15 Disember 2010

Ujian Adalah Tarbiyyah Dari ALLAH

Salamullah 'Alaikum sume...(^_^)
Sila senyum dulu before baca..hihi..Bukan apa, senyum kan sedekah paling mudah yang kita boleh amalkan..Petua awet muda lagi tuuu..Cepat2 sape nak kekal muda jelita, mulakan hari2 anda dengan senyuman paling ikhlas macam 2ekOr adik mOnyet kat sebelah nie..hehe.


Waaa....rasa macam bad day je hari nie..apa yang Liya buat serba tak kena..AdOyaii...mengeluh pulak cik Liya nie! Perjalanan hidup sejak mula bangun subuh tadi dah ok..memang ikut flow yang sangat baik..dari subuh berjamaah, baca mathurat sampailah sediakan breakfast. Tapi perjalanan menjadi kurang lancar & berterabur lepas tu..Dah la janji dengan sis Hajar nak hantar beliau g keje sebab ingat nak lepak dengan buku kat Maktabah FPI (Fakulti Pengajian Islam), tetiba je masa terpaksa diambil terlalu lama untuk start legenda PHS 5584 tuu...huaaa..15minit lebih kOt..Almaklumlah...seminggu lebih tak manjakan dia..Biar je dia berkawan dengan moto kak Ekin kat garaj bawah..Merajuk la kot gamaknya sampai tak nak hidupkan diri..he. Dah la tuan dia pun kuat merajuk..kikiki..[AMARAN: jangan ikut perangai kurang elok moto Liya, sila jadi lebih matang. SEKIAN :]
PHS 5584 TERBAEK DARI LADANG
Pecah peluh jugak la nak pujuk Lagenda hitam Oren tuu..akhirnya, dia bersedia berkhidmat balik dengan Liya. TQ sayang!
Emmm...Sory sangat sis..tak sengaja. Memang tak jangka langsung moto tu nak majuk lama sangat, sampai akak terpaksa g keje lambat. Rasa bersalah yang amat amat amat nieh..huhu. Kebetulan ex-Naqibah Liya tu nak wat medical check up kat PK (Pusat Kesihatan UKM), so Liya nak mintak maaf dengan cara tolong bawak beliau ke sana. Pandai tak Liya pujukkk...hehe (^_^)
Waaaa..lama gak kat PK tue..tapi nasib baik la ade cite kartun TV3. Layan aje. Tapi sangat terkilan sebenarnya dengan mereka2 yang berada dalam sistem penyiaran tv nie. Taw kenapa? Cite tue tentang Kristian kot..Budak2 yang tengOk tanpa bimbingan mak ayah takutnya keliru @ terpengaruh dengan watak2 yang berunsurkan ketuhanan Kristian tue. Lambang salib sentiasa ada. Ada disebutkan juga 'masuklah ke dalam bahtera Noah, kamu semua akan selamat'. Ahh..keliru. Macam mana la kerajaan boleh luluskan cite macam tu ditayangkan untuk tontonan umum..Sepatutnya, kena sensitif sikit sebab negara kita berukunkan ISLAM sebagai agama rasmi. [setakat tue je nak cite kekecewaan Liya]
Ujian apa lagi menimpa? huhu..bila Liya cari2 handphone pinjam dalam beg laptop, tak de! Huaaa...tertinggal kat umah. Adush..camne nak call Prof nie..? After hantar sis Hajar kat FKAB (Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina), Liya pun memecut laju PHS 5584 sebab nak cepat sampai umah, nak amek handphone. Traffic Light merah. Berenti kejap. OK. Green Light..Ekkk..! Kasut sebelah kanan tertanggal & tertinggal kat tepi jalan. Makkkkkkkkkkkkkkk......ujian apakah ini? camne nak berenti tengah2 simpang 4 depan pintu utama UKM tuu..fikir punya fikir last2 teruskan jelah perjalanan. Haha..cik Liya berkaki ayam sebelah. Malu jangan cakap la..tapi buat macam donow je..akhirnya sampai la umah. Kebetulan, perut dah kembali berkeroncong dengan lagu Mawi..apa lagi..masuk umah cari jemput2 jangung breakfast td. Isi perut dulu. Tesis kemudian tak pe..:D


Then call Prof. Madya Dr. Ghafar. Ahaaa..tak jawab pulakk..akhirnya cik Liya bertekad untuk call kali yang ke-2. Tak jawab jugak. Tak pelah Prof, nantilah2 tanya. he. 15minutes after, Prof call balik...heeeeee..double like! Perjalanan tadi yang kucar kacir kembali pulih lepas menerima jawapan 'boleh' dari Prof...yeaaa..boleh tukar tajuk tesis, Alhamdulillah..ku syukur padaMu ya ALLAH. Awan yang tadi nampak kelam kembali cerah dengan warna warni kehidupan flora & fauna ciptaanNya. So now, mula melangkah untuk aktiviti seterusnya. Pertapaan di Maktabah after zohor, InsyaALLAH. Semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan kita hari ini & hari2 seterusnya. Amin.


Note : [innallaha ma'assobirin]
bersabar dengan sedikit ujianNya~
Jom hayati bait-baik lagu 'KEHIDUPAN' by In-Team & Nazrey Johari

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang

Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)