Sekarang sebulan sekali pun bertuah sangat la cik Liya nak hapdate belog nie. Carrier Women. Nak buat geno =)
Hookkay. Liya nak update status kat sini bole?
Satu bakal mak mentua bagi, satu Incik Tunang bagi :) |
Siapa tunangnya, tarikhnya, orang mana tu sume tak penting nak cite. Yang penting progress Liya untuk ke satu kehidupan lain lepas nie. Daripada menjadi individu Muslim kepada membina Baitulmuslim. One step closer. Segala puji hanya bagi Allah..Doakan ya!
MARATIB 'AMAL |
Ntah. Sebenaq-benaqnya Liya sendiri pun confuse pendapat mana satu nak pakai. Ada akhawat kata, kalau tukar status nanti makin ramai orang sengaja nak buat kacau. Ada pulak akhawat yang bagi pandangan kalau tukar status tu boleh 'menjaga' kita daripada diganggu gugat oleh insan bernama lelaki, why not?
Setakat nie, masih mengekalkan status lama..Hmm..Takpe...takpe.. Yang penting Cik Liya tahu kedudukan sekarang sebagai tunangan orang =)
Pun begitu...
Bertunang tidak menghalalkan apa pun bentuk hubungan antara Cik tunang dengan Incik Tunang yaa. KECUALI atas urusan untuk perbincangan walimah dan yang bersangkut paut dengannya :)
SMS, call, whatsap, skype, Gtalk, YM dan seumpanya pada Liya tak perlu kalau takde urusan penting untuk dibincangkan. Tanya khabar pun tak boleh? Boleh. Kalau anda rasa ia satu keperluan. Fikir baikbaik. Sekian.
Dalam fatrah bertunang nie, baaanyaakkkkk sangat persediaan kena buat...Fizikal, mental, spiritual, emosi..semuanyaa..Banyak!
Disebabkan ada tanggungjawab dalam jamaah as a fulltimer, gigih la sikit untuk kejar mengejar antara urusan pejabat dan persediaan menjadi seorang 'zaujah' kepada rijal soleh pilihan. Kalau nak ikutkan masa, memang kita rasa tak cukup. Tapi, jangan cari alasan hokkay! Awak boleh buat lah! Believe me.
Fatrah bertunang juga menuntut 'penjagaan' yang sangat baik dalam segala aspek. Juga sebagai fasa membina hubungan dengan bakal mentua & keluarga. Fatrah nie lah nak berkenalan dengan keluarga bakal mentua sebelum menjadi sebahagian daripada mereka :) Paling penting, fasa untuk kita menjaga hubungan dengan Allah."Jaga hubungan dengan Allah, Al-Quran jangan tinggal".
Terima kasih kerana selalu mengingatkan.
PELIK tapi BENAR.
Salah konsep. Liya suka perhatikan persekitaran. Orang-orang sekeliling. Rasanya, selalu jugak nampak kawan-kawan FB yang post gambar bertunang dengan adegan bermesramesra dengan si tunangannya. Siap 'outdoor' session bagai..Dah jadi perkara biasa la pulak. Apa sudah jadi kak, abang? Belum sah jadi suamisteri, tapi dah pegangpegang. Ingat! Bertunang tak semestinya akan jadi suamisteri. Allah lebih tahu. Ada je penah dengar, last minute si cik tunang batal perkahwinan sebab ikut jantan lain. Na'uzubillahi mindzalik!. Semoga Allah pelihara hubungan Liya & Incik Tunang.
Lain pulak yang anggap bermesra-mesra dengan keluarga bakal suami SALAH. Katanya "belum jadi mak mentua, dah keluar shopping. Nanti tak jadi, malu jee.." Maaf ya. Berdasarkan apa yang Cik Liya faham, takde salah langsung kita berbaik-baik dengan keluarga bakal suami kita. Selagi kita 'menjaga batas', tiada salahnya. Kalau itu alasannya, macam mana pulak yang dah ber'abang sayang' antara Cik Tunang dengan Incik Tunang? Itu pun belum sah diperlakukan
Untuk mendapat keberkatan baitulmuslim yang akan dibina, sama-sama kita 'menjaga' hubungan pertunangan yang dibina dengan baik. Semoga terpelihara daripada zina (mulut, hati, telinga, mata, kakitangan semua) dan dosa. Allah. Kuatkan hati kami. Teguhkan pendirian kami. Permudahkanlah segala urusan kami ya Rahim..
Jangan lupakan doakan Liya ya!
Macehh..hehe.
#Jazakumullahu khayran katsira kepada semua yang datang dan banyak membantu sepanjang majlis. Semoga Allah berkati.
Liya dearest, Allahu musta'an.
BalasPadamSemoga Allah sentiasa bersama dalam detik2 hidup kalian.
Selamat bersiap-siap naik tangga maratib amal ;)
*seronok nak ada geng :P*
Allah..tak perasan komen nadiah.
PadamJazakillahu khaira akhawatifillah.
Lagi 2 bulan. Takut. Suka sume ade.
Hehe..insyaAllah. Sama-sama doakan semoga baitulmuslim yang dibina Allah berkati dan jadi penyebab utk melancarkan lagi gerak kerja dakwah kita.