08 November 2010

Banjir Terburuk di Kedah Negeriku

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Dialah yang berkuasa, tiada yang lebih berkuasa dari kuasa ALLAH Ta'ala.
Assalamu'alaikum Warahmatullah...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya kita dapat menikmati kehidupan yang sementara di dunia ini. Semoga dengan bertambahnya usia kita, semakin menggunung amal kebajikan lillah yang dikumpul untuk bekalan Akhirat kelak.
Pujian & selawat ke atas Junjungan Mulia Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam..Semoga amanah yang diberikan oleh Baginda mampu kita galas & pikul sepanjang bergelar Khalifatullah. AMIN..


Alhamdulillah...pasukan DERU JIM (Jemaah Islam Malaysia) yang bertOlak ke Utara Malaysia untuk misi bantuan bencana pada malam Jumaat lebih kurang jam 10.30 malam telah selamat sampai ke Bangi jam 6.15 pagi td (08/11/10). 
Untuk entry kali ni, Liya nk berkOngsi serba sedikit pengajaran & pengalaman yang dapat Liya & akhawat2 lain kutip sepanjang sehari 2 malam tempoh perjalanan pergi balik dari Bangi-Kedah.  Sungguh, Liya sangat teruja dengan komitmen & kesungguhan pakcik2 JIM yang tak pernah menyungut keletihan. Pakcik bukan sebarang Pakcik taw..Mostly, dyOrang adalah dari kalangan orang2 profesional macam pensyarah, engineer, akauntan, doktor and so on. Subhanallah...indahnya berada atas jalan dakwah. Pangkat & kedudukan langsung tak jadi bualan. Lagi2 berbincang @ berbual kosong tentang harta kekayaan...jauh sekali. Liya rasa sangat bertuah sebab dapat bersama2 dyOrang untuk kerja 'amalulillah semalam. Qudwah yang ditunjukkan memang sangat menjadi teladan & pembakar semangat untuk jadi macam dyOrang. Bekerja semata-mata kerana ALLAH. Allahuakbar..!! Semoga kita semua akan berjaya mengikut jejak langkah dyOrang bagi meneruskan misi dakwah kepada masyarakat, InsyaALLAH.


Banjir...bencana atau ujian? Semuanya adalah rahsia ALLAH. Dia yang berkuasa menjadikan segalanya. Semoga orang2 Kedah Darul Aman negeriku yang berhadapan ujian ALLAH yang Maha hebat ni terus sabar & berdoa semoga sgalanya dapat diselesaikan dengan mudah. Sabaq naa semua...InsyaALLAH, semuanya akan kembali pulih. Bila kita berdepan sendiri dengan keadaan mangsa2 banjir nie, baru kita dapat rasakan betapa mereka sedih dengan bencana yang menimpa. Kenapa sedih..? Bayangkan, kesan banjir yang berlaku tahun 2005 masih segar dalam ingatan. Segala perabot & barang2 yang rOsak akibat banjir hampir semuanya terpaksa dibuang dek kerana terendam beberapa hari dalam air lumpur. Nak cuci rumah yang penuh lumpur tue take time jgak...Macam kata seOrang makcik nie.."dah masuk 3hari dok cuci rumah & barang2 nie...tak abih2 lagi...". Sabaq na makcik..Kami mai nk tolong nie..(^__^) Kesian kan..nak dduk kat mana pun tak bleh..penuh ayaq (pelat utaqa). Makcik yang sOrang ni plak lagi kesian, nak balik umah pun tak bleh sebab ayaq tak surut2. Balik2 je tengOk dah penuh lumpur (lumpoq kalo oghang utaqa cakap). Kami pun menDERU la kat umah makcik Faridah tue..kesian dia..dah la ibu tunggal, anak plak kecik2 lagi 2orang. Tapi alhamdulillah 80% dah bersih lepas tue. 
Apa lagi ye Liya nak cite? Emmm...haa..kepada wanita2..jangan cuba2 nak bagi alasan yang kita (termasuk Liya) tak boleh buat keje2 berat. Jangan cari alasan laa..Bukan tak boleh, tapi tak nak mencuba & berusaha. Actually, kerja2 adhock macam misi bantuan bencana ni sangat mengajar kita macam mana kita boleh mainkan peranan sebagai hamba ALLAH yang prihatin terhadap musibah yang menimpa mereka2 yang seagama dengan kita. Tak mampu ke nak tolong ringankan beban yang ditanggung oleh mereka2 yang diuji oleh ALLAH nie.? Tahu tak..Dengan sedikit keprihatinan & pertolongan kita, mampu meringankan keje2 dyOrang. Tak berperi kemanusiaankah kita? Mampu melihat kesusahan orang lain dengan hanya berdiam diri. Allahuakbar!. Bangun..!bangun..! bangun dari kesenangan dunia yang sementara nie. Kita mampu lakukannya..! Walau diri kita bergelar Muslimah, tapi jangan sesekali kita bersikap lemah. Sape kata Muslimah tak boleh..? Hayati jap bait2 lagu nie..


Umat ISLAM harus cemerlang...hari ini mesti lebih baik dari semalam..
Jangan buang masa, sape kata kita tidak boleh..
Kita ada ALLAH Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga..
Doa sebagai senjata..
Ummat ISLAM sentiasa boleh..
Ummat ISLAM sentiasa boleh...!!




Hampir kesemua perabot terpaksa dibuang
Seluruh rumah dipenuhi lumpur


Nota : Banjir yang terburuk berlaku pada tahun ni 2010..
Mungkinkah musibah lain akan menyusul..BerdOalah semOga kita terhindar dari bala bencana ALLAH yang dahsyat. Jom muhasabah yOkk..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)