21 Februari 2014

Ouch..! Lymph Node Membengkak.

Bismillah.
Ok, nak mencoret pasal jerawat batu or akne la pulak. hehe.

Last 2 weeks pegi klinik jumpa doc sebab lymph node bengkak lagi. Sakit pulak tu.
Dulu sebelum kawen tak tau pun apa bendanya yang bengkak nie. PL memang tak suka ubat hospital. Susah sangat nak telan. Dalam kepala hanya ada statement "banyak chemical, tak bagus untuk kesihatan". So, SAY NO to modern medicine!. PL said. haha



Tapi, zaman dah berubah :D
Since kawen dengan med student nie, PL dah pandai sikit makan ubat hospital. Mula-mula kena paksa, tapi lama-lama dah boleh telah dah. Dulu makan ubat, mesti terkeluaq balik. Atau tercekik kat trakea. haha. Dah ada sikit je basic selok belok perubatan.

Cite pasal lymph node nie, dah dekat setahun benda alah ni ada kat bawah dagu. Tak penah hilang. If ada akne tumbuh, otomatik lymph node nie bengkak and sakit.


Kedudukan lymph node sekitar kepala kita
Dah macam-macam antibiotik doc bagi. Pasal akne nie aje, dah 3 kali jumpa doc!.

First time jumpa Dr. Zarina, Poliklinik Zazali. Dapat Doxycycline. Time tu before kawen. Mau tak pening kau! Lagi 3weeks nk nikah, jerawat naik mencapah capah. Dia kacau area mulut je. Haish... Doc bg ubat sapu malam & T3 untuk siang. Alhamdulillah.. Boleh rasa perubahan. Doc bg untuk 2weeks antibiotik tu. Tapi... biasalah. Malas lah nk habiskan :D
Docycycline
Lama jugak la rasa selesa sbb dah takde jerawat. Auwwww.....mukaku licin!

5,6 bulan lps nikah tetiba lymph node bengkak & sakit balik. So, zauj bawak pegi Klinik Primer HUKM. Doc kata memang sebab jerawat. Time tu ada 2 ketul jerawat yang tak diundang. Arghh...stress!
Doc bagi Cloxacillin & pesan suruh habiskan. Makan Cloxa ni rasa lambat skit tindak balas kalo compare dengan Doxy. And PL ulang kesilapan yang sama! Makan tak konsisten. Zauj selalu bebel, antibiotik tak bole makan main main. Kena disiplin. Kena habiskan. Haa...kan dh kena marah dgn Dr. Asrul? :p

Lepas kejadian tu, jerawat PL bole dikatakan sentiasa ada. Paling teruk penah naik 6 ketul sekali. Perit gile. Paling benci, meninggalkan parut yang hodoh amat lagi. Grrrr...
Normal lymph node tak bole rasa kalau pegang.
Tapi bila dah infected, memang boleh rasa. Jelas!
Ikut apa yang zauj cite, lymph node akan membengkak kalau infected. Maybe bakteria dari jerawat atau area mulut. Macam bahagian dalam pipi luka sebab tergigit ke... Lebih kurang macam tu laa. Nak explain lebih-lebih kang takut salah =)

Terbaru, PL pegi Klinik T&C kat Cheras ni. Sebab bengkak & sakitnya dah melampau-lampau. Doc check dan bagi Augmentin untuk 5 hari. Sehari makan 2 biji after meal. Antibiotik sama yang PL makan lepas miscarriage.

Still. Terskip makan sekali je hari ke-2. 2 biji terakhir zauj tak kasi makan dah takut bakteria dah bina sistem ketahanan untuk tahan dengan ubat. (betul ke doktor?)

Bakteria jahat tu dah imun dengan antibiotik ke? Uhuuuu....takut!
Lymph node kat bawah dagu nie sangat degil dan boleh rasa sampai sekarang kalau pegang.
Tunggu zauj balik dari HTI nak pegi follow up lah. Risau la pulak!

Sekian pengalaman PL dengan jerawat :D


Note: ini entry lama yang tak siap-siap :D

20 Februari 2014

Menanti Saatnya Tiba

Alhamdulillah...
Masih diberi 'hari' untuk menikmati hidup di dunia oleh al-Khaliq.

Pagi-pagi tadi berfacebook sekejap usai Subuh setelah 3 hari melarikan diri dari kesibukan dunya.
Alhamdulillah. Meraikan kegembiraan sahabat PPUKM, Nadiah Ahmad Sabri & Abdul Rahman dengan kehadiran cahaya mata mereka 'Iffah Layyinah'.

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
(Al-Kahfi : 46)

Sungguh. Anak adalah anugerah terindah bagi pasangan suami isteri. Amanah yang harus diperlihara sebaiknya. Rezqi. Shiqin pulak khabarnya dah masuk labour room. Menunggu masa melahirkan.

Cik Imah pun dah sarat. Bulan depan due.
Kalau tak, baby kami saing lah. Cuma Cik Imah awal seminggu :D

Itu kisah bahagia mereka. How about us?
Sejak miscarriage pada usia kandungan 10 minggu haritu, belum ada rezeki untuk kami.
Jauh dari sudut hati kami suami isteri, pastinya sangat menantikan detik itu datang menyapa :)

Yakin dengan firmanNya :

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang di berikan Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” .(al-Hadid, 22-23)


Sangat yakin dengan dengan setiap ketentuan Allah. 
Pastinya Dia sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik kan? 

Kadang-kadang, kami bermuhasabah. Mencari hikmah tersembunyi disebalik apa yang berlaku.

Betul.
Kalau betul rezqi kami dulu. Pastinya zauj tak tenang memikirkan keadaan PL yang sarat dan menunggu hari untuk melahirkan akhir Mac atau awal April. Sedangkan, zauj akan berhadapan Professional Exam akhir Mac ini sebagai ujian akhir sebelum diberi mandat melaksanakan tugas seorang doktor.

Cantik kan perancangan Allah yang Maha Hebat? Senyum =)

Kalau pulak Allah rezeqikan PL pregnant balik lepas 3 bulan berehat (Disember 2013), pastinya akan banyak mengganggu zauj mentally & fizikal. Terpaksa posting 2-3 minggu di Hospital Teluk Intan (HTI) dalam keadaan emosi yang tak tenang memikirkan keadaan PL keseorangan di KL.

Segalanya adalah rahmat!

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar” (al-Baqarah : 153)

Kembali kepada pencipta kita. Perbaiki hubungan denganNya. Berusaha. 
Doa dan pastinya meletakkan harapan setinggi gunung supaya Allah mengabulkan doa kita.


Semoga ada rezqi untuk kita bang. 
Kalau bukan hari ini, insyaAllah suatu ketika nanti!


03 Disember 2013

When I Need You


Oh Allah.
Saya sangat sedih saat ini :'(


Honestly, sedih sangat sedih.
Taktaw kenapa. Sejak semalam takde mood & rasa semua orang nak buat saya marah & sedih.

Harini dah set nak balik keje awal. Berangan nak relax-relax makan aiskrim Cornetto dengan incik hubby.
Tapi, apakan daya. Incik hubby baru call bagitaw akan balik lewat malam sebab ada meeting di Gombak. 

Hilang selera nak beli nasi kerabu kat pasar malam hari nie ):

Inilah namanya ujian bila kahwin dengan bakal doktor. PL tak bole sanggup nak bayangkan time HO next year macam mana. Banyak masa kena hidup sorangsorang.

Lepas Subuh jamaah, hubby dah siapsiap nak pegi hospital. 
PL tinggal kat umah sejam dua sementara nak pegi ofis. 

Balik pulakkk...
Keluar ofis kul6, nak dekat Maghrib baru sampai rumah. 
Kena panjat tangga tinggi baru bole masuk rumah. Buka je pintu, aikk... Sorang lagi??

Ye! PL sorangsorang jugak dekat rumah. 
Kalau larat, masak & tunggu kekasih hati balik. 

Dalam seminggu, malam beliau akan penuh jugak dengan aktiviti. 
Usrah sendiri. Usrah anakanak. Meeting. Discussion. On Call.

Kadang-kadang tunggu nak dinner sampai kul1 pagi baru sampai rumah :(
Kalau ada rezeki beliau balik lepas Isya', lepas dinner beliau akan rehat untuk kumpul tenaga & akan bangun seawal 3 pagi untuk study.

Esoknya dah keluar awal lagii......

Begitulah rutin yang kadangkadang membuatkan PL sadis keseorangan.

Beza bercakap dengan NONA & OEDEMA dan bercakap dengan suami. huhuhuhu..
Kalau boleh, nak lebihh masa bersama. Saya sedih.


Berapa lama lagiiiii....???
Bersabarlah wahai hati!

-Semoga ada ganjaran besar menanti-

28 November 2013

Tak Rugi Buat Baik

Minggu lepas jiran depan rumah bagi ikan untuk kami suami isteri. Time dapat tu, ikan dua ekoq nie masih melompatlompat. 

Alhamdulillah. Rezeki sungai :)




Untung orang pandai memancing. Ikan FREE. Takyah beli :)

Teringat balik perkenalan kami suami isteri dengan Kak Ila & Abg mie (jiran depan umah). Tak sampai sebulan pun lagi, walaupun kami dah menetap di Taman Bukit Angsana nie hampir 6 bulan. Semuanya sebab masingmasing busy. 

First 3-4 months nikah, caca merba sikit hidup. hehe.

#Honeymoon seminggu. 
#Seminggu menginap di hospital teman incik hubby warded, suspected kencing tikus.
#Busy urusan walimah sebelah incik hubby.
#2x incik hubby kena posting kat HTI (Hospital Teluk Intan), 2x tu jugaklah PL menumpang kat umah mama & umah kak yani. (Takut derr nak duduk rumah sesorang). 
#Family day kat Sabah. 
#Balik kampung PL di Penang.

Nak citenya betapa kami sibuk beraktiviti sampai tak sempat bermasyarakat. 
Tak bagus kan? :( Hmmm...Takpe..takpe... Selagi ada kesempatan, kita perbaiki!

Honestly, susah bagi sesetengah orang untuk mulakan perbualan. Mulamula nak tegur tu macam problem besaq siket. Kan? Tapi kalo next-next tu dah pandai siket dah.. hehe

Dulu PL orang yang peramah. Mudah sangat nak tegur orang. Tapi ntah nape sejak dua menjak nie dah tak peramah nak mulakan. Macam ada dunia sendiri.

Kami suami isteri amek kesempatan untuk pecahkan tembok 'malu' masingmasing bila Adam (Si baby comel yang ada lesung pipit. Anak kak Ila & Abg Mie. 8 bulan) nangis barubaru nie. 
Lama dia nangis. Time tu pukul 4 pagi. Kebetulan PL tengah mem'baking' cookies. 
So, kejut hubby pegi tengok kalau ada apa-apa yang boleh dibantu. 

Bertandang ke rumah jiran 4 pagi okeh. 
Penah ke tidak di buat orang :D

Dari bertanya masalah si bayi kecil tu, sampailah berkenalan & bercerita pengalaman hidup. Perancangan Allah yang Maha Hebat. 
Mulai saat tu lah kami saling bertegur sapa. Berkongsi apa adanya rezeki di rumah kami. 

Tak rugi pun buat baik. BETUL! 
Kalau kita baik dengan orang, insyaAllah orang lain pun akan baik & senang dengan kita.

Semalam pulak Kak Mah, jiran sebelah kiri rumah kami hantar sepinggan Nasi Kerabu.
Uiii...rezeki. Syukur Alhamdulillah. 
Kenal Kak Mah nie pun time ziarah Adam pagipagi buta tu.

Duadua jiran kami ore Kelate. hehe.
OKTengsBai.

-Note : Apa yang baik, jadikan TELADAN. Yang tidak, jadikan SEMPADAN-

27 November 2013

Dari Bunga Roselle Menjadi Air...


Minum time sejuk memang best!

Bismillah.
Haa. Harini PL nak cite pasal bunga Ribena. Atau lebih glamer dengan nama Roselle. 
Mulamula tak taw pun apakebenda bunga kat pasar tu. Kihkihkih. Tapi, time membelek-belek bunga merah yang cantik haritu, ada sorang Chinese aunty tegur. 
"Bunga nie bagus. Kaya Vitamin C". Ooo...

PL bab-bab benda yang bagus untuk kesihatan ni, memang kegeraman kegemaran lah! Jaga kesihatan melalui pemakanan lah katakan :D

Terus capai plastik, isi banyakbanyak. Bila timbang, laaa...baru RM1.35. Muqah ja pon.
PL pun balik basuh & masak ikut cara Aunty tadi ajar. Simple! Bila bunga dah layu, tutup api & tambah gula siket sebab bunga nie masam. Tuang dalam gelas, tambah ais.. Perghh.. Sejibik exactly rasa macam air Ribena. Patut pun tag kat pasar tu tulis 'Bunga Ribena'. ORIGINAL. Ribena kat kedai tu mahai. Lagipun ada additional ingredients. Maybe ada pewarna tambahan which is tak bagus pun untuk kesihatan. Kan? (:

Rasa macam dah jatuh chenta dengan air Roselle nie.
So, semalam lepas balik keje terus pegi CS cari bunga Roselle lagi. Kali nie beli banyak sikit. Boleh buat bekalan 2-3 hari. Rasa macam dah nak penuh plastik, tapi baru RM3.45. Murah kan? =) 
Kali kedua PL masak nie, incik hubby suka sangat sebab lagi pekat katanya.


Tak susah pun nak buat.


Basuh. PL beli dalam setengah kilogram

Isi air agak-agak je.

Masak sampai kaler air dah pekat. Bunga pun dah pudar.


Seriously, dalam kepala dah ada idea nak tanam sendiri pokok Roselle nie. Masa nak masak semalam, dah siapsiap simpan 2 kuntum bunga nak buat benih..hehe. 

Berangan je lebih. Padahal halaman rumah pun takde tanah! :D
Nota untuk zauj: Nanti abang nak beli rumah, beli corner lot taw. 
Ada banyak ruang sayang boleh manfaatkan. Kbai.