Bismillah.
Rasa agak lama tak update kat belog nie. Sepi !Last saturday, jadi fasi utk Mukhayyam Intensif Siswa Siswi IKRAM (MISI '12). Asal plannya nak balik Penang. Tapi sebab Jumaat ada interview, tak jadilah nak amek cuti that day. Maaf mak abah ! K.Ngah balik minggu nie insyaAllah. Rindu sangat sebenarnya !
Sape tak rindu family kalau peluk cium 2,3 bulan sekali je =(
Untungla sape duduk dekat dengan family kan. Dapat kasih sayang harihari. Jeles !
Tapi ada hikmah besar disebalik tak diizinkan oleh Allah untuk balik kampung.
Lepas sehari berprogram dengan adik2 di Kem Rimba Tamu, Batang Kali. Pagi Ahad (3 Jun 2012) dapat sms "Atuk telah kembali ke rahmatullah sejam tadi". Allah. Tangan yang baru nak suap nasi lemak ke mulut terus jatuh. Hilang selera serta merta. Allah... Terkilan ! Hajat atuk nak dengar aku baca al-Quran tepi dia tak tertunai. Terus sebakk. Maafkan alya tuk..
Kenangan bawak atuk bagi makan ikan kat taman, PPUM. |
Nenek, atuk & Dr. Hanafi |
Dari Batang Kali terus ke KL Sentral. Adik amek & bawak ke PPUM. Then gerak ke Kerinchi (umah lama atuk). Sampai lebih kurang kul11. Masuk je dlm surau, mama cakap "Liya..atuk da takde". Ape lagi aku. Adeh. Terkilan sangat. Pegi cari nenek kat luar. Jumpe je makteh, makteh terus peluk aku & cakap "Atuk nak sangat jumpe kamu". Allah. Sebak gile. Aku rasa bersalah sangatsangat !
Masa tu jenazah atuk dah siap mandi, kafan & solat di PPUM. Solat kedua kat Kerinchi. Lepas solat, terus je dapat tengok muka atuk. Bersih. Dalam hati aku berbisik 'Alya ngaji kat atuk ye'. Ah...air mata aku laju je. Yooi pulak datang kat aku cakap "Kak, atuk nak dengar akak ngaji". Ya Allah. Kenapa la takde sape bagitaw akak Yooi... yang atuk masuk wad balik Sabtu tu. :( Sedih lagi !
Kesian tengok anak2 atuk sume. Makteh la paling kesian. Sepanjang atuk sakit, dia la yang jaga makan minum kencing berak atuk. Besar pengorbanan makteh. Daripada keje, sampailah berhenti sebab nk jaga atuk. Buat aku termotivasi untuk berkorban demi mak abah yang kian menjangkau usia awal 50-an nun jauh di utara sana.
Jenazah atuk selamat dikebumikan usai solat jenazah kali ke-3 lepas Zohor di Tanah Perkuburan Bukit Kiara (kalo tak salah).
Aku abadikan kenangan bersama atuk dalam belog kesayangan aku nie. Kenangan sangat penting OK. Nanti da kawen..aku nak cite kat anak-anak, 'Ummi penah ada atuk angkat yang sangat baik layan ummi even ummi bukan ada hubungan darah' =) Jazakallah atuk. Semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang soleh & beriman. Aminnn.
# Semoga nenek, mama, cik Miza, Alang, Angah, Pak Ucu semua anak menentu cucu cicit atuk diberikan kesabaran & ketabahan atas kehilangan orang tersayang.
"Dialah yang
telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan
keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"
(Surah Al-Mulk, 67: 2)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)