Assalamu'alaikum Warahmatullah...
Syukur alhamdulillah..masih mampu berlari mengejar cinta ALLAH atas dunia yang bersifat sementara nie..
Ya ALLAH..jangan Kau ambil nyawaku sebelum sempat aku berbakti kepada agamaMu semampuku..Jangan Kau jemput aku pulang ka alam barzakh sebelum sempat menjana keuntungan Akhirat dengan 'amal ikhlas menegakkan kebenaran ISLAM..
Ya ALLAH..aku mohon kekuatan dariMu..kuatkan hatiku serta sahabat2 seperjuanganku untuk bekerja dengan seikhlasnya..Kau Bimbinglah aku serta keluarga, sahabat2 dan seluruh rakyat Malaysia ke jalan yang lurus [ihdinassirotholmustaqim]..Permudahkanlah urusan kami ya Rahman...
HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI anjuran Raudhatus Sakinah yang cukup sinonim dengan nickname RS memang terbaekk..targetnya untuk menghimpunkan hampir 1000 jiwa dari kalangan adik2 peserta, fasilitator, media & juga urusetia. Alhamdulillah...ada mereka2 yang cukup kuat yang mencetuskan idea himpunan ilmiah sebegini bagi menggantikan konsert2 tak bermoral pada malam sambutan tahun baru. Congratulations to Ummi Roses, Dr. Har & orang2 kuat RS, KRJ, KARISMA, IKRAM n lainnya.. Ini yang kita nak...! bukan biarkan adik2 yang belia remaja yang mana emosi mereka melonjak2 mahukan kebebasan dalam pelbagai aspek terus hanyut dengan perkara2 lagha (sia-sia).
Syukur alhamdulillah...kerana turut terpilih berada dalam majlis yang diberkati insyaALLAH pada malam tahun baru 2011..kenapa? sebab pengisian pogram nie menepati tuntutan syariat dalam menyambut tahun baru [Liya sedang belajar guna bahasa baku dalam entry..hehe].
Adik2 yang mengambil keputusan untuk join pogram ABJZ [ANDA BIJAK JAUHI ZINA] nie memang BIJAK..macam kata Aznil.."bijak..memang bijak..!!". Sebab dyOrang berhimpun dari latarbelakang berbeza dari seluruh negara [tak termasuk Sabah Sarawak] dengan 1 hati untuk mengatakan dyOrang benci ke arah penzinaan. Alhamdulillah..ada kesedaran ke arah kebaikan. Apa kaitan sambutan Tahun Baru dengan zina? Tunggu jawapannya kat bawah..Emm, Tapi yang berlaku dalam kelompok besar masyarakat kita pagi 31 Dis tu cukup2 menyebabkan Liya sedih. Nak taw kenapa? Liya terpaksa drive terkedek2 macam kura2 untuk set up tempat showcase bersama event manager Sis Rose [rasanya kura2 lagi laju] sebab jalan jammed. Jammed kenapa? Sebab ade kelompok manusia yang takde kesedaran sedang set up pentas kat tengah2 jalan besar tu untuk konsert ambang tahun baru.. Oh My God! [ALLAH]. Sampai hati dyOrang tutup jalan & memberi kesusahan kepada orang lain semata2 untuk konsert hiburan takde manfaat langsung tuuuu..Aishhh..geram Liya!Memang dah jadi adat & tuntutan ye...tahun baru je orang akan faham sendiri. Mesti ada kOnsert takde faedah + bunga api kan? Apa yang best sangat ntah laaa..Sepatutnya, kita kena bersyukur sebab kita masih diberi peluang menjengOk tahun baru dalam suasana negara kita yang
semOga dyOrang dikurniakan hidayah ALLAH one day..[sama2 muhasabah balik..apa 'amal kita mengikut telunjuk syariat atau tidak]
Emm..bila bercakap tentang sambutan ambang tahun baru nie kan, Liya rasa Liya kena share cara Liya & peserta, fasi, urusetia pogram HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI sambut tahun baru on that 31 Dis 2010..Huhhhh..best + cukup mantop..! rugi sape yang tak join.
Pengisian yang cukup ilmiah..dengan Qiamullailnya, pengisian rohani, perkongsian ilmu melalui diskusi, berkongsi pengalaman dll..Nak konsert? Boleh...kita undang khas Ibu Aishah & kumpulan nasyid Saff-One untuk entertain peserta2 sume..Sume lagu yang disampaikan ada mesej tersendiri yang sangat2 berguna..Nie satu cara kita nak manfaatkan sebaiknya malam tahun baru. Bukan celebrate kat Dataran Merdeka khususnya and then menghabiskan malam tahun baru bersama KEKASIH TAK HALAL sampai ke pagi. Faham2 sendiri la kan..muda mudi sekarang nie..seks tu dah jadi permainan seharian agaknya. MasyaALLAH..dosa besar dik! Apa yang Liya bayangkan & harapkan sungguh2, akan tertegaknya sebuah pimpinan ISLAM yang akan mencorakkan pemerintahan negara kita secara ISLAM..Masa tue, kita just wait & see sape yang berani lagi nak berzina..!takde nyee..kena sebat. Amek kau..! Tapi masalah pembuangan bayi hari ni tak selesai-selesai. Sebab nie laa..takde hukuman yang boleh manakutkan mereka-mereka yang terlibat dengan seks haram nie. Malam tahun baru, hidangkan dengan konsert2 menyesakkan yang menyesatkan. Boleh jamin ke takde yang amek arak & berpesta seks? langsung tak jamin. Seriously, Liya sangat yakin..malam taun baru lah pasangan2 bukan adik beradik [faham sendiri] nie nak bermesra2 lebih2 sambil kira bintang kat langit bawah sinaran bulan yang samar2..rOmantik sikit kn? Dah la tengah malam..mesti sejuk, peluk2 sikit..Yang selebihnya kOrang boleh bayangkan sendiri apa yang akan berlaku dengan 'dua ekor + berekor-ekor syaitan' nie bila berdua2an. huhh..ada jugak la yang celebrate new year kat hotel..tempah hotel tuu..! Wowww..bagus punya port nak lampiaskan nafsu bersama kekasih haram dyorang..Apa bahasa budak2 sekarang? Malam menanam benih? Ishh..sungguh jijik perkataan tu..Nie bukan cobaan, tapi kenyataan. Sekarang nie, kita tggu je berita bulan 9-10 nie..berapa ramai lagi anak2 tak bersalah akan ke longkang2, ke dalam tong sampah, ditanam hidup2, diletakkan kat kawasan masjid and so on lah..Tak caye? tungguuuuuuuu..kalo dyOrang buang anak kat hospital pon,pihak hospital bukan bagitaw kita pon..rahsia wehh..emm..Konsep senang faham camni je..biasanya lepas menanam, akan keluarlah hasilnya kan? kira 9 bulan lagi musim menuai anak2 luar nikah laa..huhh..apa dah jadi dengan remaja tiang negara? Tiang pun dah senget, nak bina rumah? Confirm roboh awal2 lagi..So, pandai2lah kita fikir ea camne caranya kita nak bina tiang2 yang kukuh supaya rumah yang akan kita bina kelak sangat mantop & kukuh binaanya..Memberi manfaat lagi kepada orang lain..Sama2 jom..!Waaa..banyaknya Liya bebel. Sume tue luahan hati seOrang mahasiswi yang sedang membesar dalam masyarakat yang pelbagai sifat, sikap & ragamnya..hari2 kita [bukan Liya je] berhadapan & menghadapi 1001 situasi yang berbeza dengan para pelakon yang juga berbeza. Kita sebagai agen perubahan perlu bertanggungjawab membantu & membawa masyarakat kita hari ni untuk kembali kepada ajaran ISLAM yang bersifat menyeluruh supaya apa..? Supaya segala 'amal perbuatan kita sehari2 menjana pendapat lumayan di akhirat disamping mencapai matlamat utama kita sebagai Khalifatullah..iaitu menggapai mardhatillah yang akan membawa kepada kebahagian bukan setakat di dunia, tapi turut menjamin kecemerlangan akhirat..InsyaALLAH..:)
Kat bawah nie Liya share sikit kenangan Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati ABJZ yang sempat dirakamkan...
KAK DINA SEBAGAI PENGACARA..KONGSI RASA ABJZ OLEH DR. HAR & UMMI ROSES.. |
BARISAN URUSETIA SHOWCASE BERSAMA UMMIROSES |
IKRAR ANDA BIJAK JAUHI ZINA SEBAGAI UPACARA PENUTUP SHOWCASE |
BARISAN FASILITATOR HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI |
PERSEMBAHAN OLEH SAFF-ONE |
SUPRISE DARI UMMIROSES...MAHER ZAIN |
P/s : Kredit to Ummiroses yang dah buat kejutan cukup istimewa dengan membawa Maher Zain secara senyap2 pada malam tue..sweet moment..Maher Zain sebagai idola anak2 remaja kita hari nie..Liya turut terasa penangan Akhi Maher..Memang ada auranya tersendiri. Teruja kejap :)
SemOga niat & usahanya melalui bait2 lagu memuji ALLAH & mempamerkan kebaikan ISLAM akan membawa kepada perkembangan ISLAM..InsyaALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen, pesanan atau nasihat kepada Puteri Liya di sini :)