29 November 2010

Cuti Panjang Yang Pendek

Alhamdulillah wa syukurillah...
Masih diberi ruang dan peluang bernafas & menikmati nikmat pancaindera yang sempurna pinjaman ALLAH. Masih berpeluang menghirup udara du bumi ini..syukur hanya padaMu ya ALLAH..


Assalamu’alaikum warahmatullah...Wahhhh...lamanya menyepi tanpa entry baru..Maklumlah..sibuk betOi cik Liya nie..befOre ni sibuk dengan exam. Bukan takde idea nak menulis, tapi tak sempat pun. Dah lepas perang Final Exam, dah cuti plakkk..adushh..cuti menghantuiku. Kalo boleh takmo cuti. Bukan apa, minit2 terakhir di UK ni sayang pulak rasa nak habiskan masa macam tue je dengan cuti. Padahal dulu...pantang cuti, mesti nak balik kampOng terchenta di Mengkuang Dem. Tau ke kat mana? Tu la nama kampung kelahiran cek di Penang. Born to Be a MUSLIMAH (v_v) best3x..
ADIK2 TERSAYANG :)
Anyway, sekarang pun Liya tengah bercuti.. Saja nak isi masa lapang yang sangat lapang cuti semester ni kat gedung ilmu PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lanang). Saja cuba untuk menghabiskan cuti sem last nie dengan benda2 manfaat. Menikmati cuti sambil buat tesis..(^__^) Mintak maaf mak abah sebab spent tyme untuk family kejap je cuti nie.. Duduk kat umah pun bukan takde manfaat. Banyak je yang boleh buat..take over tugas mak mengemas & memasak, uruskan anak2 kecil Aiman Hakim & Umar Zuhdi & macam2 lagii.. Cewahhh..macam anak pulak..nak muntah.. “Ngah...nak muntah”. (sambil merengek2 mintak dipimpin ke tOilet). Fuhh..tu belum masuk tugas paling panjang kena amek masa iaitu watching tv.hihi..part time job yang paling digemari kalo cuti kat umah..memang takleh elak la, tambah2 banyak pulak cite2 best tyme cuti sekOlah ni..

tapi tu laa..mesti tak pandai nak urus masa kat umah dengan bijak. Rasa macam merdeka gila2. Suka hati je nak buat apa. 

Moga niat nak habiskan cuti dengan tesis tercapai hendakNya..even tak boleh siap sepenuhnya, at least berjalan jgak la sikit2 keje tu pun dah syukur..ChaiyOk2x..!!

08 November 2010

Banjir Terburuk di Kedah Negeriku

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Dialah yang berkuasa, tiada yang lebih berkuasa dari kuasa ALLAH Ta'ala.
Assalamu'alaikum Warahmatullah...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya kita dapat menikmati kehidupan yang sementara di dunia ini. Semoga dengan bertambahnya usia kita, semakin menggunung amal kebajikan lillah yang dikumpul untuk bekalan Akhirat kelak.
Pujian & selawat ke atas Junjungan Mulia Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam..Semoga amanah yang diberikan oleh Baginda mampu kita galas & pikul sepanjang bergelar Khalifatullah. AMIN..


Alhamdulillah...pasukan DERU JIM (Jemaah Islam Malaysia) yang bertOlak ke Utara Malaysia untuk misi bantuan bencana pada malam Jumaat lebih kurang jam 10.30 malam telah selamat sampai ke Bangi jam 6.15 pagi td (08/11/10). 
Untuk entry kali ni, Liya nk berkOngsi serba sedikit pengajaran & pengalaman yang dapat Liya & akhawat2 lain kutip sepanjang sehari 2 malam tempoh perjalanan pergi balik dari Bangi-Kedah.  Sungguh, Liya sangat teruja dengan komitmen & kesungguhan pakcik2 JIM yang tak pernah menyungut keletihan. Pakcik bukan sebarang Pakcik taw..Mostly, dyOrang adalah dari kalangan orang2 profesional macam pensyarah, engineer, akauntan, doktor and so on. Subhanallah...indahnya berada atas jalan dakwah. Pangkat & kedudukan langsung tak jadi bualan. Lagi2 berbincang @ berbual kosong tentang harta kekayaan...jauh sekali. Liya rasa sangat bertuah sebab dapat bersama2 dyOrang untuk kerja 'amalulillah semalam. Qudwah yang ditunjukkan memang sangat menjadi teladan & pembakar semangat untuk jadi macam dyOrang. Bekerja semata-mata kerana ALLAH. Allahuakbar..!! Semoga kita semua akan berjaya mengikut jejak langkah dyOrang bagi meneruskan misi dakwah kepada masyarakat, InsyaALLAH.


Banjir...bencana atau ujian? Semuanya adalah rahsia ALLAH. Dia yang berkuasa menjadikan segalanya. Semoga orang2 Kedah Darul Aman negeriku yang berhadapan ujian ALLAH yang Maha hebat ni terus sabar & berdoa semoga sgalanya dapat diselesaikan dengan mudah. Sabaq naa semua...InsyaALLAH, semuanya akan kembali pulih. Bila kita berdepan sendiri dengan keadaan mangsa2 banjir nie, baru kita dapat rasakan betapa mereka sedih dengan bencana yang menimpa. Kenapa sedih..? Bayangkan, kesan banjir yang berlaku tahun 2005 masih segar dalam ingatan. Segala perabot & barang2 yang rOsak akibat banjir hampir semuanya terpaksa dibuang dek kerana terendam beberapa hari dalam air lumpur. Nak cuci rumah yang penuh lumpur tue take time jgak...Macam kata seOrang makcik nie.."dah masuk 3hari dok cuci rumah & barang2 nie...tak abih2 lagi...". Sabaq na makcik..Kami mai nk tolong nie..(^__^) Kesian kan..nak dduk kat mana pun tak bleh..penuh ayaq (pelat utaqa). Makcik yang sOrang ni plak lagi kesian, nak balik umah pun tak bleh sebab ayaq tak surut2. Balik2 je tengOk dah penuh lumpur (lumpoq kalo oghang utaqa cakap). Kami pun menDERU la kat umah makcik Faridah tue..kesian dia..dah la ibu tunggal, anak plak kecik2 lagi 2orang. Tapi alhamdulillah 80% dah bersih lepas tue. 
Apa lagi ye Liya nak cite? Emmm...haa..kepada wanita2..jangan cuba2 nak bagi alasan yang kita (termasuk Liya) tak boleh buat keje2 berat. Jangan cari alasan laa..Bukan tak boleh, tapi tak nak mencuba & berusaha. Actually, kerja2 adhock macam misi bantuan bencana ni sangat mengajar kita macam mana kita boleh mainkan peranan sebagai hamba ALLAH yang prihatin terhadap musibah yang menimpa mereka2 yang seagama dengan kita. Tak mampu ke nak tolong ringankan beban yang ditanggung oleh mereka2 yang diuji oleh ALLAH nie.? Tahu tak..Dengan sedikit keprihatinan & pertolongan kita, mampu meringankan keje2 dyOrang. Tak berperi kemanusiaankah kita? Mampu melihat kesusahan orang lain dengan hanya berdiam diri. Allahuakbar!. Bangun..!bangun..! bangun dari kesenangan dunia yang sementara nie. Kita mampu lakukannya..! Walau diri kita bergelar Muslimah, tapi jangan sesekali kita bersikap lemah. Sape kata Muslimah tak boleh..? Hayati jap bait2 lagu nie..


Umat ISLAM harus cemerlang...hari ini mesti lebih baik dari semalam..
Jangan buang masa, sape kata kita tidak boleh..
Kita ada ALLAH Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga..
Doa sebagai senjata..
Ummat ISLAM sentiasa boleh..
Ummat ISLAM sentiasa boleh...!!




Hampir kesemua perabot terpaksa dibuang
Seluruh rumah dipenuhi lumpur


Nota : Banjir yang terburuk berlaku pada tahun ni 2010..
Mungkinkah musibah lain akan menyusul..BerdOalah semOga kita terhindar dari bala bencana ALLAH yang dahsyat. Jom muhasabah yOkk..!

03 November 2010

BURGER KING SPECIAL PUNYA

Sobahulkhair semua....(^_^)
Something tO share pagi nie..
Cuba perhatikan & teliti betOl2x gamba apa nie....
Sila fOkus..hehe
Resipi Burger yang lazat & pasti melOyakan tekak anda...


Tengok betul-betul gambar kat atas

***Pertama sekali, baca tengok jenama apa yang tertera kat pembungkus tu....


***Keduanya, fikir tengok jenama tu terkenal dalam pengeluaran bahan makanan apa.


***Ketiganya, tanya diri gambar binatang apa yang terbentang kat pembungkus tu.


***Dan keempatnya tanya selera, adakah anda masih berminat dengan makanan dari jenama ini lagi?


P/s : Masih tak percaya..?Anda bijak, anda boleh fikir kan..???


02 November 2010

KEMAHIRAN HIDUP

Assalamu'alaikum sahabat2...(^_^)
Camne pogram kOrang cuti sabtu ahad lepas..? Alhamdulillah..Liya dapat released tensiOn kat luar last weeked..
Best sangat. Pogram rehlah dengan akhawat-akhawat JIM (Jemaah Islam Malaysia) & adik2 Kolej Poli-Tech Mara (KPTM) Bangi. Actually, pOgram yang dirancang adalah aktiviti berkayak kat Taman Wetland, Putrajaya. Tup2 bila sampai je kat sana, ada walkathon plak...so, resque yang nk jaga kselamatan adik2 ni xde. So, terpaksalah fikir inisitif lain kan. Last2 kami ke Taman Botani...menikmati alam flora sambil berbasikal & berkenal-kenalan antara satu sama lain. (menjalin ukhuwwah sesama Islam) Terbaek lah..!
Liya nak kOngsikan sikit kat sini apa yang Liya dapat sepanjang hari tue bersama akahawat2. First thing, sebagai seOrang wanita @ perempuan, kita kena pandai memandu. Penting nihhh..Jangan ingat, kita as a girl tak boleh nak blaja drive. Sebab apa Liya cakap penting perkara nie..? Yelaa..sebabnya dengan kemahiran tu, kita bukan saja mempermudahkan diri kita nak bergerak dengan motosikal @ kereta, tapi jugak boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ye takkkk..? Tengok balik tujuan ALLAH bagi nikmat hidup kat kita sebagai hambaNya. Tugas kita sebagai Khalifah atas muka bumi ALLAH ni tanggungjawab kita utk makmurkan bumi. Kita hidup hanya untuk makan je ke.. Tak kaannnn..? Hidup dalam perjuangan. Perjuangan apa..? ISLAM ! Macam mana kita nak perjuangkan ISLAM. Takkan belaja agama, solat, baca Quran, puasa n yang basic2 je...Buat perkara fardhu semata-mata. Abis, sape nak kembangkan ilmu-ilmu agama kita kalo tak kita sendiri yang mainkan peranan. Okay, senang cite mungkin kita tak mampu nak menyumbang duit atau harta segala, tapi kalo kita mampu menyumbang tenaga & memberi manfaat untuk kemudahan orang lain...why not?..Jadi driver pun okay..(^_^) ada jugak sumbangan kita untuk aktiviti2 bermanfaat nie..Liya pun driver ape...best gak jawatan tu sebab dpat pengalaman drive macam2 kete...hehe
PROTON INSPIRA idaman haty...hehe

 Secondly, selain ada kemahiran tertentu...kita kena cuba untuk tahu & pandai dalam segala bidang. Macam drive la, kalo kita pandai bawak kete manual je...susah jugak. Tak nak memajukan diri sendiri. Kalo untuk perkara2 yang terdesak yang memaksa kita drive kete auto..haaa...macam mana tuu..? (nie pengalaman Liya sendiri ye..sebab dulu Liya memang tak reti drive kete auto..tiba2 keadaan mendesak & kena jadi driver prOgram, kete auto je ada. Adusss, try & error laa)..Emm.. Tu la keburukan tak mo naiktarafkan kemahiran sendiri. baru la terheges2 nak bawakkk. Tapi, alhamdulillah, dah pandai skarang J..chaiyOk2 sume kaum Hawa. Kita majukan diri kita untuk kemudahan agama..!!.

Tapi tu lah..kadang2 ada jugak pihak kaum Adam yang tak nak bagi sokongan untuk kita blaja. Kononnya, orang perempuan cuai kalo drive. 
Tunggu suami je yang drive la..macam2 hal..Kalo yang masih single mingle ni, kena tunggu kawin la jawabnya nak merengek lebih sikit soh hubby jadi driver program. (apa yang aku merepek nie..?) Wahai kaum Adam semua...anda harus bagi sOkongan moral kepada kami di pihak kaum Hawa..mungkin cuai tu kelemahan sebahagian kami, sebab diciptakan kaum Hawa lebih lemah dari kaun Adam..Emm..bukan bererti menyekat kebebasan, tapi anda kena ada kesedaran tentang nie. Tanggungjawab pada agama bukan di bahu kaum Adam je, tapi kami jugak dari kalangan kaum Hawa. Mungkin dengan sedikit sumbangan yang termampu, boleh melancarkan gerak kerja kalian dalam menyebarluaskan seruan ke jalan kebaikan nie..

So, especially sebagai seOrang wanita, kita tak boleh lari dari tanggungjawab untuk sebarkan dakwah. Orang selalu cakap, "orang perempuan buat apa blaja tinggi-tinggi. Nanti kena duduk ceruk dapur jugak". Adehh, tak faham la dengan orang yang buat statement nie. Jadi perempuan memang la takkan lari dari ceruk dapur tu, tapi bukan 24hours nak terperap kat situ memasak, mengemas & itu ini..Ilmu kena cari jgak..Kalo dah ada ilmu nak watpe..? Aplikasikan la apa yang ada tuuu..Kan ada pepatah berbunyi “Ilmu tanpa ‘amal ibarat pokok yang tak berbuah”. Istilah amal tu luas skopnya...bukan setakat amal untuk tujuan pengabdian diri kepada Yang Maha Esa je, tapi juga amalkan dalam usaha memperbaiki & mengubati penyakit sOsial dalam masyarakat kita. Menuntut ilmu agama tu fardhu 'Ain..Ilmu-ilmu sampingan lain tu fardhu Kifayah. Tuntutan agama kan. Kenapa pulak ada orang-orang yang nak halang kita menimba ilmu..?  Kesimpulannya..untuk buat satu2 keje, kita perlukan sumbangan dari saudara-saudara seperjuangan kita untuk bantu & mempermudahkan keje kita. So, kita kena ada sesuatu untuk kita bantu perjuangan ISLAM. Apa yang penting...?? K.E.R.J.A.S.A.M.A..!! Nak bantu keje2 dakwah nie xpayah pun...just sumbangkan apa yang kita mampu.. 
Macam bab drive td laa..even as a driver, kita b’usaha untuk membantu melengkapkan keperluan dalam gerak kerja ke arah kebaikan kan...?? Rasanya lelaki ada tanggungjawab yang lebih besar untuk ISLAM. So, kenapa mesti kita bebankan mereka2 dengan sekecil2 benda nie..jOm berdikari @ berdiri atas kaki sendiri yokk...!!

Barisan Finalis Gadis Melayu Musim ke-10 (^_^)
Sedikit pengisian rOhani.....
Jambatan Ukhuwwah Islamiyyah...

P/s: jOm berkelah sambil rehatkan minda weekend nie...hehe