Syukur dipanjatkan kepada ALLAH kerana masih merasai hidup dalam ISLAM yang penuh keindahan dan nilai2 kebaikan. Juga kesempurnaan akal & pancaindera yang ALLAH kurniakan antara nikmat yang mesti kita syukuri..Alhamdulillah...
Kali nie, Liya nak berkOngsi 1perkara. Mungkin ada yang dah selalu dengar @ jarang2 dengar yang membuatkan kita lupa.
Sehari-hari dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah ALLAH di muka bumi nie, kita berhadapan dengan saribu satu keadaan & situasi. Ada yang menyenangkan hati kita, ada yang menyakitkan hati kita. Terluka tue perkara biasa dalam kehidupan sehari-hari. Sebagai manusia, kita tak boleh lari dari berkecil hati, sedih, marah, kecewa & sebagainya. Soalan cepumas: kOrang penah rasa marah @ benci kat orang x? (jawab dalam hati..hehe). Tipulah kalO kata kita xpernah rasa marah selama hidup.
Liya sangat pasti, dalam hubungan kita dengan sahabat-sahabat @ masyarakat sekeliling, kadang-kala hati kita disakiti & dilukai dan dalam masa yang sama muncul lah perasaan benci dek kerana salah faham yang berlaku. Kadang-kadang kita kecewa sangat dengan kawan2 kita. Kadang2 ada yang sengaja buat kita sakit hati. Ada jugak yang suka burukkan nama kita. Macam-macam la kalO nak senaraikan. Ada benda yang kita rasa senang nak lupakan, tapi ada jugak rasa macam susah sangat nak lupakan yang kadang-kala boleh buat kita menangis sendiri bila teringat keburukan yang orang buat pada kita. Sedih masa tu jangan cakap la. Apa kan daya, kita pun manusia..ada hati..ada perasaan. Kita tak semulia Rasulullah S.A.W yang sangat sabar tatkala disakiti. Mungkin kesabaran umat Muhammad ada batasnya.
Terkenang sebuah memOry lalu....
(sedih pulak bila bicara soal perasaan nie..teringat saat diri diburuk2kan...difitnah dengan macam2 tuduhan yang sengaja direka-reka oleh seOrang manusia. Maruah & air muka kita dijatuhkan depan orang lain...Hanya ALLAH yang tahu perasaanku saat tue. Apa sebabnya pun xtahu. Dengkikah manusia tue kat aku? Apa la sangat aku nie nak dibanding2kan dengan dia. Marah dan dendam bukan kepalang lagi masa tue, sampai satu saat tue, rasa benci nak tengOk muka makhluk tue. Tapi perasaan tu tak lama, sebab hati kecil ni selalu berbisik..."tak baik macam tu sayang...". Okay, stakat tu je ceritanya :)
Allahuakbar..!! Tersentuh hati saat terbaca kisah seOrang hamba ALLAH di zaman Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. SeOrang yang biasa2 je dalam amalan. Solat, puasa, zikirnya lebih kurang sama je dengan amalan orang lain ketika tue. Tapi beliau dijanjikan syurga olehNya. Sehinggakan Saidina 'Ali terpegun & tertanya2 apa rahsia sebenar lelaki tu sampai ALLAH dah bOoking tempat untuknya dalam Syurga. Tahu apa rahsianya..?
Lebih kurang macam nie bunyi dialOgnya bila diterjemahkan dalam bahasa Melayu...
Jawab lelaki tersebut apabila Saidina 'Umar bertanya apa amalannya sehingga dijanjikan syurga oleh ALLAH :
"Demi ALLAH, tiada Tuhan selain Dia!. Sebenarnya amalanku biasa2 saja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun, apa yang terpenting iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam..aku tak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki & iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku"
Allahurabbi....betapa hebat & tinggi kedudukan seseOrang Muslim yang bersifat pemaaf. Hati yang dimiliki suci bersih dari segala perasaan yang buruk terhadap sesama manusia.
Mahukan kita jadi seperti lelaki hebat tue..? Tawaran syurga menanti...!!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini..Jom kita jadi orang yang pemaaf, walau kadang-kala sukar melupakan perkara yang amat pedih dan menyakitkan jiwa raga.
Note : Bersihkan jiwa...bersihkan hati dari segala sifat mazmumah yang hanya akan menghancurkan diri..(^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)