Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Allah SWT. untuk bernafas.
Itu maksudnya ALLAH masih sayangkan saya dan kamu2 yang sedang membaca...sebab Dia still bagi peluang untuk kita memperbaiki diri ^__^
Upss..ada orang perasan aku berhadapan dengan STRESS ! Adeh.
Pagi nie dapat nasihat daripada Dr.Hadi dari Tanta. Kena kawal stress sebab stress akan mematikan cell neurons. Oh, nasib ada doktor peribadi yang COOL macam Dr. Hadi. hehe. Nak kawal camne? Haa..kena cari medium yang boleh hilangkan bebanan tu.
"Understanding and managing stress is key to leading a healthy, productive life in our hectic world"
OK, Antara saranan beliau termasuklah :
1. Baca AL-QURAN (Oh, itu sudah semestinya..Btw, tqvm kerana memperingatkan)
2. Dengar NASYID (Yess..i like it ! Liya kalo tension, bukak je IKIM.fm Pilihan Utama Anda tu..memang terbaik. Pastu melalak kuat2 sambil hayati bait2 lagu tu..Perghh..memang dabomb la. Dari kOrang layan panasFM yang xde faedah tu, baik la dengaq nasyid yang mendidik jiwa. Tenang kot!. hehe)
3. Makan COKLAT (Oh, baru lepas makan Calcium Milky Chew dari Jerman. Perisa coklat. Hehe. Dr. Hadi kata coklat boleh stimulate endorphin. Untuk naikkan mOod gembira. So, kalo stress...belajaq2x la makan coklat eh).
4. Tengok benda HIJAU. Katanya, mata mudah stimulate dengan warna hijau or warna2 bunga. Nanti mood pun naik menjulang tinggi. Hehe. (OK, depan mata ada buku warna hijau. Samsung Galaxy pon hijau...Sedang melihat dengan penuh pengharapan semOga mood happy datang menyinggah :)
KENAPA STRESS..?
Hasil pemerhatian & penyelidikan tak rasmi Liya, Liya boleh rumuskan bahawa gejala stress ni boleh jadi berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya faktor diri kita sendiri. Sama ada kita tak melihat sesuatu tu secara positif atau memang kita dah set dalam kepala hotak
So, solutionnya adalah :
1) Think POSITIF !
Kena set dalam pala otak tu apa jua benda yang sedang kita buat/hadapi adalah yang Allah amanahkan untuk kita. So, kalo dah amanah kena la buat yang terbaik. Tapi ingat, kena ikut kemampuan. Jangan tak mampu, pastu push jugak sampai kita yang sakit menanggung derita sorang2x. Betul takk..?
2) Buat benda yang kita SUKA
Hmmm...kita MESTI SUKA untuk buat benda tuu. Means that, keje kita kena la sesuai dengan minat kita. Contohnya : Amek Ijazah Undang2 tapi tak minat pun nak jadi lawyer. Pulun blajaq sampai Phd bagai...tapi last2 motong getah (menoreh) blakang umah. Haha. Tak logik contoh Liya bagi. Sila buat contoh yang masuk akal sendiri OK.
Bagi kes yang melibatkan emosi tak betul. Cuba2 la blajaq untuk suka apa yang kita buat tuu.
Sebab bila kita suka untuk buat benda tu, nothing immpossible ! Anda akan rasa happy go lucky & enjoy melakukannya.
3) Doa
Doa senjata bagi Mu'min. Bila kita positif, everything akan jadi mudah. Plus kita suka untuk buat keje tu. Bila benda2 teknikal ni da settled, jangan lupa DOA ok?
Mintak Allah bantu kita lakukan yang terbaik. InsyaAllah ada jalannyaa. Doa semoga Allah tunjukkan jalan keluar terbaik bila kita sedang hadapi kesukaran.
Ok lah..i'm going out with my officemate :) Dinner.
Nanti sambung lagi okeh ! Daaa...! :)
Wait ! Last but not least....
P/s : Kalo kOrang rasa entry ni ada manfaat, please share dengan mereka2 yang mungkin sedang STRESS. Heh.
Salam sayang,
Liya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)