11 Februari 2011

KEBERSIHAN : Perkara Kecil yang Selalu di Abaikan

الحمد لله رب العلمين والصّلوات والسّلام على أشرف المرسلين سيدنا محمّد 
وعلى آله وصحبه ومن تبعهم باحسان الى يوم الدّين......
Bismillah pembuka bicara...
SemOga amalan kita sehari2 sentiasa bertambah..malam yang tenang nie memberi ruang untuk Liya menulis sesuatu. Walaupun kepala dah berat, tekak dh sakit...Mungkin ALLAH nak hapuskan dOsa melalui sakit yang d'timpakan..(^_^)
TOpik kita hari nie berkaitan dengan 'KEBERSIHAN'. Faham apa maksud bersih? Bersih tu sama la maksudnya dengan suci. Agak2 kOrang la kan, penting tak menjaga kebersihan nie..? 
Jawapan pilihan :
1) Langsung tak penting
2) Biasa je..nak kata penting tu..takla sangat sebab ada byk lagi perkara penting yang kita kena bagi perhatian.
3) Sangat penting sebab kebersihan mencerminkan Iman kita.
Haaa...which one jawapan kOrang? Yeke langsung tak penting? Abis tuu..biar jela takpayah mandi seminggu sekali pun. Badan aku yang bau busuk..ape aku kesah..Hohooo..malangnya sape yang bersuami/beristerikan orang yang sokOng jawapan nie..(jangan maraaaaa). Nie mungkin reasOn untuk yang jawab kebersihan tak penting lansung untuk diberi perhatian..huhu~
Nie pulak maybe sedikit jawapan yang Liya agak2 je untuk yang jawab jawapan 2..Mungkin::::: Nak kata penting sangat tu takla sangat kOt. Keje aku sebagai student merangkap da'ie dll jauh lebih penting untuk diberi perhatian. Kire sedang2 aje laa.. Confident nampak...Maybe orang yang gila kentang menyokOng jawapan kedua punya alasan tersendiri. Duduk rumah sOrang2 je..takde sape nampak rumah aku bersepah ke..baju aku takbasuh 4 bulan ke...mangkuk tOilet aku berkarat ke..pinggan mangkuk aku lemas sesak dalam sinki ke..haha..macam2 laa..janji muka aku cantekkk..baju aku lendik punya irOn..handbeg aku nampak bergaya. Kalo orang dah tengOk cantek..dah tak kesah dah hal lain nie..letak sebelah buat pekasam je. Tula agaknya senariO yang berlaku disebalik kecantikan / kehandsome-an seseOrang yang pilih jawapan dua. Kecelaruan identiti kot..kikiki~
Yang pilih jawapan 3 pulak camne? KEBERSIHAN MELAMBANGKAN IMAN..?? Yup..Mungkinkah ini jawapan yang paling tepat...?! Jom faham sama-sama yOkk...! Actually, kebersihan atau bab bersuci ni sangat2 ditekankan dalam agama kita ISLAM. Buktinya sangatlah banyak kalo Liya nak nyatakan kat sini. Dalam al-Quran sendiri ada firman ALLAH yang menjadi dalil betapa ALLAH amat menitikberatkan sOal kebersihan kepada umat manusia. Antaranya sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Mudatsir ayat 4 yang bermaksud :
"dan pakaianmu maka bersihkanlah"
Tak cukup dengan itu, dalam riwayat al-Bukhari (847) dan Muslim (252) : Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sekiranya tidak membebankan ke atas umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersugi setiap kali sembahyang"
Jelas bukan? Islam amat menitikberatkan soal kebersihan. Kalo nak cite satu persatu, memang luas skop yang membincangkan tentang kebersihan. Tapi Liya nak sentuh beberapa perkara je dalam bab nie. Persolannya : Apa kaitan kebersihan dengan Iman?
Alahaii...jawapan kacang je..Tak kesah la kacang gOreng ke, kacang pedas ke, kacang rebus ke..kacang kuda pOn takpe ^_^
hadith Rasulullah s.a.w dah jelas pengertiannya kan :


"Kebersihan itu sebahagian daripada Iman" 

Means menjaga kebersihan tu satu kewajipan dalam ISLAM. Sebab suci tu a part Of Iman kita. Jangan jaga tarbiyah je tapi tak pandai jaga kebersihan. Bukan setakat kebersihan diri, bahkan lebih dari tuu..Antaranya..? Kebersihan tempat tidO. Orang kata, kalo nak tengOk seseorang tu jenis bersih ke tak, tengOk tempat tidO dia..Kalo dah macam sarang tikus [Liya pon tak penah tengOk rupe sarang tikus..tp ni berdasarkan ayat mak2 dulu]...maksudnya? Macam mana dia bangun tido, macam tu jugak lah keadaan katil + selimut + bantal waktu dia nak tido malamnya. Adoyaiii...susah sangat ke nak lipat selimut, susun batal busuk & tarik cadar tu bagi elok..Ish3x..kesian sungguh kan. Tak sempat2. Mungkin alasannya, nak kemas sume tu take time, mane sempat nak pikir pasal dakwah & tarbiyah n macam2 lagi.. ISLAM ajar kita untuk jaga sume benda. Termasuk juga bab kebersihan fizikal selain kebersihan rohani. Certain orang yang Liya tengOk, bab tarbiyah sangat2 OK dah. CEMERLANG ! Tapi bila tengOk bab kebersihan...FAILED..!!
kurang duit hantaran..hehe. Kebersihan pOn tarbiyah cek oiiiiii...

Lagi pasal apa? Toilet? Emmm..jangan cite laa. Pakaian molek sangat dh, tengOk2 toilet..berkarat. haishhhh..Lagi? baju perfect, bersih & cantekk..bukak kasut tengOk stokin 2minggu takbasuh. Aaaaaa...tidak3x. Jangan macam tu sayang2 sume. Jangan malukan diri anda sendiri. Lagi? macam2 lagi lah. Ada jugak yang jenis tak rasa bersalah dengan sewenang2nya buang sampah sesuka hati. Ingat bumi ALLAH ni makbapak dia punya kot. Ada orang gaji tolong kutip. Apa punya tabiat buruk la tuu. Bersalah la sikit kat alam. ZALIM namanya tuu..[meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya]. Contoh yang paling jelas, sampah tu tempatnya dalam tong sampah kan? Nie kat mana makan gula2, kat situ la tempat buang plastiknya. Satu kes Liya tengah drive kat highway, ada seekor seorang manusia nie dengan tak rasa berdosanya buang kulit rambutan [moktan kalo orang utara sebut] keluar dari tingkap keretanya. Astaghfirullah..bertaubatlah sebelum terlambat. Jom balik bedah bab kebersihan diri sendiri. tengOk apa yang kurang yee..

Liya sentuh bab ni sebab Liya ada dengar kata-kata yang kurang sedap daripada orang2 awam. Apa dyOrang kata? PENDAKWAH PENGOTOR..! Ohh..sakit telinga cek dengaq. Mana boleh camtu. Siap highlightkan nama pendakwah pulak tu..sedangkan pendakwah punya pengaruh & peranan yang besar untuk AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR dalam masyarakat. Liya turut terasa tamparannya. Sebab tu bidang Liya.
Sape punya keje tak jaga kebersihan nie..? Sekali Liya kena. Tak boleh jadik nii. Kena bersihkan balik nama golongan penyeru kepada perkara kebaikan. Jangan pulak, kerana nila setitik rOsak susu sebelanga. maybe certain orang je camtu, tapi bila dikaitkan dengan gelaran tertentu kira termasuk list la kan. 

Para pendidik, pendakwah & 'alim 'ulama' yang dikasihi kerana ALLAH sekalian..
Tengok balik apa peranan kita. Apa setiap kata2 yang mengandungi hikmah yang kita laung2kan tu kita laksanakan sebaiknya? Memang kita bukan maksum [terlepas dari segala dosa-hanya milik para Nabi]. Kita juga insan. Insan yang punya kekurangan & kelebihan tersendiri. Tapi kenapa kita tak berusaha hindarkan diri kita dari perkara2 yang kita sendiri selalu berpesan kepada orang lain? Mungkin disengaja @ tak disengajakan. Yang sengaja tu elok la di buang tabiat kurang prihantin tentang KEBERSIHAN nie. Yang tak sengaja pulak, sama2 muhasabah & perbaiki kelemahan diri. ALLAH tetap membuka peluang untuk kita berubah & perbaiki diri selagi belum ditiupkan sangkakala menandakan pintu taubat sudah tertutup untuk kita. Wallahu a'lam..

p/s : Bersama menuju perubahan ke arah cara hidup yang sihat & harmOni :) Ikhlas dalam setiap 'amal..InsyaALLAH ada ganjarannya..         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)