21 Februari 2014

Ouch..! Lymph Node Membengkak.

Bismillah.
Ok, nak mencoret pasal jerawat batu or akne la pulak. hehe.

Last 2 weeks pegi klinik jumpa doc sebab lymph node bengkak lagi. Sakit pulak tu.
Dulu sebelum kawen tak tau pun apa bendanya yang bengkak nie. PL memang tak suka ubat hospital. Susah sangat nak telan. Dalam kepala hanya ada statement "banyak chemical, tak bagus untuk kesihatan". So, SAY NO to modern medicine!. PL said. haha



Tapi, zaman dah berubah :D
Since kawen dengan med student nie, PL dah pandai sikit makan ubat hospital. Mula-mula kena paksa, tapi lama-lama dah boleh telah dah. Dulu makan ubat, mesti terkeluaq balik. Atau tercekik kat trakea. haha. Dah ada sikit je basic selok belok perubatan.

Cite pasal lymph node nie, dah dekat setahun benda alah ni ada kat bawah dagu. Tak penah hilang. If ada akne tumbuh, otomatik lymph node nie bengkak and sakit.


Kedudukan lymph node sekitar kepala kita
Dah macam-macam antibiotik doc bagi. Pasal akne nie aje, dah 3 kali jumpa doc!.

First time jumpa Dr. Zarina, Poliklinik Zazali. Dapat Doxycycline. Time tu before kawen. Mau tak pening kau! Lagi 3weeks nk nikah, jerawat naik mencapah capah. Dia kacau area mulut je. Haish... Doc bg ubat sapu malam & T3 untuk siang. Alhamdulillah.. Boleh rasa perubahan. Doc bg untuk 2weeks antibiotik tu. Tapi... biasalah. Malas lah nk habiskan :D
Docycycline
Lama jugak la rasa selesa sbb dah takde jerawat. Auwwww.....mukaku licin!

5,6 bulan lps nikah tetiba lymph node bengkak & sakit balik. So, zauj bawak pegi Klinik Primer HUKM. Doc kata memang sebab jerawat. Time tu ada 2 ketul jerawat yang tak diundang. Arghh...stress!
Doc bagi Cloxacillin & pesan suruh habiskan. Makan Cloxa ni rasa lambat skit tindak balas kalo compare dengan Doxy. And PL ulang kesilapan yang sama! Makan tak konsisten. Zauj selalu bebel, antibiotik tak bole makan main main. Kena disiplin. Kena habiskan. Haa...kan dh kena marah dgn Dr. Asrul? :p

Lepas kejadian tu, jerawat PL bole dikatakan sentiasa ada. Paling teruk penah naik 6 ketul sekali. Perit gile. Paling benci, meninggalkan parut yang hodoh amat lagi. Grrrr...
Normal lymph node tak bole rasa kalau pegang.
Tapi bila dah infected, memang boleh rasa. Jelas!
Ikut apa yang zauj cite, lymph node akan membengkak kalau infected. Maybe bakteria dari jerawat atau area mulut. Macam bahagian dalam pipi luka sebab tergigit ke... Lebih kurang macam tu laa. Nak explain lebih-lebih kang takut salah =)

Terbaru, PL pegi Klinik T&C kat Cheras ni. Sebab bengkak & sakitnya dah melampau-lampau. Doc check dan bagi Augmentin untuk 5 hari. Sehari makan 2 biji after meal. Antibiotik sama yang PL makan lepas miscarriage.

Still. Terskip makan sekali je hari ke-2. 2 biji terakhir zauj tak kasi makan dah takut bakteria dah bina sistem ketahanan untuk tahan dengan ubat. (betul ke doktor?)

Bakteria jahat tu dah imun dengan antibiotik ke? Uhuuuu....takut!
Lymph node kat bawah dagu nie sangat degil dan boleh rasa sampai sekarang kalau pegang.
Tunggu zauj balik dari HTI nak pegi follow up lah. Risau la pulak!

Sekian pengalaman PL dengan jerawat :D


Note: ini entry lama yang tak siap-siap :D

20 Februari 2014

Menanti Saatnya Tiba

Alhamdulillah...
Masih diberi 'hari' untuk menikmati hidup di dunia oleh al-Khaliq.

Pagi-pagi tadi berfacebook sekejap usai Subuh setelah 3 hari melarikan diri dari kesibukan dunya.
Alhamdulillah. Meraikan kegembiraan sahabat PPUKM, Nadiah Ahmad Sabri & Abdul Rahman dengan kehadiran cahaya mata mereka 'Iffah Layyinah'.

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
(Al-Kahfi : 46)

Sungguh. Anak adalah anugerah terindah bagi pasangan suami isteri. Amanah yang harus diperlihara sebaiknya. Rezqi. Shiqin pulak khabarnya dah masuk labour room. Menunggu masa melahirkan.

Cik Imah pun dah sarat. Bulan depan due.
Kalau tak, baby kami saing lah. Cuma Cik Imah awal seminggu :D

Itu kisah bahagia mereka. How about us?
Sejak miscarriage pada usia kandungan 10 minggu haritu, belum ada rezeki untuk kami.
Jauh dari sudut hati kami suami isteri, pastinya sangat menantikan detik itu datang menyapa :)

Yakin dengan firmanNya :

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang di berikan Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” .(al-Hadid, 22-23)


Sangat yakin dengan dengan setiap ketentuan Allah. 
Pastinya Dia sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik kan? 

Kadang-kadang, kami bermuhasabah. Mencari hikmah tersembunyi disebalik apa yang berlaku.

Betul.
Kalau betul rezqi kami dulu. Pastinya zauj tak tenang memikirkan keadaan PL yang sarat dan menunggu hari untuk melahirkan akhir Mac atau awal April. Sedangkan, zauj akan berhadapan Professional Exam akhir Mac ini sebagai ujian akhir sebelum diberi mandat melaksanakan tugas seorang doktor.

Cantik kan perancangan Allah yang Maha Hebat? Senyum =)

Kalau pulak Allah rezeqikan PL pregnant balik lepas 3 bulan berehat (Disember 2013), pastinya akan banyak mengganggu zauj mentally & fizikal. Terpaksa posting 2-3 minggu di Hospital Teluk Intan (HTI) dalam keadaan emosi yang tak tenang memikirkan keadaan PL keseorangan di KL.

Segalanya adalah rahmat!

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar” (al-Baqarah : 153)

Kembali kepada pencipta kita. Perbaiki hubungan denganNya. Berusaha. 
Doa dan pastinya meletakkan harapan setinggi gunung supaya Allah mengabulkan doa kita.


Semoga ada rezqi untuk kita bang. 
Kalau bukan hari ini, insyaAllah suatu ketika nanti!