03 Disember 2010

Menanti Soleh...

Hanya padaMu ku pohon...
Ya ALLAH Ya RAHMAN...
Kurniakanlah kepadaku iman yang benar2 mantap, sehingga aku tidak lagi gentar untuk berada di atas jalan dakwah ini..tidak lagi berputus asa dengan sedikit ujian dariMU..
Kau bantulah aku dalam membentuk diri sebagai seOrang wanita yang akan menjadi dambaan seOrang soleh dengan akhlak & peribadi seOrang solehah..
Kurniakanlah disisiku kelak seOrang soleh yang benar-benar memahamiku..benar-benar menyayangiku keranaMu..Bukan kerana paras rupakan, bukan jua kerana zahirku yang dipandang elok..
Tetapi, kurniakanlah seOrang soleh yang mencintaiku kerana AGAMA yang aku miliki..


Aku mohon dikurniakan seOrang soleh, yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..menjadi satu-satunya suami yang akan ku taati sehingga ke akhir hayatku..
SeOrang soleh yang hidup bukan untuk dirinya sendiri semata-mata, tetapi untuk mendambakan keredhaanMu ya ALLAH...
Kau berikanlah kepadaku seOrang soleh yang mempunyai sekeping hati yang putih bersih dari segala kekotoran dunia, sebaliknya bercita-cita untuk menauladani sifat-sifatMu yang teragung...
SeOrang soleh yang tahu untuk siapa & untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidak dihabiskan dengan perkara sia-sia..
SeOrang soleh yang memiliki kebijaksanaan akal fikiran serta keikhlasan hati mencintaiku & berusaha membimbingku mengikut telunjuk syariatMu..
SeOrang soleh yang tidak hanya mencintaiku keranaMu, tetapi juga tidak pernah berhenti menasihatiku ketika diriku pada kedudukan yang salah...Serta sedia memaafkan kekhilafan yang tidak aku sengajakan..

Ya Dzal Jalaaliwal Ikram...
Kurniakanlah disampingku seOrang soleh yang mencintaiku bukan kerana masa silamku, tetapi kerana peribadiku kini..
SeOrang soleh yang dapat menjadi sahabat terbaikku tidak kira waktu dan ketika mahupun dalam apa jua keadaanku..
Seorang soleh yang dapat membuatkanku berasa selamat disampingnya..menghargai diriku sebagai seorang isteri yang paling disayangi dalam kehidupannya..
SeOrang soleh yang memerlukan sokonganku dalam perjuangannya...
Seorang soleh yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diriku...
SeOrang soleh yang memerlukan diriku sebagai pelengkap atas jalan dakwahnya...

Dan Ya ALLAH...
Setelah aku memiliki hatinya dan hatiku dimiliki olehnya...
Janganlah cintanya padaku melalaikan cintanya padaMu..
Engkau limpahkanlah tahap kesabaran yang tinggi kepada seOrang soleh yang akan membimbingku ke jalan yang Kau redhai..
Kau kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh & solehah yang mencontohi peribadi Rasulullah...
Yang menyejukkan hati kami melihat dirinya membesar dalam tarbiah & biah solehah...
dan jadikanlah zuriat kami khalifah kecil yang mampu melakukan pengOrbanan yang besar untuk AGAMAMu..

Aku beriman..
Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang & Maha Mengetahui bagi tiap2 sesuatu..
Oleh itu ya ALLAH, Kau kurniakanlah pendamping terbaik buatku agar kami sama2 dapat bekerja untuk agamaMu...
Dan sesungguhnya, aku amat memerlukan seOrang soleh sebagai imam solatku...dan pastinya aku akan setia menemani dalam setiap langkah perjuangannya...InsyaALLAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)