Salamullah 'Alaykum...Salam Maal Hijrah 1432..Moga amalan kita sentiasa bertambah, InsyaALLAH..
Malam nie Liya nk share sikit apa yang Liya baca kat fb td..about DAKWAH..
Dakwah tu ape sebenarnya..? (cari sendiri:)
Tugas sape sebenarnya nak berdakwah nie..? Mesti ke dalam bentuk ceramah je..? I don't think so..!
Setiap orang ISLAM ada peranan masing2..
Someting to share..hayati baek2 ye :)
Dakwah bukan untuk orang yang malas. Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri. Dakwah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa, cepat melatah. Dakwah bukan bagi orang yang memilih program untuk d'ikuti...yang senang dan mudah join. Yang penat, bersusah payah, elak habis-habisan. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau time senang, batang hidung pun tak nampak dah..
Dakwah bukan bagi orang yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari akhawat @ ikhwah sebagai calon isteri @ suami, tak pun yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman bila dalam kesusahan. Tapi kesenangan & kelebihan yang dia dapat, tak nak share pun dengan orang lain.
Yang cepat mengalah, yang meletakkan qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain. Yang hanya pandai bercakap dan menulis, tapi amal tarak pape maa...
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ & usrah hanya kerana nak disebut sebagai orang yang ditarbiyah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, takut infaqkan harta di jalan Allah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh & tak boleh bersusah payah sikit pun. Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik kete besar dan mewah, yang ada air-cond & laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Dakwah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia macam boss, hanya tunggu information. Dakwah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, keje nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar la macam2..
Ingat........
Tanpa kOrang sebagai orang yang sering mencari seribu satu alasan ini, dakwah akan tetap terus berjalan. ISLAM akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma, tanpa tarbiyyah,tanpa dakwah, belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti…INGAT TU...!
Teruskan hidup kOrang macam biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kOrang. Berbahagialah seadanya dengan life kOrang!
Note : Ingatan untuk diri sendiri jugak...sama2 muhasabah yokk...sampai bila kita nak jadi budak manja..? Yang tak nak sumbangkan pape untuk AGAMA..nanti kOrang jugak yang menyesal bila dihitung amalan oleh ALLAH di Mahsyar kelak..Apa sumbangan kita?
Bertepatan dengan Maal Hijrah sOk, jom sama2 kita ubah cara hidup kita dari yang kurang solehah kepada yang solehah..yang tak baik kepada yang baik, yang baik kepada yang lebih baik..InsyaALLAH, berkat dunia akhirat..Berhijrah untuk kehidupan yang lebih diredhai..(^_^)