20 Februari 2012

Menjawab Soalan Cik Yana

Assalamu'alaikum.
Wah. Baru nampak muka. Cik Liya sangatlah sibuk lately.

Ok, nak menjawab soalan Angah a.k.a cik Yana di belog beliau http://yana-feehily.blogspot.com

1. Masakan paling terer masak?
Apa ek? Kuitiau sup kot. Sbb dlu kecik2 suka sgt makan kuitiau sup. So, otomatically pandai masak. Ceewaahh ! Kuah sup + sambal kicap kalo pandai masak, memang umpppphhh ! Tapi kalo sup xsedap, hmm...xbape selera lah nk makang. Btw, peluang jugak lah utk cik Liya belajaq masak bila mak buka restoran. Nak pulak masa tu Liya baru abis STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Pagi pegi ngajaq KAFA 8-11pg, tengahari balik masak. Angah, masak ni..Angah, masak tu. So, lama-lama reti la. Tengkiu mak sbb bagi ilmu memasak ! =)

2. Dilahirkan dimana?
Cik Liya dilahirkan oleh mak tersayang kat umah tok. Alamat : 819 Mk 19, Mengkuang Dem, 14000 Bukit Mertajam. Tapi umah tu dh xdak dh. Pindah suda. Orang dedulu bersalin kat umah ja pkai bidan. Takdak der nk pi hospital. Maybe sbb kos kot. Nanti Liya blik tnya mak sbb pa OK.

3. Hobi ?
Hobi banyak. Antaranya : Tengok cite korea & dengar IKIM.fm. Tapi mostly minat Liya ke arah seni/ Arts. I donow y. Sejak sekolah rendah, memang ada bakat seni. Tapi bukan seni suara ya. Harap maklum. Seni lukisan camtu la lebih kurang. Ingat lagi darjah 4, cikgu Yati sampai bawak buku Liya pi tunjuk kat kelas2 len. Waa...bangla la sat ! Astaghfirullah.. Sekolah menengah, dah start melukis potret. Nak kata bakat warisan taktau la pulak. Mungkin ikut tangan abah kot. Abah kreatif la jugak. Buat sangkar burung pkai buluh, racit la,  jala la..mcm2. Hanya tangan yg berseni je taw boleh buat benda2 rumit camtu. Memang salute lah kat abah. Sikit2 mungkin dari mak. Mak pandai menjahit. Mereka itu ini. Langsir, baju Melayu, baju raihan..pandai belaka. Cuma Liya ja xberguru lagi. Tak sempat ;) And satu lagi, PHOTOGRAPHY =) I love it ! Segalannya yang berkaitan SENI.

4. Suka baca novel tak? Kalau suka, bagi satu judul novel yang paling korang suka.
Nk kata suka tu ikut mood jgak. Kdg baca tu smpai xtdo. Tu la mslhnya. Antara yg BEST, Semusim Rindu.

5. Bilangan adik beradik korang?
7 Beradik sume. 2 girls 5 boys. Tapi kalo ikutkan ada 9. Lagi 2 orang Allah dah amek dulu :(
Sorang abang, sorang adik. Kalo Allah izinkan abang hidup, mesti Liya mempunyai seorang insan bernama ABANG sekarang. Mak & abah namakan dia Muhammad Siddiq. Dah cukup sifat kata mak. Lahir masa usia kandungan 8 bulan. Adik pulak tak sempat tengok dunia sebab mak tak perasan pun mak pregnant. Ingat lagi, masa tu Liya nak balik asrama. Mak mengadu sakit perut sejak pagi. Masa tengah siap-siap nk balik hostel tu, Liya nampak mak panggil abah dalam keadaan menangis..huhuuuu..Tapi mak tak bgtaw Liya pun :'( Sebab mak takut anak dia sedih kot. Lepas cuti sebulan lepas tu, baru mak cite Liya ade sorang lagi adik..Innalillahi waiina ilaihiraaji'un. Al-Fatihah.

6. Paling rapat dengan siapa?
Plg rapat dgn org ikut tempat. Kalo family members, Liya anak abah =) Tapi rapat jugak dengan along, selalu jugak gaduh dengan along. Gaduh2 kucing je.
Skolah rendah : Ina, Hajar, Ida
Skolah Menengah : Iffa, Taqiah, Aini
Universiti : Imah, K.Yuni, K.Fiqa, K.Wan, Shah
Ofis : Angah, Ummirose, Ibu Yus.

7. Makanan paling sedap yang penah korang makan/kat mana?
Hmm..katna ek? Tak ingat. Sbb byk sgt la tempatnya sampai satu pun xingat. hehe.

8. Tempat yang anda teringin nak pergi.
Stakat ni mmg teringin SANGAT nk p Mesir. Dpt jodoh student mesir pun ok gak..hihi. Pape pun caranya, semoga Allah mendengar permintaan Liya. Amin ya Rabb.

9. Kerja/belajar dalam bidang apa?
Dlu kat 'U' mmg amek dakwah, so now keje pun dlm bdg dakwah..Alhamdulillah. Bertuah sangat sebab jadi insan TERPILIH.

10. Dah habis ganti puasa?
Alhamdulillah. dah habis. How about U? :p

11. Nama penuh please..(bangga la dengan nama yang mak abah bagi)
Oh NO ! Tak berapa nak bangga dengan nama dalam I/C sbb bukan nama yg parents kasi. Nama dlm IC Norasma Azia Mohd Yusoff. tapi tak suka nama azia tu sbb typing error.
Al-kisahnya dedulu kala, buat birth cert. pkai tulis pkai tengan jek. Nk jadi cite, masa polis tu tulis  huruf 'l' dia macam ada ekoq sikit. Bajet tulisan bersambung lawa. Time nk buat I/C buleh pulak pegawai pendaftar tu kata " Norasma Alia" xde, "Norasma Azia" ade. Geno tuu..? At last, amek keputusan untuk kekalkan je nama tu dalam I/C. Sebab proses nk tukar tu agak rumit. Tambah pulak Cik Liya dok asrama. Nama dalam I/C je pon. Alia jd azia. Menciiiiii....! So, tukar trus jd Alya..Glamer gitu. Wahahaaa..Sebut betulbetul 'Alya! Maksud 'Alya = Ketinggian. Hari2 orang mendoakan agar cik Liya tinggi ! LIKE ! Tinggi akhlak & budi pekerti tu yang jadi keutamaan Okeh.

Ok cik Yana, dah menjawab =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)