on.fb.me/jP0MWL
UTC + 10 - Adelaide, Australia - http://on.fb.me/klaDdS
UTC + 10 - Brisbane, Australia - http://on.fb.me/imhKwv
UTC + 09 - Osaka, Japan - http://on.fb.me/mUGxvB
UTC + 09 - Seoul, Korea - http://on.fb.me/lgB4oQ
UTC + 08 - Manila, Philippines - URL pending
UTC + 08 - Perth, Australia - http://on.fb.me/lihTnU
UTC + 08 - Taipei, Taiwan - http://on.fb.me/mIEOGW
UTC + 08 - Hong Kong - http://on.fb.me/lxYT2E
UTC + 08 - Singapore - http://on.fb.me/l87wNS
UTC + 07 - Bangkok, Thailand - http://on.fb.me/mmyiWc
UTC + 09 - Jakarta, Indonesia - URL pending
UTC + 02 - Egypt - http://on.fb.me/r4fvC2
UTC + 02 - Switzerland - http://on.fb.me/lQq8qB
UTC + 02 - Stockholm, Sweden - http://on.fb.me/kfrxAK
UTC + 01 - Austria - http://on.fb.me/kH9gBn
UTC + 01 - Paris, France - http://on.fb.me/joKlVQ
UTC + 00 - United Kingdom - http://on.fb.me/kQ9fsQ
UTC + 00 - Scotland - http://on.fb.me/kAefYr
UTC + 00 - Ireland - http://on.fb.me/pvu7iJ
UTC - 04 - Ottawa, Canada - http://on.fb.me/kb5OY4
UTC - 04 - New York City - http://on.fb.me/lWrJ8l
UTC - 04 - Washington DC, USA - http://on.fb.me/l9XgH0
UTC - 06 - Chicago, USA - http://on.fb.me/rjGpaq
UTC - 07 - San Francisco, USA - http://on.fb.me/jehClH
UTC - 07 - Los Angeles, USA - http://on.fb.me/iBJgM3



Makluman jugak, beberapa jalan akan ditutup ESOK dalam rangka menghalang kesatuan rakyat Malaysia yang sedar untuk menyatakan KEBENARAN dalam perhimpunan HALAL yang dijangka akan berjalan sebagaimana yang dirancang ESOK. SemOga ALLAH bersama kita dengan bantuan tenteraNya bersama, InsyaALLAH !


Semua LRT, bas & taxi dari luar KL ke pusat bandar esok akan di tamatkan setakat stesen-stesen dibawah sahaja:

1) Stesen LRT Dato Keramat dari timur
2) Stesen monorail Titiwangsa dari utara
3) Stesen LRT Maluri dari selatan
4) Stesen KL Sentral dari barat


P/s : Sama2 berdoa semOga kita semua sentiasa dilindungi daripada sebarang bahaya &  petaka. Amin. Sapa takmo BERSIH, sila like KOTOR ..hik3x..

19 Jun 2011

Noah's Ark

Assalamu'alaykum Warahmatullah...
Selamat pagi sume.. (^_^)//
SemOga hari nie lebih baik dari semalam, InsyaALLAH..

Liya nak kOngsikan sikit lah hari nie tentang SIRAH NABI. Kita nie umat Muhammad SAW, tapi dah abis khatam sejarah perjuangan Baginda belum..? Sejarah nabi-nabi sebelum Baginda plak camne..? 
Actually. sirah Anbiya' sangat2 lah penting untuk kita teliti, fahami then amek sebanyak mungkin pengajaran dari kisah-kisah yang diceritakan. Sebab apa yang terjadi, YAKIN & PASTI mempunyai hikmah yang tersembunyi..
Xpe, kita go through satu-satu kisah ye..
Pagi ni kita terjah sejarah da'wah Nabi NUH 'alaihissalam..OK? Haa...kat bawah ni Liya kongsikan filem Noah's Ark untuk sape yang takpenah tengOk lagi.. Masa tengOk tu, cuba teliti sambil relate kan dengan kisah real sebagaimana yang ALLAH firmankan dalam al-Quran. Buka al-Quran Surah Hud then baca dari ayat 25-49. Tadabbur ayat2 tu..Memang secara jelasnya ALLAH dah ceritakan dalam kitab suci al-Quran tentang kisah-kisah da'wah Nabi Nuh 'alaihissalam.




Bila fahami & hayati, mesti akan terkesan di hati. Sejarah da'wah mencatatkan kisah-kisah perjuangan para Anbiya' dalam menegakkan kebenaran dengan menyeru umat manusia mengesakan ALLAH SWT. Kalo nak taw, penyembahan berhala yang semakin giat berlaku sekarang ni bermula pada zaman nie lah, zaman Nabi Nuh. Maksudnya, before ni takde lagi penyembahan berhala/patung ni dikalangan manusia.

Ibnu Jarir dalam tafsirnya at-Tabari berkata :
AKHIRNYA JADI SEMBAHAN
"Mereka adalah orang-orang soleh yang hidup antara waktu Adam dan Nuh..." Sape dyorang tu..? Dalam buku Qisasul Anbiya' Ibratun Li Ulil Albab tercatat 5 nama orang2 soleh dari kaum Nabi Nuh a.s. (Wadd, Suwaa', Yaghuts, Ya'uuq & Nasr). Menurut sumber, lepas 5 orang ni meninggal, orang2 yang mengkamui kesolehan dyOrang ni bermusyawarah [meeting/bincang] macam mana cara untuk ingati org2 soleh ni. So, last2 amek keputusan untuk bina mcam tugu peringatan atas nama 5 orang tu. ASALnya, tujuan bina patung tu macam sebagai motivation la. TengOk patung orang2 soleh, terus naikkan semangat untuk beribadah. Tapi lepas tu apa jadi after generasi pertama yang bina patung2 tu meninggal..? Generasi selepas2 tu bukan taw pun tujuan/kisah sebenar disebalik pembinaan tugu peringatan tu. Dengan bisikan syaitan laknatullah yang sengaja nak menyesatkan keturunan Adam a.s, akhirnya tugu/patung tu disembah pulak. Tu la jadi bila ikut sesuatu tu tanpa ilmu. Main hentam jaaa...tak taw hujung pangkal. So, sampai hari ni kita bleh tengOk ada ja manusia2 kat tokong2 tu dok tunduk sembah kononnya tuhan depa. Siap bagi limau lagi kat patung tu..Last2 orang yang makan...hihihiii.. [fikir logik, patung bleh makan ke..? ]

Ok, tu cite asal macam mana manusia bleh pi sembah patung2 yang tak bernyawa tu..So, kaum Nabi Nuh dah sesat dengan sembah patung2 yang asalnya sebagai tanda ingatan kesolehan 5 orang tu..Nabi Nuh diutus oleh ALLAH dalam kalangan kaummnya sendiri untuk menyedarkan dyorang tentang kesesatan yang nyata berlaku. Tapi, ada dyOrang kisah..?? Taw tak, selama hampir 950 taun Nabi Nuh berda'wah..! MasyaALLAH..! Lamanyaa..perjuangan yang tak pernah berhenti. Kalo kita la kan, agaknya mesti give up kalo kita ajak orang buat baik 10x takmo ikut jugak. Tapi bayangkan laa..sembilan ratus lima puluh tahun berda'wah. Berapa ramai yang ikut baginda..? 10 000 orang..? Takkkk...catatan tertulis antara 70-80 orang je yang terima da'wah Nabi Nuh 'alaihissalam. Tabahnya la kan?.Tu habis guna macam2 cara, siang & malam tuu..Dalam hidup kita sehari-hari, bape minit je kita fikir masalah UMMAH..?. Masalah agama?.Muhasabah untuk Liya jugak.. SemOga kisah perjuangan ni menyuntik semangat untuk kita sama2 perjuangkan agama ALLAH di atas muka bumi ni, InsyaALLAH.

Lepas 950 taun tu, rasanya memang kaum Nabi Nuh ni dah tutup rapat2 pintu hati untuk dengar penjelasan da'wah Baginda. Akhirnya, baru lah Nabi Nuh mintak ALLAH berikan pengajaran kepada dyOrang. Dah la degil taknak tinggalkan adat penyembahan nenek moyang dyOrang, pastu cabar Nabi Nuh untuk buktikan amaran yang diberikan oleh ALLAH. Sesungguhnnya hidayah tu milikNya kan. Akhirnya, turun arahan ALLAH kepada Nabi Nuh untuk bina sebuah bahtera sebagai persiapan menghadapi sebuah banjir besar yang akan terjadi. Sebagai bukti kebenaran amaran kepada kaumnya. Bila turun arahan tu, Nabi Nuh pun diperintahkan supaya tak bicarakan perihal umatnya yang sesat. Sebab, Nabi Nuh a.s penuh dengan sifat belas kasihan. Takut Baginda tak sanggup tengOk kaumnya dimusnahkan depan mata oleh ALLAH. Perkara ni jelas dalam Surah Hud ayat 37:

"Dan kamu jangan mengajak berbicara dengan-Ku perihal orang-orang yang zalim. Kerana mereka itulah orang-orang yang akan ditenggelamkan".

SISA BAHTERA NABI NUH DI BUKIT JUDIY

TAPAK BAHTERA YANG DIJUMPAI
Ukuran bahtera Nuh ada banyak pendapat tentang panjang & lebar. Menurut Ibnu Abbas, panjang bahtera tu mencapai 1100 hasta (550 meter) & lebar 600 hasta (sekitar 300 meter). Subhanallah...! Besarnyaaaaaa...Ukuran tinggi plak, sume bersepakat iaitu mencapai 30 hasta (sekitar 15 meter). Kalo tengOk gambar kat atas tu, kita boleh anggarkan sendiri la betapa besarnya kapal yang dibina. Dengan 3 tingkat lagi tu..Setiap tingkat berukuran tinggi 10 hasta (sekitar 5 meter). Bahagian dek kapal, ditempatkan sume binatang2. TengOk Surah al-Mukminun ayat 26-27. Ada ALLAH nyatakan kat situ supaya Nabi Nuh bawak segala jenis binatang secara berpasangan. Dengan kapal yang besar tu, muat la segala jenis binatang yang ada kat bumi ni. Dari sebesar-besar gajah sampai la sekecil-kecil semut. Sume ada dalam bahtera Nuh. Hebat kan segala perancangan ALLAH..? Allahuakbar !

IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI...
Kenapa..? Sebab tak boleh laa.. Anak Nabi Nuh sendiri pun tak ikut seruan ayahnya. So, maksudnya..Sehebat mana pun ayah/mak nya dalam da'wah, tak bermakna kehebatan itu akan diwarisi secara semulajadi. No..no..Sume berlaku dengan usaha, kesungguhan & iltizam kita untuk bergerak maju dalam memperjuangkan agenda da'wah..Ibrahnya, jangan terlalu merasa kerdil andai ayah/mak kita bukanlah orang yang hebat berkata2 dengan da'wah & sebagainya. Why not kita yang menjadi tunggaknya..? Yakin & pasti, hidayah hanya milikNya. Semoga ALLAH bagi kita kekuatan untuk menggerakkan usaha da'wah yang takde noktahnya. OK, sambung sirah tadi. Menurut catatan Ibnu Katsir, lepas siap sume persiapan..ALLAH telah mengotakan janjinya untuk menghancurkan umat Nuh yang sesat. Akhirnya, keluarlah air membuak-buak dari punca mata air & sekaligus ALLAH turunkan hujan yang sangat lebat. Seluruh air tu bersatu utk menyelesaikan urusan yang telah diputuskan oleh ALLAH (Surah al-Qamar: 10-13). Banjir berlaku selama 40 hari 40 malam. Then, ALLAH perintahkan bumi supaya telan balik air yang keluar & perintah supaya langit berhenti mencurahkan airnya. Surah Hud: 44 menjelaskan :

"Dan dikatakan: Hai bumi, telanlah kembali airmu. Dan dikatakan kepada langit: Hentikanlah curahan airmu!. Urusan telah selesai. Dan kapal itu berlabuh diatas gunung Judiy. Dikatakan pula: Hancurlah orang-orang yang zalim itu".

Finally, bahtera Nuh telah berlabuh di Bukit Judiy. So, after that Nabi Nuh, keluarga, orang2 beriman & seluruh keluarga binatang yang ikut Baginda memulakan kehidupan baru di tempat yang baru. Alhamdulillah, bersama mereka yang membenarkan perjuangannya.

P/s: SemOga menjadi pengajaran untuk kita semua. Setiap janji ALLAH pasti berlaku. Tu baru kisah banjir besar yang menimpa kaum Nuh. Macam mana pulak gambaran QIAMAT yang pasti akan menziarahi kita. Cuma bila kita tak taw. Jom kumpul bekalan untuk ke sana..!!
Mari beramal (^_^)//

Rujukan: Kisah Para Nabi, Teladan Bagi Orang Berakal (Ibnu Katsir) & Kaum-kaum yang Pupus (Harun Yahya)..
Sekian dulu dari hamba ^_^
Sebarang komen & cadangan/pembetulan fakta sangat dialukan.

18 Jun 2011

BERSIH 2.0

Assalamu’alaykum Warahmatullah…
Alhamdulillah...diberi kelapangan masa untuk menaip sesuatu kat sini ^_^
Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi atas 2 nikmat yg sangat besar iaitu nikmat IMAN & ISLAM sehingga ke saat ni..Syukur atas segala nikmat kurniaanNya kepada kita..Jom Sujud syukur yOkk..! Tanda syukur kita kepada ALLAH yang Maha Pemurah..

OK rite, 
Sekarang nie tengah panas isu BERSIH 2.0..Haa, jangan cakap tak taw plak..
Apo bondo eh jang BERSIH 2.0 tu..? BERSIH 2.0 tu stand for Gabungan Pilihanraya BERSIH & ADIL..Tapi sape yang lead BERSIH 2.0 nie yek..? Kalo nak taw, BERSIH 2.0 nie adalah gabungan 63 NGO yang menyedari & nak tuntut pelaksanaan sistem demokrasi & pilihanraya yang bebas dan adil di MALAYSIA. So, xmo la ade kes-kes rasuah ke, pengundi hantu raya ke, suara rakyat disekat ke...macam2 la kan. Normal la, bila pelaksanaan undang/hukum tak ikut telunjuk al-Quran..Manusia confirm akan lupa diri apa sebenarnya yang ALLAH perintah untuk dilaksanakan. KeADILan pun disepak ke tepi jalan. BetOi ke salah? TengOk sendiri la apa yang berlaku kat tanah air sendiri ni haa. 

Oleh itu, menyedari hakikat pemerintahan yang agak kucar kacir sekarang ni..Liya rasa terpanggil untuk sama2 mempromosikan BERSIH 2.0 kepada sume yang mungkin ada sOrang dua yang masih tak maklum tentang perhimpunan tu nanti. Hehe..agak je. Kalo da taw pun xpe, just reminder :) 

PROMOSI

Liya sebagai salah seOrang penuntut demokrasi & pilihanraya yang SUCI BERSIH menyeru kepada sume untuk sama-sama menghadiri Majlis Pelancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 esOk [19 June 2011]. By doing so, kita boleh sama-sama meluahkan & bagi pandangan tentang apa je yang berkaitan. Sape nk pi angkat tangan...! ^_^
maklumat lanjut, as per attached kat sebelah ni..

P/s : Tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 mempromosikan demokrasi yang telus & dinamik. So, semua warganegara yang mengaku Malaysia nie negara terchinta tak kira la parti pOlitik UMNO ke, PAS ke, Roket ke, PKR ke whatever la yang ada pendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demOkrasi yang telus sepatutnya MENYOKONG. Sebaliknya, bukan MENGECAM tuntutan-tuntutan tersebut. Harap maklum ^__^

Sebagai seOrang pemimpin yang adil, suara rakyat tak boleh diletak tepi sebab sebuah negara tu takkan bangun kalo tanpa kehadiran rakyat. Sape nak buat keje bertukang, berkebun etc..? Sape nak membanting tulang membangunkan ekonomi negara..? Sape kalo bukan rakyat yang korbankan tenaga & usaha..? Lu pikir la sendiri !

Hopefully, tuntutan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 July nanti bakal memberikan natijah yang baik untuk kita semua. Bersama menuntut hak kita untuk melihat pelaksanaan sistem pemerintahan & pilihanraya yang adil dan saksama berjaya direalisasikan. Itu harapan Liya dan Liya percaya sume orang mengharapkan perkara yang sama. InsyaALLAH, semOga usaha kita diperkukuhkan lagi dengan bantuan ALLAH SWT..

Semangat pulak cik Liya nie..he.
Bukan apa..makin menjadi2 pulak sistem yang tidak melihat kewajipan berlaku ADIL yang blaku skrang ni. Kalo media tu, hanya khusus untuk pihak kerajaan. jadi saluran mengutuk orang lain la pulak.. Dunia2x..bukan media je, banyak lagi yang terang benderang kita boleh perhatikan. Apa nak jadi kalo dibiarkan berterusan tanpa ada pihak yang bangkit menyatakan kebenaran..? Semoga segala kejahatan akan lenyap dengan bantuan tentera ALLAH SWT. Biidznillah..
SemOga one day Malaysia akan tertegak dengan meletakkan tuntutan ISLAM dihadapan...Amin..
Allahuakbar..!!

LEADERS 2011

Assalamu’alaykum Warahmatullah….

Menziarahi blog yang dah lama ditinggalkan sepi... ^_^

Sebulan sekali ziarah..mcam mana nk dekat dihati kn..? hehe..
Besa laa..sejak keje ni, seriOusly liya macam tak pandai nk uruskan masa + diri + lain2 keperluan...tunggang terbalik abis..jadual hidup pn da xikut...ish3x..Pape pn, banyak memOry baru yang sempat Liya rakamkan sepanjang kesibukan tuu..

Alhamdulillah...tercapai jugak hasrat nk jejakkan kaki ke Pantai Timur ^_^ hehe...kesian kn..nama je rakyat Malaysia..dh 21 taun 1o bulan 17hari dh hidup kat dunia..tapi Terengganu pon xpenah sampai lagi..hihihi o_O Nk wat genO..sibuk memanjang dgn study..abis tadika, masuk skolah rendah, then skolah menengah plak..keje 6bln dh masuk U plak..xsempat cek nk g jalan2..
But now, i believe i can fly...hehe :)
Bertekad nk mengembara sambil mencipta kenangan2 baru utk disimpan dalam memOry.  
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah...Liya berpeluang ke Rantau Abang as a pengiring utk pogram LEADERS [Latihan Ekstensif Asas Dakwah dan Kepimpinan Remaja Soleh] anjuran IKRAMTeens dengan kerjasama Team Terengganu. Mantop2x ^_^
PANDANGAN YANG MENDAMAIKAN ^_^
Nervous jugak cik Liya nk kena pastikan keselamatan adik2 Kontinjen Selangor Zon 1 sepanjang pjalanan pegi smpai balik. Memikirkan tentang amanah yg digalas, uihhh...takut cekk..Bertolak dr hentian Kajang ke Masjid Rantau Abang lebih kurang 6jam plus2x jgak laa..Sepanjang dlm bas Adik Beradik tu, Liya borak dgn pcik driver. hehe..Memang baik pcik tu..melayan soalan2 cik Liya yg nk tahu itu & ini tetang Terengganu..Lalu kat Kemaman,  Kerteh..Kat Kerteh yang teruja tuu..bila tengok Loji penapisan minyak PETRONAS, cantik sgt lampu2 tu..mcm bandar bercahaya..Nampak sgt teruja cik Liya time tu..Lebih kurang jam 4.30 am. selamat smpai di Masjid Rantau Abang..Subhanallah..sampai je kat De'Teratai Beach ResOrt, lagi teruja..tengOk pantai yg sangat2 cantik. Indahnya ciptaan ALLAH ! Laut area Pantai Timur memang cantik org cakap. Tapi sayang, xdigalakkan utk mandi. Bahaya katanya...



Then, esOknya hari Jumaat kuar merantau mencari 'abang' di rantau abang..kui3x. First time ke negeri org, Of course la nk ziarah ape yg menarik area situ kan. Waaa..2hari kat sna xdapat makan kepok lekor. Frust kot! Aaaa...tolon2..Liya nk makan kepok..hohOo..akhirnya btemu jodoh jua. Terbaek lah. Kalo kat Selangor, kepok keras sbb byk tepung. Tapiiiiiii...fuh, satu kepuasan kepok fresh di sana...Teliuq cek ^_^ Alhamdulillah...sempat ke Pasar Payang & Masjid Kristal..lain2 tempat, next time InsyaALLAH..tp sedih sbb xsempat borong keropok byk2..bajet naik kete, tp naik bas je :p he2. 


Emm...Kali ni, Liya xbyk ikut pogram sgt..byk masa amek angin tepi pantai je. Lagi best bila malam...dr jauh nmpk cantik sgt ombak beralun2..seolah2 ada yang mengaturkan. Segala puji hanya bagi ALLAH..


Allah memang penyayang..Dia bg anugerah anggota zahir yg sihat utk kita. Bagi Liya, nikmat penglihatan yg Allah bagi sgt2 bermakna. Sebab apa? Kat sana, Allah bg peluang Liya tengOk penyuuuu...Waaa..First time kot. Maaf la ye, Liya memang xpenah tgk binatangbinatang tertentu secara real. Sebab xpenah jejak kaki ke zoo pn lagi..Teruk betul. Tp alhamdulillah, ada peluang jumpa penyu di Terengganu Darul Iman. Memory lepaskan anakanak penyu ke laut memang best!. tak caye, tanya adik2 Gen-5 yang jOin. Kire terbaeklah..! 
Baby penyu ada, mama penyu ada, tokwan penyu pn ada..he2.SemOga bkesempatan lagi utk tengOk & pegang penyu next time, Amin..


LEADERS jugak mjadi titik pertemuan Liya dengan Aishah & Kautsar. Pengiring Johor & Perak. Menjalin ukhuwwah kerana ALLAH. Memang terasa manisnya. Then, k.Insyirah yang baik hati bawak Liya, Koda, Hajar & Aishah makan angin sekitar Ganu Kite..Lagi? Haa...Walid & Ummi..Lagi..lagi...adik2 fasilitator team Terengganu..Btw, selamat berkasih syg ye sume ^_^ Ada jodoh kita jumpa lagi..biidznillah..
Ok lah, byk pulak Liya membebel tgh2 mlm ni..dh bkurun balik pogram, br nk update. Taksempat sesungguhnya. InsyaALLAH segala memory akan sentiasa diingati sbb bagi Liya, hidup tak bermakna tanpa kenangan2 yang disimpan. So, bila bsama hargailah saat tu. Bila berjauhan, kenangan la yg jadi peneman saat kesunyian. hehe..
Let me pen off for now..Kena rehatkan diri awal sebab esOk ada daurah Qawaid Da'wah..Mata dh bagi signal nk rest. Ok, salam sayang utk sume. SemOga hari esOk bakal mencipa 1001  kenangan yang terindah utk kita sume, InsyaALLAH.
Ma'assalamah wa ilalliqa'..
Salamullahi 'alaykum warahmatuh..


Bingkisan kenangan sekitar LEADERS 2011


SAF-SAF KEPIMPINAN YANG MANTOP, INSYAALLAH..!

MENGHADAP ILAHI...

SELAMAT TINGGAL TERENGGANU ^_^

KONTINJEN SELANGOR
p/s : Entry nie tidak mengandungi apa2 pengisian ilmiah. Hanya sekadar coretan penulis secara ringkas mengenai aktiviti hidup. :)

14 Mei 2011

BIARKAN JE....

Assalamu'alaykum Warahmatulllah...
Agak lama blog nie sunyi tanpa coretan dari tuannya ^_^
Kesibukan mengejar cita-cita di gedung ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia, akhirnya berjaya menamatkan 6semester pengajian. Now, tunggu submit thesis je..Doakan Liya :)
Alhamdulillah...dalam kesibukan untuk final draft thesis, pagi nie buat Liya rasa nak mengungkapkan sesuatu..
Mungkin dah lama terpendam, tapi pagi nie betul2 menggerakkan hati Liya untuk meluahkan..

So, balik kepada tajuk entry di atas, agak2 kOrang la "BIARKAN JE...." tu sesuai nk sambung dengan apa..?
Emmm...macam2 kot..biarkan je bersepah, biarkan je rosak, biarkan je orang lain yang buat, biarkan je dia dengan hal dia & mcm2 lagi yg boleh disambungkan dengan kata "BIARKAN JE....." tu kan. Walaupun just a simple sentence tapi sedar tak sedar, kalo disambungkan dengan apa2 pn ayat d'belakangnya...pasti akan menunjukkan satu makna yg berbeza & maybe boleh merosakkan Iman kita..Na'uzubillah min dzalik..!

Orite..Pagi nie Liya cuba sambungkan ayat "BIARKAN JE..." dengan "dia tido camtu". So, disambungkan jadi "BIARKAN JE DIA TIDO CAMTU"..Simple kn? Cuba renungkan baik2 ayat tu sahabat2 sekalian..
Maksudnye ape tu? Ayat tu boleh tak Liya cakap sebagai satu kata2 yang melambangkan 'KETIDAKPEDULIAN' kita kepada saudara kita yang lain. Kadang2 kita abaikan perkara yang kecik2 yang mungkin boleh menjahanamkan UKHUWWAH ! Betul Liya cakap. Sibuk fikir masalah2 negara sampai mengabaikan 'HAK UKHUWWAH'

"Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan sahabatnya dengan harta, tenaga dan kepandaian & sebagainya serta memenuhi keperluan masing-masing tanpa diminta"

Kata2 kat atas ni adalah intisari 'Adab Berbagai Hubungan' dalam Ihya' Ulumuddin. Kupasan tentang mensucikan jiwa. Eh, besar jugak kan isu MENGUTAMAKAN orang lain nie kn? Ingat small matter je !
That's why Liya nak sentuh isu "BIARKAN JE DIA TIDO MACAM TU". Dalam bab memenuhi keperluan seorang sahabat, benda yang kecik2 nie pn jangan cuba diperkecilkan ye. Kang dipersoalkan sebab ketidakpedulian kita kepada sahabat kita yang lain. Contoh Liya bawak senang je. Isu tido je. SeOrang saudara yang ada sifat ithar, tak kan sampai hati biarkan saudaranya yang lain tido dalam keadaan kesejukan. Betul tak Liya cakap? Sebab Nabi Muhammad sangat2 mengutamakan orang lain. Even dalam keadaan lapar, Baginda sanggup bagi makanan Baginda kepada orang lain. Kita? Apa yang kita buat? Biarkan saudara kita tido dalam kesejukan? Saudara apa kita ni..? Layak ke digelar saudara yang mempunyai sifat 'ITHAR'. Ithar tu maksudnya 'MENGUTAMAKAN ORANG LAIN'. Jadi, before declair yang kita nie kononnya dah sempurna..tolong lah. Muhasabah balik..andai kita sanggup biarkan saudara kita yang lain kesejukan tak berselimut, apa kita layak untuk menyatakan bahawa kita dah cukup peduli saudara kita..? Jangan kata nak peduli saudara kita di Palestin, peduli keperluan saudara yang selalu disisi pun masih belum terlaksana. Astaghfirullahal 'adzim..Na'uzubillah min dzalik ! Sehari-hari bersama saudara seagama kita, lupa untuk kita penuhi keperluannya semampu mungkin. Bukan mintak duit ! Mintak peduli sikit je. Jangan kita pandai bercakap hebat tentang syarat-syarat ukhuwwah, hak2 yang perlu ditunaikan dalam ukhuwwah & bla..bla..blaa....je, tapi bab aplikasi? FAILED !! Saudara kita dalam kehausan mintak air, kita boleh pulak minum dlu..bagi bekas kita pada dia.. Apa tu kira mengutamakan orang lain ke..?  Sedangkan syarat ukhuwwah yang first pun belum settled. Ikhlas kerana ALLAH. Ikhlas tu maksudnya membebaskan diri dari kepentingan & keuntungan peribadi. Abis, kita ikhlas tak dalam berukhuwwah..? Tepuk dada tanya Iman..

Jadi, tolonglah....sama2 kita fikirkan balik. Kita nie pandai bercakap je ke, tak pandai nak aplikasi. Ke kita lupa apa yang kita selalu bercakap hebat tentang UKHUWWAH sehar-hari tu..? Means lepas cakap, lupa sudaaaaaaaa..Ke kita memang jenis yang hipokrit..? Depan orang lain tunjuk hebat, perfect ! sangat berkasih sayang kerana ALLAH, tapi hakikatnya tak mampu pun nak tolak kepentingan diri sendiri & mengutamakan orang lain. Ahhh..macam2 lah kalo nak tanya kenapa. Kenapa ada orang pandai cakap, tapi tak pandai buat..? Mungkin dia lupa kot...bersangka baik. Tapi, tolonglah...mesti ada orang yang ingatkan. Kalo takde, sampai saudaranya tu mati kesejukan pun dia takkan sedar 'rupanya dia dah abaikan hak dalam ukhuwwah fillah'. Mohon lindungan ALLAH dari sifat & sikap yang dibenciNya. 

Kalo kita hayati sejarah persaudaraan Islam yang terjalin antara Ansar & Muhajirin, pasti kita akan sedar betapa kita jauh tersasar dalam bab mengutamakan orang lain. Sampai golongan Ansar sanggup korbankan kepentingan sendiri dgn apa..? dengan mengutamakan saudara Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang sampai sanggup tawarkan isteri dyOrang ikhlas untuk saudara Muhajirin. 

“dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya” 
(al-Quran, Surah al-Hasyr 59: 9).

MasyaALLAH ! Hebat sungguh pengorbanan Ansar. Nak dibandingkan dengan diri kita..?
- Nak makan pun, yang sedap tu telan sorang2..yang agak dah saki baki tu, bagi la kat kawan/sahabat/saudara. 
- Nak air? Jap nak minum dulu..Kau sabar jap! Aku pun haus nieeeee..!
- Sejuk wehhh tak selimut. Baik aku blah masuk bilik dulu, selimut baik punya!. Kau kat bawah, suke hati lah nak tido mana. Nak selimut ke, taknak ke.. Takde masa plak aku nak pegi amek selimut, pastu selimutkan kau! Dah ngantOk gile2, pastu nak layan kau pulak. Malas lahhh..! 

Tu antara konflik yang syaitan2 Laknatullah suntikkan dalam hati supaya kepedulian kita terhadap saudara/kawan/sahabat kita pandang sebelah mata je. Malu..malu..malu..kalo senang, selalu dikongsi bersama. Tapi kalo susah, tu nafsi-nafsi laa. Masing2 hal OK!


Kepada sahabat2, kawan2, saudara2 seIslam sekalian.
Mohon maaf andai pernah mengabaikan kalian, andai hak kalian tidak ditunaikan sebaiknya. Sama2 mengislah diri, InsyaALLAH.

p/s : Walaupun sekecil2 perkara "BIARKAN JE DIA TIDO MACAM TU", tapi cukup untuk membuatkan saudara kita kesedihan. Sedih kerana kecuaian kita tidak mempedulikan halnya. Mohon dijauhkan.