11 Oktober 2010

AURA MAHER ZAIN

Salamullah 'Alaikum warahmatuhu wabarakaatuh...>_<
Aduhh...riuh rendah orang bercakap tentang MAHER ZAIN..Jeles cik Liya dibuatnya dek kerana akhi kita yang sangat manis rupanya...hehe. Sape Maher Zain sebenarnya..? Jom terjah..! 

Maher adalah rakyat Sweden yang berketurunan Lubnan & seorang peminat muzik. Mula beralih kepada muzik yang menggambarkan identitinya sebagai seorang MUSLIM apabila menyedari ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya. ke ada yang tak kenal..? Just excited dengan muzik lagu yang Maher nyanyikan je.. Sebab teruja dengan muzik ke teruja dengan ketampanan wajah Maher je..? Emm..jawapan pada kita sendiri. Alhamdulillah..Maher dah berubah dari muzik yang melalaikan kepada irama nasyid yang bersifat ketuhanan..

Walaupun banyak cerita yang Liya dengar tentang fenomena peminat Maher yang pelbagai ragamnya, tapi Liya rasa tak sesuai kita buat spekulasi melibatkan nama orang. Takutnya nanti, cerita tu sengaja ditokok tambah oleh pihak2 tertentu. Normal la tue bila jumpa artis. Mesti excited punya. Ada pulak yang komen muslimah terkinja-kinja melompat masa Maher perfOrm kat IIUM Gombak 6hb baru2 nie. Betul ke..?? Tapi tak adil la kalo ada pihak yang highlightkan nama pelajar2 IIUM yang buat macam tue. Mungkin ada segelintir je yang terlalu excited sampai melompat2. Mungkin jugak orang luar yang tak nak lepaskan peluang berjumpa Maher. (teringat Liya masa 1st time jumpa abg2 Hijjaz masa konsert HIJRAH kat sekolah tercinta Yayasan Khairiah taun 2004...excited jugak..tp xde la sampai melompat-lompat kan..^_^....pastu plak jumpa AMAR & adik2 Al-Amin masa konsert 2006..tyme tu Liya jadi setiausaha Lajnah Kesenian & Kebudayaan Islam...dapat la jumpa face to face kan..bonus2x..tapi, masa tue pun seingat Liya xde la plak terpekik terlolong macam orang gila..hehe. Lagi, masa Konsert Explorasi Istimewa Tiada Dua taun 2007. Haa...time tu lagi meriah. Abg2 IN-TEAM, NICE, FAR-EAST semua ada. Hazami pun ada jugak sebab NICE anak didik beliau. Liya pun antara mereka2 yang excited jugak, tapi xde plak rasa nak jerit2 panggil dyOrang. Sekadar support je la..bulan 5 baru2 ni last Liya ikut prOgram kat skolah. Konsert Palestin, ada ShOutul Harakah & Hijjaz. Mantap lah Yayasan..!!Every year SMAYK tersayang akan wat konsert untuk kutip dana skolah. Konsert nasyid yang dianjurkan tak sia-sia). Eh..nak cite pasal Maher Zain, tersyasyul cite pengalaman plak...hehe.

Liya rasa nak menulis tentang En. Maher ni sebab masa berjalan2 kat facebook kul4 pagi tadi, ada banyak gambar2 Maher yang diupload. Sepanjang beliau kat Malaysia. Liya pun tertarik jugak nak tengOk perkembangan aktiviti Maher kat sini. Dalam 100keping lebih gambar tue, xde 1 pun gambar Maher bermasam muka..memang manis je mukanya. Boleh contohi beliau ye..muka manis, orang pun suka..Bersedekah cara paling mudah & senang. Just senyum...:) Personaliti yang patut kita contohi, ye tak..?
SENTIASA MEMBERIKAN SENYUMAN
Fenomena peminat Maher yang terkinja-kinja tu terjadi sebab apa ek..?tertanya-tanya jugak. Kalo Liya letakkan diri Liya kat tempat mereka2 tue, rasanya sebab teruja sangat kot. Maybe before ni dengar lagu je...tapi bila dah berpeluang menatap muka dalam suasana yang best, memang all out abis la. Mungkin jugak sebab sangat menghayati bait-bait lagu yang dinyanyikan beliau. (nie bagi mereka2 yang menghayati & memahami lirik je ya). Teruja. Atau ada yang tak pernah tahu pun tentang Maher, tapi bila nama Maher jadi berita panas & bualan kawan2, so automatically jadi minat. Kalo yang kelompok ni ada 2 jenis kot. Firstly, yang baru tahu & teruja dengan lirik2 memuji Tuhan yang disampaikan oleh Maher & cuba fahami mesej yang dibawa. Secondly, yang baru tahu & tak kenal Maher pun, shocked dengan rentak muzik tapi tak faham mesej yang disampaikan & seterusnya lagu Maher dyOrang ingat yang berunsur pop rOck..mesej yang Maher bawa tak sampai kat mereka2 yang jenis ni..Emm,Tu je yang dapat diulas. Kalo ada lain2 pandangan @ buah fikiran, sila komen di ruang komen di bawah, TQ. (^_^)

Last but not least, ingatlah. Dalam apa jua tindakan yang kita buat, make sure jaga identiti kita sebagai seOrang ISLAM. Pesanan buat diri sendiri, juga buat semua yang memegang title MUSLIM & MUSLIMAH...letakkan ‘malu’ dihadapan kita dalam apa jua keadaan. Moga setiap amalan yang kita lakukan diletakkan dalam kelompok amalan orang-orang yang soleh & solehah. Amin Ya ALLAH....

P/s: Cuba hayati bait-bait indah alunan Maher Zain. Sangat menyentuh hati...boleh nangis dibuatnya...>_<
* Hold My Hand
* Palestine Will be Free
* Always be There
* The Chosen One
* Insyaallah
* Open Your Eyes
* For The Rest of My Life
* Awaken
* Barakallah
* Thank You Allah
* Never Forget









PALING KIRI, UNCLE YANG LIYA JUMPA MASA KENDURI KAHWIN ANAK DR. HAFIDZI SEMALAM..body guard Maher


TICKET SOLD OUT...MANTAP RS..!!


MALAYSIA MEMANG BEST..!!

10 Oktober 2010

MENCINTAI tak semestinya MEMILIKI...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Assalamu'alaikum & salam sayang sume..
Kata-kata puitis yang menarik untuk ditatap & difahami...
Hidup nie ada kalanya terasa indah lantaran menerima kunjungan perasaan sayang kepada seseOrang yang insan bergelar lelaki..(Cewaahhhh...feeling la plak cik Liya ni..macam pengalaman je...hehe). Ni dari pihak wanita la sebab Liya sebagai seOrang wanita...(^_^)
Tapi segala yang kita rancangkan belum pasti ALLAH sempurnakan. Ye tak..? Kadang-kadang apa yang kita nak, tak dapat pun. Macam la jugak bab perasaan. Even kita sayang kat seseOrang tue sangat2, tapi kalO ALLAH xizinkan kita jadi milik dia...tak jadi jugak. Tu lah, kena faham betol2x, "manusia merancang, tapi ALLAH adalah sebaik-baik perancang". Kadang-kadang kita lupa janji ALLAH. Dia akan bagi sesuatu yang kita perlu. Jangan mengharap kepada sesuatu yang belum pasti. Haa..ingat tue..(pesanan untuk diri sendiri jugak).

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki???
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

Perasaan tue something yang unik kan..? Kita nak diri kita disayangi & dalam masa yang sama kita tak boleh lari dari perasaan sayang kepada seseOrang. Tapi memang betul laa..mencintai tak semestinya memiliki. That's why, lebih baik 'BERCINTA SELEPAS KAHWIN'. Dah confirm cinta tue jadi milik kita..Sebagai suami & isteri, sweet kan..? Masa tue bleh la nak declair 'LOVING COUPLE' ke..'SWEET COUPLE' ke...mencintai orang yang dah kita miliki @ orang yang memiliki hati kita.
Ingat jugak...sayang sebelum ikatan yang sah disisi Dia bukanlah yang terbaekk...Takut perasaan yang dizahirkan dengan ungkapan tue sia2 bila orang yang kita sayang ALLAH tak taqdirkan untuk jadi milik kita. Akhirnya diri kita yang merana. InsyaALLAH, jika seseOrang tue memang dah ditetapkan olehNya untuk jadi milik kita...pasti si dia jadi pendamping terbaik disisi. Percaya & yakinlah dengan janji ALLAH..
Moga kita semua dikurniakan insan soleh & solehah sebagai pendamping terbaik untuk mengharungi kehidupan alam rumahtangga kelak. Amin Ya ALLAH...^_^

09 Oktober 2010

Maafkan Saja...Demi SyurgaNya

Assalamu'alaikum Warahmatullah...^_^
Syukur dipanjatkan kepada ALLAH kerana masih merasai hidup dalam ISLAM yang penuh keindahan dan nilai2 kebaikan. Juga kesempurnaan akal & pancaindera yang ALLAH kurniakan antara nikmat yang mesti kita syukuri..Alhamdulillah...

Kali nie, Liya nak berkOngsi 1perkara. Mungkin ada yang dah selalu dengar @ jarang2 dengar yang membuatkan kita lupa. 
Sehari-hari dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah ALLAH di muka bumi nie, kita berhadapan dengan saribu satu keadaan & situasi. Ada yang menyenangkan hati kita, ada yang menyakitkan hati kita. Terluka tue perkara biasa dalam kehidupan sehari-hari. Sebagai manusia, kita tak boleh lari dari berkecil hati, sedih, marah, kecewa & sebagainya. Soalan cepumas: kOrang penah rasa marah @ benci kat orang x? (jawab dalam hati..hehe). Tipulah kalO kata kita xpernah rasa marah selama hidup. 
Liya sangat pasti, dalam hubungan kita dengan sahabat-sahabat @ masyarakat sekeliling, kadang-kala hati kita disakiti & dilukai dan dalam masa yang sama muncul lah perasaan benci dek kerana salah faham yang berlaku. Kadang-kadang kita kecewa sangat dengan kawan2 kita. Kadang2 ada yang sengaja buat kita sakit hati. Ada jugak yang suka burukkan nama kita. Macam-macam la kalO nak senaraikan. Ada benda yang kita rasa senang nak lupakan, tapi ada jugak rasa macam susah sangat nak lupakan yang kadang-kala boleh buat kita menangis sendiri bila teringat keburukan yang orang buat pada kita. Sedih masa tu jangan cakap la. Apa kan daya, kita pun manusia..ada hati..ada perasaan. Kita tak semulia Rasulullah S.A.W yang sangat sabar tatkala disakiti. Mungkin kesabaran umat Muhammad ada batasnya.
Terkenang sebuah memOry lalu....
(sedih pulak bila bicara soal perasaan nie..teringat saat diri diburuk2kan...difitnah dengan macam2 tuduhan yang sengaja direka-reka oleh seOrang manusia. Maruah & air muka kita dijatuhkan depan orang lain...Hanya ALLAH yang tahu perasaanku saat tue. Apa sebabnya pun xtahu. Dengkikah manusia tue kat aku? Apa la sangat aku nie nak dibanding2kan dengan dia. Marah dan dendam bukan kepalang lagi masa tue, sampai satu saat tue, rasa benci nak tengOk muka makhluk tue. Tapi perasaan tu tak lama, sebab hati kecil ni selalu berbisik..."tak baik macam tu sayang...". Okay, stakat tu je ceritanya :)

Allahuakbar..!! Tersentuh hati saat terbaca kisah seOrang hamba ALLAH di zaman Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. SeOrang yang biasa2 je dalam amalan. Solat, puasa, zikirnya lebih kurang sama je dengan amalan orang lain ketika tue. Tapi beliau dijanjikan syurga olehNya. Sehinggakan Saidina 'Ali terpegun & tertanya2 apa rahsia sebenar lelaki tu sampai ALLAH dah bOoking tempat untuknya dalam Syurga. Tahu apa rahsianya..?
Lebih kurang macam nie bunyi dialOgnya bila diterjemahkan dalam bahasa Melayu...

Jawab lelaki tersebut apabila Saidina 'Umar bertanya apa amalannya sehingga dijanjikan syurga oleh ALLAH :
"Demi ALLAH, tiada Tuhan selain Dia!. Sebenarnya amalanku biasa2 saja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun, apa yang terpenting iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam..aku tak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki & iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku"

Allahurabbi....betapa hebat & tinggi kedudukan seseOrang Muslim yang bersifat pemaaf. Hati yang dimiliki suci bersih dari segala perasaan yang buruk terhadap sesama manusia.
Mahukan kita jadi seperti lelaki hebat tue..? Tawaran syurga menanti...!!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini..Jom kita jadi orang yang pemaaf, walau kadang-kala sukar melupakan perkara yang amat pedih dan menyakitkan jiwa raga. 

Note : Bersihkan jiwa...bersihkan hati dari segala sifat mazmumah yang hanya akan menghancurkan diri..(^_^)

08 Oktober 2010

NILAI SEORANG WANITA



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang
 lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
                                                                                                    Lirik by: De Hearty

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim:
 "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 


Sejauh mana & bagaimana nilaian anda pada seOrang insan bergelar wanita..?
Hanya sebagai simbOl seks semata..? ALLAHUAKBAR...!!
Berbangga & bersyukurlah andai anada dilahirkan sebagai seorang wanita, kerana nilai seOrang wanita amat berharga..
........to be continued                                                

01 Oktober 2010

Bingkisan Buat Sahabat....


Ukhuwwah dOesn't always need togetherness....
dOesn't need everyday cOnversatiOn...
as long as the friendship in the du'a...
it's remains abadan abada..
(^_^)

Buat semua sahabat-sahabat yang amat disayangi kerana ALLAH, ketahuilah..bahawa diri kalian amat bermakna buat diriku..
amat bererti dalam perjuanganku..
Persahabatan yang tercipta antara kita tiada gantinya..
Sekali kita kenal sebagai kawan, selamanya tetap kawan..
Lagu buat semua yang bergelar sahabat...
"TEMAN SEJATI"
Selama ini...Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini telah kutemui

Dengannya di sisi....
Perjuangan ini senang diharungi
Bertambah murni kasih Illahi
KepadaMu Allah...
Kupanjatkan doa agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman...
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah...
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman...teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah ku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita


salam sayang,
.:: Liya ::.