12 Februari 2011

SAY NO TO VALENTINE's DAY !!


Assalamu'alaykum Warahmatullah...Hari ni dah 12hb February..tarikh 14 February akan jd tarikh keramat yang sangat d'tunggu oleh para remaja hari nie......Macam tu lah penangan 14 Feb. Tarikh apa tu? before tu jOm sama2 berdOa semOga kita, saudara mara, keluarga serta sahabat2 kita jauh dari terjebak ke kancah menghina agama ISLAM yang suci yang menjadi anutan...Alllahurabba, kuatkan IMAN kami, teguhkan pendirian kami, jauhkan kami dari kesesatan & memaksiatan...
Jom kita baca statement yang dikeluarkan oleh Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) about HARI KEKASIH yang bukan sambutan ORANG ISLAM niee...
>>>14 Februari menjadi tarikh keramat buat pemuda-pemudi tidak kurang juga yang sudah bergelar suami mahupun isteri untuk meraikan dek publisiti dan promosi yang menguntumkan kemanisan. Fakta meunjukkah salah satu kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahanan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine. Lalu 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim. Bukankan dengan menyambutnya kita sendiri menghina agama kita yang suci? Kejinya jika begitu, lagi parah jika mahasiswa yang merupakan golongan intelektual turut terjebak dalam kehinaan ini.
Sehubungan dengan itu, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)  selaku badan mahasiswa yang sentiasa menggerakkan isu-isu kemahasiswaan ingin mengajak seluruh mahasiswa/i ,para pemuda-pemudi dan umat Islam sekalian untuk tidak membudayakan sambutan Valentine Day ini. Mahasiswa sepatutnya bukan setakat tidak membudayakan bahkan perlu turun padang memberikan penerangan kepada masyarakat tentang fakta-fakta yang sebenar.
Orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka (Al-Baqarah : 120)  membuktikan serangan dan doktrin ini akan berterusan. Malah racun-racun hedonisme sudah berjaya menembusi. umat ini dan akibatnya turut menyebabkan kepada gejala sosial, percampuran lelaki perempuan, zina, pembuangan bayi dan lain-lainnya.. anggal 14 Februari dicanang sehingga dijadikan kemestian untuk disambut dan diraikan menjerumuskan anak-anak muda ke jurang kebinasaan.
Seperti yang semua sedia maklum, antara sejarah lain menyebut sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine setiap 14hb Februari sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau sebagai seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi agama kristian. Walau apapun sejarahnya, tetap tiada kepentingan dan bukan ciri-ciri orang beriman mencontohi budaya negatif orang musyrik.
Malah dengan kehadiran Hari maulidurrasul  yang disambut di Negara kita adalah jauh lebih bagus kita bersama-sama menghayati pengorbanan junjungan besar Rasulullah S.A.W serta para sahabat dalam mengubah ketamadunan dunia yang memberikan kemanisan sehingga ke detik ini. Malah keimanan kepada Nabi ini merupakan antara teras sebagai Muslim.
KARISMA juga mengambil inisiatif kesedaran dengan mengadakan kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ), pengedaran risalah, task force, perkhemahan dan sebagainya sebagai alternatif aktiviti bermanfaat kepada mahasiswa dan remaja pada tarikh-tarikh sebegini. Malah KARISMA juga bersedia untuk membantu dan keterhadapan bersama mana-mana pihak sama ada Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan seperti Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM) dan  lain-lain dalam menganjurkan program-program kesedaran Islamik dan bercorak motivasi.
Maka marilah sama-sama kita buang istilah valentine ini daripada memori setiap daripada kita dan kita lebihkan penghayatan kepada perjuangan dan misi agung menegakkan Islam yang diwariskan oleh Insan agung Muhammad bin Abdullah S.A.W, Nabi dan Rasul yang terakhir.

p/s : INGAT.....!! Velentine's Day BUKAN perayaan orang ISLAM..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)