Bismillah. Assalamu'alaikum =)
Dah setengah tahun tak conteng blog. Sunyi sepi!.
Dalam masa tu jugak lah, macam-macam dah cik Liya tempuhi. Opsss...dah tukar status lah. Kena tukar Puan Liya. Erkkk.... masih tak biasa. Lepas ni nak guna PL jelah. Puteri Liya a.k.a Puan Liya. Senang.
Actually, ada masa PL nak update nie sebab sangatlah bosan duduk kat umah goyang kaki. Tak boleh buat keje apa pun melainkan baring, duduk sopan, tengok tv, faceboook, membaca (baca updates kat FB pun aci la kan), call orang, sms, main games. Orang pun takde nak sembang.
Entry kali nie PL nak cite pengalaman miscarriage.
Miscarriage for da first time & harapnya takde lagi lepas ni bi idznillah...
PL anggap pengalaman berharga nie satu ujian utk diri sendiri, zauj & keluarga. Alhamdulillah..bersyukur sangat sbb kami sangat tenang terima ketentuan Allah nie. Bagi kebanyakan pasangan baru berkahwin, mengharapkan cepat dikurniakan zuriat. Tak terkecuali kami suami isteri :) Apa pun, perancangan Allah maha hebat. Yakin dan pasti, ada hikmah yang tersembunyi. Cool lah! =)
Bila PL post di FB berita nie, raaaamai sangat insan yang ucap takziah & mendoakan kesihatan PL. Ramai jugak yang mendoakan Allah gantikan anak yang hilang kali nie dengan yang lebih baik. Tak kurang yang berikan kata-kata semangat & berkongsi pengalaman yang sama. Feeling loved! Terima kasih semua...!
Ada yang tanya
'awak makan apa, buat apa sampai boleh miscarriage nie?'. Hmm...ntah. Takde plak makan nenas ke, minum air gas ke, air tebu ke... Alhamdulillah, PL memang jenis orang yang cerewat n 'menjaga' sikit bab makan minum nie. Tak pregnant pun, memang menjaga jugek.
Lasak? Hmmmm...ntah. Sopan je.. Cik abang pun tak izinkan pakai kasut high heel. Tinggi siiiikit pun tak bole. hehe. Jalan zauj control takleh lajulaju. Zauj sanggup angkut semua barang dapur yang kami shopping sorang-sorang sebab takmo PL bawak barang berat.
Nak kata stress tu, memang la. PL kena berulang alik keje Cheras-Melawati-Cheras setiap hari. MRR2 jam plak tu. Kekadang terpaksa lalui kesesakan sampai sejam lebih. Letih badan. Letih emosi. Tambah pulak PL memang tak bole jam teruk sangat. Stress sebab kaki lenguh tekan brek, tekan minyak. Al maklumlah kaki tak berapa nak sampai :p
PL ingat nak share pengalaman miscarriage nie dengan harapan dapat bagi info untuk bakal-bakal ibu yang first time pregnant. Biasalah. Kali pertama, takde pengalaman lagi. Kalo ada pun, mungkin utk orang yang rajin menggoogle cari info itu ini untuk rujukan =)
Masa mula-mula PL start bleeding tu, sikit je. Spotting. Dalam 2,3 titik. Zauj n mother in law terus bawak pegi Brittania Women & Children Specialist Clinic. First time buat scan walaupun dah 4minggu buat UPT (Urine pregnancy test). Result scan agak pelik sebab doc cakap usia fetus baru 5minggu 4hari. No fetal heart. Tanda soal. Wrong date ke? Seingat PL, memang betul lah missed period since 17 July. Sepatutnya fetus dah 9minggu time tu. Doc bagi MC 2hari soh bed rest. Zauj keluarkan arahan beliau
"Abang taknak sayang buat keje apa pun. Pinggan baju sume biar abang yang basuh. Sayang rehat. Kalau bosan, baca quran ke...baca buku ke...main games ke..Nanti abang balik hantar makanan". Macam permaisuri la pulek...Bleeding dalam first trimester sebenarnya normal. Mungkin aktif sangat or ade buat keje berat. Tapiii...boleh jadi tanda awal keguguran. So, berjaga-jaga k. Kuatkan pergantungan dengan Allah.
Hari pertama rehat, cool je. Main games sampai pening. Darah pun dah takde. Tetiba petang tu start bleeding balik. Ade blood clot sikit.
|
Blood clot (Sekadar gambar hiasan) |
Zauj terus call Dr. Suraya, specialist O&G. Doc mintak bawak pegi HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Doc buat procedur yang sama je macam di Brittania. Check pangkal rahim. Result pun sama je. Baby 5week +. Takde heart beat. Hmmm...Ok, balik.
Malamnyaaa....Rasa sakit perut. Start 12.30 malam sampai 5 pagi tak bleh tidoq. Contraction 5minit skali. Sakit, tapi still boleh tahan. Baru nak terlelap mata, sakit datang. Seriously, rasa nak nangis. Kul4 pagi kejut zauj sbb tak tahan sangat. Zauj bagi minum air zamzam. Rasa sakit makin hilang sampailah terlelap tido. Dalam kul11.30 pagi sakit datang balik. Contraction makin kerap tapi masih cool main game..hehe. Bile main game, tak fokus sangat sakit tu. Tapi sekejap jelah. Sepanjang hari sakit. Kejap2 datang balik. Dalam hati, PL redha kalau belum ada rezeki anak kali ni. Taknak pegi hospital sebab rasanya doc akan bagitaw benda yang sama. Tunggu follow up lagi 2 minggu untuk tengok perkembangan fetus. OK. Esoknya, zauj ajak jugak pegi HUKM sebab tak tahan tengok zaujah dia mengerang tahan sakit. PL nangis, dia pun nangis. Sampai terkeluar dari mulut zauj
"Kalau dia nak keluar, biar dia keluar. Abang tak sanggup tengok isteri abang sakit camni". Refer HUKM buat kali ke-2. Kali nie pegi dengan niat nak buat
D&C (Dilation & Curetage). Senang cite, nak pegi cuci. Pertama kali PL dengar procedur ni. Secara ringkas zauj cite untuk dapat gambaran. Bila zauj sebut je, "nanti doc akan korek-korek untuk keluarkan janin"..Erkkk..seqeyau ceq! Tapi jangan panik dlu, sebab time doc buat D&C ni, kite takkan sedar. Lega sikit. Sampai PAC O&G, Dr. Zila buat ultrasound. Doc cakap kantung baby cantik lagi. Kalau miscarriage, kantung akan nampak kelepek-kepelek. Doc taknak terus buat D&C, risau kalau-kalau baby ada harapan untuk hidup. Time nie, ikhwah akhawat PPUKM yang kenal kami dah 5,6 orang datang menunggu. Seriously, terharu sangat. Dalam hati terdetik 'amek berat betul dyorang..'. Lastly, doc soh balik dengan bekalan Paracetamol untuk tahan sakit. Petang zauj ajak relax-relax dengan harapan dapat hilangkan sakit. Pusing2 area Permaisuri cari tempat makan best. Lepas solat Maghrib, time tengah pusing2 tu, tetiba rasa contraction yang kuat sangat. Serious ssangat sakit sampai menangis tak tahan. Telan panadol 2biji, lagi skali contraction kuat gile. Time nie, PL da ingat mati. Takut sume ada. PL mintak zauj doakan Allah panjangkan umur sbb PL nak hidup lama lagi dengan dia. huhu. Lepas 8,9 minit pastu, alhamdulillah...sakit hilang! Yeayy...Bersyukur sangat sebab bole makan burger bako Abang Burn dengan gumbira. Time nie zauj dah siap-siap bagitaw mama (mak mentua PL) pasal contraction kuat tadi. Hmmmm....nenek dah bising suruh cepat-cepat bawak pegi hospital. Tapi PL dh happy malam tu sebab sakit dah gone =) Siap suruh zauj cover bed untuk grand ward round esok pagi kat HUKM. Malam nie, kejapkejap mama tanya sakit ke tak. Risau seorang ibu kan :) Malam tu dapat tidoq dengan aman sampailah kul5 pagi camtu rasa sakit sikit. Sikitsikit lama-lama jadi sakit yang terlampau sakit :( Tapi PL try control sendiri dengan harapan akan ok lepas tu. Telan panadol 2 biji lagi. Tak tahan sangat. Pusing 360 darjah atas katil. Sume tak kena. Zauj tak sampai hati nak tinggal & nasib baiklah dia adaaaa... melalui sakit contraction yang lebih teruk dari malam sebelumnya tanpa suami disisi..? Tak boleh nak bayangkan camne. Alhamdulillah, zauj sentiasa ada control keadaan. Time nie zauj mintak try push, darah dah keluar banyak. Memang betul nak gugur nie katanya. Contraction kuat sangat. Tak tau lah kalau PL sendiri time ni. Tak boleh control keadaan sebab saaaakit sangat. Setiap kali contaction, PL hanya boleh cakap
"Abang....sayang sakiittt...tolong sayang..". Saat nie lah sebenarnya peranan zauj sangat besar untuk tenangkan. Sambil peluk PL zauj cakap
"Ok, abang nak sayang dengar cakap abang. Tarik nafas panjang-panjang, lepas ikut mulut. Sayang abang pandai...". Praktikal. Betul! Sakit memang slow-slow hilang. Mula-mula tu memang susah sikitlah sebab diri nak melawan rasa sakit & dalam masa yang sama nak tarik nafas dalamdalam. Tapi lamalama PL dah pandai ikut apa yang zauj cakap. Bila sakit dah reda, cepatcepat PL siap. Rasa nak cepatcepat sampai hospital sebab zauj cakap sampai sana nanti doc akan inject ubat tahan sakit. Tak tahan rasanya nak tanggung lagi.
Time dekat pintu pagar luar, tiba2 sakit balik. Zauj cepatcepat angkat masuk kete. PL buat apa yang zauj ajar. Tarik nafas, lepas. Ok, lega. Ayah (father in law) pecut laju giler. Antara nak ke HUKM atau KPJ Kajang. Kalau ikutkan HUKM lagi dekat, tapi masalah dekat Cheras nie adalah jam teruk pagi2. So, mama decide pegi KPJ Kajang. Huuuuu....tetiba contraction lagi. Kuat giler sampai termeraung sekuat hati. Sume dah gelabah time nie.. Kaki menggeletar. Tak lama lepas tu rasa macam ada air keluar. Banyak. Kejap-kejap rasa keluar lagii. Lepas tu, PL perasan sakit dah takde langsung. Sampailah masuk ke emegency KPJ Kajang. Dah takde rasa pape, alhamdulillah! Request specialist pompuan takde, at last MO je yang buat keje keluarkan janin yang masih tertinggal kat dalam rahim. Tak sakit pun.
|
Lebih kurang saiznya. Usia 5-6 weeks |
Doc tarik 2 benda. 1 plasenta, 1ketulan janin yang masih kecik. Lega. Lega sangat! Lepas tu specialist buat ultrasound untuk pastikan takde benda tertinggal dalam rahim. Buat payment, dapat antibiotik then balik umah.
Alhamdulillah. Semoga sakit yang ditanggung kaffarah dosa-dosa lalu.
Dalam hati, PL redha dengan taqdir miscarriage nie. Since pertama kali buat ultrasound lagi dah terdetik dalam hati kalo belum rezeki untuk ada anak, redha je. Allah knows best! Cuma, mama nampak sedih sebab sangat menanti kehadiran cucu pertama. Nenek pun sama, zuriat ini cicit pertama yang sangat dinanti. Takpe, pasti ada hikmah yang menanti =)
"Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
Peace yo!
Nanti kalo ada masa nak cite sikit pasal servis di KPJ Kajang yang ohsem! (bluuweekkkkkk)