29 September 2010

babi Oh babiiiiii.....

Bismillah..Assalamu'alaikum w.b.t saudara2 Muslim yang disayangi...(^_^)
Apa khabar iman kita hari ni..?Moga sntiasa dalam keadaan sihat wal'afiat hendakNya..Aminn..
Sebelum tu, jangan terkejut dengan tajuk entry liya kali nie..:) rasa nk menulis tentang BABI @ KHINZIR. Nak berkenalan dulu tak dengan binatang yang ALLAH ciptakan tue..?jommmm....!

Haa....ni la babi @ dalam bahasa Arab disebut khinzir. Korang penah tengOk tak makhluk ALLAH nie..? (ingat lagi dlu masa kecik2, masa tengah jalan nak gi mengaji Quran..mesti lalu jalan kampung, sebelah kanan jalan hutan. Tiba2 tengah mengatur langkah tu, tdengar bunyi sehhh...sehhhh...dekat ja dengan pagar tepi hutan tu..tengOk2..perghh..kerbau pendek rupanya..apa lagi...mula la cek melangkah panjang berlari sekuat hati...al-kisah) Okay...mesti kOrang tertnya2 kan ape hal la liya cite pasal babi ni..Emm..babi ni unik sebenarnya, that's why liya nk bercerita pasal binatang ni..Unik kat mana tue..? Tahu tak, seekOr babi ni memang sangat2 berguna? dari kaki sampai kepala, semua anggOta badan dia bleh di ambil manfaat. Daging-makan, tulang-ubat gigi, bulu-berus dan sebagainya. Tapi ingat, kita Umat ISLAM haram ambil manfaat dari babi ni..Dalam Islam memang dah terangkan, 2 binatang yang haram disentuh & dimakan. Apa? Babi & anjing la kan. Mesti kOrang dah sedia maklum punya. Tapi saja liya nk panaskan balik isu babi ni. Kita lihat isu babi dari skOp yang kecik je. Apa kita pernah makan babi..? Mesti kita jawab takkkkk....!! right..? Yelaa..kalO terbayangkan daging tu pn dah loya tekak, ini kan pulak nak masak makan. Tapi cuba bayangkan kita jamah babi ni hampir setiap hari. Kenapa liya cakap macam tue? Sebab...cuba tengOk keratan akhbar kat bawah nie..

KERATAN AKHBAR YANG MELAPORKAN YANG PASTI MELOYAKAN TEKAK ANDA
>>SAYUR RASA BABI...APAKAH INI SEMUA..??<<




BebOla perut babi..? apakah..? TengOk keratan akhbar kat atas ni, sayur rasa babi. Siap pernah jOin pameran produk halal lagiiiiii...!! Ada logo halal JAKIM pulak lagiii....!! Dahsyat betul orang zaman sekarang. Dia tipu kita hidup2. Pernah tak kOrang kaji apa yang kOrang makan setiap hari..? Halal ke..haram ke..main taram je kan kalO membeli tue..Especially kalO membOrong kat supermarket. KalO nak beli tu, beli je..dah tak tengOk dah ingredients barang2 tu. Kenapa jadi macam tu.? Dah amek mudah ke isu babi dalam makanan ni..? kat sini, liya nak tegaskan.."Masyarakat kita perlu jelas isu halal & haram nie". Sekarang ni kita tengOk, seolah2 masyarakat kita dah mengabaikan isu ni. Sedangkan, ISLAM sangat memberi penekanan tentang peri pentingnya kita menjaga makan minum kita dari apa yang diharamkan. Sebab asas pemakanan kita sehari-hari lah yang akan membentuk jiwa & peribadi kita kelak. Kepentingan makanan yang halal jelas ALLAH sebutkan dalam firmanNya :

"Wahai manusia, makan dan minumlah dari apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikuti jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang jelas lagi nyata bagi kamu"
                                                                                                              (Quran, al-Baqarah : 168)

Selain tue, ALLAH jugak tegaskan dalam firmanNya bahawa makan & minum adalah tanda keimanan seseOrang. Maksudnya, cara pemilihan makanan & minuman tue membuktikan nilai iman kita. Tapi liya pelik jugak dengan segelintir "orang-orang" dalam kalangan masyarakat kita yang suka amek mudah benda ni. 

Ada dalam kalangan kita yang tak faham konsep sebenar makanan halal & haram menurut ISLAM. Keje sape nak memahamkan masyarakat kita..? Kita sama2 wat keje yOkkk....!!
Antara perincian isu makanan halal & haram termasuklah :
  • Punca makanan tu dibuat. cth: daging @ bahan2 yang digunakan untuk memasak. Mesti daripada unsur haiwan @ bahan yang halal menurut ISLAM. Kalo dalam pengkelasan haiwan, haiwan yang bertaring (ular/harimau/kucing/dll), yang hidup dua alam (katak/buaya/kura2/dll) & yang najis (babi & anjing). Isu hangat sekarang nie ikan patin yang dibagi makan perut babi. Jatuh haram makan ikan tu walaupun ikan tu asalnya halal di makan.
  • Kaedah penyembelihan. Mesti penyembelihnya Islam, pisau yang digunakan tajam & disembelih dengan nama Allah). Ingat, even binatang yang disembelih tu halal tp kaedah penyembelihan tak ikut seperti yang Islam syariatkan jatuh hukum haram kalO makan binatang tue. Orang kafir sembelih ayam, haram..!!
  • Cara pengurusan @ pemprOsesan. Makanan tu mesti suci bersih dari najis dll. TengOk jugak cara penyimpanan makanan tue, mesti tak bercampur dengan benda2 yang diharamkan oleh ALLAH. Cth: ayam bercampur babi dalam 1 peti ais.
  •  Aspek ramuan dalam pembuatan makanan tu. Cth: kek yang dibuat dengan mencampurkan gelatin babi, minyak masak dari lemak babi @ alkohol dll.
Actually, liya agak cerewet dalam bab makan minum & pakaian ni. Memang orang yang kenal liya, faham dah. Tapi bila mcm tu, ada pulak yang kata kita ni demand. Adoiii...memang la kena demand ckit bab halal haram ni. Takkan main hentam je nak makan apa, nk pakai apa. Sume tu kena cek dulu. Kang tersalah makan sate babi plak..haa..kan padah tak berhati-hati di jalan raya(^_^).. Sekarang nie sume benda nampak sma je. Agenda sape nak rOsakkan pengikut Nabi Muhammad ni kalo tak agenda YAHUDI LAKNATULLAH..?! Dari apa yang kita makan tu akan jadi darah daging-membentuk fizikal & sudut batiniah kita-membentuk tingkah laku & peribadi kita. Kalo dah makan benda yang haram dalam agama, macam mana nak bentuk peribadi dan akhlak kita...generasi pemimpin negara..? 

"adalah tak mustahil, seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun, kalau dihitung...mungkin dah termakan seekor babi secara syubhah...!!!"

"...SEDARILAH UMAT ISLAM SEMUA...!! SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA, KETURUNAN KITA....ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..."


Please... makanan haram punca masalah umat islam sekarang...hati jadi keras, apalagi bila dah jadi darah daging..Mudah terpesOng ikut agama lain. That's why sekarang ramai murtad. Banyak babi dalam badan...
Masih lagi dok fikir ??? sampai bila nak fikir ?? Jawapan tu kita yang kena jawab sendiri. Jom tengOk komen2 sahabat2 fb liya tentang isu ni..
So, how kita nak jaga hati kita dari rOsak dek kerana makanan yang haram dalam islam. tengOk apa kOmen sahabat2 liya bila liya bangkitkan isu nie..."gunalah produk HPA..halal lagi baik". Nie bukan propaganda @ kempen untuk HPA tapi inilah kebenaran yang mesti kita akui. Berapa banyak prOduk kat pasaran semasa sekarang yang kOrang yakin kualiti halalnya..? Lambakan barangan tak halal semakin menimbun umpama 'cendawan yang tumbuh selepas hujan' sampai kita tak tahu nak bezakan yang mana ayam yang mana babi..Eee...sungguh melOyakan bila sebut daging babi. Tapi tu lah..walaupun binatang tu cipataan Yang Maha Esa, tapi benda tu Allah haramkan dari kita makan @ ambil manfaat darinya. Musuh-musuh Islam sentiasa amek peluang nak rOsakkan umat Islam. Dan dyOrang tahu caranya. Caranya apa..?dengan merOsakkan hati umat Islam la..bila dyOrang cipta prOduk2 yang diadun dari perisa babi ni, dyOrang dah bajet yang umat Islam mesti akan makan @ guna. Barang2 keperluan kita sehari2 tu pun dyOrang boleh adun dengan lemak, serbuk tulang, bulu babi & macam2 lagi. Sabun, syampu, ubat gigi, kek, cOklat (sila bagi perhatian kpd semua penggemar coklat) pengemulsi @ penstabil makanan, mentega, makanan segera dalam tin, biskut. Ahh..macam2 lah kalo nak sebut. Sebab tu la kena jadi demand macam cik Liya. hehe..berhati-hati di jalan raya. Baru selamat & ibadah pun diterima. Tak gitu..? Biarlah apa pun orang nak kata, janji kita berwaspada terhadap apa jua kemungkinan yang bakal menimpa. (ayat berfalsafah pulak...)

P/s :Pesanan penaja >>>Pengguna produk makanan yang dijual dipasaraya & kedai-kedai runcit semua..kOrang diminta untuk memeriksa terlebih dahulu produk yang akan dibeli & mengenalpasti kod  E @ dalam bahasa Omputihnya disebut E-CODES yang terdapat pada sampul atau kotak produk, sekiranya terdapat kod sebagaimana yang tersenarai dibawah, hindarilah produk tersebut kerana ia mungkin mengandungi lemak babi<<<<


Untuk langkah bijak, print out @ salin semua E-Codes di atas, dan bawa ke mana je kOrang pegi untuk membeli. Pastikan takde E-Codes yang tersenarai sebelum beli. Ingat, beringat sebelum kena..!
KASUT DARIPADA KULIT BABI...ADA DI TIMES SQUARE


ALAT PENGIMBAS DNA BABI CIPTAAN INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL UPM (IPPH)

HANYA 1 LOGO HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH JAKIM


24 September 2010

"SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT"

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Salamullah 'Alaikum....mOga kita diberi kesihatan yang baik & berpanjangan oleh ALLAH TA'ALA hendakNya.
Emmm...best sangat kelas PsikOlogi masyarakat td. Blaja tentang hubungan Psikologi dengan Uslub Dakwah. Salah satu daripada uslubnya ialah 'HIKMAH'. PrOf. Madya Dr. Fariza perincikan uslub hikmah tu kepada beberapa aspek. Prof cakap, Hikmah tu dari segi pcakapan, tingkahlaku & juga sikap. Okay2..liya bkn nak bcerita panjang tentang subjek ni, tapi sedikit perkOngsian ilmu yang mungkin ada antara kita yang dah tahu@ memang tak tahu@ tahu tapi saja buat2 tak tahu.
Tadi PrOf explain lagi...tentang aspek Hikmah dalam tingkahlaku. Macam mana tu..?? Dalam Surah Isra' ayat 23-29 di nyatakan terdapat 12 pesanan Allah. 7 pesanan berbentuk larangan negatif & 5 lagi bentuk tingkahlaku pOsitif. Apa semua ni..? Tak faham ea banyak2 sangat..? Okay2x.
Kita tengOk bentuk larangan je. Antara larangan negatif yang ada kaitan dengan uslub dakwah Hikmah spt larangan SYIRIK kepada Allah, larangan bersifat BAKHIL & BOROS, larangan BUNUH KANAK2 & FAKIR MISKIN, larangan BERZINA, larangan PAKAI HARTA ANAK YATIM, larangan bersifat TAKABBUR, SOMBONG & BONGKAK, dan lastly larangan MEMBUNUH JIWA kecuali dengan haq. 
PersOalan yang nak liya timbulkan disini, apa membunuh jiwa tu bermakna kita bunuh orang secara fizikal @ terang2an saja ke..? Memang dah sah-sah haram hukumnya kita membunuh sesama manusia kecualilah dengan haq. Kalau kita tak bunuh secara fizikal, tapi kita tolong kawan kita contohnya untuk bunuh saudara seagama kita yang lain....sama tak hukumnya kita turut membunuh..???. Kira bersekOngkol la kan..? Ye tak iye jugak..(Ermm...bfikir sejenak).

Okay...jOm kita relate kan persOalan td dengan keganasan & pembunuhan kejam tentera ISRAEL LAKNATULLAH 'ALAIHIM ke atas saudara2 seagama (ISLAM) kita di Palestin, Afghanistan dll.
Suatu masa dulu, masa media hangat menghebOhkan tentang kekejaman bangsa Yahudi di kaca2 tv, cOrong2 radio, tak ketinggalan juga di dada2 akhbar....masa tu jugaklah berjalannya kempen "BOIKOT BARANGAN ISRAEL & SEKUTUNYA". Memang banyaklah flyers2 & pamplet yang listkan prOduk2 Israel serta keluaran sekutunya yang menyumbang dana bagi membiayai peralatan ketenteraan Israel Laknatullah 'Alaihim di negara Islam yang ingin dijajah. Kadang2, liya suka jgak memerhati tingkahlaku manusia ni (sejak belajar psiko la....:). Ada yang bila kita kasi flyers hand by hand, dia amek+lipat+letak dalam beg. Ada pulak yang amek+terus baca+teruja+sedar=boikot. Ada jugak yang amek+tengOk sekilas pandang=buang dalam tOng sampah. Tak ketinggalan ada yang amek+baca+mintak flyers lebih+photostat=edarkan kpada kwn2 yang lain. Anda di pOsisi yang mana..??(sila jawab sendiri diam-diam). Orait..kita reverse balik pasal larangan membunuh jiwa tadi. Agak2 kOrang la kan, perlu tak kita amek pOrt isu pembOikotan barangan Israel Laknatullah ni..? Jawapannya....PERLU..!!
jOm sama2 kita tengOk senarai jenama prOduk yang menyumbang kepada setiap peluru tentera Israel tu..


Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, 
memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan 
bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol
Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata
orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah saudara Islam kita. Kita
telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, Burger
King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.



Apakah akan jadi kepada kita?
Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. 
Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. 
Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. 
Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, 
yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, 
untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.
(Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001)

Ada orang bagi alasan tak boleh elak makan McD sebab RFC (Radix Fried Chicken) salah satu brand keluaran Bumiputra Islam xde kat area yang dyOrang duduk. Adehhh...kat Malaysia ni McD je ke yang jual burger, ayam gOreng, fries, aiskrim & so on yg seangkatan dengannya..? Actually, kita mampu nak elak dari benda2 tu sume. Tapi degil. Bukan xde fast food lain. Saja cari alasan. Kelantan Fried Chicken pun tak kurang hebatnya ape..Burger Ramly yang ada jual kat pasar malam tu pun lagi sedap dari McD laa...Sekurang2nya kita membantu saudara sebangsa @seagama @senegara jugak kan. Dalam kita keluarkan fakta haram menyOkong Israel tu pun, ada yang mencelah "alah...setakat beli aiskrim RM1 tu je pun, apa lah sangat yang kita sumbangkan kat dyOrang". Wahai saudara semua, kan ada pepatah Melayu menyebut "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". >>Berapa ramai orang kita yang makan di McD setiap hari...<< Terpulanglah...pesan & nasihat dah berbuih mulut, fakta pun dah jelas kita bagi. Go on la kalau nak terus menyumbang dana untuk ISRAEL LAKNATULLAH 'ALAIHIM tuu..Dah lepas bahagian orang yang menyampaikan, sekurang2nya ada mOdal nak jawab pertanyaan MUNKAR & NAKIR di akhirat nanti.
Yang nak terus membantu ISRAEL, teruskan membeli McD, barangan Nestle, Johnson & Johnson, Maggi, Danone & macam2 lagi yang liya senaraikan kat atas. Bertanggungjawablah atas diri kOrang sendiri kelak. Moga tak menyesal di kemudian hari...!!
TERUSKAN MEMBUNUH SAUDARA seISLAM ANDA....!



Note: Harus diingat. Ini bukan rekaan semata-mata, tetapi dirujuk kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Untuk keterangan lanjut, layari (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html).
besides, kOrang bleh jugak layari (http://produkhalal.wordpress.com)

23 September 2010

JENAYAH membawa PADAH

Assalamua'laikum & selamat pagi sume...(^_^) Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya buat kita.semOga syawal yang dirai merupakan kemenangan setelah kita berjihad di medan Ramadhan lepas. Sama2 lah kita berdOa kepadaNya mOga diberikan kesempatan & peluang untuk kita mengecap barakah Ramadhan tahun hadapan, InsyaALLAH Ta'ala..
Emmm...dh lama rsnya tak update blOg..maklumlah mOod raya tak abis lagi. Tak sempat2 nak update.
Tadi bjalan2 kat alam maya, singgah jap kat Bharian online. Jadi bacalah kisah seOrang manusia nie...

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya. “Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa. 
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Mohd Fazli Azri Jamil, 28 selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari, 4 (gambar kecil), di Batang Kali, 25 Februari lalu.

Dahsyat kan dunia skarang..? bunuh-membunuh nie dah jadi macam perkara biasa plak. Boleh dikatakan, hari-hari ade je kes bunuh @ cubaan mencederakan orang. Nie baru kes bunuh kanak-kanak, tak cite lagi kes pembunuhan kejam jutawan kOsmetik yang juga ikon usahawan wanita baru2 nie. Dahsyat gile la manusia zaman canggih nie. Dah tak takut undang2 negara, apa lagi nak kira takut dengan undang2 ALLAH. Apa la nak jadi dalam jangka masa 5-10 tahun akan datang? Cuba bayangkan. Dengan perkembangan & kemajuan dari pelbagai aspek, mana mungkin kita menOlak kehadiran perkara2 baru yang canggih lagi terkini kan?. Tu lah realiti perubahan zaman yang juga telah merubah masyarakat kita. Sayang sekali, banyak pulak perkara negatif yang diambil dari perkara yang pOsitif. Bunuh-membunuh dah macam main tembak2 pistOl air pulak. Nak keluar rumah pun takut, mana tak nya...jenayah makin menggila. Rogol, bunuh, ragut, penculikan kanak-kanak, peras ugut..macam2 lah..kalO nak senaraikan kat sini memang tak habis.

Berbalik pada keratan akhbar yang ana bawakkan td... "sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim". MasyaALLAH...dah la nak kena gantung dalam  masa terdekat tu, sempat lagi nak buat maksiat kepada ALLAH. Macam la isteri dia pulak nak cium pompuan tu. Realiti..realiti..Kita kena hadapi perkara-perkara yang sangat pelik yang langsung tidak di ajar dalam ajaran Agama kita. Tapi manusia zaman canggih mana nak heran dah kalO kita cakap. Bila kita tegur ckit je dah melenting. Ada plak yang cakap, "macam la awak tu baik sangat ustazah Oiiiii". Sampai macam tu la realiti masyarakat kita. Susah la nak wat keje kalO macam ni rupanye. Kita xla nak nafikan kadang2 terbuat jugak salah tu. Yelah..nama pun manusia. Hadith Nabi pun ada sebut "manusia itu tidak terlepas dari buat salah & lupa". Lebih kurang mcam tu mafhumnya. Tapi takde alasan untuk kita biarkan je kucar-kacir yang berlaku dalam kalangan masyarakat ISLAM kita sendiri. Kalau takde orang yang mainkan peranan untuk membawa mereka-mereka ini ke jalan yang lurus, kita akan lihat kehancuran umat tak lama lagi..!! Percaya atau tidak, itulah yang mesti dihadapi. Pahit atau manis, kita jua yang merasai. Kalau manis, kita akan merasai kemanisannya bersama. Tetaapi.. kalau pahit, kita juga yang akan merasai kepahitannya bersama-sama kelak. Na'uzubillah min Dzalik..

p/s: Beringat2 sebelum ALLAH turunkan balaNya. Berpesanlah sesama kita..>_<