15 April 2012

Long Time Not C

Bismillah.
14 April 2012, Desa Melawati.


Long time not see oh belogku!
Terasa nak mengungkapkan sesuatu kat belog yang tak up to date nie. Tak cukup masa nak bersihkan habuk kat sini. Alasan ! Tapi tu lah alasan paling tepat untuk aku agaknya =)


Sibuk dengan perkara-perkara penting kat pejabat.
Alhamdulillah. Program berlalu satu demi satu. Syukur sangat ! Sebab aku dapat kutip banyak pengalaman sepanjang keje. Rasa akulah insan paling bertuah kat dunia antara mereka lain yang bertuah.
Dulu kecoh pasal J-QAF antara coursemate JPDK (Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan) UKM, aku kecoh dengan benda laen. hehe. Ramai jugak yang tanya "Alya dapat skolah mana?". Errrkk. Tak mintak pon ngajar J-QAF. Tak dapat posting kat mana-mana la =)


Btw, tahniah aku ucapkan kat kengkawan yang lulus ujian J-QAF. Terbaek lah korang ! Ilmu seorang guru sangat berharga. So, korang ngajar budak-budak skolah ni keje MULIA OK. So, aku pasti korang mesti rasa sangat best dan gumbira. Dengar kata ramai yang dapat posting kat Sabah, Sarawak. Kalo aku dapat, best jugak kan? Dapat merasa stay kat negeri orang. Tu sume peluang yang Allah nak bagi. Gud luck kawan2 !


Cite aku pulak lain. Dah J-QAF tak mintak, so aku tumpu keje yang memeng kompem aku dapat :D
Aku sangat enjoy dengan life aku sekarang. Dulu buleh gagah jugak tensionnya. Tapi sekarang aku lebih COOL. Aku yakin, aku boleh buat. Apa yang aku rasa ta berapa bole nk buat, aku angkat tangan bagitaw aku tak mampu buat. Apa susah? Shout for help lah kawan2 ! Jangan kau tak mampu, kau kata kau mampu buat. Nanti diri sendiri yang sakit. Aku cakap based on apa yang aku penah rasa k. Orang longgok keje kat kau sorang, kau berlakon cool. Tapi kat belakang kau nangis sorang2 sebab da tak larat. Haha. Jangan ulang kesilapan sama OK sayang !


Eh, sebenarnya nak tulis apa tatau cik Liya nie?
Ce habaq mai sat. See. Nak tulis ape pun tatau.

Ok lah. nanti aku bukak topik baru kasi wangi sikit belog nie. Da busyuk masyam sebab takde orang bagi mandi weh.
Da tengah malam. Anak dara tak elok keluaq malam2 nie, BAHAYA !
Nanti ada orang kidnap. Huhu.


Nyte =) Sweet dream ya! Salamullah 'alaykum.

07 Mac 2012

OH Muslimah.

Assalamu'alaikum.

Petang2 gini, moh kita layan lagu nie jap.
Khas untuk semua yg bgelar MUSLIMAH =)



Lagu untuk MUSLIMIN ada tak? Jom try search tengok yep. Searching... 2 minutes !
Oh...takde la plak.
See...betapa istimewanya MUSLIMAH !

So, hargailah diri sebagai seorang Muslimah.
Jangan jadikan diri kita terlalu murah untuk dibeli. Terlalu mudah disentuh oleh lelaki2 yang TIDAK HALAL untuk kita. Siapa tahu, dalam kewaspadaan kita menjaga diri...Allah nak uji kita dengan cubaan2 yg mungkin tidak mudah utk kita tempuhi.

* Sentiasalah berdoa mohon perlindungan daripada Allah. Mohon kekuatan utk menepis segala cubaan2 yg datang menduga kekuatan & keimanan kita.


* Sentiasa pesan kepada diri, supaya menjaga batas2 sebagaimana yang digariskan syarat. Batas dalam segala aspek. Komunikasi /pergaulan dengan kaun Adam, hiburan, bergelak ketawa etc. 


* Sentiasa pesan kepada hati, supaya tidak lalai dengan alunan bisikan2 ke arah kemaksiatan. Yang sentiasa mencuba merosakkan nilai ibadah, yang akan mencacatkan 'amal kita. Na'uzubillah.

Oh MUSLIMAH...
Jom sama2 perbaiki diri ! =)

Tajdid niat lillahi ta'ala OK.
Wallahu a'lam.

02 Mac 2012

LAKSAM : My First Trial !

Assalamu'alaikum.
Salam Jumaat buat semuaaa =) Jum'ah Mubarak !


OK, hari nie Liya nk ajar buat Laksam. Makanan orang Kelate.
Kunun macam sifu la nk ajar orang kan. hihi. Padahal baru 1st time buat hari ni. 
Resipi asal Liya cilop from my ex-Naqibah at Darussakeenah. Tengs akak !




Tapi resipi laksam telah diedit kerana sebab-sebab teknikal yang tak dapat dielakkan. Kuah dah ready. Dh siap bancuh adunan utk buat laksam, tudung periuk xdok plak. huhuhu. Camne nk buat tuh? At last, amek inisiatif tukar laksam ---> spagetti. Kreatif x? Guna apa yang ada jelah. Lagi pun buat hari keje, mane sempat nk g cari tudung periuk pulak.
Hehe. xpelah bab renovate tu. Korang kalo buat, buat bagi puas hati OK. Sebab kita nk makan & nk bagi orang lain jugak makan. Haiii..xpuas hati Liya kalo masak xjd nk bg org makan.


Ok. Ni Liya bagi bahan2 utk 10-15 orang makan.


KUAH


- Ikan 1 Kg (Liya pakai ikan kembung + ikan sardin)
- Santan 2 biji
- Bawang besar  4,5 biji
- Bawang putih 3,4 ulas
- Halia (Amek la sebesar ibu jari kaki ke, suke hati)
- Lada hitam (25-30 biji, suke hati)


Caranya?
1) Rebus ikan tu dulu. Then, asingkan isi dengan tulang ikan. Blend dgn air rebusan tu. Tulang temulang tu blh jgak blend, then amek air tu.
2) Blend bawang besar + putih + halia
3) Dh siap bleh isi ikan & bebawang tadi, masukkan dalam periuk sekali dgn santan yang dh diperah td.
4) Masukkan garam + gula secukup rasa.
5) Blend lada hitam & masukkan dlm kuah. Tunggu sampai mendidih and siap :)


LAKSAM


- Tepung beras 3 cawan
- Tepung gandum 1/2 cawan
- Air


Caranya?
1) Adun semua bahan. Jangan pekat sangat. Pekat adunan tu agak2 mcam susu segar je. Tak cair sangat, tak pekat sangat.
2) Ready periuk kukus. Sapu tudung periuk dgn minyak sikit & letak kat atas periuk kukus tu. Then, tuang sikit adunan tadi sampai sekata 1 tudung periuk tu. 
3) Kukus lebih kurang 4,5 minit. Angkat.
4) Tuang lagi adunan utk buat yg lain pulak. Laksam yg dh masak td, gulung la :)
5) Gunting/ potong2 bila nk makan.





KERABU


- Kacang panjang
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Timun
- Taugeh kalo nak


* Sume sayuran tu potong je halus2. Sentuhan last utk hidangkan.


SAMBAL


- Tomato
- Cili padi/ cabai Melaka


* Blend & tambah garam secukup rasa.


Okeh, siap untuk dihidangkan ! \(^_^)/
Selamat mencuba.
Liya akan cuba untuk next trial....weeeeeeeee..

01 Mac 2012

Durian Berbuah di Tepi Dahan, Biaq Betik..?!

Assalamu'alaikum.
Durian Berbuah di Tepi Dahan, BIAQ BETIK..?! Yup, BETIKkkkkk....!!


Soalan : ada ke durian pangkal dahan..? Pelik.. A'ah..pelik kot..!
Jangan disoal semua itu kerana setiap kejadian yang berlaku adalah kuasa mutlak Allah SWT =)

Siapa kita nak mempersoalkannya..? Tak terbayang kekuasaan milikNya dengan kekerdilan diri kita yang dhaif lagi hina. Kita yang menumpang di bumi Allah, dengan segala pinjaman nikmat dariNya.

FIRMAN ALLAH SWT :

uqèd “Ï%©!$# šYn=y{ Nä3s9 $¨B ’Îû ÇÚö‘F{$# $YèŠÏJy_ §NèO #“uqtGó™$# ’n<Î) Ïä!$yJ¡¡9$# £`ßg1§q|¡sù yìö7y™ ;Nºuq»yJy™ 4 uqèdur Èe@ä3Î/ >äóÓx« ×LìÎ=tæ ÇËÒÈ   

Mafhumnya : "Dan dialah Allah yang telah menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah langit, lalu Dia jadikannya tujuh langit dengan sempurna. Dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
                                                                        | Al-Quran, Surah al-Baqarah 2 : 29 |












Subhanallah ! Teruja kan..? Waaa...seriuosly teruja dengan Kuasa Allah Ta'ala.
Maka, siapakah yang lebih berkuasa di antara kalian..? Kamu atau kamu..? Jom kita kembali kepada Allah. 

Subhanallah..walhamdulillah...wala ilaha illah...wallahuakbar Sila nasyid versi Native Deen OK~! :p

20 Februari 2012

Menjawab Soalan Cik Yana

Assalamu'alaikum.
Wah. Baru nampak muka. Cik Liya sangatlah sibuk lately.

Ok, nak menjawab soalan Angah a.k.a cik Yana di belog beliau http://yana-feehily.blogspot.com

1. Masakan paling terer masak?
Apa ek? Kuitiau sup kot. Sbb dlu kecik2 suka sgt makan kuitiau sup. So, otomatically pandai masak. Ceewaahh ! Kuah sup + sambal kicap kalo pandai masak, memang umpppphhh ! Tapi kalo sup xsedap, hmm...xbape selera lah nk makang. Btw, peluang jugak lah utk cik Liya belajaq masak bila mak buka restoran. Nak pulak masa tu Liya baru abis STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Pagi pegi ngajaq KAFA 8-11pg, tengahari balik masak. Angah, masak ni..Angah, masak tu. So, lama-lama reti la. Tengkiu mak sbb bagi ilmu memasak ! =)

2. Dilahirkan dimana?
Cik Liya dilahirkan oleh mak tersayang kat umah tok. Alamat : 819 Mk 19, Mengkuang Dem, 14000 Bukit Mertajam. Tapi umah tu dh xdak dh. Pindah suda. Orang dedulu bersalin kat umah ja pkai bidan. Takdak der nk pi hospital. Maybe sbb kos kot. Nanti Liya blik tnya mak sbb pa OK.

3. Hobi ?
Hobi banyak. Antaranya : Tengok cite korea & dengar IKIM.fm. Tapi mostly minat Liya ke arah seni/ Arts. I donow y. Sejak sekolah rendah, memang ada bakat seni. Tapi bukan seni suara ya. Harap maklum. Seni lukisan camtu la lebih kurang. Ingat lagi darjah 4, cikgu Yati sampai bawak buku Liya pi tunjuk kat kelas2 len. Waa...bangla la sat ! Astaghfirullah.. Sekolah menengah, dah start melukis potret. Nak kata bakat warisan taktau la pulak. Mungkin ikut tangan abah kot. Abah kreatif la jugak. Buat sangkar burung pkai buluh, racit la,  jala la..mcm2. Hanya tangan yg berseni je taw boleh buat benda2 rumit camtu. Memang salute lah kat abah. Sikit2 mungkin dari mak. Mak pandai menjahit. Mereka itu ini. Langsir, baju Melayu, baju raihan..pandai belaka. Cuma Liya ja xberguru lagi. Tak sempat ;) And satu lagi, PHOTOGRAPHY =) I love it ! Segalannya yang berkaitan SENI.

4. Suka baca novel tak? Kalau suka, bagi satu judul novel yang paling korang suka.
Nk kata suka tu ikut mood jgak. Kdg baca tu smpai xtdo. Tu la mslhnya. Antara yg BEST, Semusim Rindu.

5. Bilangan adik beradik korang?
7 Beradik sume. 2 girls 5 boys. Tapi kalo ikutkan ada 9. Lagi 2 orang Allah dah amek dulu :(
Sorang abang, sorang adik. Kalo Allah izinkan abang hidup, mesti Liya mempunyai seorang insan bernama ABANG sekarang. Mak & abah namakan dia Muhammad Siddiq. Dah cukup sifat kata mak. Lahir masa usia kandungan 8 bulan. Adik pulak tak sempat tengok dunia sebab mak tak perasan pun mak pregnant. Ingat lagi, masa tu Liya nak balik asrama. Mak mengadu sakit perut sejak pagi. Masa tengah siap-siap nk balik hostel tu, Liya nampak mak panggil abah dalam keadaan menangis..huhuuuu..Tapi mak tak bgtaw Liya pun :'( Sebab mak takut anak dia sedih kot. Lepas cuti sebulan lepas tu, baru mak cite Liya ade sorang lagi adik..Innalillahi waiina ilaihiraaji'un. Al-Fatihah.

6. Paling rapat dengan siapa?
Plg rapat dgn org ikut tempat. Kalo family members, Liya anak abah =) Tapi rapat jugak dengan along, selalu jugak gaduh dengan along. Gaduh2 kucing je.
Skolah rendah : Ina, Hajar, Ida
Skolah Menengah : Iffa, Taqiah, Aini
Universiti : Imah, K.Yuni, K.Fiqa, K.Wan, Shah
Ofis : Angah, Ummirose, Ibu Yus.

7. Makanan paling sedap yang penah korang makan/kat mana?
Hmm..katna ek? Tak ingat. Sbb byk sgt la tempatnya sampai satu pun xingat. hehe.

8. Tempat yang anda teringin nak pergi.
Stakat ni mmg teringin SANGAT nk p Mesir. Dpt jodoh student mesir pun ok gak..hihi. Pape pun caranya, semoga Allah mendengar permintaan Liya. Amin ya Rabb.

9. Kerja/belajar dalam bidang apa?
Dlu kat 'U' mmg amek dakwah, so now keje pun dlm bdg dakwah..Alhamdulillah. Bertuah sangat sebab jadi insan TERPILIH.

10. Dah habis ganti puasa?
Alhamdulillah. dah habis. How about U? :p

11. Nama penuh please..(bangga la dengan nama yang mak abah bagi)
Oh NO ! Tak berapa nak bangga dengan nama dalam I/C sbb bukan nama yg parents kasi. Nama dlm IC Norasma Azia Mohd Yusoff. tapi tak suka nama azia tu sbb typing error.
Al-kisahnya dedulu kala, buat birth cert. pkai tulis pkai tengan jek. Nk jadi cite, masa polis tu tulis  huruf 'l' dia macam ada ekoq sikit. Bajet tulisan bersambung lawa. Time nk buat I/C buleh pulak pegawai pendaftar tu kata " Norasma Alia" xde, "Norasma Azia" ade. Geno tuu..? At last, amek keputusan untuk kekalkan je nama tu dalam I/C. Sebab proses nk tukar tu agak rumit. Tambah pulak Cik Liya dok asrama. Nama dalam I/C je pon. Alia jd azia. Menciiiiii....! So, tukar trus jd Alya..Glamer gitu. Wahahaaa..Sebut betulbetul 'Alya! Maksud 'Alya = Ketinggian. Hari2 orang mendoakan agar cik Liya tinggi ! LIKE ! Tinggi akhlak & budi pekerti tu yang jadi keutamaan Okeh.

Ok cik Yana, dah menjawab =)