Agak lama blog nie sunyi tanpa coretan dari tuannya ^_^
Kesibukan mengejar cita-cita di gedung ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia, akhirnya berjaya menamatkan 6semester pengajian. Now, tunggu submit thesis je..Doakan Liya :)
Alhamdulillah...dalam kesibukan untuk final draft thesis, pagi nie buat Liya rasa nak mengungkapkan sesuatu..
Mungkin dah lama terpendam, tapi pagi nie betul2 menggerakkan hati Liya untuk meluahkan..
So, balik kepada tajuk entry di atas, agak2 kOrang la "BIARKAN JE...." tu sesuai nk sambung dengan apa..?
Emmm...macam2 kot..biarkan je bersepah, biarkan je rosak, biarkan je orang lain yang buat, biarkan je dia dengan hal dia & mcm2 lagi yg boleh disambungkan dengan kata "BIARKAN JE....." tu kan. Walaupun just a simple sentence tapi sedar tak sedar, kalo disambungkan dengan apa2 pn ayat d'belakangnya...pasti akan menunjukkan satu makna yg berbeza & maybe boleh merosakkan Iman kita..Na'uzubillah min dzalik..!
Orite..Pagi nie Liya cuba sambungkan ayat "BIARKAN JE..." dengan "dia tido camtu". So, disambungkan jadi "BIARKAN JE DIA TIDO CAMTU"..Simple kn? Cuba renungkan baik2 ayat tu sahabat2 sekalian..
Maksudnye ape tu? Ayat tu boleh tak Liya cakap sebagai satu kata2 yang melambangkan 'KETIDAKPEDULIAN' kita kepada saudara kita yang lain. Kadang2 kita abaikan perkara yang kecik2 yang mungkin boleh menjahanamkan UKHUWWAH ! Betul Liya cakap. Sibuk fikir masalah2 negara sampai mengabaikan 'HAK UKHUWWAH' !
"Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan sahabatnya dengan harta, tenaga dan kepandaian & sebagainya serta memenuhi keperluan masing-masing tanpa diminta"
Kata2 kat atas ni adalah intisari 'Adab Berbagai Hubungan' dalam Ihya' Ulumuddin. Kupasan tentang mensucikan jiwa. Eh, besar jugak kan isu MENGUTAMAKAN orang lain nie kn? Ingat small matter je !
That's why Liya nak sentuh isu "BIARKAN JE DIA TIDO MACAM TU". Dalam bab memenuhi keperluan seorang sahabat, benda yang kecik2 nie pn jangan cuba diperkecilkan ye. Kang dipersoalkan sebab ketidakpedulian kita kepada sahabat kita yang lain. Contoh Liya bawak senang je. Isu tido je. SeOrang saudara yang ada sifat ithar, tak kan sampai hati biarkan saudaranya yang lain tido dalam keadaan kesejukan. Betul tak Liya cakap? Sebab Nabi Muhammad sangat2 mengutamakan orang lain. Even dalam keadaan lapar, Baginda sanggup bagi makanan Baginda kepada orang lain. Kita? Apa yang kita buat? Biarkan saudara kita tido dalam kesejukan? Saudara apa kita ni..? Layak ke digelar saudara yang mempunyai sifat 'ITHAR'. Ithar tu maksudnya 'MENGUTAMAKAN ORANG LAIN'. Jadi, before declair yang kita nie kononnya dah sempurna..tolong lah. Muhasabah balik..andai kita sanggup biarkan saudara kita yang lain kesejukan tak berselimut, apa kita layak untuk menyatakan bahawa kita dah cukup peduli saudara kita..? Jangan kata nak peduli saudara kita di Palestin, peduli keperluan saudara yang selalu disisi pun masih belum terlaksana. Astaghfirullahal 'adzim..Na'uzubillah min dzalik ! Sehari-hari bersama saudara seagama kita, lupa untuk kita penuhi keperluannya semampu mungkin. Bukan mintak duit ! Mintak peduli sikit je. Jangan kita pandai bercakap hebat tentang syarat-syarat ukhuwwah, hak2 yang perlu ditunaikan dalam ukhuwwah & bla..bla..blaa....je, tapi bab aplikasi? FAILED !! Saudara kita dalam kehausan mintak air, kita boleh pulak minum dlu..bagi bekas kita pada dia.. Apa tu kira mengutamakan orang lain ke..? Sedangkan syarat ukhuwwah yang first pun belum settled. Ikhlas kerana ALLAH. Ikhlas tu maksudnya membebaskan diri dari kepentingan & keuntungan peribadi. Abis, kita ikhlas tak dalam berukhuwwah..? Tepuk dada tanya Iman..
Jadi, tolonglah....sama2 kita fikirkan balik. Kita nie pandai bercakap je ke, tak pandai nak aplikasi. Ke kita lupa apa yang kita selalu bercakap hebat tentang UKHUWWAH sehar-hari tu..? Means lepas cakap, lupa sudaaaaaaaa..Ke kita memang jenis yang hipokrit..? Depan orang lain tunjuk hebat, perfect ! sangat berkasih sayang kerana ALLAH, tapi hakikatnya tak mampu pun nak tolak kepentingan diri sendiri & mengutamakan orang lain. Ahhh..macam2 lah kalo nak tanya kenapa. Kenapa ada orang pandai cakap, tapi tak pandai buat..? Mungkin dia lupa kot...bersangka baik. Tapi, tolonglah...mesti ada orang yang ingatkan. Kalo takde, sampai saudaranya tu mati kesejukan pun dia takkan sedar 'rupanya dia dah abaikan hak dalam ukhuwwah fillah'. Mohon lindungan ALLAH dari sifat & sikap yang dibenciNya.
Kalo kita hayati sejarah persaudaraan Islam yang terjalin antara Ansar & Muhajirin, pasti kita akan sedar betapa kita jauh tersasar dalam bab mengutamakan orang lain. Sampai golongan Ansar sanggup korbankan kepentingan sendiri dgn apa..? dengan mengutamakan saudara Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang sampai sanggup tawarkan isteri dyOrang ikhlas untuk saudara Muhajirin.
“dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya”
(al-Quran, Surah al-Hasyr 59: 9).
(al-Quran, Surah al-Hasyr 59: 9).
MasyaALLAH ! Hebat sungguh pengorbanan Ansar. Nak dibandingkan dengan diri kita..?
- Nak makan pun, yang sedap tu telan sorang2..yang agak dah saki baki tu, bagi la kat kawan/sahabat/saudara.
- Nak air? Jap nak minum dulu..Kau sabar jap! Aku pun haus nieeeee..!
- Sejuk wehhh tak selimut. Baik aku blah masuk bilik dulu, selimut baik punya!. Kau kat bawah, suke hati lah nak tido mana. Nak selimut ke, taknak ke.. Takde masa plak aku nak pegi amek selimut, pastu selimutkan kau! Dah ngantOk gile2, pastu nak layan kau pulak. Malas lahhh..!
Tu antara konflik yang syaitan2 Laknatullah suntikkan dalam hati supaya kepedulian kita terhadap saudara/kawan/sahabat kita pandang sebelah mata je. Malu..malu..malu..kalo senang, selalu dikongsi bersama. Tapi kalo susah, tu nafsi-nafsi laa. Masing2 hal OK!
Kepada sahabat2, kawan2, saudara2 seIslam sekalian.
Mohon maaf andai pernah mengabaikan kalian, andai hak kalian tidak ditunaikan sebaiknya. Sama2 mengislah diri, InsyaALLAH.
p/s : Walaupun sekecil2 perkara "BIARKAN JE DIA TIDO MACAM TU", tapi cukup untuk membuatkan saudara kita kesedihan. Sedih kerana kecuaian kita tidak mempedulikan halnya. Mohon dijauhkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)