08 Oktober 2010

NILAI SEORANG WANITA



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang
 lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
                                                                                                    Lirik by: De Hearty

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim:
 "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 


Sejauh mana & bagaimana nilaian anda pada seOrang insan bergelar wanita..?
Hanya sebagai simbOl seks semata..? ALLAHUAKBAR...!!
Berbangga & bersyukurlah andai anada dilahirkan sebagai seorang wanita, kerana nilai seOrang wanita amat berharga..
........to be continued                                                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)