Alhamdulillah masih dipanjangkan usia hingga saat ini..Masih dipinjamkan pancaindera yang sempurna oleh al-Khaliq. Bersyukur dengan anggota badan & nikmat akal yang dipinjamkan, dapat melaksanakan tanggungjawab serta menunaikan hak ALLAH hari ini. SemOga ALLAH panjangkan umur hingga amanah yang dipikul terlaksana dengan sempurna kelak, dapat melihat zuriat & ummah dipimpin dengan tarbiyyah sehingga mampu memerintah dunia ISLAM..
Ya ALLAH...perkenankanlah permintaanku (>_<)
Alhamdulillah...hari nie Liya melalui beberapa perkara yang baik. Firstly, Liya jumpa kawan 1 batch dengan Liya masa standard 1-3..masa tu kami sama-sama blaja di Sekolah Rendah Agama (Arab) Al-Masriyah, Bukit Mertajam Penang. Subhanallah..satu nikmat yang besar bila hubungan yang dah terputus dek faktor2 luaran yang mendesak kini bersambung kembali. Ya ALLAH, seriOusly sangat teruja & bersyukur kerana ALLAH masih sayangkan ukhuwwah kami. Yang sangat tak sangka tu sebab kawan Liya tu rupa2nya satu fak [fakulti] je dengan Liya. Ada terserempak berkali-kali tapi tak perasan dia kawan Liya..Alhamdulillah, dengan izinNya dia tergerak hati untuk tanya Liya. Nikmat tuu..jumpa kawan yang dulu kita kenal dia sebagai budak2 lagi, tapi sekarang dah bergelar belia merangkap mahasiswa. Walaupun tak pernah bertegur sapa dulu, tapi bila kita taw dia pernah bersama2 dengan kita sebelum ni menuntut ilmu rasa sangat hepy. Lost contact hampir 12 tahun. [senyum panjang Liya].
SecOndly, Liya ikut forum Baitud Dakwah anjuran WANITA IKRAM Kajang td. Banyak input2 yang Liya dapat & Liya berbesar hati nak kOngsikan dengan sume. Walaupun tak banyak, tapi sekurang2nya ada perkara penting yang boleh dipelajari.
Ingat lagi, masa kecik2 Liya selalu cite kat mak ciri2 lelaki idaman..nak yang handsOme la..itu laa..ini laa..hehe. Masa tu kanak-kanak ribena lagi, tapi sekarang Liya da meningkat dewasa dengan bi'ah di kampus & bersama masyarakat. Dah boleh fikir secara matang insyaALLAH. Actually, ramai kawan2 yang pelik & tertanya2 kenapa Liya tak attend Kursus Kahwin td? Sedangkan kursus Pra Perkahwinan yang berlangsung hari ni till esOk anjuran kelab jabatan Liya sendiri [JPDK]. Tunggu ada calon dulu lah baru attend. [cuba bina ayat].hehe. Apa Liya merepek nie? sih3x..nak cite pasal Baitud Dakwah g cite bende lain plak.
OK..sedikit sharing kat cni tentang pembinaan keluarga du'at. Disampaikan oleh ahli2 panel yang hebat iaitu Dr. Fauziah, pakar sakit puan Hospital Ampang Puteri..Makcik Azlina, ketua WANITA IKRAM Perak Tengah & seekor kumbang ditengah2 2kuntum bunga iaitu Dr. Hafidzi, pensyarah UPM. Kupasan tajuk "Rumahtangga Du'at" cabaran keluarga kontemporari. Menarik..! Macam mana kita nak bina keluarga dakwah yang berkualiti. Tapi forum ni lebih kepada peranan wanita sebagai pendakwah. Dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai isteri, anak, menantu, ibu dll. Bagaimana seOrang isteri yang mempunyai tanggungjawab terhadap suami, anak2 & keluarga nak melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah. Cabaran2 yang terpaksa dilalui n macam2 lagi..
Kat sini ditekankan betapa perlunya seseOrang wanita @ lelaki mencari seOrang suami @ isteri yang turut membantu selain memberi sokongan untuk bergiat dalam pelaksanaan dakwah. Kenapa perlu? Sebab antara penghalang perjalanan dakwah adalah isteri, anak2 & harta benda yang bertimbun2. Kalo dapat suami @ isteri yang tak faham tugas kita sebagai tentera penyebar risalah ISLAM, bayangkan macam mana kita nak fahamkan 'beliau' betapa kita sangat berperanan sebagai agen pembawa perubahan dalam masyarakat sebenarnya. Bukan setakat berperanan dalam rumahtangga, tapi lebih dari itu.
Juga dibincangkan tentang betapa pentingnya peranan & sokongan seOrang suami kepada isterinya untuk terus bergerak atas jalan dakwah yang lurus. Antara peranannya, suami mesti kenal isteri dan mengizinkan isterinya kembangkan potensi. Maksudnya? Kalo kita relatekan dengan realiti masyarakat dulu, yang mana kaum Hawa lebih cenderung untuk dipaksa duduk di rumah menjalankan tanggungjawab sebagai seOrang anak perempuan @ isteri. Ayat yang kita selalu dengar tu laaaa.."pompuan kalo ngaji tinggi2 pun nanti duduk ceruk dapur jugak". Means, sebagai seOrang wanita takpayah susah2 belaja pandai sebab nanti dah kawen dapur jugak tempatnya. Tapi tu dulu...
jangan bandingkan dengan zaman sekarang yang sangat menuntut kaum wanita juga untuk bekerja membantu suami mencari nafkah. SALAH KONSEP tu...! Tugas isteri kan melayan suami & menguruskan harta benda suami selain mendidik anak2 je. Jangan lebih2 pulak keje sebab nak cukupkan kehendak itu dan ini yang suami takboleh tunaikan.
Kita kena faham kat sini...kerjaya kita bukan medan mencari harta semata, tapi boleh dimanfaatkan sepenuhnya sebagai medan dakwah. Berdakwah ni taksemestinya USTAZAH. Janji ada ilmu, sape saja boleh laksanakan misi penting ISLAM tuu. That's why, penting untuk menjadi & mencari calon yang memahami tugas & gerak kerja kita sebagai tentera penting ISLAM. Lagi satu, kenapa seOrang suami perlu bagi sokongan kepada isteri untuk kembangkan potensinya? Sebab ummah sangat memerlukannya. Selagi isteri tahu peranan & tanggungjawab sebagai seOrang isteri & ibu kepada anak2. [bercita2 menjadi pemudahcara suami dalam gerak kerja dakwah nnti, insyaALLAH]..
Juga persoalan yang dibincangkan..setakat mana batas penglibatan kaum Hawa dalam dakwah? Masa zaman solo je..? Lepas nikah kena bagi komitmen 100% kepada rumahtangga?
Takk...penglibatan wanita dalam gerakkerja dakwah takde batas pun. Sebab potensi kami [as a women] tak boleh dibendung / disekat. Sebab tu, iman seOrang suami yang ikhlas dalam perjuangannya kena sentiasa kuat. Kuat untuk memberi keizinan & merelakan zaujahnya keluar melaksanakan tanggungjawabnya kepada agama selepas tanggungjawabnya kepada keluarganya. Subhanallah...besarnya pengOrbanan seOrang wanita.
Potensi yang dikembangkan digunakan demi kemaslahatan ummah.. Masyarakat diluar sana masih mengharapkan tangan2 kita menghulurkan sebanyak mungkin usaha pemurnian & pemantapan akidah, ibadah juga akhlak.
Kenapa ditekankan pembinaan rumah @ keluarga dakwah nie? Sebab asas yang dibina daripada keluargalah yang akan membentuk masyarakat. betul kan? Kalo keluarga gagal dalam aspek tarbiyyah, yakin dan sangat pasti pembinaan masyarakat kita akan turut mengalami kegagalan.
So, jom sama2 kita perbaiki diri dalam segala aspek. Mempersiapkan diri untuk menjadi milik seOrang lelaki soleh @ wanita solehah yang didambakan kerana tarbiyyah yang membentuk peribadi..sama2 insyaALLAH.
SemOga pelayaran kita dalam bahtera rumahtangga kelak cukup bekalannya dengan persiapan mental & fizikal yang cukup teguh, bi idz nillah ^_^
Wallahua'lam...
P/s : Apa yang baik semOga dapat diambil pengajaran daripadanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)