Salam Jumaat buat semuaaa =) Jum'ah Mubarak !
OK, hari nie Liya nk ajar buat Laksam. Makanan orang Kelate.
Kunun macam sifu la nk ajar orang kan. hihi. Padahal baru 1st time buat hari ni.
Resipi asal Liya cilop from my ex-Naqibah at Darussakeenah. Tengs akak !
Tapi resipi laksam telah diedit kerana sebab-sebab teknikal yang tak dapat dielakkan. Kuah dah ready. Dh siap bancuh adunan utk buat laksam, tudung periuk xdok plak. huhuhu. Camne nk buat tuh? At last, amek inisiatif tukar laksam ---> spagetti. Kreatif x? Guna apa yang ada jelah. Lagi pun buat hari keje, mane sempat nk g cari tudung periuk pulak.
Hehe. xpelah bab renovate tu. Korang kalo buat, buat bagi puas hati OK. Sebab kita nk makan & nk bagi orang lain jugak makan. Haiii..xpuas hati Liya kalo masak xjd nk bg org makan.
Ok. Ni Liya bagi bahan2 utk 10-15 orang makan.
KUAH
- Ikan 1 Kg (Liya pakai ikan kembung + ikan sardin)
- Santan 2 biji
- Bawang besar 4,5 biji
- Bawang putih 3,4 ulas
- Halia (Amek la sebesar ibu jari kaki ke, suke hati)
- Lada hitam (25-30 biji, suke hati)
Caranya?
1) Rebus ikan tu dulu. Then, asingkan isi dengan tulang ikan. Blend dgn air rebusan tu. Tulang temulang tu blh jgak blend, then amek air tu.
2) Blend bawang besar + putih + halia
3) Dh siap bleh isi ikan & bebawang tadi, masukkan dalam periuk sekali dgn santan yang dh diperah td.
4) Masukkan garam + gula secukup rasa.
5) Blend lada hitam & masukkan dlm kuah. Tunggu sampai mendidih and siap :)
LAKSAM
- Tepung beras 3 cawan
- Tepung gandum 1/2 cawan
- Air
Caranya?
1) Adun semua bahan. Jangan pekat sangat. Pekat adunan tu agak2 mcam susu segar je. Tak cair sangat, tak pekat sangat.
2) Ready periuk kukus. Sapu tudung periuk dgn minyak sikit & letak kat atas periuk kukus tu. Then, tuang sikit adunan tadi sampai sekata 1 tudung periuk tu.
3) Kukus lebih kurang 4,5 minit. Angkat.
4) Tuang lagi adunan utk buat yg lain pulak. Laksam yg dh masak td, gulung la :)
5) Gunting/ potong2 bila nk makan.
KERABU
- Kacang panjang
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Timun
- Taugeh kalo nak
* Sume sayuran tu potong je halus2. Sentuhan last utk hidangkan.
SAMBAL
- Tomato
- Cili padi/ cabai Melaka
* Blend & tambah garam secukup rasa.
Okeh, siap untuk dihidangkan ! \(^_^)/
Selamat mencuba.
Liya akan cuba untuk next trial....weeeeeeeee..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)