15 Disember 2010

Keindahan Bersama Mu !

Assalamu'alaikum 
Berkelana di malam hari bersama angin malam yang menyapa ke pipi..hehe
First thing...jom sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada ALLAH yang masih memberi ruang & peluang untuk kita bernafas sejak bangun tido pagi td..Alhamdulillah..panjang umor lagi kita ye..masih berkesempatan melihat warna-warni kehidupan dunia (^__^)
Tapi kena ingat..hidup bukan untuk berfOya2..That's why kena faham betol2 tanggungjawab yang kita galas selama hidup kat dunia nie..(muhasabah jap)

Doa sama2 yOkk semoga ALLAH terus kurniakan hidayah & merahmati hidup kita, keluarga, sedara mara & sahabat2 & seluruh umat manusia. Amin :)
Keindahan Bersama Mu? luas maksudnya bg Liya...indahnya hidup kita dengan adanya keluarga terchenta, adanya adik2 & sedara mara, adanya kawan2 yang sentiasa melakarkan kenangan saat2 bersama, adanya sahabat seAgama yang membantu dalam perjuangan.& yang paling UTAMA, adanya ALLAH sebagai sebaik2 tempat pergantungan kita. Segalanya indah..sukar untuk dimengerti sebenarnya.

Actually, lepas balik dari kem KBM SSQ 5R last saturday...baru nak menghayati maksud sebenar d'sebalik kata "KEINDAHAN BERSAMAMU" tu..(^_^)
memang indah..! Jom selami apa yang indah sangat tuu..he
Indah sangat alam ciptaan ALLAH kat Impiana Country ResOrt, Hulu Langat. Subhanallah....First tyme sampai, teruja jgak..b4 nie banyak berprOgram kat hotel je. TengOk batu bata yang jadi bangunan. Bosan!
TengOk pemandangan hijau anugerah Dia kepada kita. Menyejukkan pandangan..sungguh..jauh dari pandangan yang menjijikkan kat bandar.. Masih tak nak bersyukur? Kalo nak bandingkan dengan keadaan sahabat2 kita yang ketandusan makanan & segalanya di padang pasir yang tandus, Allahu Akbar! Dia berkuasa untuk menukarkan keadaan kita hari nie sama macam apa yang dyOrang rasa. Berdoalah...semoga keselesaan & keamanan yang tak berapa aman yang kita kecap sekarang terus ALLAH kekalkan nikmatnya..Amin ya Rabb..

Keindahan bersama nikmat ALLAH yang sentiasa menemani adalah nikmat paling berharga yang sangat2 disyukuri. Nikmat penglihatan yang sempurna, nikmat telinga, kaki, tangan , akal fikiran yang waras, mulut & everything...Cara bersyukur? Yup, kita kena gunakan & hargai pinjaman ALLAH sebaiknya dengan tak buat perkara2 yang Dia tak suka, yang Dia benci. Contohnya : Kita gunakan mata untuk melihat bukti kebesaranNya...tengOk pemandangan indah ciptaanNya...tumpukan penglihatan pada ayat2 suci kalamNya & so on, bukan ushar awek2 seksi yang lalu lalang tepi jalan abang2 sekalian..bukan kenyit2 mata konon nak ngOrat aweks2..Haishh..Jaga sikit mata tue, bukan awk punye! ALLAH bagi pinjam je kot...buat harta blehhh...Dapat pakai mata yang ALLAH pinjamkan tue pun tak reti2 nak bersyukur...Kang Dia tarik balik hak tu padan muke! Nah..amek kau. Tak payah tengOk dunia dah. Padah..padah..
JANGAN JADI BUDAK NAKAL..!
Mulut yang ALLAH pinjamkan tue bukan untuk kita pakai suka2...mengumpat sana sini..Orang ni jahat, orang tue tak baik...macam2 laa..kita ni suka berkata-kata kan? tak salah pun nak berkata2..kang kalo xbcakap langsung lagi laa..kufur nikmat pulak...Lagi ALLAH murka. Dia dah bagi nikmat mulut untuk kita saling tegur menegur dalam perkara kebaikan, kita sengaja bisukan mulut tu pulak tak nak ajak kawan kita buat baik..So, think it. Di mana kedudukan kita as a hambaNya dalam mengguna pakai segala nikmat anggota badan yang ALLAH pinjamkan.
Actually, sume benda nie kadang2 kita lupa..kita lupa yang kita just diberi pinjam oleh ALLAH untuk beberapa ketika..Bukan untuk selamanya. Bila sampai masa Dia nak tarik balik harta Dia, kita akan kehilangan nikmat2 yang kita rasa sekarang nie...So, bersyukurlah dengan sebaik2 syukur kepadaNya. Alhamdulillah  (^_^)

MY LUVLY FAMILY
Keindahan lain yang dirasai ialah indahnya hidup kita bila ada mak abah (khas untuk abah, Mohd Yusoff & mak, Siti Zainab tersayang), ada Along ( satu2nya kakak yang pernah dimiliki), ada adik2 ( Muhammad Munawan, Muhammad Shakir, Muhammad Mujahid, Muhammad Aiman Hakim & 'Umar Zuhdi) and sedara mara lainnya...Indah sangat tyme gaduh adik beradik..hihi..Gaduh yang makin mengeratkan...Betul sangat la peribahasa Melayu yang kata "Air yang dicincang takkan putus"...Indah sebenarnya apa yang dilalui bersama ahli keluarga kita melalui hubungan darah yang mengikat. Takkan dapat dirasai andai kita hidup keseOrangan atas dunia tanpa gelak tawa keluarga terchenta! Lainnya..yang tak boleh ditinggalkan adalah tok yang sangat disayangi..Tok Teh, Tok Chah & both Tok Wan..Luv u all !! Kalian adalah orang2 yang sangat penting. Keindahan bersama kalian amat terasa kini.. [sedih pulak jauh2 sorang2 diperantauan:( Jauh dari family di Kedah..huaaaa].

Last but not least, Liya mesti cite jugak before Liya shut dOwn laptop japgi..he.
Keindahan yang takkan terasa tanpa adanya kawan2 yang sentiasa menemani tak kira tyme susah @ senang. Rugi la sangat2 sape yang takde kawan tue..:) Rugi weyhh..baik cari kawan ramai2...fungsi kawan nie banyak actually. Bukan sekadar teman yang berkOngsi kegembiraan dengan kita, yang menghiburkan hati kita..yang temankan kita makan..teman g toilet pun ye jugak kot [KODA]..hehe..tapi jugak teman berkOngsi rasa..sedih, duka & macam2..Kita mainkan peranan kita betol2 tak as a friend? Jangan main2...ada hak sahabat yang mesti kita tunaikan sebenarnya. Kalo nak taw lebih lanjut, nnti Liya cite dalam entry akan datang ea..(^_^)

Keindahan lain?
Banyak Ooo kalo Liya nak cite...cuma malam dah makin cemburu dengan Liya..mata pun dah tak bermaya nie..next tyme insyaALLAH kalo diizinkan olehNya untuk terus bernafas esOk & hari2 akan datang, Liya tak pernah tak sudi untuk berkOngsi.

p/s: Doa sama2 jom..ya ALLAH..Kami mohon jangan Kau ambil nyawa kami sebelum sempat untuk kami terus beramal bagi menampung lompang2 yang masih jelas kekurangannya ya ALLAH..Berikanlah peluang & ruang untuk kami terus mencari erti sebenar kehidupan & terus menikmati warna warni kehidupan dunia yang penuh onak duri ini ya Rabb..Kami mohon ya Rahman..Hanya Engkau tempat kami berharap..Amin ya Rabbal 'Alamin..



1 ulasan:

  1. ekeleh konon letak name koda dpt upgrade blog laa hahah. wehh bebel pnjg3. mls bace haha..:P

    BalasPadam

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)