Apa khabar iman kita hari nie..? SemOga terus tsabat atas jalan ISLAM, InsyaALLAH ^_^
Alhamdulillah....banyak aktiviti bermanfaat dilalui sepanjang minggu nie. Korang macam mna? Ada sape2 nk jOin Liya? Kalo berminat, jom3x..!! Sangat2 dialu-alukan..
Liya rasa bahagia sangat2 dengan jalan & cara hidup yang Liya pilih. Serious! Sangat best. Apa yang best? Whoaaaaaaaa...takleh nak gambarkan dengan kata-kata. Kena rasa sendiri baru ORI..hehe :D
Start Khamis, IFTAR JAMAEI @Darussakeenah. Alhamdulillah..apa yang dirancang diizinkan oleh ALLAH untuk berjalan lancar. First time Liya masak asam pedas Johor......huuuuuuuuuu...Ada jugak kata Liya masak tu asam pedas Melaka...hihi..Yang pasti, Liya taktahu apa nama negerinya,.Janji asam pedas..Yes..Berjaya..!! Pasni kalo future husband nak makan asam pedas Johor, takpayah susah-susah nak g makan kat kedai ye..hehe. Your wife boleh masakkan laaa.. (^_^) [cik Liya berangan nak kawen sudaaa...hihihi] Alaaa...fitrah la tu nak hidup berpasangan, asalkan dengan cara & jalan yang halal and mengikut telunjuk syariat. Haaa..bercakap bab masak memasak ni kan, Liya nak tujukan la untuk kaum adam yang bakal manggalas tanggungjawab & tittle sebagai SUAMI. Tahu tak...kami ni dipihak kaum Hawa sebelum kawen lagi dah cuba lengkapkan diri dengan macam-macam skill. Contohnya skill memasak. Bukan nak makan sedap-sedap untuk diri sendiri sangat pon, tapi fikir untuk suami nanti. Suami teringin nak makan itu ini...waaa..kita yang akan sediakan. Penuhi hajat suami semampunya. Dahsyat kan. Belum kawen lagi dah fikir masa depan..Tapi kaum Adam kena la bersyukur, bukan nak kondem ke ape..Kesian kami yang tengah blaja niee..Punya la sungguh-sungguh usaha untuk jadi yang terbaekkk..tapi kaum Adam just stone je..Takde pun nak usaha sama-sama untuk jadi suami terbaekk untuk kami kaum Hawa. Bila kawen, ada jugak la yang terlebih pandai
Isteri pandai masak untuk suami, suami pandai jaga isteri. Baru saling melengkapi. Rumahtangga pun bahagia..Antara perkara lain yang kaum Adam kena tahu, kami nie kaum Hawa kalo boleh nak fikir untuk bagi kesenangan & mempermudahkan keje suami je. Taknak bebankan suami. Masa muda remaja ni sume nak belaja demi rumahtangga yang bakal dibina. Takreti buat kek macam Liya, nak jadi wanita yang reti buat sume tuu...kesian suami nanti. Nak makan kek, kena beli kat kedai yang ntah halal ke tidak statusnya.. taknaklah macam tuu..Rasa bertanggungjawab nak jaga kebajikan suami..kan3x? Untung jugak suami yang dapat isteri yang pandai jahit baju. Nanti dah ada anak 2-3 orang takpayah susah-susah nak kuar duit bayar upah orang jahit baju. Save bajet suami ^_^
Duit tu boleh pakai untuk keperluan lain. Waaaa...besarnya pengorbanan isteri untuk suami..Eh, tapi lagi besar pengorbanan suami untuk isteri kan. Bersyukur & terimalah seadanya. Tapi betol laa..memang ada keinginan dan usaha untuk belaja sume benda before kahwin. Cita-cita tinggi melangit nak jadi wanita serba boleh. Bagi Liya, mak la sumber inspirasi. Memang Liya kagum dengan mak. Everything mak tahu buat. Dari menjahit, memasak sampai lah sekecil-kecil benda. Masak bukan macam Liya nie, pandai masak lauk & seangkatan dengannya je. Kalo suruh buat kueh @ kek, confirm failed. [Tapi tu dulu...sebab Liya dah belaja & expert buat kek dah sekarang..hehe]. Baju Liya adik beradik pon takpayah umah orang. Mak boleh buatkan & jahitan mak la yang terbaek setakat nie sekali pun Liya suka complaint dulu2. Takbaik kan Liya nie...macam tak berterima kasih pulak..!! Mak dah buat tak mintak upah pn kira baik sangat2 dah tuuu..[DEDIKASI BUAT MAK : TQVM MAK ATAS SEGALA PENGORBANAN YANG MAK DAH BUAT UNTUK K.NGAH ADIK BERADIK] Hanya ALLAH yang mampu membalas segalanya. Abah pon sama. Penat cari duit untuk makan pakai Liya sekeluarga. Kalo takde abah, apa la nasib kami kan. Maybe Liya dah takmasuk 'U' sebab terpaksa survive cari duit sendiri untuk hidup. Tapi takkk.. Liya sedang cuba menghabiskan degree sekarang nie. Liya dah masuk 'U'. Hasil usaha abah la yang berpanas cari duit demi untuk sekolahkan Liya adik beradik. [DEDIKASI BUAT ABAH : JAZAKALLAHULKHAYR ABAH ATAS SEGALA USAHA SAMPAI ADIK BERJAYA KE MENARA GADING HARI NIE]....Sungguh besar jasa & pengorbanan kedua orang tua kita. Tanpa doa restu mereka, mungkin kita akan terkapai-kapai dipukul badai. kan? Bila ingat pengorbanan mak & abah Liya, baru Liya nampak kebersamaan antara suami & isteri dalam melayari kehidupan berumahtangga. Means, saling melengkapi. Mak dengan peranannya sendiri. Sama jugak dengan abah, ada peranan yang dimainkan sendiri. That's why Liya cakap penting untuk sama-sama antara husband and wife berusaha jadi yang terbaek antara satu sama lain. [Motivasi nieh...]
P/s : Skarang tengah blaja masak Western Food plak...hehe.
Nak jadi yang terbaek bukan senang taw...zahir batin kena bersedia..
SemOga kita sma2 jadi yang terbaek & dipertemukan juga dengan yang terbaek d'kalangan terbaek..InsyaALLAH. Sama2 berusaha yOkk....!!