30 Januari 2011

KELUARGA DU'AT

In the name Of ALLAH..Most Gracious & Most Merciful...

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia hingga saat ini..Masih dipinjamkan pancaindera yang sempurna oleh al-Khaliq. Bersyukur dengan anggota badan & nikmat akal yang dipinjamkan, dapat melaksanakan tanggungjawab serta menunaikan hak ALLAH hari ini. SemOga ALLAH panjangkan umur hingga amanah yang dipikul terlaksana dengan sempurna kelak, dapat melihat zuriat & ummah dipimpin dengan tarbiyyah sehingga mampu memerintah dunia ISLAM..
Ya ALLAH...perkenankanlah permintaanku (>_<)

Alhamdulillah...hari nie Liya melalui beberapa perkara yang baik. Firstly, Liya jumpa kawan 1 batch dengan Liya masa standard 1-3..masa tu kami sama-sama blaja di Sekolah Rendah Agama (Arab) Al-Masriyah, Bukit Mertajam Penang. Subhanallah..satu nikmat yang besar bila hubungan yang dah terputus dek faktor2 luaran yang mendesak kini bersambung kembali. Ya ALLAH, seriOusly sangat teruja & bersyukur kerana ALLAH masih sayangkan ukhuwwah kami. Yang sangat tak sangka tu sebab kawan Liya tu rupa2nya satu fak [fakulti] je dengan Liya. Ada terserempak berkali-kali tapi tak perasan dia kawan Liya..Alhamdulillah, dengan izinNya dia tergerak hati untuk tanya Liya. Nikmat tuu..jumpa kawan yang dulu kita kenal dia sebagai budak2 lagi, tapi sekarang dah bergelar belia merangkap mahasiswa. Walaupun tak pernah bertegur sapa dulu, tapi bila kita taw dia pernah bersama2 dengan kita sebelum ni menuntut ilmu rasa sangat hepy. Lost contact hampir 12 tahun. [senyum panjang Liya].

SecOndly, Liya ikut forum Baitud Dakwah anjuran WANITA IKRAM Kajang td. Banyak input2 yang Liya dapat & Liya berbesar hati nak kOngsikan dengan sume. Walaupun tak banyak, tapi sekurang2nya ada perkara penting yang boleh dipelajari. 
Ingat lagi, masa kecik2 Liya selalu cite kat mak ciri2 lelaki idaman..nak yang handsOme la..itu laa..ini laa..hehe. Masa tu kanak-kanak ribena lagi, tapi sekarang Liya da meningkat dewasa dengan bi'ah di kampus & bersama masyarakat. Dah boleh fikir secara matang insyaALLAH. Actually, ramai kawan2 yang pelik & tertanya2 kenapa Liya tak attend Kursus Kahwin td? Sedangkan kursus Pra Perkahwinan yang berlangsung hari ni till esOk anjuran kelab jabatan Liya sendiri [JPDK]. Tunggu ada calon dulu lah baru attend. [cuba bina ayat].hehe. Apa Liya merepek nie? sih3x..nak cite pasal Baitud Dakwah g cite bende lain plak.
OK..sedikit sharing kat cni tentang pembinaan keluarga du'at. Disampaikan oleh ahli2 panel  yang hebat iaitu Dr. Fauziah, pakar sakit puan Hospital Ampang Puteri..Makcik Azlina, ketua WANITA IKRAM Perak Tengah & seekor kumbang ditengah2 2kuntum bunga iaitu Dr. Hafidzi, pensyarah UPM. Kupasan tajuk "Rumahtangga Du'at" cabaran keluarga kontemporari. Menarik..! Macam mana kita nak  bina keluarga dakwah yang berkualiti. Tapi forum ni lebih kepada peranan wanita sebagai pendakwah. Dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai isteri, anak, menantu, ibu dll. Bagaimana seOrang isteri yang mempunyai tanggungjawab terhadap suami, anak2 & keluarga nak melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah. Cabaran2 yang terpaksa dilalui n macam2 lagi..
Kat sini ditekankan betapa perlunya seseOrang wanita @ lelaki mencari seOrang suami @ isteri yang turut membantu selain memberi sokongan untuk bergiat dalam pelaksanaan dakwah. Kenapa perlu? Sebab antara penghalang perjalanan dakwah adalah isteri, anak2 & harta benda yang bertimbun2. Kalo dapat suami @ isteri yang tak faham tugas kita sebagai tentera penyebar risalah ISLAM, bayangkan macam mana kita nak fahamkan 'beliau' betapa kita sangat berperanan sebagai  agen pembawa perubahan dalam masyarakat sebenarnya. Bukan setakat berperanan dalam rumahtangga, tapi lebih dari itu. 

Juga dibincangkan tentang betapa pentingnya peranan & sokongan seOrang suami kepada isterinya untuk terus bergerak atas jalan dakwah yang lurus. Antara peranannya, suami mesti kenal isteri dan mengizinkan isterinya kembangkan potensi. Maksudnya? Kalo kita relatekan dengan realiti masyarakat dulu, yang mana kaum Hawa lebih cenderung untuk dipaksa duduk di rumah menjalankan tanggungjawab sebagai seOrang anak perempuan @ isteri. Ayat yang kita selalu dengar tu laaaa.."pompuan kalo ngaji tinggi2 pun nanti duduk ceruk dapur jugak". Means, sebagai seOrang wanita takpayah susah2 belaja pandai sebab nanti dah kawen dapur jugak tempatnya. Tapi tu dulu...
jangan bandingkan dengan zaman sekarang yang sangat menuntut kaum wanita juga untuk bekerja membantu suami mencari nafkah. SALAH KONSEP tu...! Tugas isteri kan melayan suami & menguruskan harta benda suami selain mendidik anak2 je. Jangan lebih2 pulak keje sebab nak cukupkan kehendak itu dan ini yang suami takboleh tunaikan.
Kita kena faham kat sini...kerjaya kita bukan medan mencari harta semata, tapi boleh dimanfaatkan sepenuhnya sebagai medan dakwah. Berdakwah ni taksemestinya USTAZAH. Janji ada ilmu, sape saja boleh laksanakan misi penting ISLAM tuu. That's why, penting untuk menjadi & mencari calon yang memahami tugas & gerak kerja kita sebagai tentera penting ISLAM. Lagi satu, kenapa seOrang suami perlu bagi sokongan kepada isteri untuk kembangkan    potensinya? Sebab ummah sangat memerlukannya. Selagi isteri tahu peranan & tanggungjawab sebagai seOrang isteri & ibu kepada anak2. [bercita2 menjadi pemudahcara suami dalam gerak kerja dakwah nnti, insyaALLAH]..

Juga persoalan yang dibincangkan..setakat mana batas penglibatan kaum Hawa dalam dakwah? Masa zaman solo je..? Lepas nikah kena bagi komitmen 100% kepada rumahtangga?
Takk...penglibatan wanita dalam gerakkerja dakwah takde batas pun. Sebab potensi kami [as a women] tak boleh dibendung / disekat. Sebab tu, iman seOrang suami yang ikhlas dalam perjuangannya kena sentiasa kuat. Kuat untuk memberi keizinan & merelakan zaujahnya keluar melaksanakan tanggungjawabnya kepada agama selepas tanggungjawabnya kepada keluarganya. Subhanallah...besarnya pengOrbanan seOrang wanita. 
Potensi yang dikembangkan digunakan demi kemaslahatan ummah.. Masyarakat diluar sana masih mengharapkan tangan2 kita menghulurkan sebanyak mungkin usaha pemurnian & pemantapan akidah, ibadah juga akhlak.

Kenapa ditekankan pembinaan rumah @ keluarga dakwah nie? Sebab asas yang dibina daripada keluargalah yang akan membentuk masyarakat. betul kan? Kalo keluarga gagal dalam aspek tarbiyyah, yakin dan sangat pasti pembinaan masyarakat kita akan turut mengalami kegagalan.
So, jom sama2 kita perbaiki diri dalam segala aspek. Mempersiapkan diri untuk menjadi milik seOrang lelaki soleh @ wanita solehah yang didambakan kerana tarbiyyah yang membentuk peribadi..sama2 insyaALLAH.
SemOga pelayaran kita dalam bahtera rumahtangga kelak cukup bekalannya dengan persiapan mental & fizikal yang cukup teguh, bi idz nillah ^_^
Wallahua'lam...

P/s : Apa yang baik semOga dapat diambil pengajaran daripadanya

28 Januari 2011

Dimana KEADILAN..??


Assalamu'alaykum Warahmatullah...
sidang muslimin & muslimat, ikhwah & akhawat yang disayangi
 kerana ALLAH sekalian...

jOm kita renung sama-sama 
 & fikir sejenak apa nasib anak-anak kita Orang ISLAM one day if
 negara kita terus diterajui oleh mereka2 yang tidak mempunyai asas ISLAM...apa nasib agama yang kita junjung if kepimpinan negara terus dipacu oleh pengkhianat-pengkhianat ISLAM sendiri..yang tak laksanakan keADILan mengikut sistem keadilan ISLAM..yang menghalalkan apa yang ISLAM haramkan,
 sebaliknya mengharamkan apa yang dihalalkan dalam ISLAM...
yang macam-macam lagiiiiiiiiiii....

Anda mengaku diri seOrang MUSLIM

MUSLIM ke..???

kalo mengaku adanya ALLAH, tapi tak tunaikan kewajipan...
Tahu benarnya AL-QURAN tapi taknak mengambil penganjaran daripadanya
Tahu adanya konsep dOsa & pahala..
Tahu adanya SYURGA & NERAKA...
tapi tetap taknak taat perintah ALLAH yang Maha Esa

YA ALLAH...berikanlah kemenangan kepada tentera-tentera ISLAM...
ALLAHUAKBAR...!!


p/s : kredit to  http://fadhirul1311.blogspot.com/ 4sharing ^_^





Bersabar Atas Musibah

Salamullah 'Alaykum Warahmatuhu Wabarakaatuh...
Lapangnya dada saat nie..Alhamdulillah..merasai ketenangan setenang bait akhawat DARUSSAKEENAH yang dah menjadi rumah kedua Liya sejak akhir November 2010 lalu..nikmat yang kadang2 kita susah nak dapat especially time serabut serabai..Bak pepatah melayu bak "jatuh di timpa tangga". Dah la jatuh, kena timpa tangga plak tuu..sakit kot. Adush..! 
Rasa lama sangat tak update blog..Sejak laptop kesayangan Liya hilang DI AMBIL orang yang takde rasa bersalah tuu..sadis yang teramat sgt. Bagi Liya, kehilangan laptop tu sgt2 menyayat hati >_<
Gambar2 setiap peristiwa yg bermakna bg Liya tersimpan dalam laptop tuu..more than 200 album i think..Allahurabbi..! Tenangkan hatiku setenang air yang mengalir...
Tarikh keramat 3 January tu akan Liya kenang sepanjang hidup..Nak tahu cite kehilangan tu? Jomm..Liya cite cikit kronologinya...jeng3x

Pagi yang nyaman...[3 Jan 2011]
Usai solat subuh berjamaah bsama ahlul bait, kami sume dilanda rasa mengantOk yg amat sgt..don't know y. Yang paling teruk, tak sempat2 nak abiskn do'a..terus 'kedebum' atas sejadah siap dgn telekung2 lagi [tido org beriman..hihihi] Sangat dahsyat bila kami sume tido dengan metod yg sama..3org di ruang tamu tmasuk Liya..bakinya naik bilik atas. Yang teramat sadis bila kami tak baca Mathurat pagi tuu..kenapa ya? Pelik...usually, after subuh mesti baca Mathurat. Tak penah miss...n after reciting al-Mathurat, biasanya kami akan sembang2, cite2 psl hidup cikit, gurau2..then buat sarapan.. Kalo ngantOk sgt pn, ade la yg tidO after kul7..tapi pagi tuu...? Takde sume tu..kami tido. Tak sedar diri till 10am. Dahsyat gile...tak penuh pon la tido dgn begitu nyenyak sampi matahari dh naik tinggi...ada 3org je yg kuar dlm masa yg lain nyenyak tu..sorg kuar kul8 g kelas, sorg kuar g keje kul8 lbih2..yg last kuar keje kul10..Dalam masa kak Fidah kuar kul10 tu, sorg sedar & bangun dari nyenyak..akak tu bgn shut down netbook hp die then g toilet. Masa tu Liya tersedar, tapi rasa sangat2 ngantOk & kedebum balik..masa nie laptOp Liya tengah tido sebelah housemate..jugak bsama Liya kat ruang tamu. Allahurabbi..sepantas kilat. Cepat sangat benda tu jadi..bile sdar kali kedua, terus bangun. KAGET bila tengOk laptop takde kat sebelah kwn tuu..tinggal charger je..dup dap dup dap..jantung dh mula blari laju....masa ni sangka baik lg..mungkin k.Rose pinjam kot. Terus naik atas, tengOk dalam bilik k.Fizah, tempat biasa dia letak laptop. TAKDE pon. Ada cooler je..Aishhh..biaq betOi..Kebetulan K.Ekin dari toilet td naik atas..Ni la ayat Liya "K.Ekin...mna laptop kite..?" huaaaaa...ni plak ayat k.Ekin "Haaa...Ekin baru nak tanya..mana laptop Ekin? Ni laptop Fizah pon takde".. Ya ALLAH..masa nie taktaw camne nak gambarkan perasaan. TengOk sorg lagi tak sedar diri. Liya tanya "mana laptop awak?". Baru sedar..."sebelah kite" katanya..Ya ALLAH, takde Muaz..tinggal charger je niee.
Darussakeenah GEMPAK...!!!! 
"Handset kiteeeee" jerit kinah lepas tsedar..
Sah ade orang pecah masuk rumah kami..!! Masa tu mula la rasa huru hara. Liya ingat proposal thesis je dalam tuu..Allahurabbana..ujian yang tak mampu kami tanggung ya ALLAH. Sayangnya sume barang yg tersaved dlam lappy tuu. Tapi tu lah taqdir yang Dia dah susun untuk kami lalui. However, alhamdulillah, kami susun tindakan step by step apa yg kena buat. Report polis dah, suggestion dari coursmate Abdussalam supaya kami ke Darus Syifa'...Pusat Perubatan Alternatif Ust. Haron Din. Hasilnya...tak syak lagi kami seisi rumah dah di pukau. Ini bukan rekaan, tapi apa yg dibagitaw oleh ustz yang merawat.. Ish3x..Zaman canggih skrg ni jangan sangka tenang & manusia sume tenggelam dengan kemOdenan. Sape sangka, masih ada manusia yang tak dapat petunjuk yang amalkan amalan2 menyimpang & ditegah dalam ISLAM. Mau tak cekap dyOrang [agaknya 2org kot yang masuk] buat keje dalam masa yang sangat kejap tuu..dah bajet kami sume taksedardiri. Senang la nak buat projek haram tu. Siap amek sebelah orang lagi..berani betOlll..4 laptOp 2handset lesap tak dapat dikesan.

Ermm..macam tu lah serba sedikit suasana ketika kemalangan tu berlaku..sykur sebab kami sume selamat. takde pape yang berlaku kecuali aset yang hilang...maruah masih ALLAH pelihara. Alhamdulillah..^_^
Syukur yang tak terhingga sebab kami ber4 tak sendirian hadapi saat genting kehilangan benda penting dalam hidup as a student...Ada ikhwah & akhawat yang sentiasa bagi kata2 penguat semangat. Dorongan, motivasi, nasihat & macam2. Hanya ALLAH yang mampu membalas segala jasa baik serta pengOrbanan kalian. Masa tu lah...Liya rasa betapa besarnya keluarga Liya. sebenarnya. Tapi air mata tak mampu ditahan saat bertubi-tubi mesej kata2 semangat Liya terima selepas bbrapa jam berita gempak DS [Darussakeenah] tersebar kat email. Cepat sungguh..Cepat jugak tabung kebajikan digerakkan..MasyaALLAH..ringan tangan ikhwah akhawat membantu. Jazakallah Khayran Katheera. SemOga kalian beroleh ganjaran yg setimpal daripadaNya...tu la yang Liya maksudnya keluarga besar yang Liya ada.
Liya dapat rasakan betapa indahnya ukhuwwah yang diikat dengan kasih sayang kerana ALLAH.

Mungkin jugak kafarah atas dOsa yang mungkin kami tak sedar. Mungkin ujian yang ditimpakan nie akan lebih mendekatkan diri kepadaNya..menjadikan kami lebih kuat & tabah dalam menghadapi ujian hebatNya. Syukur juga, sebab mungkin ujian nie nak sedarkan kami yang mungkin semakin leka & jauh dariNya. Alhamdulillah...

::: ALLAH tidak membebani seseOrang melainkan sesuai dengan kesanggupannya :::
                                                                                                                                      ( Al-Baqarah : 286 )

KENANGAN AIMAN BERSAMA ASUS K40B
Ujian nie Liya anggap sebagai satu percubaan Iman...sama ada mampu bersabar atas musibah yang menimpa atau menyalahkan taqdirNya. Syukur masih ditetapkan Iman. Ujian yang dilalui taklah sebesar mana kalo nak dibandingkan dengan ujian yang dibebankan kepada anak2 kecil Palestanian yang HILANG segala2nya..mak ayah, rumah bahkan ada anak gadis yang diragut dara mereka oleh tentera ISRAEL Laknatullahi'alaihim...!! Bersabar tu kunci segalanya..yakin & pasti segala yang ditetapkan untuk kita ada hikmah besar yang tersembunyi...
Alhamdulillah...kehilangan ASUS k40b telah digantikan olehNya dengan ACER aspire 4738z. Tetap bersyukur walaupun dah kehilangan gambar2 kenangan yg sgt2 berharga dalam hidup Liya...since mula2 masuk UKM 2008 till end Of year 2010. Very sweet mOments. Yang paling berharga iaitu gamba2 yang terakam aksi Muhammad Aiman Hakim membesar. Since lahir till nOw 2taun setengah. Sayangnyaa..Tu belum masuk gamba family, dengan sahabat2 kolej terchenta Ibu Zain International Student's House [IZISH], pogram2 sepanjang 2taun setengah Liya kat UKM...Haishhh..redha..redha..
Banyak kot kalo nak listkan kat cni..dengan akaun keluar masuk duit bisnes lesap. Proposal tu yang paling tak tahan..Takde backup file pulak tu. Tu la kan..lain kali kena beringat betOl2..kena ada backup file utk pape keje yg kita buat. Macam2 boleh jadi..
Ok lah...rasa meleret pulak entry kali nie..
Last but not least, kredit to Prof. Madya Dr. Ghafar Hj. Don as my supervisor 4 thesis yang sangat baik hati & belas kasihan bagi Liya masa untuk buat proposal baru..^_^

P/s : Ingat....berhati2 dengan pencuri yang tak takut hukuman ALLAH apatah lagi hukuman dunia yang tak ikut syariat ISLAM...Amalkan doa2 Nabi sebagai pelindung diri dari kejahatan manusia & jin. Sama2 kita tingkatkan 'amalan kita sehari-hari..SemOga 'amal kita diterima olehNya..

P/s : Bersyukur dengan nikmat pemberianNya. Mungkin kehilangan sesuatu yang kita sayang akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.

P/s : Sape2 yang tengah writing tu ingat...buat backup file untuk thesis..Jangan jadi macam Liya..Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi..huhu

mm4





14 Januari 2011

JUALAN BUKU-BUKU TARBIYAH

Assalamu'alaikum Warahmatullah...
Alhamdulillah..segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH Ta'ala...

MENCARI BUKU-BUKU TARBIYAH...??
kat sini ada..(^_^)
Free delivery untuk UKM, KPTM Bangi, GMI [German Malaysia Institute], MFI [malaysia France Institute, UniKL & sekitar Bangi InsyaALLAH..

RM 15.00
RM 20.00
RM 13.50
RM 13.50
RM 14.00
RM 12.00
RM 12.00
RM 18.00
RM 32.00
RM 9.50
SemOga dengan pembacaan buku-buku tarbiyah ini akan memantopkan lagi ilmu kita insyaALLAH ^_^ 
jOm membaca yOkk....!!

10 Januari 2011

HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI

Assalamu'alaikum Warahmatullah...
Syukur alhamdulillah..masih mampu berlari mengejar cinta ALLAH atas dunia yang bersifat sementara nie..
Ya ALLAH..jangan Kau ambil nyawaku sebelum sempat aku berbakti kepada agamaMu semampuku..Jangan Kau jemput aku pulang ka alam barzakh sebelum sempat menjana keuntungan Akhirat dengan 'amal ikhlas menegakkan kebenaran ISLAM..
Ya ALLAH..aku mohon kekuatan dariMu..kuatkan hatiku serta sahabat2 seperjuanganku untuk bekerja dengan seikhlasnya..Kau Bimbinglah aku serta keluarga, sahabat2 dan seluruh rakyat Malaysia ke jalan yang lurus [ihdinassirotholmustaqim]..Permudahkanlah urusan kami ya Rahman...


HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI anjuran Raudhatus Sakinah yang cukup sinonim dengan nickname RS memang terbaekk..targetnya untuk menghimpunkan hampir 1000 jiwa dari kalangan adik2 peserta, fasilitator, media & juga urusetia. Alhamdulillah...ada mereka2 yang cukup kuat yang mencetuskan idea himpunan ilmiah sebegini bagi menggantikan konsert2 tak bermoral pada malam sambutan tahun baru. Congratulations to Ummi Roses, Dr. Har & orang2 kuat RS, KRJ, KARISMA, IKRAM n lainnya.. Ini yang kita nak...! bukan biarkan adik2 yang belia remaja yang mana emosi mereka melonjak2 mahukan kebebasan dalam pelbagai aspek terus hanyut dengan perkara2 lagha (sia-sia). 
Syukur alhamdulillah...kerana turut terpilih berada dalam majlis yang diberkati insyaALLAH pada malam tahun baru 2011..kenapa? sebab pengisian pogram nie menepati tuntutan syariat dalam menyambut tahun baru [Liya sedang belajar guna bahasa baku dalam entry..hehe].
Adik2 yang mengambil keputusan untuk join pogram ABJZ [ANDA BIJAK JAUHI ZINA] nie memang BIJAK..macam kata Aznil.."bijak..memang bijak..!!". Sebab dyOrang berhimpun dari latarbelakang berbeza dari seluruh negara [tak termasuk Sabah Sarawak] dengan 1 hati untuk mengatakan dyOrang benci ke arah penzinaan. Alhamdulillah..ada kesedaran ke arah kebaikan. Apa kaitan sambutan Tahun Baru dengan zina? Tunggu jawapannya kat bawah..Emm, Tapi yang berlaku dalam kelompok besar masyarakat kita pagi 31 Dis tu cukup2 menyebabkan Liya sedih. Nak taw kenapa? Liya terpaksa drive terkedek2 macam kura2 untuk set up tempat showcase bersama event manager Sis Rose [rasanya kura2 lagi laju] sebab jalan jammed. Jammed kenapa? Sebab ade kelompok manusia yang takde kesedaran sedang set up pentas kat tengah2 jalan besar tu untuk konsert ambang tahun baru.. Oh My God! [ALLAH]. Sampai hati dyOrang tutup jalan & memberi kesusahan kepada orang lain semata2 untuk konsert hiburan takde manfaat langsung tuuuu..Aishhh..geram Liya!
Memang dah jadi adat & tuntutan ye...tahun baru je orang akan faham sendiri. Mesti ada kOnsert takde faedah + bunga api kan? Apa yang best sangat ntah laaa..Sepatutnya, kita kena bersyukur sebab kita masih diberi peluang menjengOk tahun baru dalam suasana negara kita yang kurang agak aman nie..Masih bernafas untuk menikmati nikmat pancaindera & keindahan dunia yang sementara nie..Macam mana nak nayatakan kesyukuran kita kepadaNya? Dengan cara yang paling diredhai..senang je.Sujud syukur (^_^) nyatakan kesyukuran kita kepada ALLAH dengan memperbanyakkan 'amal 'ibadah kita, berusaha memperbaiki kelemahan diri, berusaha membawa masyarakat ke arah hidup yang dituntut olah syariat & sebagainya lagii..BUKAN nyatakan syukur dengan pesta2 maksiat yang memang semestinya tidak menjaga ikhtilat [percampuran] antara lelaki & perempuan yang bukan mahram..!! Tempah tiket ke neraka banyak2..nanti boleh tumpangkan kawan2 sekaki yang bersyukur dengan cara yang salah jugakkk..kan3x?
semOga dyOrang dikurniakan hidayah ALLAH one day..
[sama2 muhasabah balik..apa 'amal kita mengikut telunjuk syariat atau tidak]


Emm..bila bercakap tentang sambutan ambang tahun baru nie kan, Liya rasa Liya kena share cara Liya & peserta, fasi, urusetia pogram HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI sambut tahun baru on that 31 Dis 2010..Huhhhh..best + cukup mantop..! rugi sape yang tak join.
Pengisian yang cukup ilmiah..dengan Qiamullailnya, pengisian rohani, perkongsian ilmu melalui diskusi, berkongsi pengalaman dll..Nak konsert? Boleh...kita undang khas Ibu Aishah & kumpulan nasyid Saff-One untuk entertain peserta2 sume..Sume lagu yang disampaikan ada mesej tersendiri yang sangat2 berguna..Nie satu cara kita nak manfaatkan sebaiknya malam tahun baru. Bukan celebrate kat Dataran Merdeka khususnya and then menghabiskan malam tahun baru bersama KEKASIH TAK HALAL sampai ke pagi. Faham2 sendiri la kan..muda mudi sekarang nie..seks tu dah jadi permainan seharian agaknya. MasyaALLAH..dosa besar dik! Apa yang Liya bayangkan & harapkan sungguh2, akan tertegaknya sebuah pimpinan ISLAM yang akan mencorakkan pemerintahan negara kita secara ISLAM..Masa tue, kita just wait & see sape yang berani lagi nak berzina..!takde nyee..kena sebat. Amek kau..! Tapi masalah pembuangan bayi hari ni tak selesai-selesai. Sebab nie laa..takde hukuman yang boleh manakutkan mereka-mereka yang terlibat dengan seks haram nie. Malam tahun baru, hidangkan dengan konsert2 menyesakkan yang menyesatkan. Boleh jamin ke takde yang amek arak & berpesta seks? langsung tak jamin. Seriously, Liya sangat yakin..malam taun baru lah pasangan2 bukan adik beradik [faham sendiri] nie nak bermesra2 lebih2 sambil kira bintang kat langit bawah sinaran bulan yang samar2..rOmantik sikit kn? Dah la tengah malam..mesti sejuk, peluk2 sikit..Yang selebihnya kOrang boleh bayangkan sendiri apa yang akan berlaku dengan 'dua ekor + berekor-ekor syaitan' nie bila berdua2an. huhh..ada jugak la yang celebrate new year kat hotel..tempah hotel tuu..! Wowww..bagus punya port nak lampiaskan nafsu bersama kekasih haram dyorang..Apa bahasa budak2 sekarang? Malam menanam benih? Ishh..sungguh jijik perkataan tu..Nie bukan cobaan, tapi kenyataan. Sekarang nie, kita tggu je berita bulan 9-10 nie..berapa ramai lagi anak2 tak bersalah akan ke longkang2, ke dalam tong sampah, ditanam hidup2, diletakkan kat kawasan masjid and so on lah..Tak caye? tungguuuuuuuu..kalo dyOrang buang anak kat hospital pon,pihak hospital bukan bagitaw kita pon..rahsia wehh..emm..Konsep senang faham camni je..biasanya lepas menanam, akan keluarlah hasilnya kan? kira 9 bulan lagi musim menuai anak2 luar nikah laa..huhh..apa dah jadi dengan remaja tiang negara? Tiang pun dah senget, nak bina rumah? Confirm roboh awal2 lagi..So, pandai2lah kita fikir ea camne caranya kita nak bina tiang2 yang kukuh supaya rumah yang akan kita bina kelak sangat mantop & kukuh binaanya..Memberi manfaat lagi kepada orang lain..Sama2 jom..!


Waaa..banyaknya Liya bebel. Sume tue luahan hati seOrang mahasiswi yang sedang membesar dalam masyarakat yang pelbagai sifat, sikap & ragamnya..hari2 kita [bukan Liya je] berhadapan & menghadapi 1001 situasi yang berbeza dengan para pelakon yang juga berbeza. Kita sebagai agen perubahan perlu bertanggungjawab membantu & membawa masyarakat kita hari ni untuk kembali kepada ajaran ISLAM yang bersifat menyeluruh supaya apa..? Supaya segala 'amal perbuatan kita sehari2 menjana pendapat lumayan di akhirat disamping mencapai matlamat utama kita sebagai Khalifatullah..iaitu menggapai mardhatillah yang akan membawa kepada kebahagian bukan setakat di dunia, tapi turut menjamin kecemerlangan akhirat..InsyaALLAH..:)


Kat bawah nie Liya share sikit kenangan Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati ABJZ yang sempat dirakamkan...
KAK DINA SEBAGAI PENGACARA..KONGSI RASA ABJZ OLEH DR. HAR & UMMI ROSES..

BARISAN URUSETIA SHOWCASE BERSAMA UMMIROSES

IKRAR ANDA BIJAK JAUHI ZINA SEBAGAI UPACARA PENUTUP SHOWCASE

BARISAN FASILITATOR HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI

PERSEMBAHAN OLEH SAFF-ONE

SUPRISE DARI UMMIROSES...MAHER ZAIN
P/s : Kredit to Ummiroses yang dah buat kejutan cukup istimewa dengan membawa Maher Zain secara senyap2 pada malam tue..sweet moment..Maher Zain sebagai idola anak2 remaja kita hari nie..Liya turut terasa penangan Akhi Maher..Memang ada auranya tersendiri. Teruja kejap :)
SemOga niat & usahanya melalui bait2 lagu memuji ALLAH & mempamerkan kebaikan ISLAM akan membawa kepada perkembangan ISLAM..InsyaALLAH.